BIDUANDA

Ikon

satu dunia satu agama satu tuhan

Jesuit

Society of Jesus – Jesuit

Society of Jesus ataupun lebih dikenali sebagai Jesuit adalah satu aliran keagamaan di dalam Gereja Roman Katolik ataupun disebut Gereja Rom… Aliran ni pada zahirnya menjalankan misi keagamaan atas nama Jesus dan Kristian tapi sebenarnya mempunyai agenda tertentu yang amat jahat lagi licik lbih lagi Jesuit adalah antara pembantu yang paling penting dan besar peranannya kepada Iblis Laknatullah dan rakan kongsinya Dajjal Laknatullah…Ini kerana Jesuit adalah antara elemen penting dalam membangunkan plan besar New World Order yang termasuk di dalamnya Freemasonry dan Zionis Antarabangsa….

Bersembunyi

Pada awalnya mereka berselindung di celah-celah jubah Pope Vatican dengan mengadakan misi dakwah di negara-negara jauh (lebih mendekati peranan organisasi Tabligh dalam dunia Islam) khasnya berkhidmat di Jerusalem (Baitul Maqdis) tapi lama kelamaan mereka mula menguasai gereja dan sampai ke tahap membunuh kepada sesiapa yg cuba menghalang rancangan mereka termasuklah para paderi, bishop dan Pope sendiri!

Jesuitlah yang merancang konsep ‘White Pope’ dan ‘Black Pope’ di mana Pope yang memegang kuasa Vatican sekarang adalah boneka kepada ‘Black Pope’ iaitu Jeneral Agung Jesuit di mana kini dipegang oleh Peter Hans Kolvenbach…. Apabila orang Islam dapat ditundukkan dengan kejayaan membina Kuil Sulaiman/ Temple of solomon/ Temple Millennia di tapak Masjid Al-Aqsa, maka ‘Black Pope’ tadi akan ditabal menjadi Raja Kristian Kerajaan Satu Dunia yang bekerjasama dengan Raja Yahudi yg Ditunggu-tunggu, Al-Masih Ad-Dajal…..

Paus Putih dan Paus Hitam – White Pope dan Black Pope…

Chapter 2 -Konspirasi Dunia, HolyWar Archives

Kunci Syurga bagi Agama Kristian

Seperti mana yang kita maklum, Dajal dengan pertolongan Azazil telah sekian lama menentang Tuhan dengan merosakkan ajaran yang dibawa oleh Rasul utusan Allah. Dan contoh yang paling mudah dan nyata adalah agama Kristian yang telah dijadikan sebagai agama pagan ataupun menyembah matahari. Ajaran asal Nabi Isa telah dirosakkan dan diselewengkan oleh ‘tangan ghaib’ dan agama Kristian sekarang BUKANLAH ajaran asal Nabi Isa a.s. Hanya Al-Quran masih terpelihara kebenaran dan keasliannya tetapi kitab-kitab suci sebelumnya telah diubah dan diselewengkan.

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. Ali-Imran 19

Diharap dengan pendedahan artikel ini dapat membuka mata pembaca blog saya yang bukan beragama Islam khusunya untuk mencari kebenaran hakiki. Saya di sini hanya sebagai petunjuk jalan, pembuka minda dan selebihnya terpulang kepada anda untuk menilainya dengan akal yang dikurniakan oleh Tuhan kepada anda.

Petamanya saya ingin menjelaskan bahawa istilah Kristian tidak pernah disebut dan diperkenalkan oleh Nabi Isa a.s. Ajaran semua rasul utusan Allah adalah untuk menyembah Tuhan Yang Esa bukan untuk menyembah berhala, menyembah individu, matahari, pokok, api dan sebagainya. Satu perkataan untuk agama menyembah satu tuhan yang esa ialah Islam.

Nabi Musa a.s telah berkata kepada kaumnya dalam bahasa Hebrew, ‘Shamma israelu addena ilakhin, addena ikhad’. Yang bermaksud, ‘Dengarlah wahai bani Israel, tuhanmu hanyalah SATU’. Lebih kurang 1350 tahun kemudian Nabi Isa a.s telah mengulangi kata-kata Nabi Musa a.s iaitu tuhan hanyalah satu.

Lebih kurang 600 tahun selepas itu, delegasi Kristian telah datang menemui Rasullulah s.a.w di Madinah dan mereka telah mengadakan dialog selama 3 hari di Masjid An-Nabawi dan salah seorang delegasi telah bertanya kepada Rasullulah, ‘Apakah konsep tuhan kamu?’ Dan Rasulluah s.a.w telah menjawab, ‘QulhuAllahu Ahad’. Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa (Satu). Jelas di sini semua rasul utusan Allah membawa ajaran menyembah ajaran Tuhan Yang Esa

(Satu).Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. Al-Ikhlas 1-4

Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu).

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya? Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya? Al-Imran 69-71

Berbalik kepada topik asal artikel ini, iaitu Rahsia Vatican. Apa yang mahu saya dedahkan di sini ialah berkaitan kaitan agama Kristian dan agama pagan. Anda juga boleh membaca artikel saya tentang persamaan Jesus dan Horus pada artikel akan datang. Ingin saya tegaskan sekali lagi, agama Kristian sekarang bukanlah ajaran asal Nabi Isa a.s. Masyarakat Babylon purba dan Rom menyembah matahari dan dewa-dewa pagan. Sukar bagi masyarakat Rom untuk menerima ajaran asal Nabi Isa a.s yang dibawa oleh Hawariyyun (12 Sahabat Nabi Isa a.s) dan mereka telah mengubah ajaran asal Nabi Isa dengan mengubahsuai mengikut kehendak mereka sendiri dengan memasukkan unsur-unsur pagan di dalam agama Kristian bagi menyesuaikan dengan agama mereka.

Contoh yang paling nyata di sini ialah watak-watak dewa pagan telah diasimilasikan dengan agama Kristian dan Hari Matahari (SUNday) dimuliakan.

Kemanakah arah penganut Kristian pada SUNday? Sudah tentulah ke gereja, pernahkah anda (penganut Kristian) terfikir kenapa SUNday dijadikan hari mulia bagi agama anda?

Contoh lain paling mudah di sini, Poseidon telah dijadikan sebagai Santa Claus! Poseidon atau Neptunus dalam bahasa Latin mengikut kepercayaan Rom kuno, ialah Dewa laut.

Poseidon

Santa Claus

The All Seeing Eye In Church (Must See)

Filed under: Uncategorized, ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: