BIDUANDA

Ikon

satu dunia satu agama satu tuhan

RAMBUT MANUSIA – Sumber Makanan Moden




 that this is actually a very old process–it originated in World War II. The flavor of soy sauce comes from the amino acids found in soybeans, and the same amino acids are in human hair. http://www.museumofhoaxes.com/hoax/weblog/permalink/hai… /
Oh yeah: the amino acid powder is rich in L-cysteine, a protein that improves the texture of baked goods, so bakers were buying it too. 

Cysteine (abbreviated as Cys or C)[2] is an α-amino acid with the chemical formula HO2CCH(NH2)CH2SH. It is a non-essential amino acid, which means that it is biosynthesized in humans. Its codons are UGU and UGC. The side chain on cysteine is thiol, which is nonpolar and thus cysteine is usually classified as a hydrophobic amino acid.[citation needed] The thiol side chain often participates in enzymatic reactions, serving as a nucleophile. The thiol is susceptible to oxidization to give the disulfide derivative cystine, which serves an important structural role in many proteins. Cysteine is named after cystine. [wiki]

CHINA,
Sos Soya yang diperbuat dari rambut manusia
Cerita beredar di beberapa akhbar di China tentang pengeluaran kicap yang murah di pasaran diperbuat dari rambut manusia. Kicap yang dihasilkan di China menggunakan bahan kimia asid amino yang di ekstraks dari rambut manusia sebagaimana proses pembuatan sos soya terhidrolisis (amalan tradisional) dan kemudian secara diam-diam dieksport ke negara-negara lain. Ia terkandung dalam sebuah laporan dari penyiasatan yang telah ditayangkan di televisyen China berkaitan amalan tidak sihat dan berpotensi tercemar ialah sumber dari rambut manusia ini.
rambut sumber protein dalam makanan
Ketika ditanya bagaimana asid amino (atau serbuk) dihasilkan, pengeluar memberitahu bahawa sirap atau serbuk itu dihasilkan dari rambut manusia. Kerana rambut manusia mudah didapati hasil dari salon, kedai gunting rambut dan rumah sakit di seluruh negeri, rambut ini tentunya telah bercampur dengan bahan lain yang kotor seperti kondom, sisa kapas yang digunakan oleh rumah sakit, juga pad kitaran haid, jarum suntik, dll [ 14 ] wiki…
Bahan membuat kicap dari campuran “asid amino”? Tentu sekali kerana ia adalah bahan utama pembuatan kicap cuma dibimbangi ia bukan hanya dari asid amino asli yang terhasil dari pemeraman kacang soya sebagaimana yang kita faham. Janganlah adanya pengusaha kicap Melayu (terutamanya) memcampurkan asid amino dari sumber ini dalam penghasilan mereka. Semoga imereka tahu mengenainya dan tidak melakukan sesuatu yang membahayakan pengguna terutama penganut Islam
Dari kajian yang dibuat, sumber  yang termurah menghasilkan asid amino adalah dari rambut manusia. Selain asid amino, L-enstein juga diperbuat dari rambut manusia kerana ia juga sumber termurah dan mempunyai permintaan yang tinggi dari industri makanan dunia.
Selalunya mereka menafikan bahan mereka dari rambut manusia dan mengatakan dari sumber tanaman atau haiwan, (bulu itek umpamanya). McD juga mengakui mereka menggunakan L-sistein dalam adunan beberapa jenis makanan yang dihasilkan seperti Honey Wheat Roll, the Deluxe Warm Cinnamon Roll, and the Baked Apple Pie.  Begitu juga Dunkin Donut, Domino’s Pizza dan Berger King. Berbagai alasan diberi untuk mengelak orang ramai mengetahui sumber sebenar L-sistein yang mereka gunakan. Namun ia meragukan pengguna kerana semakin ramai yang mengetahui bahawa sumber terbanyak dan murah di pasaran adalah hasil proses dari rambut manusia terutama yang diimpot dari negara China dan India.
RAMBUT dalam MAKANAN ? – ramai yang tidak mengetahuinya. Untuk mengelak dari memakannya, pastikan roti atau apa sahaja makanan yang dimakan tidak mengandungi bahan yang disebut L-sistein.
industri rambut di India
Diberitahu bahawa L-sistein ini adalah protein yang berasal dari berbagai sumber, salah satunya adalah rambut manusia. Memang benar, rambut manusia dari China dan India merupakan bahan termurah untuk industri yang memperoses dan menyediakan bahan L-sistein. khususnya untuk kegunaan industri makanan segera, roti, kek dan kuih yang semakin bercambah.
Mampukah kilang roti dan kek di Malaysia mengeluarkan hasil roti atau kek yang tidak menggunakan L-sistein ini kerana ia merupakan bahan terpenting dalam menambah perisa dan menjadikannya lebih menarik. Ia akan melariskan jualan dan menambahkan keuntungan perniagaan. Pengguna telah tertipu dengan mudah kerana tidak mengetahui rahsia ini.
Persoalan yang menarik: Adakah selama ini kita telah memakan rambut? Agak menakutkan kerana rambut adalah dari tubuh manusia dan ia sesuatu yang “haram” hukumnya dalam syariat Islam.
Sistein (Cystein) digunakan sebagai penyedap dan penambah adunan, pada saat ini ia telah digunakan dengan meluas termasuk pizza dan makanan ringan (snek).
Adalah sesuatu yang luar biasa untuk kita berfikir bahawa bahan dari badan manusia telah dikitar semula dan kembali menjadi rantaian makanan. Mengapa menjadi sumber dalam makanan? Agak pelik pula ia begitu mudah diperolehi di Timur Jauh. Industri yang mengeluarkan “bahan tambahan dalam makanan” telah bersedia mengambil dan menerima rambut sebagai sumbernya kerana amat jelas: kelimpahan homogen nya (murah).
China umpamanya mempunyai jumlah satu bilion kepala dan ahli bidang ini Dr John Meyer menyebut, “sangat mudah untuk memperolehi dan mengumpulkan rambut manusia di sana “. Rambut dikumpulkan, dibersihkan, diproses dan kemudian melalui proses kimia ia diubah menjadi L-sistein melalui industri Timur Jauh.
He told reporters that the hair is rich in protein, can be a simple extraction of amino acids after acid hydrolysis, the factory production of amino acid solution over the years are actually used to process the hair, the hair all day, consumes about 10 tons. source
     

Protein rambut dalam roti, pau

Oleh Paya Linda Yahya  am@hmetro.com.my
     
KOTA BHARU: Pengguna Islam di negara ini perlu berhati-hati dalam memilih bahan makanan berikutan kajian dilakukan terhadap roti, kek dan pau yang dijual di pasaran ketika ini dikesan mengandungi protein rambut atau ‘L-cysteine’ yang disahkan haram penggunaannya.
Segelintir penyedia bahan makanan berkenaan juga merahsiakan penggunaan ramuan meragukan itu dengan tujuan melembutkan produk dihasilkan, selain rasanya lebih sedap hingga meningkatkan hasil jualan dan menguntungkan mereka.
Difahamkan bekalan protein rambut itu mudah didapati di China sebelum dipasarkan ke negara ini, manakala bahan berkenaan akan diadun bersama tepung untuk menghasilkan kek atau roti.
Perkara berkenaan didedahkan pengasas Piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP), Ahmad Tajuddin Arshad, yang mendakwa kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menemui bahan meragukan di dalam produk bahan makanan itu.
Beliau berkata, bahan itu boleh didapati dengan mudah di negara ini kerana yang dijual di pasaran sudah diadun bersama tepung untuk membuat kek, roti atau pau.
“Fatwa mengesahkan pengharaman memakan organ badan manusia dan rambut pula dikategorikan sebagai organ badan manusia. Jadi ia sudah disahkan haram penggunaannya dalam masakan kepada umat Islam.
“Universiti Al-Azhar di Mesir juga mengesahkan fatwa mengenai pengharaman makan organ badan manusia (merujuk protein rambut), manakala kajian CAP, roti, kek dan pau mengandungi protein rambut untuk menjadikan makanan terbabit lebih menarik,” katanya pada Seminar Usahawan IMP di sebuah hotel di sini, semalam.
Program disertai kira-kira 30 usahawan Muslim di negeri itu bertujuan memberi kesedaran kepada golongan terbabit mengenai kepentingan penggunaan bahan halal dalam produk makanan dan minuman dihasilkan mereka.
Katanya, pengharaman bahan berkenaan begitu jelas kerana dalam Islam, makanan yang dimakan akan mempengaruhi sikap individu.
“Jika bahan makanan mengandungi organ manusia iaitu rambut, ia mempengaruhi sikap pemilik asal rambut itu kepada individu berkenaan.
“Jadi saya harap pengguna lebih berhati-hati dengan penggunaan bahan tidak jelas dari mana datangnya terutama dijadikan sebagai bahan makanan mereka setiap hari,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, terdapat segelintir peniaga pisang goreng menggunakan plastik untuk menjadikan tepung lebih rangup sedangkan perbuatan mereka itu menyebabkan pengguna terdedah kepada kanser.
Katanya, hasil maklumat diperoleh, peniaga akan memasukkan plastik ke dalam minyak panas sebelum menggoreng pisang.
“Bukan sekadar menggunakan plastik ke dalam minyak panas, peniaga ini juga bertindak memasukkan perisa tambahan ke dalam tepung untuk menggoreng pisang,” katanya.
“Sedangkan kita tahu penggunaan bahan perisa boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada orang ramai dalam jangka panjang.
“Kesedaran perlu ada dalam diri peniaga supaya tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata“ katanya. HARIAN METRO
……………………………..
TERSERAHLAH PADA ANDA SAMA ADA MAHU TERUS MEMAKAN RAMBUT MANUSIA ATAU SEBALIKNYA. AKAN TETAPI NYATANYA IA TERAMATLAH SUKAR UNTUK DIHINDARI KERANA SUDAH TERBIASA DENGAN MAKANAN SEGERA TERUTAMANAYA MCDONAL KEPUNYAAN YAHUDI ITU. ROTI GARDENIA YANG LEMBUT DAN SEDAP DAN MUNGKIN ROTI-ROTI LAIN JUGA, KEK, PIZZA, DLL, SEMAKIN LEMBUT DAN GEBU SEMAKIN DISUKAI. Itulah peranan L-sistein dalam makanan..
Saya hanya menyampaikan, tidak memaksa anda mengikutnya kerana setiap orang ada pandangannya sendiri.

Kepada pihak berwajib adalah disarankan mengambil langkah pro-aktif mendesak kerajaan menubuhkan badan pengawal dan penyelidikan sains makanan khusus untuk melindungi umat Islam di negara ini dari terperangkap dalam penipuan peniaga meletakkan bahan yang “haram” dalam makanan. Sebuah badan berkanun sesuai dengan tugas penyelidikan makanan Islam perlu ditubuhkan segera.


Kita mengaku sebagai negara Islam, apakah layak disebut sedemikian jika tidak berusaha menyelamatkan umat Islam dari termakan najis? Persoalannya, sehingga kini belum ada desakan atau usaha menubuhkan BADAN khas mengkaji halal/haram makanan Malaysia. Amat mengaibkan seluruh umat Islam Malaysia.
Selain dari itu BADAN ini boleh dipertanggung jawabkan membuat analisa setiap bahan makanan yang dipasarkan dalam negara secara lebih tersusun. Kepakaran para ulama dalam bidang hukum dapat digembelingkan bersama memberi bantuan dan sokongan terutamanya yang berkait dengan fardu dalam syariah. 
Saya amat pasti, langkah mempercepatkan penubuhan badan seumpamanya akan mendapat sokongan padu seluruh umat Islam di negara ini. Tidak lagi hanya berharap kepada FOMCA, NGO dan JAKIM. Kumpulan siasah seperti UMNO, PKR dan PAS juga sama-sama membuat desakan ini.

Jangan peduli gangguan ultra-kiasu. Takutlah hukuman Allah SWT terhadap kealpaan ini kerana pemerintah Islam termasuk para ulama akan dipertanggung jawabkan di hadapan Allah nanti.

Harapan saya, semoga gesaan ini membuahkan hasil dan tertunai atas izin Allah. Para rakan bloger dan ampunya laman web, kita bangunkan desakan bersama dalam laman masing-masing mendesak agar pihak berwajib memberi perhatian terhadap keperluan ini. Rakan-rakan yang lain bertindaklah menyuarakan perkara ini dalam mana-mana forum yang disertai. Semoga kita semua akan dilepaskan dari dosa bersubahat dan mendapat pengampunanNya setelah mengambil langkah ini. Amin.




Filed under: China, rambut, sumber makanan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: