BIDUANDA

Ikon

satu dunia satu agama satu tuhan

Penzahiran Indah 4 Planet di Ufuk Timur


Dalam beberapa hari terakhir ini dan beberapa hari mendatang di bulan Mei 2011 ini, ada suatu pemandangan yang indah dan menarik di langit timur. Empat planet dari lima planet yang boleh dilihat dengan mata kasar dan bintang-bintang ini berkumpul di ufuk timur, pada waktu fajar. Keempat-empat planet tersebut adalah Venus (Zuhrah atau Kejora), Jupiter (Musytari), Mercury (Utarid) dan Mars (Marikh)

venus
jupiter
mercury
mars

Jika langit cerah, dan ufuk timur tidak terhalang bangunan atau pepohonan, pandanglah ke arah matahari terbit sekitar selepas solat shubuh. Posisi keempat=empat planet tersebut akan semakin meninggi menjelang terbit matahari, cahaya mereka akan semakin redup setelah ditimpa sinar matahari. Planet Mars yang berada lebih di bawah dekat dengan ufuk akan lebih sulit dilihat.

Berikut adalah penampilan empat planet tersebut:
Empat planet menghiasi fajar langit timur di bulan mei 2011
Empat planet, Jupiter, Venus, Merkurius dan Mars berkumpul di langit.
Posisi keempat planet di pertengahan bulan Mei 2011
Kedudukan keempat planet di pertengahan bulan Mei 2011

Demikianlah anugerah Allah di alam semesta ini. Telah terpampang di hadapan kita untuk kita tafakur dan syukuri, Semestinya dijadikan pelajaran agar semakin dekat dengan Allah Subhana wa Ta’ala. Begitu hebat ciptaanNya yang tiada terbanding, amat sayang jika kita tidak ambil perhatian untuk renungan.  Dari sini akan kelihatan diri kita ini amat kerdil dan hina di sisiNya. Masihkah kita mempunyai perasaan sombong dan bongkak? Begitulah resam manusia yang seringkali terlupa siapa dirinya.

Merenungi Keagungan Allah dari Penzahiran Planet-planet

Di dalam bahasa Arab, planet disebut sebagai “al kaukab‘ atau jamaknya ‘kawakib‘. Kamus Al-Munawwir Arab-Indonesia Terlengkap, karangan Achmad Warson Munawwir terbitan Pustaka progressif juga memberikan arti kata ini planet atau bintang. Kata kaukab ditemukan juga di dalam Al Quran, meskipun sering diterjemahkan sebagai bintang sahaja. Mungkin hal ini disebabkan penampilan planet-planet seperti bintang-bintang pada umumnya dalam pandangan mata kita. Kata bahasa arab yang berarti bintang adalah ‘an-najm‘ atau ‘nujum‘. Jadi kawakib adalah khusus untuk maksud planet-planet yang mengelilingi matahari (juga bulan yang mengelilingi bumi).

نَّا زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ 

Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, yaitu bintang-bintang (Kawakib), Ash Shafat [37:6]

Ayat ini mungkin yang paling sesuai dengan pemandangan yang boleh kita lihat di langit timur bulan ini. Sebuah pemandangan indah dengan tampilan bintang-bintang (planet) yang amat cerah yang seolah sedang berkumpul, menari bersama di langit fajar.
sumber al-Habib – Empat Planet Keagungan Allah di Langit Fajar

Pada tahun 2010 juga ada hamba Allah yang merakam gambar penampilan bintang-bintang ini. dan saya bawakan petikan artikel mengenainya di bawah.

Menanti itjimak planet-planet di langit menjelang Ramadhan (23/7/10)


Malam semalam merupakan antara hari-hari yang cukup cantik dan beas dari awan tebal ataupun hujan.

Bermula dari Maghrib lagi, cukup jelas kelihatan planet Zuhrah yang bersinar terang benderang di ufuk langit barat.

Samada kita sedar atau tidak, berhampiran dengan Zuhrah, atau lebih tepat lagi, di atas dari kedudukan planet tersebut, terdapat 2 buah planet lagi yang sedang perlahan-lahan berlayar menuju rendah ke barat, dan dalam masa 2 minggu lagi, akan bertemu dengan Zuhrah itu sendiri.

Planet yang hampir dengan Zuhrah ialah Marikh, Kelihatan seperti sebuah bintang yang samar-samar kecerahannya. Ia boleh dikesan dengan mudah kerana di antaranya dengan Zuhrah, tidak ada bintang lain yang memiliki kecerahan yang sama.

Di atas Marikh, ialah planet Zuhal pula. Sedikit cerah dari Marikh, Zuhal pun sedang bergerak semakin rendah setiap hari. Malah menjelang jam 10 malam, ia pun sudah hampir terbenam hilang dari pandangan.

Yang menariknya ialah detik-detik bermula dari 1 Ogos hinggalah 14 Ogos. Ia merupakan hari-hari yang paling sibuk keadaannya di langit petang (lebih-lebih lagi menjelang waktu berbuka puasa!). Zuhrah, Zuhal, Marikh dan kemudiannya Bulan akan menari-nari bertukar-tukar posisi, membentuk pelbagai formasi menarik dan cantik untuk dilihat, dan dirakam. Utarid juga turut ingin join sekali, tetapi ia agak berjauhan dari kumpulan 3 planet tadi, dan rendah di ufuk.

………
Masih ada hamba Allah yang mengkagumi ciptaan Ilahi ini. Alhamdulillah.

Filed under: kejora, planet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: