BIDUANDA

Ikon

satu dunia satu agama satu tuhan

MELAYU LONGLAI akibat menyingkirkan JAWI

Dimana JAWI masa kini? Bangsanya, tulisannya dan kekuatannya semakin pudar.

inilah satu satunya akhbar jawi

Bangsa ini amat gah suatu masa dahulu sebelum nenasuki era penjajahan barat. Telah melalui satu zaman yang penuh keemasan, disegani oleh kawan dan lawan. Dicemburui pencapaiannya. Selepas dijajah, kekuatannya mula pudar dan mula meruntun ke arah kejatuhan. Walaupun begitu, semasa penjajahan kekuatan(jati diri) Melayu masih lagi wujud walaupun pada zahirnya kelihatan suram. Beberapa pusat pengajian berstatus “pondok” masih berupaya membangunkan ummah agar terus berpegang kukuh pada tali-tali Allah. 

Kesinambungan dari institusi “pondok” inilah yang membangunkan beberapa istitusi pengajian Islam moden seperti Kolej Islam, Maktab-maktab bertaraf sekolah menengah dan Universiti-universiti Islam. Namun keadaan kekuatan dalaman insan Melayu ini amat jauh berkurangan jika dibandingkan dengan keupayaan para pelajar lepasan “pondok” tersebut. Kekuatan tasawwuf telah tercemar dengan teruknya.

Dari sini lahirlah bijak pandai Islam yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu terutama ilmu anutan barat. Kesungguhan dan fokus mereka telah berubah. Mereka kini telah dilatih mengikut acuan penjajah walaupun penjajah telah lama meninggalkan negara ini. Amat malang mereka tidak lagi memahami apa itu tasawwuf, apatah lagi mencapai intisari tasawwuf yang amat mulia dan suci tersebut. Akibatnya, kekuatan dalaman Islam telah menjadi “longlai” dan hilang serinya. 



Ketika dijajah, penguasaan ilmu tahap tinggi masih menebal dan pengajian agama tidak dapat dihalang oleh penjajah. Walaupun telah cuba digugat dengan beberapa suntikan racun untuk melumpuhkannya, ia tidak begitu berjaya. Pihak penjajah seperti telah mengetahui bencana yang bakal mereka terima sekiranya usaha keras dilakukan untuk mengubah cara hidup masyarakat masa itu yang kuat berpegang kepada kehidupan bertasawwuf. 



Orang Melayu akan bangkit bersama kekuatan yang luar biasa serta menggugat kekuasaan (penjajahan) mereka. Raja dan Sultan Melayu masih menjadi tunggak kekuatan Islam yang unggul. Rakyat akan bersatu dengan institusi kesultanan ini menghuru harakan kuasa penjajah. Sebab itu mereka (penjajah) hanya melakukannya secara sulit dan rahsia dalam usaha memusnahkan kekuatan Islam dari hati orang Melayu. Mereka sebenarnya cukup kecewa bila agama mereka, Kristian tidak mendapat tempat di hati orang Melayu. Agama ini tidak disanjung sebagaimana berlaku kepada bangsa-bangsa lain di dunia. 


Usaha yang paling berjaya ialah dengan menyisihkan sumber pengetahuan Islam kepada bangsa ini. Kitab-kitab lama yang penuh rahsia dan hikmat akan terbiar reput di dalam almari kerana sudah tiada pembacanya. AlQuran juga akan semakin jauh dari sanubari orang Melayu. 


Kitab Jawi Lama


Satu ketika dahulu orang Melayu amat senang dipanggil Bangsa Jawi selepas menganut Islam. Sebagai simbol kekuatan Islam, tulisan yang digunakan oleh orang Melayu pada masa itu hanyalah tulisan Jawi.


Penerimaan terhadap Islam oleh  bangsa ini amat luar biasa dan sehingga kini menjadi satu polemik dan misteri kenapa berlakunya satu fenomena ajaib, 100 peratus orang Melayu menerima Islam dan menolak agama lain. 


 Setelah gelaran sebagai bangsa “JAWI” hilang, tinggallah hanya tulisan JAWI, kini tulisan ini juga perlahan-lahan dijumudkan atas usaha seorang yang kita nobatkan sebagai “pendita”. Usaha yang mulanya dianggap sebagai memodenkan bahasa Melayu ini akhirnya memberi implikasi yang sungguh memeranjatkan. Jenerasi Melayu akhirnya menjadi buta Jawi dan tidak lagi mampu membaca dan menulis Jawi. Kitab lama yang bertulisan jawi klasik tentu sekali asing kepada masyarakat Melayu moden. 

beras jawi – beras nasi

Melucukan juga pada masa ini “beras jawi” sudah tidak disebut lagi. Mungkin ada diantara kita yang tidak mengetahui apa itu “beras jawi”…. tinggallah hanya perkataan “masuk jawi”. Itu pun dah semakin ditinggalkan. Mungkin juga perkataan “Melayu” juga akan menerima nasib yang sama? Diharap ia tidak akan berlaku.

Semasa merantau ke beberapa laman sahabat saya terhidu sesuatu yang agak menyentuh jiwa saya. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menyiarkan beberapa petikan dari ulasan  pembaca di salah satu blog kegemaran saya (nusanaga – dulu phenomenon) supaya kita sama-sama dapat mengambil iktibar dan suluhan terhadap saranan serta pandangan beliau yang saya kira amat menarik. Ada sedikit editing dibuat namun tidak lari dari maksud yang hendak disampaikan. Bagi saya ia merupakan satu nasihat yang tulus dari seorang yang benar-benar insaf terhadap keadaan Bangsa Melayu masa kini.

Mengenal “sejarah silam” itu adalah yang terbaik untuk meneroka jalan yang boleh membawa kita mengenal jatidiri, yang baik buatlah tauladan dan yang buruk buatlah sempadan.

Tiada gunanya kita memburukkan “sejarah silam” datuk nenek moyang kita, (walaupun mereka bukan beragama Islam seperti kita) umpama meludah ke langit.. akhirnya jatuh ke atas hidung sendiridan yang penting jangan terlalu beremosi.


Untuk orang Melayu pada zaman ini harus bangkit sebagai bangsa yang hebat dan agung seperti mana nenek-moyang mereka dahulu kala. Bangsa Melayu memerlukan kesedaran bahawa mereka mesti berilmu dengan yang 4 perkara iaitu, syariat, tarikat, hakikat, makrifat – mesti membawa sifat-sifat siddiq, amanah, tabligh. fathonah di dalam diri..


Harus menjadi seorang khalifah, mula-mula khalifah pada diri dan dapatlah dia mengawal dan memimpin emosi serta hawa nafsunya sendiri. Tidaklah berkelahi, berperang ikut sedap rasa, kemudian barulah dapat pula menjadi khalifah pada keluarganya dan seterusnya masyarakat.
Tentang siapa itu Iman Mahdi dan bila kemunculannya tak perlulah kita fikirkan lagi. 


Buatlah persediaan diri dulu seperti yang saya katakan tadi. Sentiasa berada dalam Ahli Sunnah wal Jamaah – iaitu orang-orang yang mengikut sunnah nabi dan berpandukan al-Quran dan dalam keadaan berjemaah senantiasa

Saya doakan siang dan malam akan kejayaan kamu wahai anak-anak Melayu.. insyaAllah suatu masa nanti kita akan bangun semula di persada dunia” – melur sari nasution

Banjaran Titiwangsa yang penuh rahsia

Saya menyedari bahawa Semenanjung Tanah Melayu ini menyimpan rahsia yang belum terungkap dibawah Klue-Klue yang disebuntukan oleh ahli-ahli Geologi. Hutan kita dikatakan sebagai hutan tropica tertua di dunia, Banjaran kita dikatakan terbentuk kira-kira 350 juta tahun dahulu, lebih tua dari Banjaran Endes, Himalaya, Alps dan sebagainya.

Dasar laut kita diadalah sebahagian dari Pentas Sunda (benua Sunda) dan kesemua kenyataan-kenyataan geologi ini sekadar mengingatkan kita kepada Lanskap Awal dan asal bumi yang kita diami ini sekarang. Pada saya keutamaan bagi diri saya adalah bukan untuk mengkaji kronologi-kronologi yang berlaku sehingga membentuk landskap yang kita lihat sekarang,tetapi lebih “Murad” kita mengambil info-info ini sebagai tanda kebesaran Allah s.w.t dan peringatan-peringatan yang telah ditinggalkan oleh RasulNya kepada kita sebagai penghuni dibawah langit ini.

Lebih Murad (maksud yang lebih luas), jika kita mengambil semua ini sebagai pelajaran untuk kita membesarkan Allah s.w.t, mendaki jalan kepada Mengenal sifa-sifat Allah untuk menyerah diri kepada hakikat kehambaan kita kepada Allah s.w.t..

Mengapa perlu kita mengkaji susur galur keberadaan kita di bumi Nusantara ini sehingga ke daerah kegelapan sebelum kedatangan Islam sedangkan keutamaan kita adalah mengisi Islam itu sendiri dari misi menyempurnakan salasilah yang telah terpadam.

Kita adalah umat baru, agama kita yang berusia 1400 tahun inilah yang perlu kita isi akan haq-haqnya kerana agama ini telah berusia lebih kurang 500 hingga 600 tahun disini.

Tugas kita adalah menyambung kebaradaan agama Allah pada diri kita, menelusuri jalan-jalan pejuang agama yang dahulu dan memakmurkan agama Allah ini sehingga kita dpt kembali kepada Sunnatullah. Inilah tuntutan yang utama dan lebih Haq.

bersukaria dan tiada matlamat hidup
Lihat sekeliling kita, lihat wajah-wajah pemuda pemudi kita dan persekitarannya, wajah yang kita lihat ini adalah kesan dari pengabaian kita terhadap peringatan yang telah Rasulullah sampaikan dahulu. 
Wajah yang kita lihat hari ini adalah akibat dari kecuaian kita kerana Dajjal sudahpun masuk ke setiap rumah sehingga kita lebih utamakan perkara-perkara keduniaan, kefasikkan berleluasa(mungkin ada yang tidak kenal apa itu fasiq), kejahatan sudah tiada istirehat sehingga menunggu masa ia memenuhi muka bumi.

Inilah yang patut kita renungkan, supaya kita sedar bagaimana ianya boleh bermula dan bertindak menghentikan punca-punca boleh berlakunya kerosakan demi kerosakan ini kerana semuanya bermula dari pintu-pintu rumah setiap dari kita sendiri. Hisablah diri kita sendiri kerana generasi yang lepas itu semuanya sudah dilenyapkan oleh Allah dan kita perlu segara kembali kepada fitrah sebelum kita juga turut dibinasakan oleh Allah.

Filed under: Uncategorized

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: