BIDUANDA

Ikon

satu dunia satu agama satu tuhan

Trajedi Tripoli: Suatu Kejanggalan Nyata

Trajedi 2011
Sebahagian penduduk dunia mengatakan bahawa kejadian besar yang berlaku di dunia seperti peperangan dan seumpamanya ada kaitan dengan perlakuan ganjil dalam sistem kosmik dan terjadi hanya pada hari-hari yang tertentu dalam bidang astrologi.  Pendapat ini bertepatan dengan pegangan dan keyakinan pertubuhan rahsia (secret society) yang dikenali sebagai Illuminati/Masons.  Pegangan ini sebenarnya berdasarkan kefahaman kuno pengamal ajaran Kabbalah yang kini telah dikesan sebagai penyembah syaitan.
Pada 19 Mac, 2011 yang lalu serangan terhadap Libya dilancarkan, secara kebetulan pula hari tersebut adalah hari berlakunya supermoon (bulan kelihatan lebih besar dan terang dari biasa). Adakah ia terjadi secara kebetulan? Atau sememangnya disengajakan untuk melengkapkan ritual keagamaan penyembah syaitan ini iaitu acara persembahan darah (blood sacrifice)?

Pendapat ini bersandarkan peristiwa yang berlaku pada tarikh serangan ke atas Iraq yang dilancarkan oleh Presiden Bush 19 Mac, 2003 juga ada kaitan dengan kewujudan satu fenomena ganjil pada sistem cakrawala.. Tetapi pada hari tersebut tidak berlakunya supermoon seperti pada 19 Mac, 2011 yang lalu. Hanya persamaan iaitu tarikh 19 Mac (19/3) menimbul persoalan, adakah 19-3 juga sesuatu nombor yang istimewa bagi penyembah syaitan sebagaimana 9-11? Kenapa ia dipilih sebagai tarikh serangan ke atas Iraq dan Libya menjadi satu tandatanya, tambahan pula ia melibatkan nombor-nombor ganjil yang menjadi pilihan mereka.
Walau bagaimana pun, dapat disimpulkan bahawa ia bukanlah sesuatu kebetulan berdasarkan kata-kata General Wesley Clark, sehari selepas berlakunya peristiwa 9-11: “Kita akan memusnahkan 7 negara dalam masa 5 tahun!” . Tujuh buah  negara yang dimaksudkan ialah Iraq, Syria, Lebanon, LIBYA, Somalia, Sudan dan Iran. Namun matlamat ini agak tersasar kerana peristiwa 9-11 sudah menjangkau 10 tahun. Bagaimanapun mereka terus membuktikan nahawa mereka akan meneruskan niat tersebut walaupun tempoh masa terpaksa dilanjutkan. Kelewatan ini mungkin disebabkan persediaan kearahnya belum selesai dan penyebabnya yang kukuh belum tercetus sebagai alasan untuk menipu dunia. Tidak mustahil dalam masa terdekat ini akan berlaku lagi pencerobohan ke atas salah satu negara yang di sebutkan di atas. Syria adalah negara pilihan utama kerana ia bersebelahan dan jiran negara Yahudi, Israel. Syria juga amat memusuhi Israel dan mempunyai pengaruh yang kuat di Lubnan. Mungkinkah negara ini yang akan menerima nasib malang selepas ini ? Sama-samalah kita nantikan.
General Wesley Clark
Tanda-tanda ini sudah semakin jelas apabila Robert Gates, US secretary of defence mengatakan baru-baru ini  “Syria wajar mengikut langkah Mesir dan tentera Syria sepatutnya melancarkan revolusi”. 
Robert Gate
Sepintas lalu kelihatan siri protes (revolusi?) yang tercetus di negara-negara Arab adalah satu kebangkitan rakyat Arab kerana tidak puas hati kepada para pemimpinnya.  Dunia melihat ia sebagai  sesuatu yang wajar dan perlu malah disokong oleh semua media antarabangsa.  Dunia Arab  harus mendapat pembelaan untuk melaksanakan sistem demokrasi sekular sepenuhnya sebagaimana amalan negara maju.  Tetapi ini hanyalah retorik semata. Ada agenda lain yang lebih besar tersembunyi di sebalik ungkapan pemanis mulut tersebut. Amatlah menakutkan apabila ia dikaitkan dengan darah, nyawa dan perbendaharaan orang Islam!.Akan berlaku pembunuhan beramai-ramai atas dasar perjuangan menegakkan sesuatu yang bathil (bersalahan dengan Islam). Akan sia-sialah pengorbanan mereka.
Pada awalnya, dunia Islam rata-rata memberikan respon positif terhadap kebangkitan ini.  Termasuk para ugamawan dan cendekiawan. Mereka mengungkapkan bahawa  kebangkitan ini merupakan permulaan tercetusnya kebangkitan besar Umat Islam di akhir zaman. Rakyat negara Arab bangun memberontak terhadap pemimpin  mereka yang dikatakan tamak, penindas, jahat serta tunduk takut kepada negara Yahudi, Israel.  Betapa seronoknya umat Islam bersorak dan menyokong “revolusi” ini dan turut mengutuk pemerintah negara-negara tersebut seolah para pemerintah ini tidak mempunyai kebaikan langsung dan perlu dihapuskan. Ada yang lebih berani memberi kenyataan bahawa ini adalah tanda kebangkitan umat Islam yang dinanti-nantikan dan dikaitkan pula dengan kemunculan Imam Mahadi as. 
Sangkaan ini tiba-tiba berubah selepas serangan bertali arus tentera  NATO terhadap Libya dan membunuh ramai orang awam, sebahagian umat Islam terkejut dan mula sangsi.  Kenapa NATO begitu pantas menyerang Libya?  Menggempur dan melumpuhkan tentera Libya sebaik sahaja mendapat mandat PBB mengawal ruang udara Libya (menghalang jet pejuang Libya yang menyerang orang awam) melibatkan kematian ramai rakyat Libya (orang awam) yang tidak berdosa.. Mereka hanya diberi mandat untuk menguatkuasakan larangan udara seperti diminta, kenapa perlu menembak dan mengebom tentera darat, kediaman dan pasarana? Mandat itu telah dilanggar dengan sengaja tetapi sedihnya, tiada apa-apa tindakan diambil oleh PBB terhadap mereka. Semua membisu seribu bahasa kecuali suara raungan rakyat Libya yang kesakitan, menderita teraniaya.

NATO seperti orang gasar mengebom bangunan dan pasarana di beberapa bandar utama Libya.  Ramai orang awam yang tidak berdosa menjadi korban tetapi sepertimana biasa, mereka dengan keras menafikannya.  Mereka mendakwa itu hanya pembohongan Gadhafi semata-mata, tambah mereka tentera NATO merupakan angkatan tentera yang cukup terlatih dan berupaya membuat serangan dengan tepat kepada sasaran iaitu tentera Libya. Terbukti merekalah sebenarnya yang berbohong apabila para wartawan melaporkan keadaan sebenar.


Serangan demi serangan dilancarkan secara mengejut umpama melakukan serang hendap, sama seperti tindakan Israel terhadap Lubnan sedikit masa dahulu. Lebih mengaibkan ia merupakan perang yang tidak diisytiharkan ke atas sebuah negara berdaulat. Penipuan secara terang-terangan, perbuatan dayus dan tidak bermoral. Siapa peduli? Seluruh dunia mengiakan sahaja apa yang dikatakan oleh USA dan sekutunya walaupun alasan yang diberi tidak masuk akal. 

Mereka bertegas mengatakan bahawa Gadhafi adalah anjing gila yang perlu dihapuskan. Dikatakan juga Gadhafi telah ditolak dan tidak lagi diterima oleh rakyat Libya.  Sejauh mana kebenaran kenyataan ini tiada siapa yang dapat pastikan, ia hanya dihebahkan oleh USA melalui saluran media yang mereka kuasai. Benarkah Gadhafi adalah manusia yang begitu jahat dan sanggup membunuh rakyatnya sendiri yang tidak berdosa?  Sekiranya dia membunuh pemberontak, tidak bermakna dia jahat dan ini terjadi dimana-mana negara pun dan juga tidaklah bermakna dia seorang manusia yang kejam.  Malah USA sendiri lebih kejam dan zalim menyiksa tahanan di Guantanamo Bay setelah menyerang,meletupkan dan meruntuhkan bangunan dinegara sendiri (9-11). Israel pula lebih ganas membunuh dan merampas tanah rakyat Pelestin, menghalau mereka keluar dari kampung halaman dan memaksa mereka tinggal bersesak dalam keadaan miskin di penjara terbuka (Gaza). Tiada siapa yang ambil peduli. USA bukan sahaja memejam mata malah menghalang setiap resolusi mengecam Israel.

Kebangkitan rakyat menentang pemerintah sesebuah negara merupakan hal ehwal dalaman negara berkenaan, USA tidak wajar masuk campur. Tindakan USA/NATO membantu pemberontak dan ikut serta menyerang tentera pemerintah berkenaan amat tidak masuk akal. Tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh PBB terutamanya, ialah mendamaikan sengketa yang tercetus secara tidak memihak. Membantu Liga Arab mencari persefahaman antara kumpulan yang bertelagah. Sesungguhnya apa yang terjadi sangatlah mengecewakan dan semestinya mereka USA?PBB?NATO? mempunyai kepentingan yang tersembunyi.

NATO
Apakah Libya akan menerima nasib yang sama seperti Iraq?  Petunjuk yang ada terjurus ke arah ini.  Kaedahnya (modus-operandi) juga hampir sama.  PBB dijadikan kuda tunggangan iblis USA  untuk meluluskan satu resolusi gila yang akhirnya memberi peluang kepada USA masuk campur dalam hal ehwal negara lain.  PBB tidak lebih dari sebuah pertubuhan pengganas zionis (secara rahsia) berselindung disebalik motto menjaga “hak asasi manusia” tetapi menghalalkan kekejaman USA dan Israel. Bersepakat (bersubahat?) dengan beberapa negara kapitalis mengatur langkah bagi memudahkan campur tangan dan menguasai negara tertentu (yang dipilih).  Secara logiknya, apa yang berlaku pada tahun 2003 di Iraq dahulu sepatutnya menjadi pengajaran dan dihalang dari berulang. 

Kesilapan membenarkan USA menguatkuasakan larangan penerbangan di Iraq telah disalah gunakan oleh USA untuk menghancurkan negara berkenaan. Kebijaksanaan apa yang diguna pakai oleh PBB ini? Kesilapan lampau sepatutmya tidak diulangi tetapi dengan bersahaja dianjurkan pula di bumi Libya. Bodoh sungguh PBB ini (juga negara yang menjadi anggotanya termasuk Malaysia).

Tindakan ini amat jelas disengajakan untuk memberikan laluan kepada operasi pencerobohan dan seterusnya menguasai negara Libya. Tidak banyak berbeza dengan apa yang mereka lakukan di Iraq dahulu dan mungkin akan berlaku lagi kepada beberapa negara lain selepas ini termasuk Malaysia dan Indonesia. Ia memberi isyarat bahawa PBB telah dikuasai sepenuhnya oleh jembalang, USA, Israel dan Eropah. Jembalang yang laparkan darah dan kekayaan orang lain ini berusha bersungguh-sungguh untuk menguasai dunia.  PBB bukan lagi sebuah pertubuhan yang adil dalam menjana keharmonian penduduk dunia sebaliknya merupakan tunggangan Iblis dan ditadbir oleh para syaitan yang bertopeng manusia.

Jika dilihat dari rentetan peristiwa yang berlaku, rakyat Arab pada mulanya beramai-ramai melakukan demonstrasi menuntut perubahan terutamanya dalam sektor ekonomi dan taraf hidup, kemudiannya ia dikaitkan pula dengan demokrasi-sekularisma (ala barat). Disebabkan terlalu emosi inginkan perubahan, bangsa Arab bangun membuat bantahan yang semakin hari semakin liar, sayangnya mereka telah mengenepikan nilai murni yang dianjurkan oleh agama.


Mereka lebih selesa memilih untuk tidak mengikut nilai dan cara Islam sebaliknya mengguna pakai halacara sosialis dan libral anjuran sekularis barat. Menjulang perinsip demokrasi yang mengagungkan kapitalis.  Kesempatan diambil segera oleh kalangan yang berkepentingan dengan mengundang  kuasa asing campur tangan, walaupun mereka tahu perbuatan ini akan menghancurkan negara mereka sendiri. Mereka tidak peduli apa yang akan terjadi nanti kerana yang penting pemerintah dapat mereka tumbangkan dan mereka disanjung sebagai “hero”, mereka dipuja sebagai pencipta sejarah serta berpeluang pula diangkat sebagai pemerintah baru sekiranya berhasil. Akhirnya, rakyat jelata yang tidak berdosa hidup menderita, kehilangan harta dan nyawa sementara hasil bumi dirampas oleh orang asing. Penghasut sebenarnya tidak ramai, mereka melakukan subversif semata-mata atas kepentingan diri bukan untuk rakyat keseluruhannya apatah lagi kerana agama.

Bahagiakah hero-hero Arab ini?  Apa yang pasti negara-negara Arab akan bertukar menjadi negara sekular yang dipenuhi keegoan ras, suku dan kaum. Sejarah menunjukkan bahawa Islam menjadi gemilang dan perkasa kerana sifat berpuak-puak (assobiah) ini dapat dihapuskan oleh Rasulullah saw. Sikap berpuak-puak (assobiah) ini pula amat digalakkan oleh barat bagi memudahkan mereka melaksanakan konsep yang sekian lama menjadi darah daging penjajah iaitu konsep pecah dan perintah. Negara-negara terlibat sudah tentunya akan terus bergolak atas taksub assobiah ini dan menjadi lemah. Akibatnya terpaksa akur dan patuh kepada tuan mereka iaitu USA selamanya. Maka tanpa disedari telah bertuhanlah mereka kepada kapitalis dan sekular sepenuhnya.


Kisah kepedihan rakyat Iraq dan Afghanistan yang dijajah oleh NATO ini masih lagi kedengaran (Pelestin yang mengalami penderitaan lebih lama sebelum itu telah dilupakan oleh dunia kerana peperangan baru ini lebih sensasi dan mencuri perhatian) .  Keluhan mangsa perang ini tidak pernah diberi perhatian malah dengan sinis digelar sebagai pengganas (sekalipun bertujuan mempertahankan bangsa, agama dan tanah air). Walaupun kerosakan yang mereka lakukan sebelum ini belum pulih sepenuhnya, NATO masih berselera untuk melakukan kerosakan baru di negara lain.


Semuanya dilakukan atas restu PBB yang sememangnya tidak pernah adil kepada negara-negara Islam. Penipuan demi penipuan dan pembohongan demi pembohongan diatur bagi mengelabui pemikiran dunia terutamanya bangsa Arab, namun bangsa Arab masih belum sedar percaturan jahat penjajah dan penjarah moden ini.  Sering kelihatan mereka berjoget dan menari mengikut rentak irama paluan gendang para pendusta.

Walau apa pun memang tidak dapat dinafikan terdapat tanda-tanda wujudnya sentuhan “tangan ghaib” di sana (Libya) . Beberapa keadaan dilihat seolah-olah telah dirancang, diatur dan ditaja oleh kuasa asing  bermula dari pembohongan Lockerbie (mungkin ada kuasa lain di belakang USA)? memang hebat permainan mereka, cukup licik dan busuk!


Fikirkan, atas dasar apa NATO mempunyai hak menyerang secara brutal terhadap Libya? Walaupun piagam PBB tidak membenarkannya, namun mereka bertebal muka membedil negara tersebut. Tiada siapa pun yang mampu menghalang mereka. Hanya Russia dan China sebagai anggota tetap PBB yang berani bersuara mengecam tindakan USA dan NATO ini.  Namun begitu ia tidak memberi sebarang kesan. Agak pelik juga, mereka tidak mengundi menentang resolusi membenarkan NATO mengawal ruang udara Libya, sebaliknya hanya mengambil sikap berkecuali yang tidak membawa sebarang faedah.   Bersuara (merungut?) hanya selepas Libya diserang oleh tentera NATO, jelas mempamirkan kedayusan mereka.


Kita lihat ada sesuatu yang tidak kena di situ. Mustahil Russia dan China tidak dapat menelah niat sebenar USA apabila usul resolusi tersebut dibentangkan. Apa yang berlaku kepada Iraq adalah bukti yang cukup nyata. Pasti mereka sedia maklum resolusi seumpama telah pun diluluskan sebelum Iraq diserang pada tahun 2003 lalu. Akhirnya Iraq ditawan dan menyeret pelbagai peristiwa pahit (pertumbahan darah) yang tidak berkesudahan di negara malang tersebut.  Pasti mereka tahu apa yang bakal berlaku kepada rakan mereka di utara Afrika ini sekiranya resolusi ini diluluskan.  Libya adalah negara rakan dan pembekal minyak ke Russia dan China, malah mempunyai perjanjian perdagangan. Mereka sanggup mengorbankan kepentingan mereka di sana dengan membiarkan USA menyerang negara terebut. Mengapa mereka tidak berusaha membantu Gadhafi, sekurang-kurangnya menghalang resolusi jahanam itu?
Biarlah soalan ini dijawab oleh pembaca sendiri.

Berbalik kepada soal Libya ini, adakah serangan ini dapat dikaitkan dengan sumber petrolium yang banyak di bumi Libya (dianggarkan mampu mengeluarkan 200 billion tong sehari) atau ada sebab-sebab lain? Pastinya alasan untuk membantu menyelamatkan orang awam adalah pembohongan semata. 


Kita boleh lihat sesuatu keanehan di sini. Apabila negara yang kaya hasil buminya menghadapi masalah, segera mendapat reaksi dan simpati dari PBB dan USA (serta sahabat-sahabatnya). Manakala negara miskin seperti Myanmar dan tentunya beberapa negara Afrika dibiarkan begitu sahaja walaupun berulangkali memohon simpati. Kebetulan pula negara pengeluar minyak ini terdiri dari negara Arab yang bermusuh dengan Israel dan majoriti rakyatnya beragama Islam. Adakah semua ini adalah satu kebetulan?

Satu faktor nyata yang boleh menerangkan keadaan ini. Biaya operasi tentunya bukan sedikit. Presiden Obama pernah menyatakan USA tidak sanggup menampung kos perang ini menunjukkan ia melibatkan dana yang besar. Oleh itu siapa pula yang akan menampung biaya sepanjang operasi tentera NATO berkenaan? Amat mustahil NATO lakukannya secara percuma semata-mata bersimpati terhadap pemberontak.

Siapa lagi jika bukan pemilik syarikat minyak gergasi dunia dari USA dan Eropah? Sama seperti kes Iraq dahulu, kini Iraq terpaksa membayar balik gantirugi kepada USA dan sekutunya disamping pemilik syarikat-syarikat minyak gergasi ini mangaut keuntungan lumayan dari sumber petrolium yang murah dari telaga-telaga minyak Iraq. Siapa yang rugi sebenarnya?

Kejayaan dari operasi ini bakal memberikan keuntungan besar kepada pakatan NATO berlebih lagi USA dan Britain yang mengepalai kejahatan ini. Rakyat Libya terpaksa menyerahkan telaga-telaga minyak untuk dikeringkan oleh NATO mewakili penderma dana perang berkenaan.  Hakikatnya rakyat Libya sendirilah yang menanggung pembiayaan peperangan/serangan tersebut.  Hal yang sama tidak berlaku pada sebahagian negara Afrika (yang tidak mempunyai sumber minyak/mineral) walaupun bepuluh tahun terjebak dalam perang saudara.

Tentera NATO mendapat keuntungan yang lain pula, mereka berjaya membuang dan memusnahkan sebahagian dari peluru dan bom yang sekian lama terlapuk di gudang-gudang tentera mereka tanpa perlu mengalami sebarang kerugian. Sementara itu rakan karib NATO (mungkin pelobi utama), Israel pula akan mendapat durian runtuh.  Mereka tentunya akan merasa lebih selamat bila negara-negara Arab yang memusuhinya tidak lagi mampu menggugatnya.  Malah memberi peluang pula untuknya bersama-sama mengikis hasil bumi Arab dan menjual senjata (senjata buruk).

Di mana Liga Arab? Mereka membiarkan sahaja konflik berlaku di negara anggota dan memerhati sahaja serangan NATO?  Lebih menghairankan, Liga Arab sendiri menyokong tindakan NATO ini.  Satu lagi keanehan yang terjadi. Mereka merestui kematian dan pertumpahan darah saudara sebangsa dan seagama mereka. Amatlah malang bagi bangsa Arab yang satu ketika dahulu amat gagah dan disegani. Menjadi tulang belakang dan pemacu unggul memperjuangkan dan menyebarkan agama suci, Islam, kini telah meninggalkan sunah  Rasulullah saw dan pedoman yang termaktub dalam kitab suci alQuran. Apakah telah hilang sifat kasih dan sayang sesama Muslim di dada mereka? Malah menggamit musuh iaitu Yahudi (zionis) dan Nasrani membunuh saudara seagama. Sesia sahaja pertubuhan Liga Arab ini diwujudkan. Pertubuhan Negara-Negara Islam juga diam tidak berkutik.

Jika direnung dengan teliti, adalah jelas kesemua ini telah diatur dengan rapi oleh raja jembalang yang amat digeruni oleh semua penduduk dunia.  Para perancang ini dipercayai pendokong utama NWO (New World Order – Order Baru Dunia) yang diketuai oleh USA. Fenomena ini cukup jelas, sebaik sahaja mendapat beberapa kejayaan hasil bantuan penceroboh, pemberontak Libya secara tiba-tiba menubuhkan Bank Pusat yang baru (berasingan) disamping mengendalikan sendiri telaga-telaga minyak di kawasan yang ditawan. Menubuhkan pula Syarikat Minyak Negara yang baru bagi membolehkan mereka membuat perjanjian dengan beberapa syarikat minyak dunia walaupun mereka belum berjaya menumbangkan Muammar Gadhafi. Mereka seolah cukup hebat, genius dan tangkas. Mampu berperang di siang hari dan membangunkan pula Bank Pusat dan Syarikat Minyak pada malamnya.  Mereka sudah bersedia memerintah Libya. Adakah bangsa Libya ini sememangnya hebat sehingga boleh melaksanakan sesuatu yang sangat luar biasa? Perkara seperti ini adalah sesuatu yang ganjil, belum pernah berlaku kepada mana-mana penduduk dunia. Persoalan yang mencurigakan ramai pihak, kenapa begitu tergesa-gesa?

Tidak mustahil juga semua ini didalangi dan diatur oleh pihak luar, bukan pemberontak Libya. Mereka amat yakin Libya akan jatuh dalam masa terdekat. Kebelakangan ini para pemimpin USA dan Eropah sering mengeluarkan kenyataan yang hampir sama, bahawa Gadhafi akan ditewaskan tidak lama lagi. Terlalu banyak kejanggalan. Keanehan berlaku lagi,  Dunia seperti sudah sepakat berhenti berccerita mengenai rakyat awam yang mati di Libya. Tajuk perbincangan dan kenyataan akhbar sudah sudah beralih arah. Soal keselamatan orang awam tinggal sejarah dan pengharaman penerbangan sudah sudah mula tenggelam dalam masa yang sangat singkat, sebaliknya semua dengan ghairah menanti kematian anjing padang pasir (gelaran yang hina untuk Gadhafi).

Penubuhan Bank Pusat yang berasingan dari yang sedia ada semestinya bertujuan memberikan kemudahan pengaliran keluar masuk wang antara penceroboh, saudagar minyak dan pecacai mereka, pemberontak Libya. Dasar Bank Pusat Libya yang sebenar di Tripoli dikawal oleh kerajaan Gadhafi serta mempunyai peraturan yang ketat mengawal aliran keluar masuk wang dari luar. Untuk kepentingan siapakah sebenarnya Bank Pusat baru ini?  Lebih terang dan jelas apabila dalam masa yang sama ditubuhkan pula Syarikat Minyak Negara yang baru menyaingi Syarikat Minyak Negara di Tripoli..

Kedua-dua institusi ini menjadi saluran penting melaksanakan agenda selanjutnya. Satu keadaan yang boleh dilihat ialah jembalang minyak dari negara luar (ejen NWO) sudah tidak sabar untuk meneguk cecair yang hitam pekat ini. Mereka mahu segera membuat keuntungan dan mengalirkan wang hasil minyak kepada pemberontak yang mereka taja. Dalam masa yang sama memerterai perjanjian menyerahkan penguasaan terhadap telaga-telaga minyak ini. Melaluinya, urusan akan kelihatan “halal”. Membolehkan kedua-dua pihak mendakwa segala urusan adalah legal dan mengikut prosidur antarabangsa. Tidak boleh dituduh sebagai perompak walaupun itulah hakikatnya yang berlaku. Tiada lagi segan silu apatah lagi merasa malu kepada dunia akibat terlalu asyik mengidam dan ketagih emas hitam yang semestinya lumayan dari padang pasir Libya ini. Mereka terlalu amat gah berkuasa melakukan apa sahaja walaupun melanggar hak asasi manusia. Membelakangi apa yang  selalu mereka laungkan.  Apa sahaja yang mereka lakukan semuanya akan diakui sebagai OK oleh penduduk dunia..


Jembalang-jembalang ini tidak dapat bersabar lebih lama, terlalu lambat rasanya menanti Gadhafi tewas atau mati. Walaupun mereka gagal membunuh Gadhafi (melalui beberapa siri serangan udara), mereka terus melaksanakan apa yang telah dirancang.  Perjumpaan telah diatur di Eropah bagi membincangkan mengenai Libya tanpa Gadhafi, padahal Gadhafi masih hidup dan bertahan di Libya.  Pasti ada sesuatu rahsia terselindung di sebaliknya. Kenapa mereka begitu sibuk merencanakan hal ehwal Libya ini? Sudah mula terbayang belang mereka. Dalam kata lain, Gadhafi mesti ditewaskan dengan apa cara sekalipun. Matlamat akhir mereka amat jelas, membunuh Gadhafi dan menawan telaga minyak Libya dan menabalkan kroni sebagai pemerintah. 

Adalah tidak mustahil, dalam masa terdekat ini seluruh negara Arab akan menjadi milik NWO (dijangka akan berpusat di Israel), kini dikatakan diselia di USA.  Kawalan ke atas sebahagian besar sumber petrolium dunia dibawah kuasa mereka. Kekayaan ini sangat berguna untuk memeras ugut setiap nyawa penghuni dunia sekaligus amat membantu dalam usaha mereka menguasai dunia secara keseluruhan. Seluruh penduduk dunia dipaksa untuk tunduk dan patuh kepada mereka. Merekalah raja dunia dalam kerajaan One World Government yang selama ini hanya dianggap sebagai satu teori dalam skop konspirasi zionis.  Kian hari kian jelas, sudah semakin ketara kewujudannya.

Dalam pada itu, kejayaan ini juga membuka ruang yang luas kepada Israel melebarkan wilayahnya ke seluruh Pelestin, Jordan, Lubnan, sebahagian Syria dan Mesir untuk menubuh “Israel Raya” sebagaimana yang tercatat dalam Protokol Zion.  Ini juga perancangan NWO yang dipercayai dikuasai sepenuhnya oleh zionis antarabangsa. Israel Raya adalah negara yang akan mentadbir One World Government ini. Disanalah ditempatkan Istana untuk persemayaman raja dunia yang bakal ditabalkan.

Apa yang menyedihkan ianya terhasil dari manipulasi terhadap kedunguan orang Arab sehingga sanggup menumpahkan darah saudara sebangsa dan seagama secara besar-besaran (kononnya melancarkan revolusi). Mereka akan terus dihasut untuk terus bersengketa, berterusan tanpa hujung dan akhirnya berbunuhan sesama sendiri.  Zionis secara berselindung disebalik CIA dan MOSSAD menaja perselisihan di kalangan kaum-kaum bangsa Arab ini bagi memudahkan laluan mereka.

Ejen-ejen mereka menyusup masuk ke dalam pelbagai pertubuhan samaada pihak pemerintah atau lawanya dan mengapikan permusuhan walau hanya dengan isu remeh temeh. Membiayai para penentang kerajaan agar merancakkan lagi api sengketa. Setelah meranapkan sesebuah negara, negara tersebut akan dibiarkan terus bergolak seperti mana apa yang terjadi pada Iraq sekarang. Mereka akan pastikan setiap negara Arab sentiasa sibuk dan tidak mempunyai ruang waktu untuk memikirkan tentang musuh mereka sebenar (Israel/Yahudi). Jauh sekali bersiap sedia menghadapinya. Mereka akan berterusan menjadi makanan Yahudi. Keadaan di Iraq tentunya tidak seburuk ini sekiranya Saddam Hussein masih memerintah. Sudah terlambat untuk menyesal. bersediakah rakyat Syria mencontohi Iraq dan Libya? Masanya semakin hampir. Jarum sudah mula menikam rakyat Syria.

Kasihan bangsa Arab yang telah menjadi mangsa NWO dan usah gusar, masanya pasti tiba jua. Nantilah pula giliran kita Malaysia. Adakah anda tidak percaya? Terserahlah pada kebijaksanaan anda. Sekarang mungkin kita masih mampu ketawa dan bergembira. Berfacebook dan bergoogle. Berkokok hebat didalam kandang. Bercakaran dalam politik yang ditaja imperialis barat, bergelumang dalam dosa serkular dan kapitalis.  Jangan lupa “mata satu” sentiasa memerhati gerak geri kita, bangsa Melayu yang amat kebal keislamannya sejak zaman berzaman.  Kini semakin longlai setelah diasak dari pelbagai penjuru. Mungkin juga kita akan jadi mangsa mereka yang terakhir selepas runtuhnya negara Islam di Asia Barat dan Asia Tengah.

Berhati-hatilah terhadap Zionis timur (Singapura) dan berdoalah semoga kita tidak senasib dengan bangsa Arab. jika berlaku pun biarlah bermaruah, tidak seaib bangsa Arab. Apa yang berlaku di Libya tidak mustahil juga akan berlaku di Malaysia dan juga negara tetangga Indonesia.  Berbagai isu remeh temeh telah diwayangkan agar kita berjoget samba. Telah dapat dilihat bayangan ini walaupun masih samar. Di negara kita contohnya, bunga api sedang rancak dipertontonkan melalui sandiwara politik. Peliknya, ia hanya berkisar di sekitar bangsa Melayu/Islam, isunya pula ialah akhlak pemimpin. Jika tidak berhati-hati, bersedialah menyambut kemusnahan akibat kedunguan sendiri.

Remember the NWO speech that Bush held before the UN? He stated very clearly that they will succeed. All the rules and regulations are of no importance or value if it undermines the NWO agenda. At this point in time all organisations of any significance are invested with NWO agents. NATO is an important organisation to have in your pocket for the NWO cause.  If this NWO agenda needs to succeed, things like happening in Libya are an xample of how they operate.

 It is very difficult to conquer the world without blowing it to pieces today, so what they do….?  Manipulate the enemy in such a way that they will invite you in…..and ask you to take care of business?

Perhatian dan Renungan:

Sedar atau tidak, Allah SWT telah meletakkan orang Islam dalam keadaan yang cukup payah dan lemah. Luntur iman, semangat dan jatidiri. Keliru, terkapai-kapai mengharap belas kasihan. Tidak tahu kemana hendak berharap. Kawan dan lawan sukar di kenal pasti. Hari ini belum tentu sama dengan hari esok.

Hilang pergantungan. Sempit dan lemas dalam setiap nafas. Berbalam-balam dan semakin kabur sinar  cahaya. Ilmu yang ada memimpin kita jauh ke arah lautan dalam dan menjadikan diri semakin putus asa. Semakin hari semakin jauh dihanyutkan. Tiada harapan mendapatkan setitik keadilan serta bantuan kecuali dari makhluk jahat dan penipu yang melata di atas muka bumi ini.

Makhluk yang sentiasa bermuka-muka, bersandiwara dan pembohong. Sering mempertontonkan kekuatan yang cukup hebat serta gagah perkasa, mempunyai pengaruh dan kuasa yang amat mustahil ditewaskan……  Segalanya kini dibawah kawalan mereka walaupun kita sering menafikannya.

Terlalu banyak perkara haram (yang merugikan) telah di “halal”kan sewenangnya.  Kepentingan diri menghalalkan cara, keduniaan diutamakan. Tidak terasa bersalah walaupun tahu diri telah bertuhankan hawa nafsu dan syahwat (sedikit atau banyak bergantung kepada tahap ilmu yang Allah kurniakan). Tidak menyedari, telah melakukan kemungkaran yang merugikan, masih menyangka diri dipenuhi iman. Mengata, mengumpat dan mengeji dan seumpamanya menjadi suatu yang lazim. Hawa nafsu menguasi diri walaupun giat melaksanakan ibadah. Meninggi diri dan angkuh walaupun ilmu agama memenuhi dada. Puncanya ialah hati yang mati. Sering mengungkap tiada pilihan dan dharurat (dan tidak dapat dielakkan), benarkah tiada pilihan atau ianya dipengaruhi gelodak nafsu? Jawablah dengan jujur dan berharaplah agar Allah membuka hati kita.. .InsyaAllah.

Kesimpulannya, semua pintu telah mula tertutup.

Semua arah terpalit najis. Makanan dan minuman belum pasti bersih dari kotoran. Sembelihan, sejauh mana selamat dan halal? Riba ada dimana-mana, walaupun ianya antara yang amat jijik di sisi Allah dan RasulNya kita meneguknya tanpa rasa bersalah. Dengan ini, iman menjadi longgar hanya akibat tidak berhati-hati terhadap perkara subhah apa lagi yang haram,. Inilah yang bernama “kerugian”, bukan soal dosa atau neraka. Dosa adalah kiblat bagi nafsu.  Kita sendiri yang rela ke neraka untuk didiami. Rugi disebabkan oleh kemerosotan Iman.

Semakin jauhlah Tauhid dan Makrifat yang sememangnya wajib dicari oleh manusia sebelum kembali ke sana.  Semoga Allah perkuat kembali iman di dada dan dapat mengucapkan “kalimah tauhid” dengan sebenar-benarnya, jauh dari syirik. (amin)

Persoalan: kemanakah arahtuju Umat Islam sekarang dan masa mendatang?

sedikit nasihat
PEDOMAN KATA INI MUNGKIN MEMBANTU
Kata ulama tua di hujung desa:

 “Kecundangnya kamu kerana salah langkah kamu sendiri”, . 
“Pintu itu adalah hak kamu, jangan dibuka kepada sembarangan tetamu.  Jangan dibiarkan terdedah. Akibatnya amatlah parah”. 
“Jika kamu mengejar dunia, dunia akan terus berlari meninggalkan kamu, kamu akan tewas sepanjang masa. Sebaliknya, jika kamu menghindari dunia, dunia akan mengejar kamu, memuntahkan segala perbendaharaannya tanpa perlu kamu minta.”
AKHIR KALAM, MAAF JIKA ADA YANG TERLANJUR DAN BURUK BAHASA TUTURAN.

Filed under: Arab, Libya, NATO. Yahudi, USA, zionis

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: