BIDUANDA

Ikon

satu dunia satu agama satu tuhan

alGhazali ulama dari Khorasan, Parsi

Abu Hamid al-Ghazali 
atau nama penuhnya ABU HAMID MUHAMMAD bin MUHAMMAD ABU MUHAMMAD AL-GHAZALI atau lebih dikenali sebagai IMAM GHAZALI dilahirkan pada tahun 450 Hijrah (1058 M) dari sebuah keluarga miskin di  TOS, sebuah kota di negara KHORASAN. Bapanya meninggal semasa beliau masih kecil.  Beliau bukanlah berbangsa Arab sepertimana yang difahami ramai dan Khorasan pula adalah sebuah negara kota yang amat luas meliputi seperempat Parsi, seluruh Afghanistan, Tajikistan, Uzbekistan dan bahagian barat China, ibu negaranya ialah Kabul..
Dari sinilah (Tos) belau memulakan penggalian ilmu seminggalah kemuncaknya beliau dikenali sebagai ulama kerohanian yang unggul di dunia Islam dan ia dikagumi seluruh dunia termasuk Negara Barat. Penulisannya mengupas persoalan yang sukar diketengahkan oleh ramai pemuka kerohanian pada zamannya disamping mampu mengutarakan tentangan terhadap kemusyulan fahaman philosofi Greek yang semakin popular dikalangan umat Islam. Di dunia Barat, ia dikenali sebagai ALGAZEL
Disebabkan penulisannya yang mantap dan penuh fakta, ia dianggap sebagai satu aliran pemikiran baru dari sudud falsafah dan mistis metafisik oleh Barat dan dianggap sebagai saingan kepada ilmu falsafah Plato dan Socrates.  Pandangan dan kefahaman yang beliau kemukakan amat bermanfaat serta padu sebagai benteng pendinding penularan pengaruh pemikiran falsafah Greek ketika zamannya. Terselamatlah umat Islam dari kecelaruan dalam kefahaman kerohanian.  Jasa Iman al-Ghazali yang amat tinggi nilainya.
Ilmu yang mula dipelajari di Tos ialah dalam bidang asas syarie iaitu Feqah dari seorang ulama bernama Ahmad bin Muhammad al-Razakani al-Tos.
Toos (توس atau طوس di Parsi/Iran) juga disebut sebagai Tous,Tus atau Tus, merupakan sebuah bandar purba di wilayah Iran dari daerah Khorasan. Bagi orang-orang Greek purba, ia dikenali sebagai Susia (Σούσια). Ditawan oleh Alexander the Great pada 330 SM. Sejarah penting Tos selain tempat kelahiran Imam Ghazali, ia juga terkenal kerana Kewafatan Khalifah Hurun al Rasyid.
Haruniyeh Dome in Tus. Some say it’s the tomb of Al-Ghazali.
Dalam perjalanan untuk mengatasi rusuhan di Khorasan pada tahun 808, Khalifah Abbasiyah Harun al-Rasyid jatuh sakit dan meninggal dunia di bandar ini.. Sejarah lainnya, bandar ini hampir seluruhnya musnah di tangan Genghis Khan semasa serangan tentera monggol antara tahun 1220 hingga tahun 1259.

Pemuka Islam yang terkenal selain Iman Ghazali dari bandar ini antaranya ialah penyair Firdausi, Hakīm Abu’l-Qāsim Firdawsī Tūsī (حکیم ابوالقاسم فردوسی توسی), disebut sebagai Ferdowsi (Firdausi), hidup pada 940 hingga 1020. Ia dikenali kerana karya puisi yang hebat dirujuk sebagai Syair Parsi (Persian poet). Pengarang Shāhnāmeh, epik masyarakat Parsi.


Abu Musa Jabir bin Hayyan Al-Azdi Terkenal di Barat sebagai GEBER, (lahir pada 721 di Tos meninggal pada 815 di Kufah) adalah seorang yang terkemuka dipelbagai bidang; seorang ahli kimia dan Alkemis, astronomi dan astrologi, jurutera, ahli geologi, ahli falsafah, ahli fizik, dan farmasis juga doktor. Telah diktiraf oleh banyak pihak sebagai “Bapa Kimia”

Abu Mansur Ahmad bin Ali Asadi al-Tusi (lahir: Tos, Iran wilayah Khorasan – meninggal: 1072 Tabriz, Iran) Tokoh kedua terpenting sebagai penyair dibidang epik rakyat selepas Firdausi yang juga dari bandar yang sama. Dia adalah seorang penyair, seorang ahli bahasa dan penyalin naskah kuno.

Selain itu, Tos juga terkenal kerana Wazir Dinasti Seljuk, Nizam al-Mulk dan pemimpin Mazhab Syiah, salah seorang dari imam 12 yang amat dihormati dalam Mazhab ini iaitu Abu Ja’far al-Tusi.

Walau bagaimana pun, tidak dapat dinafikan bahawa nama harum Tos diterajui oleh kelahiran ulama kerohanian ini, Imam Abu Hamid al Ghazali. Kegigihan perjuangannya mencari ilmu menjadi titik tolak atas kejayaan menyelamatkan umat Islam dari dikuasai oleh pemikiran berunsur falsafah Greek. Sesuatu yang cukup hebat selain dari kesungguhannya membaiki diri dalam bidang kerohanian sehinggalah beliau meninggal  di Tos, tempat kelahirannya.

Imam Ghazali sanggup meninggalkan kehidupan mewah dan jawatan sebagai pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi di Banghdad pada tahun 1095 untuk mententeramkan kegelisahan jiwanya dengan mengasingkan diri dan berkhalwat dalam kehidupan yang miskin. Mencari hakikat tasawwuf yang sebenar meninggalkan anak isteri selama 2 tahun melakukan pertapaan (khalwat) di menara sebuah masjid di Damsyik. Ia berusahaja bermujahadah membersihkan jiwa dan menjernihkan kalbunya. Seterrusnya beliau ke Baitul Maqdis, bertapa pula di sebuah masjid di sana. Seterusnya Imam Ghazali ke Mekah dan Madinah menunaikan Haji dan menziarahi makam Baginda Rasulullah saw. Keseluruhan perjalanannya berkelana mencari cahaya ini memakan waktu yang panjang, kira-kira sepuluh atau sebelas tahun lamanya. Beliau kembali ke Tos dan meneruskan pertapaan.

Selain Kitab Ihya’ ulum ad Din yang sangat terkenal itu, ada satu risalah ringkas mengenai Ilmu Laduni yang sehingga hari ini terus menjadi bahan kajian ahli dibidang falsafah di seluruh dunia termasuk negara Barat. Ia dinamakan sebagai ar Risalah al Laduniyyah – Ilmu Terus dari Allah..

Tiga hari sebelum beliau wafat pada tahun Masihi 1111 (505H), Imam Ghazali telah dikurnia oleh Allah pangkat kewalian “QUTB” atau Sultan Auliya. Maklumat ini tercatat dalam buku “Ta’rif al Ihya’bi Fadhail al Ihya'”.

Lebih mengkagumkan, sejarahwan Barat menganggap Algazel (Iman Ghazali) adalah orang kedua paling penting dalam sejarah pembangunan Islam selepas Nabi Muhammad saw. Ia lahir kira-kira 500 tahun selepas era Rasulullah saw.


Dalam tempoh hampir 20 tahun selepas kelahiran Imam Ghazali, lahir lagi seorang ulama tersohor yang amat disanjung iaitu Syeikh Abdul Qadir di Jilan, utara Parsi (selatan laut Caspian) berdekatan sempadan Turkmenistan sekarang pada tahun 470H atau 1078 M Beliau dikenali sebagai Syeikh Abdul Qadir alJilani. Ini menunjukkan kedua-dua tokoh ini hidup dalam era yang hampir sama iaitu 500 tahun selepas zaman baginda Rasulullah saw. Wafat pada 561H bersamaan 1166M di Baghdad.

Alhamdulillah.
























































































































Filed under: alGhazaly, laduni, sufi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: