BIDUANDA

Ikon

satu dunia satu agama satu tuhan

Memori: Kagumi Keindahan Ciptaan

BUKIT HIJAU 

Masa kecil dahulu ayahku sering membawa aku ke sebuah kawasan hutan rimba yang sunyi sepi, hanya kedengaran desiran kuat bunyi rempuhan air keatas batu-batuan.  Ketika itu aku berumur kira-kira 8 tahun.

Keadaan tempat itu telah banyak berubah ketika ini. Kedinginan hawa rimba dan bauan herba semulajadi sudah lenyap dan tiada lagi keunikan bunyian indah sang burung dan segala mergastua.

Pada ketika pertama kali sampai disana membonceng motosikal ayahku Honda Cub 50cc warna merah. Motosikal  Honda yang pertama di kampungku.  Sebelum itu hanya ada Lambretta, Triumph dan Norton.  Itupun bukan kepunyaan penduduk kampung. Pelawat dari luar.  Kira-kira ayahku lah yang pertama bermotosikal di sini. Lebih kurang macam ini.

Ayahku sering singgah disana menyedut udara nyaman dan harum rimba. Disinilah aku kenali bau buah “kulim” yang busuk tapi “sedap”… ahhh…  tak tahu macamana nak cerita.  Disana ada sebuah kolam takungan siap dengan papan terjun yang dibina oleh pengurus estate berdekatan untuk tempat rehat hari minggu mereka. Orang Putih yang menjadi manager estate itu telah lama menemui tempat unik ini dan ia dijaga dengan rapi siap dengan pondok persalinan, tempat memasak dan bangku santai.  Kini semua itu sudah tiada lagi.

Pada masa dahulu tempat itu juga sering dilawati oleh gajah, harimau dan pelbagai haiwan rimba yang lain, namun tiada sebarang gangguan terhadap manusia. Mereka segera menghilangkan diri bila terasa kehadiran manusia. Memang menganihkan.

Sejuk. Memang sejuk tempat itu. Mengalahkan kesejukan aircond masakini. Sebab itu mat saleh suka lepak disana. Tidak ramai orang kampung yang tahu tempat itu walaupun jauhnya hanya kira-kira 3 kilometer sahaja melalui jalan ladang getah Badenoch.Estate.  Mungkin penduduk kampung takut hendak ke sana kerana pernah menjadi sarang komunis satu masa dahulu dan masih aktif sehingga akhir tahun 60an.

Ayahku sering sembahyang sunat kat salah sati batu hampar dicelah-celah aliran air.  Aku nampak benar kepuasan di wajah ayahku. Akupun amat terharu dengan persekitaran yang sungguh mempesonakan itu.

Memang indah ciptaan Tuhan, tetapi kerakusan manusia telah memusnahkannya atas alasan pembangunan dan pemodenan.

Banyak cerita-cerita misteri di sini yang tidak diketahui ramai. Bukit Hijau mempunyai ceritanya sendiri.
… kan ku sambung cerita ini ….

Filed under: bukit hijau, ciptaan, memori

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: