BIDUANDA

Ikon

satu dunia satu agama satu tuhan

tuntutan anak-anak ADAM

Tuntutan nafsu ialah kesedapan. tuntutan hati ialah puas, tuntutan iman pula ialah kesejahteraan. Apakah pula tuntutan insan dan apa pula tuntutan ihsan? Inilah anugerah istimewa kepada Adam dan anak cucunya yang tidak ada pada para malaikat yang menjadi makhluk yang paling taat kepada Allah swt.

Nafsu, Iman dan Ihsan. Mana satu pilihan hati anda? Tepuk dada tanyalah “akal”.

Perkataan “tuntutan” itu mencakupi “barang kepunyaan” yang telah hilang atau dirampas dari tangan kita. Apa yang disebut di atas adalah “hak peribadi” kita yang hilang, cuma sedikit sahaja yang dapat di ambil semula dengan mudah, iaitu kesedapan luaran (nafsu lahir/jasad). Itupun tidak sepenuhnya, sentiasa tidak mencukupi. Manusia mencari keseronokan dengan sangkaan itulah kesedapan yang sebenar. Memandangkan ia cuma kehendak nafsu peringkat rendah, tidaklah banyak yang dapat diperolehi oleh manusia walaupun telah menjadi jutawan atau bilionawan. Kenapakah begitu?

Dia yang awal, dia yang akhir, dia yang zahir, dia yang bathin. “Rahsia” dan “Rahsia Dalam Rahsia” ada tersimpan kukuh di Perbendaharaan Tasawwuf, tuntutlah sebelum terlewat. Ia adalah “hak” anak-anak Adam.

Satu bidang ilmu Islam yang tiada dalam sukatan pelajaran persekolahan negara ialah “Tasawwuf”. Sememangnya ia tidak layak pun diajarkan di sekolah. Ia umpama ilmu peringkat tinggi dan hanya dapat difahami jika disertai dengan perulangan ritual dalaman, kesungguhan hati dan iktikad yang padu. Melalui Tasawwuf sahaja segala “tuntutan” bakal dapat diperolehi semula seperti yang dijanjikan. Cuba baca petikan artikel mengenainya di bawah.

Tasawwuf merupakan salah satu dari tiga tiang asas agama Islam. Ia merupakan dimensi kerohanian bagi agama ini. Dengannya Iman dan keyakinan menjadi lebih kuat, perlaksanaan terhadap tuntutan syariat menjadi lebih sempurna dan penghayatan nilai-nilai akhlak menjadi lebih berkesan. Tanpanya Iman hilang kemanisannya, amal ibadah hilang kekhusyukannya dan akhlak hilang kemurniannya. Ia seumpama kawalan keselamatan dan perhiasan bagi sesebuah rumah yang menjadikannya lebih selamat dan bernilai tinggi. Memiliki keimanan semata-mata tanpa keislaman dan keihsanan adalah seumpama memiliki tapak rumah. Sekalipun pemiliknya ada tempat bertapak namun dia terdedah kepada kepanasan matahari dari basahan hujan. Memiliki keimanan dan keislaman semata-mata pula tanpa keihsanan adalah seumpama memiliki tapak dan rumah yang tidak siap dan tidak sempurna. Sekalipun pemiliknya ada tempat berteduh namun ia terdedah kepada kecurian dan rumahnya tidak bernilai tinggi. Manakala ihsan pula adalah seumpama rumah yang lengkap dan berperhiasan yang bukan sahaja selamat dihuni malah bernilai tinggi”.

Terdapat sesuatu yang anda cari selama ini iaitu “kemanisan” beribadat, “kelazatan” muktamad dan “kebahagiaan” infiniti. Bagaimana anda mencarinya jika ia berada sangat hampir dengan diri anda sendiri. Seolah manusia tersesat dalam terang. Kekeliruan yang menjadi pemisah dari kejayaan yang diharapkan.

Masihkah anda meragui kelebihan Islam berbanding semua agama di dunia dan menafikan sesuatu peluang keemasan memasuki ruang “syurgawi”?. Jika begitu sangkaan anda, anda adalah manusia yang paling rugi di dunia dan lebih menyesal ketika di akhirat.

Untuk membantu kita memahami apa itu TASAWWUF, sila ke

Selamat membaca dan mengambil peluang memperbaiki kefahaman tentang Islam.


Filed under: Adam, nafsu, Rahsia, Tasawwuf

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: