BIDUANDA

Ikon

satu dunia satu agama satu tuhan

KOMENTAR KUBRAnews@ZAMANY – AS siri 1



32 comments:

Anonymous said…

Salam atok zamany, (wah, sy org pertama la…) ada sedikit pertanyaan dan cadangan utk atok… tp sebelum tu, tahniah kpd atok sbb berjaya ‘realease’ artikel baru… teruskan atok… kami sedia menanti dan membaca… 1, bukankah Ibnu Taymiyyah itu pendokong kuat wahhabi? dan dia juga lah yang mencipta Tauhid Tiga Serangkai, iaitu Tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma’ wa Sifat… yang mana jelas tauhid ini bertentangan dengan Tauhid sebenar yang sepatutnya belajar mengetahui Zat Allah, Sifat Allah, Asma’ Allah dan Afaal Allah yang tidak dapat dipisahkan, Awaluddin Makrifatullah, Awal Agama mengenal Allah… 2, Bagaimana atok boleh kaitkan ibnu taymiyyah dengan AHSWJ? sedangkan telah diterangkan bahawa ibnu taymiyyah itu hanyalah mendakwa dia bermazhab Hambali walhal dia sendiri telah bercanggah dengan mazhabnya… sy petik artikel tulisan Yayasan Sofa, Negeri Sembilan… “Ibnu Taimiyyah yang merupakan pereka pembahagian tauhid ini mendakwa dirinya bermazhab Hanbali. Namun Imam Ahmad ibnu Hanbal r.a. sendiri, yang dikatakan menjadi tempat sandaran bagi orang-orang yang melakukan pembahagian tauhid bidaah ini, tidak pernah menyatakan bahawa tauhid itu mempunyai beberapa bahagian; tauhid rububiah, tauhid uluhiah dan tauhid asma’ dan sifat. Beliau juga tidak pernah menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengetahui tauhid uluhiah, tidak dikira makrifatnya tentang tauhid rububiah kerana tauhid rububiah ini telah diketahui oleh orang musyrikin. Sesungguhnya akidah Imam Ahmad ibn Hanbal r.a telah disusun di dalam kitab-kitab karangan pengikutnya. Misalnya, di dalam kitab biografinya yang ditulis oleh Ibnu Jauzi dan lain-lainnya, tidak terdapat langsung pembahagian tauhid rekaan ini. Maka dari manakah Ibnu Taimiyyah mengambil tauhid ini?” jadi disini, sy amat berharap atok terangkan lagi perkara mengenai perkara ini… jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga…  seterusnya sy mencadangkan kepada atok suapaya atok membahas secara tuntas mengenai wahabi dan syiah ini… kerana ramai sangat rakyat Malaysia ni yang dh terpengaruh dgn ajaran2 spt itu… tak lupa juga, sy amat berharap atok bongkar mengenai sudin ajaib yg dikaitkan dgn tablig, yg mana kerana nila setitik rosak susu sebelanga… juga diharapkan atok bahaskan mengenai perjuangan dan aqidah para pengikut pekida, pekima, tentera al-badar 313, panji hitam ufuk timur PSSGM, sendeng merah, double seven, persatuan sahabat malaysia, angkatan melayu muda, PAPIM dan yang sejalan dan seperjuangan dengan mereka…. mengenai kegiatan spt ini, sy amat berharap atok bongkar sehabis-habisnya, kerana sy lihat perkara ini telah menjadi pengaruh paling kuat mempengaruhi anak muda kita… berbeza dgn syiah dan wahabi, 2 fahaman ini lebih tertumpu kpd golongan yg lebih terpelajar…. Sekian dari saya yg amat mengharap… Wassalam -Orang Gombak

aku kecik said…

Pernah jumpa seseorang yg slalu mencarik adat..sudah meninggal dunia…..biarla aku nampak sesat disisi manusia tapi tidak dengan Allah?

ABATASA said…

Salam semua terutama sahabatku zamany. Tahniah kerana berjaya postkan artikel menarik ini walaupun mendapat gangguan hebat dari “musuh”. Kecekalan sahabat amat kami hargai dan akan dicontohi, terima kasih. Mengenai ulasan orang gombak itu saya bersetuju pandangannya tetapi saya fikir ini hanyalah permulaan bicara sahaja bukan secara menyeluruh. Apa yang saya faham, Ibnu Taimiyiah asalnya dari kalangan ASWJ juga malah ia adalah anak dari salah seorang ulama ASWJ. Pandangannya yang benar wajar dihargai. Walaupun selepas itu banyak terjadi percanggahan pandangannya dan pandangan pengikut2nya dengan ulama ASWJ sehingga tercetusnya fahaman WAHHABI itu. Bagi Wahhabi mereka masih mendakwa tergolong dikalangan ASWJ juga, bukannya satu mazhab baru malah mendakwa mengambil usaha mensucikan sunah Rasulullah saw dari bidaah.  Kecaman pedasnya terhadap beberapa ulama muktabar dan menafikan akidah tauhid assyaariah telah menyebabkan Ibnu Taimiyah telah disingkirkan oleh ASWJ terutama apabila dia dan pengikut2nya sering menyelar dan mempersalahkan para ulama yang tidak sependapat dengan mereka. Terdapat juga riwayat yang menyebut Ibnu Taimiyah telah melafazkan taubat atas kesilapannya, w/a. Walau bagaimana pun saya berharap sahabatku zamany dapat menghuraikan dengan sejelasnya persoalan ini supaya salah faham dapat diperbetulkan. Lebih-lebih lagi persoalan mengenai “keberadaan Allah” sebagai pegangan dan kefahaman pengikut Ibnu Tayyimah atau Wahhabi ini. Sememangnya telah berlaku mudharat setelah kewujudan Wahhabi, umpama racun yang telah merosak dan mengucar kacirkan akidah umat Islam dari dalam. Sekian dahulu, terima kasih atas artikel berguna ini. Wassalam

azhar said…

salam buat Tn Zamany & pembaca hari ini kita diserang dari pelbagai sudut / satu2nya attack yg lebih kepada indoktrinasi akal adalah melalui golongan yang kita gelarkan wahabi.  Agama Islam tidak hanya berdiri atas akal semata-mata / ini agama wahyu – agama samawi / lihat rukun iman – berapa perkara ghaib terkandung kat situ? / kalau akal kita jadikan ketua pincanglah perjalanan kita / pendokong wahab wahabi selalu meletakkan istilah TAJDID sebagai asas kepada sesuatu perlakuan . Atas nama pembaharuan , maka mereka mencadang dan mencanang apa sahaja yang sesuai pada akal mereka / kita kena ingat ulamak2 dulu yang mengasaskan ASWJ bukanlah ulama sembrono / bandingkan dengan kita…siapa kita /masalahnya, pendokong gerakan ini sangat bijak bermain kata2 ( MEMETIK KATA2 Dr Asri waktu perteemuan dengan Nik Aziz – ‘ kami sekarang diperangi sepertimana golongan muda dna wahabi dulu diperangi’ ) / golongan ini sangat membenci uslub sufi dan tasawuf / mereka tidak langsung boleh menerima kelainan yang luar biasa / yang mereka pegang adalah kepada tok2 guru dan kitab mereka / saya menentang sungguh2 golongan ini…ingatlah, agama ini sendiri agama wahyu- perkhabaran yang diterima oleh Rasulullah – ada yg melalui Jibril, ada yang datang terus ke dalam dada Yang Mulia Baginda dan ada yang datang seperti loceng bergemerincing / insaflah – kembalilah kepada tapak asal agama ini ….  maaf jika komen saya menyinggung mana2 pihak ikhlas cikgu azhar

azhar said…

Mengenai pegangan ASWJ, kita hanya boleh sebut secara ringkas iaitu Ahli Sunnah berpegang kepada Rukun Iman yang enam, Rukun Islam yang lima, berpegang kepada ajaran akidah Imam al-Asyari dan Maturidi dan yang mengikuti mereka sampai masa kini; mereka beriman mengenai Allah memiliki sifat sempurna tidak terhisab, tetapi sekurang-kurang perlu diketahui semua orang ialah sifat ada, sedia kala, kekal, tidak menyerupai semua yang baru, berdiri sendiri, Maha Esa, hidup, mengetahui, berkehendak, mendengar, melihat dan berkata-kata dengan kalam-Nya yang kadim dan azali tidak menyerupai makhluk dalam semua perkara. Zat-Nya tidak seperti zat makhluk, perbuatan-Nya tidak seperti makhluk. Allah juga tidak bertempat ( faham golongan wahabi, Allah ‘duduk’ di Al Kursy – jauh sangat dengan waham sufi ) : Ingatlah Maha Besar Dia dari apa yang boleh kita sifatkan dengan akal hina kita ini. salam cikgu

zamany said…

Salam semua… Kpd org gombak, Ya memang benar yg cucu katakan, pada peringkat awalnya Ibnu Taimiyah memengang mazhah Hambali yang kemudian menongkah arus kerana desakan rakan-rakannya yang berfahaman Wahabi. Pada kala itu dia sering dilihat mengeluarkan kata2 yang bertentangan dengan ASWJ dan juga melawan dengan mazhab Hambali. Beliau sendiri mempunyai pengikut yang ramai yang memujuknya kembali kpd ASWJ malah Ulama2 ASWJ juga sentiasa inginkan beliau kembali bersama. Manakala puak Wahabi amat mengagongkannya kerena berjaya menambat seorang Ulama tersohor ASWJ ini bersama-sama menyokong mereka. Malah hingga kehari ini pun mereka masih beranggapan Ibnu Taimiyah merupakan Imam agong Wahabi.  Walhal beliau pada akhirnya telah melafaskan Taubat Nasuha serta melafaskan kembali 2 kalimah shadatai dihadapan halayak ramai selepas solat Jumaat dan melakukan Solat sunat Taubat selepas itu kemudian beliau berucap dan dengan rasminya telah kembali kpd ASWJ yg juga dipegang kuat oleh keluarganya sendiri. Jadi apa juga pandangannya berkenaan ASWJ selepas itu dianggap salah satu Ijmak ASWJ jua adanya. Biarlah puak wahabi melaung meronta-ronta mengisbatkan kata2 beliau adalah pandangan yg tidak disedarinya. Namun Hakikatnya semua ulama ASWJ tahu apa yg sebenarnya berlaku kepada Ibnu Taimiyah. Begitulah sedikit rintitan hidup salah seorang Ulama pendokong kuat ASWJ yang perlu kita ketahui hakikat sebenarnya. Beliau berpegang dgn Mazhab ASWJ hingga akhir hayatnya tampa mempedulikan rakan2 wahabinya itu lagi. Berkenaan saranan yang lain itu akan atok pertimbangkan dan diselitkan pd ruangan tertentu atikal dalam tajuk2 yg akan datang nanti, insyaallah… Kpd saudaraku abatasa, Tk sebab membantu… banyak juga yang tuan hamba tahu akan perjuangan ulama ASWJ ya…  Kpd cikgu azhar… Kebanyakan didalan Ijmak ulama pada peringkat akidah dan akhlak mempunyai banyak pendapat yg sealiran, tetapi apabila memasuki bab yg lebih dalam didalam Tasawuf, mereka akan memberi pendapat yg bercelaru dan tidak tepat kerana mereka tidak “menyapai disitu”. Hanya seegelintir saja yg boleh kita kutip pendapat mereka didalam bab Hakikat. Untuk lebih selamat maka kita ambil jalan tengah yg lebih tepat iaitu aliran al Asyari dan al Maturidi seperti yg telah lama kita anuti di Malaysia ini. Waalahua’alam. sekian  Zamany

zamany said…

salam kpd aku kecik… siapa yg saudara maksudkan tu… memang selalunya mereka nampak buat pekara yg tak masuk akal, tapi mereka sebenarnya betul. Cuma selalu disalah anggap akan kelakuan mereka itu. zamany

aku kecik said…

Seseorang yg pernah berada di Chemomoi Pahang. Masallahnya, salah anggap masyarakat itu disamakan dgn ajaran sesat??? Allah lah yg Maha mengetahui.

zamany said…

salam aku kecik… Makanya jika dah “sampai” jangan buka banyak sangat pada masyarakat yg tak faham perjalanannya. Seorang Waliallah seharusnya menjaga aib dan adabnya, memilih banyak berdiam dari bercakap, kata2 yg keluar dlm keadaan fana akan menimbulkan fitnah pd dirinya sendiri. Lihat saja Al Halaj, bagaimana lafas kata2nya didalam keadaan “Fana” telah menjadikan masyarakat huru hara hingga dia dihukum pancong akabat fitnah. Ini harusnya menjadi teladan kepada mereka sesudahnya. Cuba simpan “Rahsia” yg terbuka dari Allah itu adalah lebih baik dari berkata2. Lagi pun ia adalah untuk dirinya saja, bukan utk diketahui oleh yg lain. Waallahua’lam zamany

Anonymous said…

Salam kepada Atok Zamany dan sekalian pembaca… Terima Kasih atas penerangan atok yg lebih lanjut serta tambahan dari suadara Abatasa dan cg Azhar… jadi disini masih dapat diterima pendapat Ibnu Taymiyyah ya atok, sbb dia dh lafazkan taubat nasuha… br sy tahu, selama ni asal jumpa org wahabi je, habis dia keluarkan semua hujjah ibnu taymiyyah… dah nampak mcm ibnu taymiyyah ni wahabi je selamanya… di rumah sy pn ada satu kitab besar ibnu taymiyyah semasa dia dalam fahaman wahabi… kitab merah, cetakan salinan asli… ok atok, terima kasih diatas mempertimbangkan cadangan sy… semoga atok terus sihat selalu dan berjaya menyiapkan artikel2 selanjutnya… Wallaua’lam… -Orang Gombak

che li said…

Menyentuh mengenai wahabi,kerajaan Saudi secara umumnya berfahaman wahabi sedangkan merekalah penjaga kedua tanah suci umat Islam iaitu Makkah dan Madinah. Jadi apa pendapat tuan berkenaan senario ini bilamana imam2 besar masjidil haram dan nabawi yang mengimamkan solat juga terdiri daripada golongan yang berfahaman ini(betulkan kalau saya salah).Jadi setakat mana ‘kesalahan’ wahabi ini dari segi akidah,adakah sehingga membawa kepada ‘tergelincir’ atau sesat atau bagaimana? Terimakasih atas jawapannya nanti.

ABATASA said…

Salam sejahtera semua, terutama sahabatku zamany, Alhamdulillah terima kasih atas pencerahan mengenai Ibn Taymiah itu dan diharap semua pihak dapat kepastian mengenai perkara sebenar. Soal Wahhabi itu menjadi pegangan kerajaan Arab Saudi dan juga tindakan kerajaan Saudi menyerang pelampau di Masjidil Haram tempuh hari perlu diperbincangkan supaya lebih faham.  Pada pandangan saya, Syeikh Abul Wahab telah dipergunakan oleh British untuk melumpuhkan kekuatan ASWJ yang menjadi penyokong kuat kerajaan khalifah uthmaniah Turki. Tujuan British ialah “pecah dan perintah” seperti mana yang semua maklum. Mereka menghasut supaya berlaku porak peranda dan kacau bilau di Asia Barat bagi memudahkan mereka menjatuhkan Kerajaan Uthmaniah. Kelemahan kerajaan Islam memberi laluan kepada mereka menubuhkan negara Israel. Jelaslah siapa yang berada di sebalik kewujudan kerajaan Saud di Semenanjung Arab itu. Ia (Syeikh Abdul Wahab)membantu keluarga Saud merampas kuasa dari gabenor Uthmaniah di semenanjung Arab. Fahaman Wahabi semakin berpengaruh ketika itu, Keluarga Saud yang rapat dengan Sheikh Abdul Wahab telah mengambil kesempatan dan mempergunakannya untuk melumpuhkan kumpulan ASWJ yang diterajui oleh Ahlul Bait. Anak cucu Rasulullah juga ramai yang terusir dari Makkah dan Madinah dan sejak itu tidak dibenarkan lagi menguasai kedua2 masjid suci tersebut. Bagi saya fahaman wahabi wujud semata2 hasil percaturan politik zaman itu dan mendapat biaya serta sokongan secara sulit dari British (Mason?). Jika tidak kerana peranan Sheikh Abdul Wahab, keluarga Saud tidak akan berjaya memerintah Arab Saudi seperti sekarang.  Sejak mereka mengambil alih kedua2 masjid ini Ahli sufi dan ulamak tasauf telah dihalang dari mengajar dalam Masjidil Haram dan Majid Nabawi seperti mana sebelumnya. Memang telah ditakdirkan begitu sebagai ujian kepada umat Islam di akhir zaman. Itu hanya pandangan saya sahaja, jika ada pandangan lain silalah kemukakan agar kita dapat memahami peristiwa kewujudan fahaman wahabi ini. Minta bantuan Tuan Zamany menghuraikan lebih lanjut mengenai pegangan kumpulan wahabi ini, sama ada merosakkan akidah atau sebaliknya. Sekian dulu, wassalam.

Abu Fawaz said…

Salam, Saya sedang mencari maksud sebenar hadis ini, sehingga sekarang masih lagi belum menemuinya.  Ali r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: “Umatku, umatku.” Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: “Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu.” Adalah diharapkan tuan Zamany atau saudara2 disini dapat menghuraikannya.  Apakah maksud disebalik kata2 jibril tersebut: 1/ “laut di belakang Gunung Qaf”  2/ “ikan yang selalu berselawat”  3/ “lumpuh kedua tangannya”, dan 4/ “ikan itu menjadi batu” ? Tentu sekali maksud hadis ini untuk kita semua sebagai pedoman. Sayangnya ia tidak dapat difahami. Semoga mendapat pencerahan, terima kasih. Wassalam

zamany said…

Salam semua… Kepada chi li Benar apa yg saudara katakan, dan juga benar apa yg abatasa katakan itu juga. Kwn cuma nak tambah apa yg telah dijelaskan diatas, apa juga perancangan mereka ini sebenarnya tidak akan kekal lama. Kerana kuasa sebenarnya maseh memegang akan 2 bandar suci org2 Islam. Tujuan kafirun itu semua utk melihat kehancuran Islam. Tetapi sehingga sekarang ia tetap juga begitu. Serahkan saja pada Allah. Dia yg nerancang tampa seorang pun dari kita mampu ubah, Ia berlaku dengan kada dan kadak Nya Jua. Kpd saudara Abu Fawaz… Sebelum Kwn jawab pertanyaan tuan, Kawan nak tanya satu soalan. Dari mana dapat cerita ni ? Siapa yg bagi Hadis tu pd tuan ? Sekian  zamany

azhar said…

salam Tn Zamany  Alhamdulillah sebesar syukur pada Ilahi, berkat no tel yg tuan berikan/ dimulai perjumpaan dgn Tn Hj Mat Dungun / kemudian saya direzekikan Allah dapat berjumpa sendiri dengan Uztaz Mat Janggut ( Tuan Guru Hj Ahmad Junaidin ) dan ijazahkan talkin/baiah oleh Tuan Guru sendiri pada hari selasa malam rabu 23hb Mac baru2 ini / seronok dapat berdepan sendiri dgn Ustaz Mat / walaupun dia agak uzur tapi beberapa nasihat berguna dapat jua saya kutip / skrg kena habiskan ‘tugasan’ yang diberi / alhamdulillah. salam buat Tuan / kalau ada apa2 yang menarik berkaitan Ustaz Mat dan uslub yang dibawa bolehlah Tuan bercerita di sini akan datang ya… salam sekali lagi

Abu Fawaz said…

Salam tuan Zamany, Saya baca di satu laman web, lepas tu saya cari maknanya.. banyak laman siar hadis ini tapi tak ada huraian. Sebab itu saya tanya, kalau2 ada siapa2 yang boleh bantu. Terima kasih. Salah satunya di sini. http://www.pekanrabu.com/zubir/wahyu.html

zamany said…

Salam semua.. Kpd saudara azhar… Syukur alhamdullah, tuan hamba sekarang telah menjadi saudara kandung kawan. Bukan mudah untuk mendapat semudah yang saudara lalui. Nampaknya ini telah menjadi rezeki saudaralah. Dan dalam ramai2 yg kata nak ambik talqin, awak dipermudahkan Allah dapat terus bersama tuan Guru. Ya memang banyak kerja, tapi ia untuk kita sendiri “membuka” diri kita. Ia akan sentiasa meningkat dan meningkat dari satu tanga ke satu tanga dengan sendirinya tampa dapat kita tahan2. Insyaallah saudara sendiri akan mengalaminya nanti… Tok Mat Janggut, nampaknya biasa saja kan. Tapi apa yg disebelik ‘biasa’ dia tulah yg saudara kena faham hari deni hari. Dia bersembunyi dalam terang. Menjaga amanah, adab, zuhud dll. Tapi yg penting “berwisilah dan beribitah” menyampai Rasullah pada dia dan untuk kita. kpd saudara abu fawaz.. ooo begitu, kwn dah baca atikal tu. Yang sebenarnya ia adalah hadis yg telah diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Anas ra. Ia hadis soheh, tapi susah nak dapat kerana tak banyak ditulis berkenaannya. Selalunya Guru Tarikat saja guna hadis ini utk bagi pengajaran akan susahnya menghadapi sarakatulmaut, Ini tantang Rasullah, bagaimana dgn kita ? Bukit Kaf adalah tempat ‘ghaib’ kerajaan Waliallah. Ia ditakbir oleh Sultan Wali Saidi Syeikh Abdul Khadir Jailani. Pada setiap saat dan waktu ia sentiasa dimeriahkan dengan zikrirullah serta selawat kpd Baginda Rasullah saw, selih berganti dari waliallah yg dapat tinggal disitu. Disetiap Ramadhan pd malam lailatulkhadar akan berhimpunlah para waliallah semua disitu bagi membahagi kerja, perbentangan budjet, penyusunan semula takbir dunia atas ketetapan Allah dan Rasulnya dll. Semua akan dibincangkan disini. Waktunya sangat lama tapi dialam dunia ia hanya sekelip mata saja. Dialam ini terdapat banyak hazanah rahsia dunia yang tersembunyai. Alam ini dijaga oleh para malaikat yg gagah perkasa semuanya, jadi barang sesiapa yg mencerodoh akan terus terkena musibah. Jika ia mencuri disini terus akan jadi batu, keras terpacak disitu sehingga hari kiamat. Antara yg sangat suka mengintip disini ialah Iblis, syaitan dan manusia yg jahat sangka. Mereka hendak mencuri hazanan disini tetapi tidak pernah berjaya. Salah satu gambaran yg atok boleh bagi akan hazanah disini ialah “Buah Appel hijau”, sebesar tempayan merah tu ? kan ajaib…. Begitulah serba sedikit cerita guru2 atok dulu… sekian zamany

azhar said…

Salam buat Tuan Zamany & pembaca Alhamdulillah – perjalanan saya dalam baiah / talkin syahadatain ini SANGAT2 dipermudahkanNya / seingat saya – baru seminggu dua ‘berblog’ di laman Tuan / Dia dah bukakan pintu ini / terimakasih pada Tuan – Tuan juga ada saham dalam perjalanan rohani saya ini / bukan mudah sebenarnya untuk saya ambik seseorang guru – tapi dalam kes Tuan Guru Ustaz Mat ni, nampaknya lorong cahaya itu nampak sangat terang & mudah / biarlah pendakian saya selama 10 tahun lebih mencari mursyid ini bernoktah di sini / moga akan ada pencerahan dariNya berkat & wasilan dari Tuan Guru Ustaz Mat sampai ke Sidi Syeikh Mahyuddin Abdul Qadir Al Jaelani / malam tu ada 5-6 0rang yang baiah tapi saya sekali lagi mendapat rezeki kerana dipanggil bersalaman dan berhadapan langsung dengan Ustaz Mat sementara yang lain duduk dibelakang saya dalam baiah yang diadakan secara sekaligus tersebut / Sejuta syukur padaNya dan terimakasih untuk Tuan salam buat semua

Abu Fawaz said…

Salam, Terima kasih tuan. Macam itu rupanya. Saya ingat bukit qaf ada di Mekah, tempat skeikh Abdul Wahab (Ulamak naqsyabandi dari sumatera) dapat copmohor tarikat naqsyabandi. Saya keliru. Ia adalah berita ghaib rupanya. Saya harap tuan tidak keberatan memberikan pencerahan berterusan kepada kami, walaupun pertanyaan kebudakan. tuan, nak tanya lagi ni. Boleh tak tuan cerita sikit mengenai syiekh Abd Qadir Jailani masih hidup lagi ke. sebab dia masih menjadi raja/sultan para aulia walaupun telah beratus tahun wafat? Maaflah tanya soalan tadika ini. Dulu ada orang (alim juga) kata dia berguru dengan syeikh abd wahab (sumatera) ini, saya tak mahu duduk dalam keliru. Terima kasih.

azhar said…

salam buat Tuan Zamany & pembaca, Cikgu gembira tengok anak2 muda minat dalam bidang ni / tapi disini cikgu nak pesan – dalam pencarian makam rohani ni ,jangan ada niat mahu kelebihan itu dan ini / harap dan takut , ingat dan rindu , rahmat dan reda – hanya itulah pokok tujuan / sama cam cikgu masa muda dulu – minat sangat baca cerita wali – kita pun mula ‘berjalan’ mencari perjalanan – tapi niat sudah ‘lari’ / bukan lagi nak redaNya tapi nak kelebihan cam para wali …maklumlah orang muda / ada yang cikgu tengok ‘tapak’ kukuh – kerana datang dari aliran agama tapi cikgu BAGI INGATAN!!! / tapak saja tak bawa apa2 makna – kita kena cari jalanNya atas makam la haulawa quwwata illa billah / perjalanan ini perjalanan rasa / teori bukan tak boleh tapi tak menolong banyak dalam perjalanan / Islam ni berdiri atas banyak faktor – 1/ kuat dan teguh ikhtiar 2/ tak mahu putus asa ( mengharapkan rahmatNya sokmo) 3/ doa mengisi perjalanan 4/ penyerahan untuk mengharapkan ihsanNya / sekian dulu ,moga2 anak2 muda yg mengikuti blog ini terus bermohon dan bergerak mencari mursyid …..percayalah, masih ada mursyid di bumi ini selagi syahadatain masih berkumandang!

zamany said…

kpa abu fawaz… Itu adalah satu pembohongan yg amat hina pernah atok dengar. Saidi Syeikh Abdul Khadir Jailani. Dia belajar terus dari Nabi Khaidir as. (jangan disalah tafsir pulak fakta ini) perlantikan sebab beliau tersangat abadi hidupnya, banyak amalannya, banyak sunat2nya, zikir abidllah, zuhud, tinggi ilmunya. Beliau adalah dari darah asli Rasullah saw, iaitu pertemuan jurai keturunan cucu2 Rasullah iaitu Hassan dan Hussin (keturunan ke24 drp Hassan dan ke19 drp Hussin).Lahir saja dah bercakap dan menjadi petunjuk Mula berpuasa bulan Ramadhan (lahir 1 Ramadhan ). Banyak keromah yg dikurnia Allah pd beliau utk menjdi hujjah pd org Yahudi. Antaranya menghidupkan org yg telah mati, org boleh lihat surga dan nereka dilengan jubahnya saja. Tinggi ilham laduninya, beliau adalah penaung seluruh Tarikat dan waliallah sampai hari kiamat. Maksud “hidup” lagi, bukan bermaksud berjasad mcm kita, Rohaninya yg hidup dengan izin Allah, mentadbir dan mengawasi semua yg di perintah oleh Allah dan pada semua Waliallah serta alam ini. Saikh wahab di sumatara tu atok dah jumpa, dia ni atok kira dlm ketogari “sinting”. Dah merapu jauh. Jangan percaya pd dia. Dia bukan ahli Nasabaindah kerana telah gugur talqinnya (melawan gurunya). Sekian Zamany

Abu Fawaz said…

Salam tuan, Saya minta maaf kerana ada kesipan tulisan saya diatas. Saya sama sekali tidak bermaksud menghina sesiapa, apa lagi kepada orang yang sangat saya sanjung, Syiekh Yang Mulia Abdul Qadir Jailani itu. Sekali lagi saya mohon maaf. Apa yang saya maksudkan Syeikh Abdul Wahab itu adalah orang yang menyebar Tarikat Naqsabandi di Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu dan hidup pada zaman Penjajahan Belanda, menentang askar Belanda walaupun jemaahnya masa itu melihat dia masih dalam kelambu, bersuluk. Itu tercatit dalam buku sejarah Para Wali Melayu. Dia juga membawa Tarikat Qadariah dari asuhan ayahandanya. Itulah Sheikh Abdul Wahab yang saya maksudkan, dah lama wafat. Kalau tidak silap saya, dia berasal dari Rokan. Maaf kalau silap lagi. Ingat2 lupa, dah lama saya baca sejarah dia. 10 tahun yang lalu. Sebenarnya apa yang cuba saya sampaikan ialah orang alim yang saya jumpa itu yang belajar dengan Syeikh Abdul Wahab tersebut. Bukannya Syeikh Abdul Qadir yang belajar dengan Syeikh Abdul Wahab.  Saya menyusun jari sepuluh, minta maaf banyak kerana tersilap tulis, masih belum pandai menulis, agak gopoh. Saya faham tuan terasa marah bila menyangka saya kata Syeikh Abdul Qadir belajar dengan Syeikh Abdul Wahab. Kesilapan ini amat saya kesalkan, sedih hati saya atas kesilapan ini. Mungkin orang lain yang sama namanya yang tuan jumpa itu. Wallahu alam. Sekian, wassalam.

zamany said…

salam abu fawaz.. OOO dah silap, atok pon sangka, Tapi tak maengapa. memang benar tentang Syeikh Abdul Wahab spt yang saudara kata tu. Saya ingat Syeikh Wahab Padang tu ? dia tu lain macam cakapnya. Syeikh Abdul Wahab tu ada koramahnya tapi dia baru wali kecil saja. Tak boleh nak samakan dengan Syekh Abdul Khadir Jailani, jauh sangat dibawah. Beliau pun dilantik oleh Syeikh Abdul Khadir Jailani malah semua waliallah baik besar mahupun kecil adalah lantikan dari beliau. Begitu hairaki dan adabnya. Zamany

Abu Fawaz said…

Terima kasih , tuan zamany.

ABATASA said…

Salam sahabat dan pembaca semua. Untuk makluman blog mistisfiles MF telah gagal di akses, kena blok. Saya tak tahu sebab apa. Harap ada penjelasan dari sesiapa yang tahu. Sekian, wassalam

zamany said…

salam sahabatku abatasa… Ya.. bila kita nak masuk kena daftar sbg pembaca dulu. Tak macam biasa. Tiba2 saja jadi macam tu. Kwn ingat MF yg sengaja buat kita daftar…jadi kwn pun try masuk daftar, tapi tak boleh masuk juga. Eroor saja… masuk dgn add email baru pulak pun sama juga. Jadi kwn pun tak faham. kwn ingat ada masaalah teknikal, rupa2nya dah di blok ya ??? kita dah hilang satu lagi blog yg baik utk buka minda dan pencerahan hal2 sulit yg kita tak kaji. Tak tahu pulak email dia utk kita tanya, apa hal dah jadi ??? siapa yg pandai tolong tengokkan masaalah MF tu ??? kot boleh keluar dari masaalah ni, pembaca dah ramai betul… sayang sungguh… sekian tok zamany

azhar said…

salam tuan punya blog mistis files ni dikira bijaksana dah tu / ada security app. tapi tetap kena blok gak / THH ni cam orang gak, kalau kita kata dia tak merasa, tak dak hal , kalau kita cubit atau tampar – dia ada rasa ,mulalah dia buat onar / kita memang dok dalam sistem yang direka / intel tu sendiri dari maksud intelegent / mengesan pengguna internet ni tak susah bagi mereka – selain IP cam2 cara dia boleh buat / kata seorang hamba Allah (rakan saya – di ni orang international dan biasa berurusan dengan puak Y ni ) even kalau kita tutup PC / laptop kita, dia masih boleh kesan / begitu juga kalau kita guna di cyber cafe ,walaupun lambat akhirnya tetap dapat dikesan / itu sebab saya ragui kisah ‘osama laden ‘ ni / kalau anda baca dlm sangtawal rasanya dapat sedikit kefahaman ( tapi saya memperolehi sumber yg lebih sahih, bhw ada watak yg dihidupkan Barat utk menjayakan New World Order) / akhirnya sejarah membuktikan bahawa kita tidak harus ‘lari’ dari teknologi / dia ciptakan, kita manfaatkan / perlindungan tu kena minta dariNya – duduk dalam ‘kubu & khemah’ perlindungaNya.

azhar said…

salam cikgu bukak blog MO tadi dah ok, Tuan.

Anonymous said…

Salam kpd Atok Zamany dn semua pembaca… agak lama sy tidak bertandang ke sini, sudah bnyk ilmu baru ya… mengenai kata2 cg azhar tsbt, ya mmg betul pc boleh di detect kalaupn kita off kn pc tu… sbb setiap pc ada no siri masing2, termasuklah processor dan ram pc tsbt… sama spt handphone, setiap handphone ada IMEI… belum kira gps lg tu… yg mengenai Osama Bin Laden tu saya rasa, ada 2 watak… satu, watak yg original, watak Osama Bin Laden yg betul2 berjuang utk Islam di Afghanistan bersama2 Ayman Al-Zawahir dan pejuang2 lainnya…. tetapi watak kedua pula adalah, watak yg dimainkan oleh CIA… sy sudah pn menimbulkan persoalan di dlm blog sangtawal… nampak agak ketara disitu permainan CIA tsbt… puak cia ni sengaja gunakan nama Osama kemudian mainkan watak pengganas diseluruh bumi… cth, mereka bom JW Marriot kemudian tuduh JI cabang dr Al-Qaeda, mereka bom Itali, kemudian tuduh dipertanggung jawabkan oleh al-Qaeda begitulah seterusnya…. berita yg sampai kepada kita ni entah berapa puluh kali sdh ditapis, kita pn tidak tahu… sama halnya dengan pengeboman 9/11 tsbt… boleh sahaja Sony Vegas, Adobe Photoshop, Windows Movie Maker, Sony SoundForge, Adobe Image Ready memainkan peranan…. tetapi, kenyataan awal yg keluar adalah, Osama dn kuncu2 nya yg lakukan, 2 tahun slps itu, Fox News, BBC, CNN dll mendedahkan, bhw, kerja2 tsbt hanyalah propaganda Amerika utk menjatuhkan Islam di Afghan, walhal 2 hari selepas pengeboman, Osama buat kenyataan media yg kunco dia yg melakukannya, 3/4/5 tahun slps itu, ada pula kajian mengatakan pengeboman 9/11 tsbt adalah ritual utk pemujaan Freemason/Illuminati 666 mereka… sengaja dibom, kemudian kaburkan dunia, supaya org tidak tahu akan hal sbnr… tetapi ada satu kenyataan yg disembunyikan sbnrnya… ianya adalah… Kunco Osama yg langgar guna kapal terbang, kemudian, 2 hr slps tu, CIA mainkan peranan, umumkan kpd dunia bhw Osama yg lakukan, kemudian Amerika serang Afghan… drpd perkara ini, dpt dilihat hal mudah, org kafir terutama puak Y dn amerika, tidak sama sekali akan membiarkan walau seorang dr mereka mati ditangan umat Islam secara percuma, lagi lagi kalau yg cerdik pandai… sbb tu mereka timbulkan kenyataan 2 dan 3 di atas, sbb nk cover malu…. kenyataan yg pertama dpt diterima, yg ke-2 adlh diragui, yg ke-3 masih dpt diterima, kerana apa? kerana perkara itu telah ditakrifkn dlm kalendar kaum maya beratus thn sblm 9/11 berlaku…. dn mngkn mmg freemason yg memainkan pernan, osama dn afghan hanyalah kambing hitam sbgi cover malu amerika tsbt…. sekarang bagaimana? adakah masih tidak ketara lagi akan peranan inteligent dlm hal ini? begitu hebat mereka kaburkan mata dunia… 1 perkara, tetapi ada 3 kenyataan yg besar… yg pasti, salah satu drpdnya adalah benar, tetapi kita tidak tahu yg mana adalah yg sebenar, kerana kita tidak melaluinya, dn tidak pernah brjmpa dgn Osama, tidak pernah ke WTC tsbt, tidak pernah brjmp dgn Puak Pashtun, tidak pernah pergi kesana semata menjalankan kajian… yg pastinya adalah, kita telah mendapat berita yg entah telah ditapis berapa puluh kali… mungkin ratusan kali… semuanya adalah kerja2 mereka yg sememangnya begitu inteligent (disebalik THH), tetapi pasti hal ini berpunca drpd Syaitan, Jin dn Iblis spt yg telah Atok Zamany ceritakan sblm ini… Begitulah juga akan hal wahabi, syiah dn lainnya, hebatnya hasutan Iblis dn kunconya sehingga org hari ini bermati-matian ingin membela pendirian masing2, walhal kebenaran tlh terbuka luas didepan mata, tp masih tak nmpk… begitulah akan seadanya perihal fitnah akhir zaman ini… yg pasti, kita hendaklah sentiasa mencari kebenaran…. terima kasih kepada semua, sy menulis hanyalah ingin menyuarakan pendapat sy mengenai Osama yg telah diragui bnyk pihak… Wallahua’lam, -Orang Gombak

Anonymous said…

p/s: tetapi yg jelas sekali adalah… Mahmud Ahmadinejad Presiden/PM Iran adalah ejen/watak yg dihidupkan oleh freemason/illuminati serta kuncu2 mereka yaitu CIA/FBI/InterPol dll…. itu yg paling jelas sekali, tetapi masih berlindung dn tidak dinampak oleh org ramai… ahmadinejad ini pasti satu masa nnt akan diangkat sbgi pembela Islam, walhal hanyalah kambing hitam sbgi kemuncak tentera Dajjal yg akan bermula drpd Isfahan (lokasi uranium Iran skrng)… perkara ini satu masa dahulu telah pernah ditimbulkan oleh pembaca (juga pengkomen yg mmg hebat hujjahnya) yg namanya dikenali sbgi Mata Dua, dulu dia dh timbulkan isu ni dlm blog kumanndie, bkn kumanddieaf… blog yg dh ditutup tu…. tp skrng dh menghilang dia ni… mngkn salah satu drpd kita adalah saudara mata dua ni… siapa sangka? Wallahua’lam, -Orang Gombak

SayuranHijau said…

Salam, Tok, ceritakan tentang Nur Muhammad. Saya baca dari satu artikel pasal Nur Muhammad ni http://tablighster.multiply.com/journal/item/14 Harap atok bagi penerangan. Berkenaan Iran tu, jeng jeng jeng~ Perkara belum berlaku, jadi tak baik menuduh. kalaupun dia betul2 anak buah amerika, kita takleh berpegang pada dia. Tapi, kalau dia bukan anak buah amerika, tetap takleh pegang kat dia gak sebab dia Syiah, terang-terang sesat. Kata guru silat saya, kita berpegang pada Allah swt ja, dan berusaha sekadar kemampuan kita, Insyallah akan datang bantuan. Spekulasi tentang Dajjal cukup banyak. Yang paling best saya pernah baca ialah Dajjal buat pembedahan plastik. Nampak hensem bergaya, semua kene tipu bulat2. Sebab tu bila Nabi Isa a.s pandang nanti dia cair macam garam dalam air. Tapi ni spekulasi ja, jgn pegang pulak. Satu benda yang saya musykil, apsal pejuang Islam tu pakai topeng muka? Kata nak menang atau syahid, cover muka buat apa? Kalau pakai topi kura-kura tu boleh tahan lagi la, ini pakai topeng orang mesin rumput. Nak bagi askar AS gelak sampai mati ka? Pasal kebangkitan akhir zaman. Ada satu tempat di dunia yang terletak antara timur dan barat. Kaya dengan hasil bumi, tak kena bencana alam yang kronik seperti gempa bumi, taufan, puting beliung. Iklim panas sepanjang tahun malah kaya dengan sumber air tawar, jadi, amat produktif untuk semua kegiatan manusia.Belum dikira dengan bahan galian lagi. Ada sumber minyak, besi, emas malah dikatakan uranium pun ada. Nama tempat tu? Tanah Melayu @ Malaysia. faktor2 geografi ni sering diabaikan semasa membuat pencarian tentang di mana Kebangkitan Islam bermula. Lagi satu fakta yang menarik. Pemuda bani Tamim. pecahkan nama dia. Ba Nun Ta Mim. Ba Nun Ta(tanah) Mim(Melayu). Hehe, ni permainan perkataan je, jangan ambil serious pula

ABATASA said…

Salam semua, Khas untuk sahabat. Sayuran Hijau. Baik juga andaian sdr tu. Tak ada salahnya membuka kata. Bukan kita nak pakai, cuma bertukar fikiran. Masa depan itu adalah berita ghaib, jadi kita hanya boleh menelah melalui tanda2, pengetahuan, research beserta panduan 2 unsur suci, alQuran dan Hadis.  Sdr Orang Gombak. Saya suka cara sdr mengupas sesuatu isu. Betullah semua ini adalah pandangan, fakta sebenar hak Allah jua. Masa ini amat sukar kita temui ‘kebenaran’ kerana ia telah ditutupi ‘kepalsuan’ ciptaan thh. Jika kita berusaha mencerna minda dan tidak jumud pasti akan temui beberapa tanda yang luar jangka.  Tanah Melayu sekarang sedang diteropong oleh Barat (saintis) Mereka sudah tahu tentang IBU EMAS tu dan juga simpanan uranium yang cukup banyak di banjaran Titiwangsa. Janganlah bimbang, jika ia untuk jenerasi akan datang, ia tetap terpelihara.  Mungkin ada yang berminat mengetahui sesuatu yang luar biasa, Malaysia bakal negara nuklear. Boleh lawati: http://militaryofmalaysia.blogspot.com/2010/03/malaysia-bakal-kuasa-nuklear.html  Bukan semata andaian tetapi satu kajian yang menarik. Jangan percaya tetapi waspada. Sentiasa bersedia adalah langkah wajar dari tak peduli apa2. Lagi pun sebagai manusia memang suka mencari2 rahsia.  Afghanistan dikawal sepenuhnya sebab ia adalah induk negara Khurasan lama meliputi timur Iran hinggalah barat China. Mereka THH/USA mengawasi kebangkitan pejuang IM (dipimpin oleh pembawa bendera hitam PBT). Mereka (Y dan THH)juga pengkaji yang cukup kritis termasuk hadis dan alQuran. Mereka sangka kaum Pasthun inilah tentera itu dan PBT adalah seorang pemimpin mujahideen. Kaum pasthun juga banyak membawa budaya lama Y (?). Apakah mereka Bani Ishak yang menawan Rom Timur? Atau anak cucu Nabi Yusuf (lost tribe) yang dicari Y? Sekadar perbincangan membuka minta.  Itulah sedikit pengetahuan untuk dikongsi. Jika salah tolong betulkan… sekadar berbincang.. Terima kasih. Wassalam.

Filed under: ajaran sesat, Zamany

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: