BIDUANDA

Ikon

satu dunia satu agama satu tuhan

>ASALAMA agama baru HALALKAN ARAK?

>

 
Cabaran semakin ganas ketika umat menghadapi ancaman iblis, dajjal dan sekutunya.  muncul pula agama serpihan menyongsang yang cuba meracuni sisa-sisa iman.  ujian pada akhir zaman ini amatlah berat untuk dihadapi oleh golongan mukminin apatah lagi para muslimin yang ratanya tidak kukuh imannya.  huruhara sosial dan kejahilan telah menggugat keharmonian dan kesejahteraan kehidupan manusia.

kini muncul agama asalama. kefahaman baru yang mendakwa membawa agama nabi Ibrahim as.  menafikan ajaran rasulullah saw sebagai agama akhir zaman.

dibawah ini adalah rencana dari blok ksz=associate yang membincangkan perihal ini.

SATURDAY, MARCH 13, 2010


 dari laman KSZ associate

BERFIKIRLAH SECARA WARAS

Artikel kali ini, kita berehat sebentar untuk menjadikan minda lebih segar sebelum meneruskan perbincangan tajuk terdahulu. Sepanjang minggu lalu, kami juga banyak meluangkan masa melawat ‘blog meragukan’ untuk melihat topik-topik dan isu-isu yang diketengah dan dibincangkan.
Manakala topik-topik yang dibincangkan di ‘blog-blog Muslim friendly’ (penulisan yang tidak menimbulkan keraguan) pula, kita tidak akan ulas di sini. Kami sentiasa menyokong mereka semua.
Satu sisi yang ingin diajak semua amalkan dalam artikel kali ini ialah berfikir secara waras berlandaskan hukum dan akidah Islam supaya kita TIDAK melakukan sesuatu pentaakulan atau pentafsiran yang menyebabkan kita tersasar daripada pelukan iman.
Sesebuah penerokaan pemahaman memerlukan kita berfikir secara waras, kesilapan serta kecelaruan berfikir sehingga mewujudkan insiden ‘tersalah faham’ atau ‘tersesat kefahaman’ akan memusnahkan diri kita sendiri. Padahnya juga buruk sekali.
Juga, kita tidak wajar taksub dengan sesebuah teori kerana ia belum pasti benar dan tepat. Sebaliknya kita harus kembali merujuk kepada sumber Islam iaitu al-Quran dan al-Hadis bagi mencari jawapan yang sebenar, serta merujuk kepada para ilmuwan dan alim ulama bagi mendapatkan penjelasan supaya nikmat iman yang kita nikmati sentiasa berada dalam keadaan terpelihara serta tidak tersesat jalan dalam rimba konspirasi.
Dalam mencari jawapan terhadap sesuatu perkara yang dilihat seperti ‘ada yang tidak kena’ atau cuba membongkar maksud sesebuah konspirasi, keadaan kita pada masa itu sama seperti berada di tengah rimba iaitu ‘rimba konspirasi’ yang penuh dengan binatang-binatang buas.
Dalam sebuah rimba yang baru diteroka, tiada laluan (jungle track) disediakan untuk memudahkan kita mencari jalan keluar, hanya ilmu yang cukup sahaja akan dapat membantu kita mencari jalan keluar dengan selamat. Jika kita terus tersesat dalam rimba, pastinya ada risiko akan dibaham binatang-binatang buas.
Berikut adalah topik-topik yang menarik perhatian dan kita akan bincangkan secara ringkas di sini. Umum pembaca yang kerap melawat blog-blog konspirasi mengetahui nama Mahadaya yang menyebarkan fahaman yang bertentangan dengan akidah Islam.
Kami akan menjawab satu topik sahaja supaya Mahadaya dapat berfikir secara waras dan menilai semula terhadap semua fahaman yang dianutinya.

Akal perlukan kasih sayang Allah supaya ia terus berada dalam
landasan kewarasan yang sepatutnya. Jagalah akal & jagalah
hubungan dengan Allah

Salah satu perkara yang disentuh Mahadaya ini ialah mengenai hukum meminum arak. Bagi kita sebagai umat Islam, arak secara jelas tergolong dalam perkara yang diharamkan sebagai salah satu daripada dosa besar. Kita petik pernyataan atau dakyah songsang yang ditulis di blog Mahadaya yang cuba menghalalkan arak:
1.     Arak/Minuman Keras
Didlm al quran, tuhan menyatakan sekiranya kita hendak bersolat janganlah kita dlm keadaan mabuk sehingga kita sedar apa yg kita ucapkan. Sekiranya kita minum minuman keras jangan sehingga kita lupa kpd tuhan. Jadi, di dlm firman tuhan, tiada menyebut arak itu haram. Apabila tuhan tidak berfirman arak itu haram, bagaimana pula ada agama yg mengharamkannya? Jelas inilah peraturan2 yg di tambah atau diada2kan manusia malah manusia bertindak menghukum manusia yg minum arak. Dapatkah kita mencari hukuman bagi peminum arak di dlm al quran? Sudah tentu tiada hukum di dlm al quran kerana ianya sesuatu yg dibolehkan oleh tuhan. Memperkatakan ttg isu ini menunjukkan kesederhanaan yg dituntut oleh tuhan dan jgn berlebih2an di dlm agama.
Arak mempunyai beberapa manfaat jika diambil secara sederhana diantaranya ialah menambah tenaga dlm badan, menguatkan tenaga batin supaya dpt memuaskan isteri dan membuka minda subconcious. Jadi, apabila manusia mengharamkan arak, maka terdpt beberapa masalah yg timbul diantaranya manusia gagal memenuhi tuntutan nafkah isteri seterusnya menambah bilangan perhubungan luar nikah antara isteri orang, manusia mencari kenikmatan dgn mengambil dadah yg lebih besar mudharatnya dan bangsa menjadi umat yang lemah dari segala segi. – Dipetik dari blog hasil tulisan Mahadaya dalam entri bertajuk Agama Tuhan VS Agama Manusia.
Nasihat kami, hasil fahaman itu tiada faedahnya kepada umat Islam yang menjaga imannya. Jauhkan.
Jawapan kami kepada Mahadaya:
Dalam al-Quran, disebut dengan jelas mengenai hukum arak, baca dan fahami ayat di bawah.
Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir” (Quran, al-Baqarah: 219)
Hai orang-orang yang beriman, bahawasanya arak , judi, (berkorban untuk) berhala dan bertenung (bertilik nasib)itu adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, sebab itu hendaklah kamu meninggalkannya semoga kamu beroleh kejayaan”. (Quran, al-Maidah: 90)
Sesungguhnya syaitan termasuk hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran khamar (arak) dan judi itu dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang. Apakah kamu tidak mahu berhenti? (daripada melakukannya)”. (Quran, al-Maidah: 91)
Benarlah adalah kata-kata Allah di dalam Quran yang dipegang oleh umat Islam.
Mungkin Quran Mahadaya tidak sama dengan Quran Islam yang selalu dinafikannya. Tetapi berdasarkan pemerhatian, Mahadaya sebenarnya merujuk kepada Quran yang sama. Sungguh keliru manusia itu. Mahu saja aku berjumpa dengannya dan melihat adakah wujud syaitan di belakang kepalanya atau sedang memeluknya.
Dalam surah al-Baqarah ayat 219, Allah secara jelas memerintahkan manusia supaya meninggalkan arak. Allah juga menjelaskan bahawa dosa yang diperoleh daripada perbuatan meminum arak itu adalah dosa besar dan ukuran dosa besar itu melebihi manfaat. Dan, Allah juga memerintahkan manusia berfikir mengenai larangan-Nya dalam ayat tersebut.
Dalam surah al-Maidah ayat 90 dan 91 pula dijelaskan bahawa arak itu adalah perbuatan syaitan (musuh manusia paling nyata) dan memerintahkan manusia supaya meninggalkannya. Allah juga memerintahkan manusia supaya berfikir dengan pertanyaan kepada manusia melalui baris ‘Apakah kamu tidak mahu berhenti?’ Jika arak itu perbuatan syaitan yang memusuhi manusia, wajarkah kita ikut?
Arak itu jelas haram.
Kita lihat pula tanggapan orang Melayu dulu kala mengenai arak dengan mengatakan arak itu adalah ‘air kencing syaitan’. Kunci di sini ialah ‘air kencing’. Kita lihat pula proses pembuatan arak melalui penapaian, dan fikirkan secara waras. Nenek moyang orang Melayu ternyata bijak dan berpengetahuan, tamadun ilmu orang Melayu ternyata tinggi.
Penjelasannya, arak dihasilkan dengan cara penapaian iaitu memeram manisan buah atau bijirin (biasanya anggur dan barli). Malah, semua jenis makanan boleh diproses menjadi arak melalui penapaian yis. Dalam proses penapaian, yis atau yeast atau juga disebut ragi ragi digunakan. Yis ialah sejenis hidupan kekulat yang menjadikan gula sebagai makanannya.

Sel yis
Yis digunakan untuk membolehkan proses penghasilan alkohol berlaku secara semulajadi. Bagaimana alkohol terbentuk? Lihat proses biologi ini, yis akan bertindak memakan semua jenis gula (laktosa, sukrosa dan sebagainya) yang terdapat dalam tekstur makanan, buah dan bijirin yang diperam bersamanya. Tak perlulah diterangkan proses membuat arak secara terperinci.
Sepanjang proses itu berlaku, yis yang merupakan organisma hidup itu akan menghasilkan air kencing yang dinamakan sebagai alkohol dan memabukkan. Yis akan makan gula sambil kencing.
Selepas semua gula habis dimakan oleh yis, maka proses penapaian akan terhenti dan cecair yang wujud dalam pemeraman itu terdiri daripada alkohol yang akhirnya akan membunuh yis itu sendiri. Apabila berkaitan air kencing, maka ia secara automatik adalah najis. Yis juga akan mati apabila terendam dalam air kencingnya sendiri kerana keracunan. Yis juga akan mati disebabkan produksinya sendiri.
Mahadaya, kamu sanggup minum air kencing? Kami andaikan kamu akan jawab, ‘minum sikit tak memabukkan’.
Kami balas jawapan anda, cuba kamu minum air kencing rakan kamu, “ala…minum sikit tak mudarat pun..” bolehkah begitu? Berfikirlah secara waras. Kami ikhlas menegur.
Mungkin juga fakta ini akan dipertikaikan dengan mengatakan bahawa fakta sains itu adalah rekaan Yahudi yang mahu menyesatkan manusia. Realitinya, tidak semua perkara itu mempunyai unsur atau agenda konspirasi.
Allah melalui kata-kata-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 219 yang menyentuh hukum arak, juga memerintahkan manusia berfikir mengenai ayat itu. Kami sebagai hamba Allah dan umat Islam, sudah cuba bantu anda berfikir…maka berfikirlah secara waras.
Bagaimana pula dengan roti kerana membuat roti juga guna yis?
Melalui proses membuat roti, yis tidak menghasilkan air kencing, tetapi yis bernafas seperti biasa dan juga kerana yis tidak meminum air gula dalam gumpalan tepung. Iaitu yis menyedut oksigen dan membebaskan karbon dioksida sama seperti kita, yis tidak kencing dalam doh roti kerana ia tidak minum dalam tekstur tepung yang tiada cairan, sebaliknya ia bernafas sehingga menghasilkan gelembung udara yang akhirnya melembutkan doh roti. Ketiadaan gula dalam tekstur tepung juga menyebabkan yis tidak kencing.
Kandungan karbohidrat (termasuk dalam tepung) juga tidak dapat diproses menjadi gula apabila berada di luar tubuh manusia. Semasa proses pembakaran roti pula, yis akan mati disebabkan ketinggian suhu. Maka proses yis menghasilkan air kencing tidak pernah berlaku dalam kes pembuatan roti.
Sekali lagi kami nasihat kepada semua. Berfikirlah menggunakan akal, bukan dengan nafsu.
Setiap fahaman yang kita baca, perlu dikaji dengan sempurna berpandukan al-Quran dan al-Hadis serta kesepakatan ulama. Untuk menuntut ilmu, kita harus mempunyai guru yang berilmu tinggi dan ilmunya itu pula harus diiktiraf oleh badan-badan yang menguatkuasakan hukum Islam.
Ia sebagai langkah supaya kita tidak mudah terpengaruh, terpesong atau mempercayai sesuatu fahaman secara membuta tuli. Jika sesuatu fahaman itu selari dengan kenyataan al-Quran, al-Hadis dan fakta sokongan yang lain, maka ia boleh dipertimbangkan untuk dipercayai.
Al-Quran sentiasa selari dengan fakta semasa, tetapi tanggapan itu kurang tepat secara dasarnya. Paling tepat ialah fakta semasa sentiasa selari dengan fakta al-Quran. Al-Quran tidak perlukan sains kerana ia sendiri bersifat saintifik, sebaliknya sains lebih memerlukan al-Quran kerana sains tidak dapat berkembang tanpa petunjuk daripada al-Quran.
Maka dengan itu, rujuklah al-Quran jika ingin benar mahukan sesuatu jawapan. Islam memiliki segala jawapan yang membebaskan kita daripada segala penyakit kekeliruan. Bersederhanalah.
Perkara ini ditulis demi kesejahteraan bersama, bukan untuk menempelak sesiapa. Semoga niat usaha ini dinilai sebagai amalan soleh dan diredhai Allah.
Mohon maaf jika terkasar bahasa.
– ikhlas dari The ASSOCIATE
(Associated to Ummah)

Filed under: ajaran sesat, arak, asalama, Syaitan

3 Responses

  1. Anonymous berkata:

    >Salam saudara abatasa…bagus usaha anda… teruskan lagi…InsyaAllah saudara dapat follow blog tulisan saya… saya baru sahaja melancarkan sebuah blog baru dengan kerjasama rakan saya…http://bradokapak.blogspot.commaaf ya kalau blog tak secantik awak punya… baru lagi… :)terima kasih-Orang Gombak

  2. ABATASA berkata:

    >Waalaikum salam, terima kasih saudara kerana singgah disini.Saya sedang buat beberapa trial, masih belajar lagi nak susun blog ini. trial and error. hahaha.Saudara punya rencana kira mantap, tahniah.

  3. Anonymous berkata:

    >salam..nak tanya satu soalan.macamana pula dengan tapai yang dibuat dari pulut atau ubi kayu yg biasa dibuat mak2 masa raya dan dijual di kedai2..apa statusnya? dari dulu lg sy makan ni..huhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: