BIDUANDA

Ikon

satu dunia satu agama satu tuhan

>zul MENENTANG ARUS… tahniah kerana MEMILIH ISLAM

>

ohh DEMOKRASI..  fitnah yang terpaksa ditelan.

Saya terbaca berita sensasi Utusan pagi tadi, entah kenapa gatal pula masuk laman akhbar kerajaan tersebut padahal sudah berminggu tak ambil peduli.  Saya terpegun selepas selesai membaca, tak lah banyak yang tertulis, tetapi amat mengejutkan.  YB PKR Zulkifli Nordin begitu berani dan semakin garang menyongsang arus politik (kumpulannya) iaitu Barisan Alternatif atau Pakatan Rakyat. Ia satu kelainan dalam arena politik Malaysia, yang ratanya menjadi pak angguk bila boss dah buat keputusan.

Saya tidak menyokong atau ada ikatan dengan sesiapa pun dalam hal politik ini, malahan saya telah lama tidak menyokong sistem demokrasi.  Setelah benar-benar memahaminya, kini saya tidak lagi berminat untuk bercakap mengenai politik. Kadang-kadang terasa tersangat loya melihat telatah para pemimpin mereka.  Baik kerajaan mahupun pembangkang.  Saya amat pasti politik demokrasi ini amatlah kotor dan menjijikkan malah lebih dari kotoran najis berat.  Sayangnya ia tidak dapat di samak.  Maaflah jika ada yang kurang setuju, itu hanya pendapat saya yang sedikit berlainan dan anggaplah ia sebagai satu perbincangan sahaja.

Sebagai seorang Islam, saya tahu demokrasi ini bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh agama kita. Para ulama juga membuat justifikasi yang sama bahawa demokrasi pada dasarnya telah menyalahi aturan agama Islam dan ada yang memberi fatwa bahawa sesiapa yang menyokongnya juga boleh menjadi kufur.

Saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala YB Zul, mungkin ada sebab-sebab lain kenapa beliau menyongsang arus.  Hanya dia yang tahu selain Allah swt.  

Kita kena mengakui bahawa hata-kata dan hujahnya itu memang benar dan sememangnya demokrasi itu sangat jahat umpama seekor raksaksa yang sedang meruntuhkan iman kaum muslimin sekarang ini.  Kenyataan YB Zul ini menyerlahkan lagi “keburukan” demokrasi itu.  

Mungkin tidak ramai ahli politik yang senada dan seirama dengannya atau mungkin juga YB Zul seorang yang degil dan sanggup melawan boss kerana perinsip yang beliau imani.  Sanggupkah beliau mengorbankan dirinya kerana menggenggam erat pendiriannya itu. Sekiranya benar, saya nampak YB Zul sedang memulakan laluan baru dalam perjuangan siasah negara ini.  

Keyakinan beliau terhadap Islam nampaknya lebih kuat dari sebilangan pemimpin parti politi yang berpelembagaan Islam.  Saya bersangka baik bahawa sdr Zul tidak mempunyai sebarang agenda, dan apa yang diperjuangkannya itu benar-benar ikhlas.

Oleh itu adalah lebih baik dan wajar kita membuang sokongan kita kepada sistem demokrasi. Apa yang jelas, ia tidak dapat menyelamatkan kita dari kemurkaan Allah.  Persiapkan diri membuka laluan baru sistem perkhalifahan Islam.

Saya postkan petikan akhbar UM di bawah untuk tatapan semua.


Pemimpin Islam jadi ‘balaci

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyifatkan pemimpin Islam yang bersetuju dengan cubaan pihak tertentu membatalkan sambutan Maulidur Rasul sebagai “bajingan” serta “balaci” yang rela dicucuk hidung seperti lembu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak mana yang cuba membatalkan sambutan itu dan mereka yang dimaksudkannya sebagai bajingan tersebut.

Katanya, pemimpin Islam seperti itu umpama lalang yang akan mengikut segala rentak yang dimainkan oleh pihak yang cuba membatalkan sambutan yang menjadi syiar bagi umat Islam di negara ini.

“Dan yang paling malang, ada di kalangan kita yang bersedia menjadi bajingan dan balaci mereka, menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung.

“Bila kafir ini meniup ke kiri, maka terkinja-kinjalah kita berjoget ke kiri. Bila mereka menghembus ke kanan, maka terkial-kiallah kita berzapin ke kanan,” katanya sewaktu membacakan khutbah sembahyang Jumaat, semalam.
Entri bertajuk “Khutbah Maulidur Rasul” itu turut dimasukkan dalam blognya,http://zul4kulim.blogspot.com.


Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan pendedahan Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali mengenai pembatalan perarakan sempena Maulidur Rasul oleh kerajaan Pulau Pinang.
Bagaimanapun, selepas dikritik hebat dan bimbang kehilangan sokongan orang Melayu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuat keputusan untuk mengadakan perarakan tersebut mengikut program asal sebelum ia dibatalkan.

Malah, Guan Eng menafikan perarakan itu dibatalkan dan menuduh Utusan Malaysia berbohong dan membuat fitnah untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri.

Tambah Zulkifli, penghinaan itu berlaku kerana penyakit ‘wahan’ (cintakan dunia dan takutkan mati) apabila pemimpin Islam terbabit terlalu sayangkan kedudukan, jawatan dan habuan.
“Kita mengenepikan semua prinsip dan matlamat perjuangan demi mengejar impian keduniaan dan kerusi empuk kekuasaan.

“Hingga kita sampai mempertuhankan politik dan demokrasi. Kita takut kedudukan, jawatan dan habuan kita itu mati dan hilang.

“Maka hari ini kita menjadi umat yang hina di mana-mana sahaja kita berada. Yang tinggal hanya sejemput janggut dan senipis serban, kita hanya muncul Islam pada nama, tetapi tong kosong di dalam,” katanya.

Jelas Zulkifli, kesatuan umat Islam bukannya bersandarkan kepada nasionalisme; assabiyah puak, kumpulan atau pertubuhan tetapi kekuatannya berpunca daripada pegangan kukuh kepada al-Quran.

Filed under: Demokrasi, fitnah zaman

5 Responses

  1. asyraf berkata:

    >assalamualaikum tuan & rakan2,nice article from u sir. saya juga sependapat gengan tuan.

  2. Anonymous berkata:

    >Salam,Makin aktif juga Tuan, spt saudara kita Tuan Zamany. Kekuatan Tuan dlm hal ehwal syura sama penting spt kekuatan Tuan Zamany dlm hakikat. Gabungan Tuan2 berdua mmg sgt dialu-alukan.Ujian utk Tuan pun nnt besar. Bukan senang utk bagitau demokrasi itu bkn syura. Apatah lagi utk berhadapan dgn kaum wanita yg mempunyai kekuatan undi dlm demokrasi ( kalau dlm kekhalifahan kewalian wanita itu ada pd lelaki )Sebenarnya, hanya mereka2 yg boleh 'nampak' dari dua2 segi, kekuatan dan kelemahan secara jauh sesuatu benda itu shj yg dpt memutuskan samada sesuatu itu baik atau buruk utk ummah/manusia.Musuh azali kita (sebagai org Islam secara khusus dan manusia secara am nya), spt iblis dan dajjal mmg cekap meng'twist'kan sedikit petunjuk2 yg mmg hak dr Allah secara halus utk menyesatkan kita.Sebagai contoh, dlm sistem pemerintahan,syura di'twist'kan sebagai demokrasi. Dalam amalan, contoh2 dr saudara Zamany banyak menunjukkan cara halus 'twist'2 itu. Jadi bila sesuatu itu lari sikit dr hakNya, maka tidak sampai lah keberkatanNya, maka hilanglah kepercayaan terhadapNya, dan mulalah mencari selain dariNya.Selain dr kekuatan Tuan2 berdua, kita perlu kpd dua lagi kekuatan iaitu dr segi ekonomi(muamalat) dan dr segi hukuman(hudud). Kerana hanya melalui sistem yg lengkap-melengkapi shj kekuatan ummah dpt dicapai dgn keberkatanNya. Kalau tak tercapai terpaksalah kita lari ke bukit2 bila dajjal tiba.Perbankan/riba mmg ramai yg jelas kelemahannya, ttp kesedaran pd jawapannya baru bermula. Ttg hudud, mungkin selepas keberkatan dr segi ekonomi dpt direalisasikan, kepentingan menjaga kemurnian ekonomi itu melalui hudud insyaAlah mungkin baru dpt membuka minda org ramai. Wallahualam.Sekian wassalam.Anony 3.28am

  3. adisarwajagat berkata:

    >assalamualaikum…..mulailah kite seme menentang sistem demokrasi yg dipaksa ke atas umat Islam setelah kejatuhan sistem khilafah… al-masih dajjal sgt senang dgn kelakuan umat Islam mengikut tatahidup umat nasrani dan yahudi… sampai masuk lubang biawak… pun nak ikut same… walhal Amerika Syarikat yg mengagungkan sistem demokrasi pun tidak mengikut sistem demokrasi…wassalam…

  4. zaminc berkata:

    >demokrasi bukan matlamat tapi sekadar alat…sebab alat, maka ada cara dan peraturan yang perlu digunakan agar alat tersebut berfungsi seperti yang sepatutnya.Jika demokrasi diibaratkan seperti pisau, YB Zul telah tidak menggunakan pisau tersebut dengan betul dan menyebabkan banyak jari2 rakan2 lain terluka…Pisau yg sepatutnya dihalakan matanya ke bawah utk memotong, telah diterbalikkan. Moga YB Zul insaf, dan lepaskan la pisau tu untuk digunakan oleh orang lain.Bagi yang menentang demokrasi, fikir la cara lain untuk menumbangkan kerajaan bidaah dholalah dan sesat BN yang membuat kerosakan di Bumi Jawi ni…WA.

  5. aku yang baharu berkata:

    >benarlah la kata orang tua-tua,andai kita melakukan kesalahan(terpulang pada tafsiran masing-masing)sekali maka kebaikan yang kita buat selama 100 tahun akan hilang begitu sahaja….sdr zul cuba untuk menegakkan pendiriannya agar menjadi seorang yang merdeka..tetapi disebabkan keputusannya maka yang dulu menyokongnya kini menyalahkannya….lumrah alam. apa yang kita tahu judi itu haram, maka kiranya wang pertaruhan dalam pilihanraya itu dianggap sebagai apa?.jangan sesekali kita menghalalkan cara demi sesuatu yang pada tanggapan merupakan kebaikan tetapi membawa keburukan yang banyak.merdekakan hati dan nafsu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: