BIDUANDA

Ikon

satu dunia satu agama satu tuhan

most interesting sites

Thursday, February 25, 2010


info HEBAT mampu MENINGKATKAN keupayaan DAYA FIKIR

Tahniah kepada BEBERAPA SITE (yang saya fikir) amat membantu para pelayar internet yang dahagakan ilmu. Blog dan site ini telah memaparkan INFO HEBAT (berlainan dari biasa) MAMPU MEMPERTINGKATKAN KEUPAYAAN BERFIKIR para pembaca, sayangnya 2 daripadanya telah disabotaj oleh tangan-tangan gelap, iaitu BLOG hollywar efairy dan Blog Conspiracy Theory.  Blog mereka telah  DIMUSNAHKAN oleh sesaorang atau sekumpulan orang yang saya percaya dari kumpulan konspirasi THE HIDDEN HAND (THH). Kebanyakan isi kandungan Blog mereka adalah paparan yang berkait dengan kegiatan Konspirasi Zionis terutama Illuminati, Freemason dan Jesuits.

Sumbangan efairy melalui “Hollywar_efairy” dan kru Blog “Konspirasi Sepanjang Zaman” amat dihargai kerana mampu memberi input bernilai kepada para pembaca. Pembongkaran rahsia demi rahsia dalam kedua-dua blog ini amat menggusarkan pihak THH sehingga terpaksa menggunakan TANGAN HITAM mereka menutup operasi BLOG ini. Saya amat bersimpati dengan apa yang terpaksa mereka hadapi. Namun saya tetap yakin mereka akan bangun semula dengan lebih bertenaga. Insyaallah.

Ternyata apa yang yang telah dipaparkan oleh mereka adalah maklumat benar, bukan setakat teori semata-mata. Jika tidak pihak THH tidak akan lakukannya. Selama ini banyak lagi blog yang melakukan hal yang sama, tetapi dibiarkan sahaja. Sudah tentu ada diantara tulisan terakhir mereka benar-benar menggugat THH dan talibarutnya. THH tidak mahu kebenaran disebarkan kepada orang ramai terutama oleh media yang popular dan ramai pengikut. Saya pasti efairy dan kru KSZ akan bangkit dengan kekuatan baru.  Mereka  segera akan kembali dengan pembongkaran yang lebih hebat disamping menyediakan pasarana keselamatan yang lebih sempurna.

Demi agama tercinta dan bangsa yang telah teraniaya, perjuangan tidak wajar terhenti begitu saja gara-gara pengkhianatan “hantu” maya ini. Kita masih bernasib baik kerana mereka dan rakan seperjuangan mereka telah berjaya menyelamatkan beberapa post (ada yang di “save”kan oleh pembaca dan kru mereka) selamat dikeluarkan semula oleh kru dan beberapa rakan2 blog.

Alhamdulillah, Blog MistisFiles Organization masih lagi dapat bertahan walaupun banyak juga siri pembongkaran rahsia illuminati seperti itu telah disiarkan. Mungkin juga hala cara penulisan MO agak berbeza dan sedikit lunak (sederhana), tidak begitu menonjolkan perancangan jahat THH sebagaimana efairy dan teori konspirasi (lebih berani menyiarkan isu-isu terkini).  Namun begitu, tidak mustahil blog MO juga akan mendapat nasib yang serupa jika THH tergugat dengan pendedahan rahsia-rahsia mereka.

MO lebih menumpukan kepada siri kesedaran dan kebangkitan jati diri bangsa Jawi (Melayu Islam) berbanding membuka rahsia usaha jahat THH tersebut. Begitu juga dengan Blog SANGTAWANG SAKRANTA, mampu menghidangkan banyak kajian sejarah bangsa dan juga kefahaman falsafah Islam. Sangtawang adalah bloger persaorangan yang gigih memperjuangkan kebenaran dan menampilkan pandangan peribadi yang boleh dikongsi bersama.

Blog MO dianggap satu blog yang paling popular setakat ini jika dilihat kepada bilangan komen setiap rencana yang diterbitkan. Mungkin ada yang tidak percaya jika dikatakan rencana sebelum ini Alter Terahsia Bangsa Melayu XII amat panas dan telah menjadi dewan bahasan yang riuh rendah para pengunjung. Sejak diwartakan pada 17 februari lalu (7hari?) sebanyak 305 komen direkodkan . Satu angka yang cukup menakjubkan. Memandangkan terdapat juga segelintir pengulas yang celupar dan tidak harmoni, keadaan perbincangan menjadi kurang ilmiah. Mungkin pentadbiran blog terpaksa “moderate”kan komen selepas ini sehinggalah para pengulas menjadi lebih cerdik dan beretika.

Sebenarnya saya terlupa dan terlepas pandang terhadap site IBNU YAAKOB, Laman ini merupakan salah satu site yang membongkar rahsia “pendustaan” dan “kegiatan” THH.  Boleh kita anggap sebagai  The Godfather of Malaysian Conspiracy Theorist.


Terima kasih kepada MO yang telah mengingatkan saya mengenainya.

Saya seringkali melawat “blog baru” yang dibuka oleh “orang lama” iaituKUBRA@NEWS oleh saudara Zamany yang sebelum ini sering memberi komen yang bernas dan membina di dalam blog Mistisfiles, saya cukup tertarik dengan cara penghujahannya yang penuh ilmu itu. Walaupun baru sahaja dibuka, telah ramai pelawat terpikat dengannya dan tanpa segan mengemukan pelbagai soalan yang tentunya berkaitan agama terutama jalan sufi. Keramahan tuan blog melayani tetamunya amatlah disanjung, apatah lagi dengan penjelasan yang memuaskan terhadap setiap pertanyaan yang diutarakan itu. Blog sebegini jarang ditemui jika ada pun sedikit sangat yang berterusan memberi khidmat melayani pertanyaan dan komen para pelawat.

Biar saya komen lebih sikit mengenai blog ini memandangkan ia masih baru. Pengunjung amat selesa menceritakan permasalahan masing masing terutama anak-anak muda (membahasakan diri sebagai “cucu” dan memanggil tuan blog sebagai “datok zamany”) dan melalui perbincangan ilmiah dengan tuan blog. Pada hemat saya sdr Zamany ini adalah seorang yang agak berumur, mempunyai pengetahuan mendalam serta berpengalaman luas dalam bidang tasauf islam. Banyak juga dipaparkan pengalaman dan pahit maung beliau dalan usaha mencari ilmu. Tidak mustahil blog ini akan menjadi medan perbincangan khusus dalam bidang pengajian agama terutama persoalan mendalam mengenai tasauf dalam hidup moden. Ramai juga yang bertanya dan ingin dapatkan kepastian mengenai perkara-perkara ghaib dan luar biasa. Kebanyakannya akan berpuashati dengan jawapan yang diberikan. Alhamdulillah.

Apa pun saya gembira kerana semakin hari semakin ramai bloger yang ikhlas dan bersedia menyampaikan maklumat yang berguna dengan percuma. Diharap kita sama-sama dapat mengambil menfaat dari penulisan mereka.


Masih banyak lagi site, laman atau blog yang baik dan memberi input berfaedah di luar sana yang saya tidak berkesempatan membuat tinjauan.  Apa yang saya bentangkan ini hanya segelintir sahaja yang saya fikir akan membantu para pelayar mengambil peluang menambah pengetahuan untuk hadapi hidup sementara di dunia ini disamping memperbaiki diri menghadapi hari “esok” yang lebih panjang. .  Insyaallah jika saya berkesempatan, saya akan membuat pantauan ke laman-laman dan blog alam maya ini. .



Beberapa post yang telah dapat disiarkan semuala ada dalam blog kru KSZ: Sila ke blog ini  
UNTUK BACAAN UMAT ISLAM & YANG MERINDUI KEBENARAN

RAKAN SEANGKATAN EFAIRY AKAN MENERUSKAN USAHA YANG TERHENTI DAN MENYIARKAN KEMBALI ARTIKEL-ARTIKEL YANG HILANG ITU. Beberapa post yang telah dapat disiarkan semula di halaman blog: 

Jika anda berminat dengan cerita santai bersadurkan pengetahuan, boleh berkunjung ke HTTP://BAHTERAWAWASAN.BLOGSPOT.COM/ 
Blog ini juga menyajikan sesuatu kelainan yang memberansangkan. 



Selamat merantau sambil menimba ILMU.

Filed under: ILLUMINATI, Konspirasi, site kegemaran, Zamany

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: