BIDUANDA

Ikon

satu dunia satu agama satu tuhan

>FITNAH? FD – 1

>

Fitnah?  Ya “FITNAH” adalah penyakit yang terpaksa dihadapi oleh umat terakhir. Kecelakaan yang dibawa oleh fitnah ini amat besar dan merosakkan. Manusia penghuni bumi sudah memasuki fasa penghujung dalam ruang fitnah ini.  Telah lama ia menghurungi dunia meliputi seluruh urat saraf kehidupan dan hanya sedikit sahaja yang menyedari kehadirannya. Segala apa pun yang mendatang, ia akan menyakiti sama ada dalam sedar atau tidak.  Ramai yang menyedari kelibatnya, namun tidak dapat menghindar darinya.  Amat malang bagi umat akhir zaman ini.  Namun ia tidak dapat dielakkan. Apakah sudah tamat segala peluang?

Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. (Riwayat Tirmizi)

Hadis di atas adalah satu kiasan yang cukup lembut, pada luarannya tidak nyata terselit kiasan.  Kalau dikaji betul-betul, Rasulullah memberi panduan dan semangat kepada umatnya.  Terdapat disitu paduan antara kejayaan dan kegagalan umatnya menghadapi saat genting tersebut.  Sabda Rasulullah saw itu dinamai kias kerana ada perkataan “laksana” didalamnya.  Maksud disini ialah”seolah-olah”, iaitu satu “gambaran” bagaimana sukarnya golongan yang memegang sunnah dan alQuran sebagai panduan. Golongan inilah yang berjaya mengharungi kepayahan dan kerumitan situasi akhir zaman, baginda juga memberitahu bahawa ramai dikalangan umatnya akan gagal, tetapi bukan keseluruhannya.

Hadis berkenaan mengingatkatkan umat Islam tentang  amaran bencana yang bakal memerangkap mereka.  Seharusnya setiap umat Islam berusaha mencintai agama suci ini dengan sepenuh hati dan mempertahankannya walau dengan darah sekalipun. Disamping itu berusaha bersungguh-sungguh mencari keselamatan pada saat-saat huruhara di penghujung zaman.  Rasulullah saw menyatakan bahawa masih ada sebilangan umat baginda (di akhir zaman) yang sayang kepada agama, hidup dengan sunnah Rasulullah saw dan mematuhi segala suruhan dan larangan Allah swt walaupun diselubungi pelbagai fitnah. Mereka menggenggam erat dan tidak sekali-kali akan melepaskannya walau apa pun yang terjadi.


Rasulullah SAW bersabda: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.” Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Rasulullah, “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.” Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah, “Kerana ada dua penyakit iaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu Al Wahan?” Rasulullah bersabda, “Cinta dunia dan takut mati”.

Mereka ini, membawa amalan Rasulullah saw  melalui 4 sifat agung kemanusiaan iaitu Siddiq – Benar dalam semua tingkahlaku dan perkataan, Amanah – Jujur dalam semua urusan, Tabligh – Menyampaikan setiap kebenaran dan menunjuk ajar hal berkaitan dengan kejujuran kepada mereka yang bertanya kepadanya samada melalui perkataan atau perbuatan (hanya kepada mereka yang ikhlas serta benar-benar memerlukan), Fathonah – Bijaksana dalam semua hal, termasuk adab dan tertib menyampaikan ilmu, terutama yang berkait dengan Siddiq dan Amanah.  Hanya melakukan apa yang perlu dan mengepikan perbuatan sia-sia.  


Umat ini amat takut kepada kemurkaan Allah dan amat kasih (tak berbelah bahagi) kepada baginda Rasulullah saw.  Setiap malam mereka menangis mengenangkan kedudukan mereka disisi keagungan Allah swt.  Tersedu sedan meminta keampunan dan berhiba mensyukuri segala kurniaan dariNya.  Mereka tidak akan mempertontonkan segala amalan yang mereka lakukan kerana ia khusus untuk Allah semata-mata.  Kata lain yang lebih mudah, mereka bimbang dan takut terbawa bersama sifat yang “mensyirikkan Allah” iaitu Riak, Sam’ah dan ‘Ujub.  Menghidupkan malam, kurang tidur, kurang makan, kurang berkata-kata.  Hati mereka hidup dan berterusan mengingati Allah swt, tidak pernah lalai.  


Inilah kumpulan manusia beriman yang digelar sebagai “Ahli Sunnah wal Jamaah” oleh Rasulullah saw.  Pada masa ini, ramai yang menyangka dan mengambil faham nahawa Ahli Sunnah wal Jamaah yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu adalah kalangan umat dalam 4 mazhab kumpulan ASWJ atau pun Sunni.  Kedudukan sebenar sabda Rasulullah saw itu ialah umat baginda yang benar-benar mengamalkan Siddiq Amanah Tabligh Fathonah, tidak kira dari mazhab mana sekalipun.
Memang diketahui bahawa tidak ramai dikalangan umat Rasulullah saw yang mampu melaksanakan tanggungjawab berat sebagai KHALIFAH di muka bumi ini.  Inilah pakaian para Khalifah Allah yang selama ini tidak diambil peduli malah ada yang mempersenda dan menganggapnya sebagai lapuk, kuno dan ketinggalan.  Ada juga yang lebih berani sanggup mengkritik peribadi Rasulullah saw dengan sindiran yang tidak wajar sambil tersenyum simpul.
Malah lebih melucukan, bila ulamak yang disegani serta disanjung telah memberi kata-kata pujian kepada kaum kuffar (terutama jika mereka dari jenis HARBI) yang memperolokkan ayat-ayat alQuran dalam ucapan semata untuk memancing sokongan dari orang Islam.  Apakah kaum kuffar yang engkar itu ikhlas dalam ucapannya dan adakah dia benar-benar memahami agama suci ini?  Apa yang kita lihat ia hanya sandiwara, sekadar mainan kata-kata dan tidak mustahil pula tersenyum lebar dan berseloroh dengan rakan-rakan di belakang kita.  Orang Islam Malaysia sangat naif dan daif, begitu mudah tertipu.

Sebenarnya itulah realiti umat Islam sekarang, umpama buih di lautan.  Mudah diperkotak katik sewenang-wenangnya.  Musuh Islam tidak sedikit pun merasa takut dan gentar kepada orang Islam.  Sepatutnya ada lah sekelumit rasa hurmat serta malu untuk memperlakukan perbuatan yang boleh melukakan hati orang Melayu (Islam?) yang mana selama ini melayan mereka dengan baik.  Sehingga sanggup menerima mereka dengan tangan terbuka, memberi mereka tumpang sambil mengaut kekayaan di negara ini.


Kita lupakan dahulu soal politik dan demokrasi sekular ini.  Demokrasi sekular ini juga merupakan salah satu fitnah yang tersangat sadis, yang mana telah meruntuhkan kekuatan iman dan memecah belahkan umat (menjadi seteru antara satu sama lain).  Perbuatan yang amat dilarang dalam Islam.  Panjang kisahnya jika hendak diperkatakan.  Jika ada kesempatan saya akan menghuraikan kenapa demokrasi ini dianggap sebagai satu fitnah besar akhir zaman, insyaallah.

Pada pandangan awam (bukan mukhlisin wa lahuddin walau karihal kafirun), ia kelihatan amat perit, berat dan sukar untuk melaksana sifat Rasulullah saw itu lantaran keegoan melampau dan habitat moden melayani hawa nafsu..  Padahal Rasulullah saw melaksanakan peribadi mulia ini sebagai contoh ikutan kepada umatnya.  Itulah cara hidup Islam sebenar yang sewajarnya diamalkan. 

Umat yang hidup pada akhir zaman ini, adalah manusia yang terlalu banyak terdedah dan tercemar dengan pelbagai virus fitnah dan akhirnya menjadi alat penyambung fitnah pula.  Tentulah amat sukar untuk melepaskan diri darinya setelah merasa selesa.  

Tanpa disedari mereka telah terpedaya dan keliru sehingga gagal memperbaiki diri walaupun berusaha bermati-matian  mencari kebenaran. Mencari kebenaran atas flatfom palsu.  Fitnah itu ditegakkan atas landasan DUSTA (kepalsuan).  Raja Dusta ialah manusia paling terkutuk di atas muka bumi iaitu Dajjal yang dilaknat Allah.  Sebab itulah ia disebut Fitnah Dajjal walaupun Dajjal belum menzahirkan diri.  Saya ada sentuh soal ini dalam post yang terdahulu. (klik)

Fitnah akhir zaman itu mempunyai sifat yang berlawanan dengan sunnah Rasulullah saw (Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah).  Sebab itu ia kelihatan janggal pada mereka yang telah terpengaruh dan selesa hidup dalam kepalsuan.  Mereka (orang awam) telah mengamalkan tatacara hidup moden dan mempelajari falsafah hidup dari kumpulan yang bergelumang fitnah dan menyebar fitnah. Oleh itu tidak hairanlah mereka membuat tanggapan yang salah dan menilai melalui akal, hati dan pengalaman mereka yang telah dipesongkan.  

Sebagai manusia yang ikhlas dan jujur, lain pula keadaannya.  Mereka tidak pernah memikirkannya pun (fitnah), kerana hati mereka tidak merasai sebarang kepayahan dan kegetiran melakukan amalan agama dalam kehidupan seharian.  Hidup mereka sangat sederhana dan tenang walaupun tidak mempunyai kekayaan material.

Dalam amalan seharian, mereka tidak mencampuri urusan selain dari keperluan diri dan keluarga mereka malah tidak pernah terfikir pun apa yang diperkatakan oleh orang lain (mengenai kesukaran itu).  Mereka tidak merasakan bahawa mereka itu adalah golongan manusia yang memegang bara api.    Perkataan “umpama” itu adalah penilaian orang sekeliling yang memandang kesusahan luaran.  

Mereka sendiri dengan sengaja memilih untuk hidup dalam keadaan sebegitu kerana keperluan dan keutamaan mereka bukanlah untuk dunia ini.  Dunia sekadar perhentian sementara sebelum menyambung perjalanan yang jauh lebih panjang selepas itu.  Pada zahirnya tentulah kelihatan susah dan miskin, ketinggalan dari arus perdana.  Mereka tidak ambil kisah pun kerana hati mereka puas dengan ketenangan dan kebahagiaan yang Allah anugerahkan kepada mereka.  Mereka hanya menyahut seruan fi sabilillah apabila tiba waktu.

Hidup low frofile adalah lebih aman dan sentosa dari terkejar-kejar harta benda dunia yang tak seberapa pada pandangan mereka.  Mereka dilihat sebagai orang susah dan menderita akibat melarikan diri dari fitnah yang dianjurkan oleh Yakjud Makjud bersesuaian dengan fitnah Dajjal tersebut.  Seolah betapa sakit dan deritanya manusia yang menjaga agamanya. 

Pemerhati lazimnya akan bersangka sebagaimana yang dia rasa jika dia yang berada ditempat itu dan melakukan ritual golongan Sunnah wal Jamaah tersebut. Padahal keikhlasan hati manusia beriman ini mempunyai kuasa yang cukup hebat dan sebab itulah mereka dapat melindungi diri mereka dari tercemar.  Sesuai pula  disebut sebagai pertolongan terus dari Allah serta mendapat rezeki yang tidak terhitung. Hanya orang sekeliling sahaja sebagai pemerhati melihat betapa perit dan beratnya para mukhlisin ini melaksanakan perintah Allah.  Orang yang ikhlas sahaja yang akan dapat menikmati kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Di akhir zaman akan wujud kecelaruan yang amat dahsyat sehingga kumpulan yang lemah dan tidak berilmu akan tertipu dengan mudah.  Kumpulan ini akan mempercayai sepenuhnya apa yang diperkatakan oleh orang-orang yang mereka anggap “berstatus tinggi dalam institusi agama”, yang ada nama dan kedudukan.  Sementara kumpulan yang cerdik berakal dan berpelajaran tinggi pula bersikap amat kritis, memperincikan setiap keterangan kerana mereka ini telah dijangkiti satu wabak yang amat serius iaitu penyakit was-was. 

Bagi yang lebih ekstrim pula, gemar berhujah mempersoalkan sesuatu hukum, atas tujuan kononnya untuk mempastikan ia adalah benar sebenar-benarnya (kebenaran umpama 1+1=2).  Seringkali pula mereka menolaknya kerana hujah yang diberi tidak memuaskan hati mereka.  Sebahagian lagi sudah tidak mempercayai hadis Rasulullah saw kerana bimbang (kononya) tertipu oleh Hadis Palsu.  Kumpulan ini kerapkali menempelak orang yang tak se”genius” mereka.  Mereka terlupa bahawa kedangkalan ilmu hakiki dan tasauf yang mereka miliki menyebabkan mereka sukar memahami kedudukan sebenar isu agama.  Tambahan pula sumber ilmu mereka berpaksikan dunia Barat.

Walaupun mereka (sebahagian) dari kedua-dua kumpulan ini tidak bersalah disebabkan “kejahilan” tetapi malangnya golongan ini tetap akan menjauhi agama dalam “arti kata sebenar” (Lillahi Taala).  Mereka hanya akan menzalimi dirinya sendiri dalam kancah fitnah dan terus menerus mencipta fitnah demi fitnah kerana kedangkalan ilmu.  Punca kenapa mereka tidak dapat menghayati keindahan Islam ialah kerana mereka hanya meneroka ilmu dari kumpulan professional terutama yang ada gelaran Phd atau sekurang-kurangnya berkelulusan Universiti Azhar, Mesir.  Dengan sebab itu mereka mudah dijadikan tawanan serta hamba Dajjal sekaligus menyertai kumpulan Yakjuj dan Makjuj (99.9 peratus penduduk dunia).

Golongan yang hidup atas sikap jujur dan ikhlas, hati dan fikiran mereka bersih dari kekotoran nafsu serakah mazmumah.  Hidup secara sederhana, besyukur dengan apa yang ada, tidak sombong dan kurang berkata-kata kecuali perkara perlu (yang berkaitan dengan diri dan keluarga mereka sahaja).  Tidak menyakiti makhluk dan tidak suka bermusuh.  Mereka inilah yang Berjaya melepasi sebarang fitnah kerana fitnah tidak melekat pada hati mereka, cuma ianya  melintas lalu hadapannya sahaja. Bukankah Allah pernah berfirman mengenai “hati” ini bahawa Dia tidak memandang apa yang kita lakukan tetapi memandang “hati” kita.  “Hati” inilah nilai diri kita yang sebenar.

Sayangnya golongan yang berjaya ini teramat sedikit bilangannya tambahan pula mereka terselindung dan tersisih akibat dari kurangnya percampuran dalam masyarakat.  Itulah maksudnya “di akhir zaman golongan soleh dan bertaqwa membawa iman mereka dari satu bukit ke satu bukit dari satu gua ke satu gua”.  Hidup mereka diibaratkan oleh orang ramai sebagai “melukut ditepi gantang” tidak diperdulikan.


Kumpulan yang terselamat dari fitnah hanyalah satu dari 73 fikrah (golongan), daripada kumpulan yang satu ini terbahagi pula kepada 3 kumpulan kecil dan hanya satu sahaja yang benar-benar selamat iaitu mereka yang ikhlas (mukhlisin), membawa sunnah nabi dan menerima alQuran sebagai pegangan mutlak (Ahli Sunnah wal Jamaah).  Tidak mustahil inilah kelompok manusia pilihan yang akan menganggotai bala tentera Imam Mahadi di akhir zaman.  

Sementara dua pecahan lagi hanya terselamat setelah mereka melakukan pengorbanan yang besar dan bersungguh-sungguh untuk mencapainya.  Jika tidak mereka terpaksa melalui peroses “penyucian” di alam akhirat nanti.  Mereka inilah kumpulan yang menjaga agamanya seperti “meggenggam bara api“.   72 dari 73 kumpulan Muslimin yang lainnya terperangkap dan terjebak ke dalam kancah fitnah,  akan menghuni neraka jahannam bersama Yakjuj dan Makjuj.

Kita berbalik kepada hadis yang selalu disebutkan sejak akhir-akhir ini iaitu hanya satu dari seribu anak Adam yang selamat dari api neraka, sementara 999 lagi tergolong dalam kumpulan makhluk perosak yang bernama Yakjuj dan Makjuj (didalamnya termasuk juga 72 golongan umat Muhammad).  Allah lebih mengetahui segala rahsia.

……. Bersambung, insyaallah.

siri berikutnya: FD II nanti, akan saya akan cuba kupaskan apakah bentuk-bentuk  fitnah yang melanda umat hari ini.  Bilakah ia bermula dan apa yang dapat kita lihat tandanya dihadapan mata kita. Dunia reality.

Apa yang dimaksudkan alQuran akan diangkat, hilang? ….. kita akan bicarakan mengenainya nanti. Insyaallah.



Terima Kasih kerana membaca, wassalam.

Filed under: dajjal, fitnah zaman, YAKJUJ dan MAKJUJ

5 Responses

  1. Anonymous berkata:

    >AssalamualaikumSaya teringat seorang ustaz menyindir dalam kuliahnya kpd seorang jemaah masjid yang tak bersetuju Persembahan Nasyid di buat dianjung masjid…KATA ustaz itu, jangan meniru Wahabi, jgn jadi Pelampau agama,..kita nak buat konsert nasyid di masjid,..bukan nak buat konsert rock.Takkan kita nak dengar alunan Nasyid Lirik agama di tengah panas..itu GHULUW dalam beribadah katanya. Bukankah baik kita dengar nasyid laki pompuan dibawah bumbung anjung masjid, kata ustaz itu lagi.Dia sebut juga kisah Nabi saw tegur sahabat-sahabat yang GHULUW dalam beribadat sunat hingga lupa keperluan BATIN isteri.Maka terdiam kecewa pemuda itu,..tak pasal pasal disindir dirinya sebagai wahabi.______________________________________________________Saya tidak menolak muhdatsa / bidaah Majlis Maulidur Rasul saw.Ia boleh menjadi bidaah hasanah.Cuma ia boleh menjadi bidaah dholalah jika berlaku GHULUW ketika mengadakannya.Biasanya dosa GHULUW ini terletak pada pundak Ahli Jawatan Kuasa Masjid /Surau yang terbabit. Manakala AJK yang tidak setuju dgn kelakuan GHULUW ini diharap dapat pengecualian oleh ALLAH Swt.Nabi Saw. sudah menunjukkan contoh bagi mengingati hari kelahiran Baginda Saw, iaitu dengan berpuasa sunat hari Isnin..sungguh mudah dan simple..Nabi Saw tidak mera’ikannya dengan sebuah majlis…tiada GHULUW…dan ini teladan terbaik.Di kampung kampung dahulu juga tidak terlampau (GHULUW) iaituSetelah di iklankan pada hari JumaatSeorang atau dua orang Qari memperdengarkan bacaan Al QuranCeramah oleh PenceramahMakan beramai-ramai.———————————-Masa berlalu dan kini….GHULUWBukan setakat Perarakan Bersepandok Pembaziran Wang, ..malah campur gaul lelaki perempuan pasti tidak terelakkan.Mata bertentang mata antara gadis remaja dan jejaka remaja telah menjadi kenikmatan (Perangkap Syaitan ibarat kurap yang digaru)Kemudian terkini, hasil budaya jemaah Al Arqam..yang dulunya Persembahan Nasyid dibuat dluar bangunan masjid,..pentas berasingan dari bangunan masjid KINI tempat bernyanyi (nasyid , dalam bahasa Arab) sudah berani dibuat dianjung masjid..termasuk alat muzik DRUM di palu-palu.Hingga bila seseorang singgah untuk solat kerana musafir,..dirasakan gemaan suara nyanyian dan pukulan Drum berkumandang bergema menerawang dalam Masjid/ surau. GHULUW.Dan saya tidak hairan dendangan nasyid ber rebana / drum ini akan di lakukan depan mimbar masjid 10 tahun akan datang.Sedarlah muslimin muslimat,..sesungguhnya ADAB TATASUSILA ketika berada di masjid perlu diamalkan ketika anda bersendirian atau ramai dan bila-bila masa siang atau malam ketika berada diperkarangan masjid.ADAB MASJID perlu dilaksanakan walaupun anda berada dilongkang tepi masjid.Bagi orang-orang yang sentiasa bermuzakarah ADAB MASJID saban hari atau setiap bulan beberapa kali,..tentu telah menjiwai perlunya keheningan sebuah masjid/ surau. Adakalanya mereka menangis dalam hati kerana PENCEMARAN yang tidak dikawal ini.DAN SAYA setuju sangat kalau Maulid Nabi yang bernasyid ini diadakan di kawasan lain seperti di dewan orang ramai dan sebagainya.Den Malasia

  2. ABATASA berkata:

    >Terima kasih atas pandangan saudara Den. Begitulah celarunya keadaan apabila terkena tempias fitnah. Ini hanya permulaan, ia akan bertambah gawat apabila mereka yang tidak memahami selok belok sesuatu urusan dilantik sebagai pengurus (ketua).Di akhir zaman, masjid tidak lagi menjadi tempat hening dan sentosa beribadah dan hanya sebagai satu monumen semata. Gegaran fitnah mula masuk fasa akhir… berwaspadalah.

  3. Anonymous berkata:

    >SalamTahniah blog baru nampaknya.Susunan ayat yang mudah difahami.Betul juga buah fikir sahabat kita tu.Cuba try test buat ustaz tu, ajk masjid dan orang yang hadir, Tak payah solat, cuma berzikir atau baca surah Yassin beramai-ramai, kemudian kita pakat pasangkan kaset lagu nasyid di anjung masjid dengan pembesar suara.Agak-agaknya dia worang tersenyum gembira kah atau lengsing lengan kah?.Mat Silat Lintau

  4. Anony3.28am berkata:

    >Salam,Baru berpeluang tonton money as debthttp://video.google.com/videoplay?docid=-2550156453790090544#tentang fitnah matawang? Ingat Tuan nak cerita ttg fitnah matawang juga sbb pic pertama tu tunjuk duit. Sbb nak bertukar2 firasat apa impact bila US dollar baru(completed pyramid) keluar ,rasa2 bln 6 nnt. Hari tu tanya di mistisfiles xde respon. Mungkin xde sesiapa fokus kearah tu. Sebagai persediaan melawan fitnah. Sbb rasanya US/dajjal mmg dah bersedia nak buat economy tsunami pula( selain dr tsunami lain, contohnya spt gempa tsunami di Haiti ) dgn duit note baru tu. Kenalah juga manouvre pergerakan musoh ni.Walau mcm mana pun, ulasan ttg IM sy suka. Tak sangka pula Yahudi Khazar tgk Islam dan Katolik sebagai Yakjuj Makjuj, Katolik pula tgk Yahudi Khazar dan Islam sebagai Yakjuj Makjuj, sebagaimana kita Islam tgk mereka berdua sebagai Yakjuj Makjuj. Seperti ayat yg bermaksud Yahudi dan Nasrani tidak akan senang hingga kita menurut mereka.Sekian Wassalam.

  5. ABATASA berkata:

    >Terima kasih saudara semua kerana sudi singgah disini.Insyaallah kita akan teruskan pengkajian sehingga mendapat kesimpulan punca sebenar fitnah dan atas izinNya mudah mudahan dibuka pintu hidayah untuk kita atasinya.Pendapat semua amat dihargai disini, sama ada +ve atau -ve. Terima kasih.Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: