BIDUANDA

Ikon

satu dunia satu agama satu tuhan

KRISIS "nama Allah" Polis Selamatkan Gereja. Ramuan Dajjal.

Herald mencabar larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di mahkamah awal tahun lalu. Pada 31 Disember lalu, mahkamah memutuskan media itu berhak menggunakan ‘Allah’ tetapi keputusan itu mencetuskan kontroversi luar biasa sepanjang minggu ini.

Polis Malaysia mempunyai sikap tidak memihak

dalam isu “Nama Allah” yang semakin hangat kini. Sesuai dengan Malaysian Malaysia atau Satu Malaysia? Ini adalah satu permulaan kepada banyak lagi peristiwa yang bakal menyentuh hati Umat Islam di Malaysia. Apabila “nama Allah” menjadi pertaruhan, bersedialah semua menanti gejala yang lebih perit yang bakal melanda.

Adakah ini memberi impak kejatuhan Islam atau akan menjadi punca kepada penyusunan semula cara hidup penganut Islam (yang semakin longgar). Kenapa kemurtadan dan pelarian orang Melayu dari agama suci ini hanya berlaku setelah 50 tahun Malaysia Merdeka, tidak semasa Malaya dijajah oleh Inggeris dahulu. Ini adalah akhir zaman, fitnah Dajjal semakin menusuk hingga ke liang roma.

Jika sekiranya akan berlaku perubahan, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung dan Raja-Raja Melayu mempunyai kekuatan untuk lebih untuk ke hadapan bagi menyelesaikan isu ini. Senario ini harus dilihat dengan bijaksana. Setiap individu Islam perlu mengambil tindakan yang sejajar dengan hukum dan ajaran alQuran dan Sunnah. Masa yang sebaiknya untuk kembali ke pangkuan Tauhid setelah terpisah jauh dari Jalan Lurus yang dibina oleh Junjungan Besar Rasulullah saw. Raja sebagai peneraju negara sepatutnya kembali kepada sistem asal pemerintahan Melayu Lama dan Perdana Menteri pula berperanan sebagai Datuk Bendahara dalam mentadbir negara. Islam akan tegak kembali dengan harmoni dan menjadi daya utama keseluruhan pengurusan negara.

Hormati Islam sebagai agama rasmi: Seri Paduka
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan semua pihak supaya sentiasa menghormati kesucian ajaran dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.

Memandangkan kerajaan sedang mengambil langkah perlu, semua pihak diminta menghormati kesucian ajaran dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia seperti termaktub dalam perlembagaan.

Bagi menjamin suasana aman dan harmoni di antara penganut yang berlainan agama, maksud dan rujukan kalimah Allah dalam konteks umum hendaklah menepati sifat yang ditetapkan oleh Islam kerana amalan ini sejak sekian lama diterima baik oleh semua penganut agama lain di Malaysia,” titah Seri Paduka.

Rabu lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald-The Catholic Weekly.

Penangguhan ini berjaya diambil berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri serta Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia demi kepentingan rakyat dan negara. – Petikan Berita Harian.


Dasar sekular banyak mengharu-birukan Umat Islam dan negara. Sehinggakan pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya Umat Islam sentiasa berada dalam keadaan tertekan dan keliru dalam membuat keputusan. Rata-rata Penjawat Awam kelihatan seperti kehilangan arah, terumbang ambing dan bingung dalam melaksanakan tugas. Tindakan yang diambil seringkali menongkah arus Sunnah Nabi dan ajaran alQuran. Akhirnya segala amalan agama menjadi rosak sementara keberkesanan tugas pula sering mengecewakan. Kita dapat melihat satu contoh seperti ini:

KETUA POLIS AKAN SELAMATKAN GEREJA

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meningkatkan kawalan keselamatan di semua gereja di seluruh negara sebagai langkah berjaga-jaga ekoran insiden tiga buah rumah ibadat itu dilempar bom petrol hari ini.


“Semalam, saya mendapat satu panggilan telefon kira-kira pukul 6 petang dari pihak sebuah gereja yang memaklumkan mereka menerima ugutan dari pihak tertentu.

“Saya menasihatkan pihak gereja untuk membuat laporan polis jika diugut atau terus menghubungi saya di talian 019-2823701 agar kita boleh bertindak,” katanya.

Sementara itu, Musa berkata, polis turut memantau laman web yang dikesan menjadi batu api dengan menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang.

Katanya, polis tidak teragak-agak untuk menahan penulis blog yang sengaja mencetuskan rasa tidak senang dan kemarahan orang ramai di bawah akta hasutan.


“Kita memantau dan memeriksa laman web serta blog dan jika kita dapati mereka menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang, kita akan mengambil segala tindakan yang difikirkan wajar,” katanya. – petikan dari Utusan Malaysia.

Dalam bidang Politik pula, suasana lebih gamat apabila pengamal sekularima sentiasa mencari penawar untuk menyelamatkan kumpulannya walaupun ketika membahaskan soal agama. Dapat dilihat sekumpulan Jaguh Politik (hanya berminat) mengambil kesempatan terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku dan yang menyedihkan mereka tidak berusaha merangka plan jangka panjang dalam menyelamatkan Islam sebagai adDin. Tidak dinafikan semua hujah yang dibangkitkan oleh mereka itu adalah “benar” tetapi seperti selalunya, hanya sekadar “halwa” telinga sebagai resipi untuk di puji puja sebagai pemimpin Islam.

Sebelum mahkamah membuat keputusan membenarkan pihak Katholik menggunakan “nama Allah” dalam Tabloid (Catholic weekly newsletter ‘Herald ‘in Bahasa Malaysia ), tiada suara segarang itu dimana-mana forum atau media. Pihak kerajaan yang memerintah juga tidak mampu melakukan apa-apa (yang wajar) walaupun mereka berkuasa mengawalnya dari preringkat awal, kerana keutamaan mereka bukanlah “Islam” tetapi “undi”. Disinilah kebusukan yang dibawa oleh Demokrasi Sekular.

Sistem Sekular melahirkan pemimpin yang “tidak cerdik” dari segi keagamaan. Sesuai pula dengan pesan nabi kita akan datang satu masa orang bodoh akan menjadi ketua. Akal mereka merosot dengan teruk kerana terpesona “kecantikan” sekularisma yang hakikatnya amatlah hodoh.

Isu Nama Allah

Imam Al-Baihaqi menulis dalam kitabnya (Al-Asma wa Sifat).

“Perkataan Allah itu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak berbilang lebih dari satu dan tidak ada sekutu bagiNya (sama ada dinamakan bapa, anak dan apa sahaja). Allah mengikut bahasa Arab yang fasih dan nyata bermaksud, Dia Sahaja Tuhan, Yang Maha Esa, tidak ada lagi tuhan yang lain daripadaNya. Perkataan Allah itu daripada perkataan aL-Ilah dengan menambah al kepada perkataan asal Ilah yang bermakna Tuhan secara umum. Apabila diletakkan alif dan lam (al) menjadi yang khusus satunya yang dikenali dan diyakini benarnya, kemudian dimudahkan sebutannya dengan membuang beberapa huruf, maka disebut Allah. Penambahan al dalam bahasa Arab bertujuan makrifah (yang dikenali) secara khusus yang tidak boleh dikelirukan dengan kepercayaan salah, iaitu “berbilang tuhan”.


Ulas DS Hadi Awang:

“Hari ini kita melihat mukjizat Al-Quran, apabila mereka memaksa diri untuk
menggunakan perkataan Allah, pada hal selama ini mereka menggunakan perkataan yang menamakan Tuhan dengan bahasa masing-masing seperti God dan Lord; dan kalau itulah Allah mengikut kefahaman mereka maka ianya adalah tidak tepat dengan maksudnya.”

“Al-Quran mengajar cara penjelasan makna yang sebenar, begitu juga hadith-hadith Rasulullah SAW. Penjelasan inilah yang dinamakan sebagai ‘menyampaikan dakwah’, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Tanpa melarang mereka dari menyebut perkataan Allah, tetapi kita memberi penjelasan berdasarkan ilmu, bahawa penggunaan perkataan Allah oleh mereka yang percaya adanya sifat ketuhanan dan nama ketuhanan yang lain daripada Allah adalah tidak tepat. ”

“Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah”. Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”. (Surah Ali Imran: 64)

“Perutusan Rasulullah SAW mendedahkah bagaimana golongan ahli kitab (Kristian dan Yahudi) memakai perkataan yang sama apabila menyebut perkataan Allah, seterusnya dijelaskan dengan makna aqidah yang tepat secara ajaran tauhid, iaitu mengesakan Allah tanpa syirik, sama ada syirik itu melakukan upacara ibadat dengan menyembah tuhan-tuhan yang lain
daripada Allah, atau mematuhi hukum-hukum dan undang-undang ciptaan para ahli agama (pendita) dan pemimpin-pemimpin (arbab) yang mencipta undang-undang dan hukum yang menentang hukum Allah. Mereka telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab yang diturunkan kepada rasul mereka sendiri, atau mengharamkan apa yang dihalalkan, atau memberi hak ketuhanan kepada ahli agama sehingga boleh mengampunkan dosa yang menjadi hak Allah sahaja.”

“Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan agama mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama bagi melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh dizinkan sama sekali. Ini adalah kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamal oleh umat Islam, adalah dikira menodai kesucian dan kemurnian kalimah
Allah di hadapan umat Islam.”

Serangan Ke Atas Gereja

Masing pihak cuba menjadi jaguh dan menafikan itu dan ini sambil membuat andaian masing-masing. Sebagai bijak pandai dalam siasah tentu sekali mereka amat sensitif kepada sejarah dan juga kesan-kesan sejarah. Mengapa mereka kelihatan tersangat dungu dalam membahaskan soal besar seperti ini. Adakah mereka benar-benar tidak tahu (perancangan yang disusun oleh musuh Islam) ataupun mereka sengaja berpura tidak tahu demi kesejahteraan ‘kepentingan politik’ mereka. Mustahil mereka langsung tidak faham pergerakan MASONS dan ILLUMINATI dalam melaksana agenda yang terkandung dalam “Zionis Protocols” itu.

Ulasan Datuk Ibrahim Ali mengenai isu ini, “kejadian itu seakan-akan dirancang sewaktu umat Islam mahu mengadakan demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Gereja Katholik selepas solat Jumaat hari ini.”

Beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak cepat membuat kesimpulan menuduh perbuatan orang Islam kerana terdapat pelbagai kemungkinan dalam kejadian tersebut.

Perkasa (Badan NGO) tidak menolak kemungkinan ia adalah kaedah ‘psikologi balikan’ untuk memburukkan orang Islam dan pada masa sama meruntuhkan ekonomi negara.

“Cuba kita lihat kebetulan yang ada, sewaktu umat Islam mahu mengadakan demonstrasi, ada pula pihak yang bertindak membakar gereja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. …………..

Perkataan “seakan-akan” itu mempunyai maksud pendapatnya itu berbaur keraguan. Masih ragu-ragu untuk menyatakan pandangan. Walaupun begitu wujud kemenasabahan pandangan beliau tersebut, tidak mustahil serangan itu sengaja dilakukan oleh kumpulan tertentu (bukan Islam) untuk membantu meraih simpati dari masyarakat dunia kepada penganut Katholik di Malaysia. Ia juga satu peluang untuk menabur fitnah bahawa Islam ini sememangnya “ganas”. Sperti peristiwa 11 september (11/9).

Berbeza pula dengan laungan puak Katholik yang tidak memahami langsung isu ini dari sudud Tauhid dan Syarei. Pada fikiran mereka “nama Allah” itu hanyalah “bahasa” dan “ungkapan”, tidak lebih dari itu. Adakah ini hanya helah semata untuk melindungi niat sebenar? Mereka memberi alasan bahawa umat Islam yang ekstrim sahaja yang menentang sementara golongan terbanyak tidak mempertikaikannya. Ada pula yang berpendapat ini semua hanya isu politik semata-mata. Contoh sebahagian dari pandangan mereka:

Sane and sensible Malaysians following the ugly and pugnacious words coming from the extremist side must be wondering how in God’s name could Muslims perceive that there is a threat to Islam in Malaysia given Malay and Muslim dominance in almost all sectors of the body polity.

According to the Catholic Hierarchy organization, there are about 784,000 Catholics in our country of 24.74 million or 3.17% of the total population. Can anyone believe that such a tiny minority of the country’s population could threaten the position of Islam in Malaysia or undermine the Islamic faith?

Mahathir, from whom one would expect a higher sense of public responsibility, has been reported to have said that he is concerned that the term ‘Allah’ may be used in such a way that could inflame the anger of Muslims, or in his own words, ‘they may use it on banners or write something that might not reflect Islam’. This is a statement that stoops so low that it is almost beyond belief that it could have come from a former prime minister.” Dr Lim Teck Ghee Jan 6, 10

Semudah itu mereka berhujah dan semudah itu pula mahkamah menerima permintaan mereka dan semudah itu juga para pembela Islam tewas dalam gelanggang kampung sendiri.

Yang peliknya ada juga cendikiawan Melayu (Islam?) yang mengambil sambil lewa dalam isu ini.

Walau apa pun situasinya, perhatikanlah akan berlaku lebih banyak peristiwa-peristiwa yang menyayat hati kaum Muslimin selepas ini. Mereka tidak akan berhenti disini dalam membawa ramuan Dajjal Laknatullah. Semoga semua bersedia untuk hadapi penderitaan yang bakal menyusul. Ketahuilah bahawa sesungguhnya Dajjal itu fitnahnya amat besar dan akan melumpuhkan keimanan kita para Muslimin.
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:“Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara: Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau pun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari qiamat pada hal hari qiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya”Riwayat Hadith At-Tarmizi
Amallah 10 ayat surah alKahfi.

Filed under: ISU NAMA ALLAH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: