32 comments:
Filed under: ajaran sesat, Zamany
Mac 28, 2010 • 8:50 pm 0
32 comments:
Filed under: ajaran sesat, Zamany
Mac 21, 2010 • 8:42 pm 0
Fenomena ajaran sesat sering timbul di kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Kenapa ia terjadi adalah persoalan yang rumit untuk diulas terutama oleh mereka yang kurang mendalam pengetahuan agama dan tidak mengetahui asal usul kewujudannya. Para pengikut ajaran dan kefahaman ini amat taksub dengan “guru” mereka dan amat tegar untuk kembali ke pangkal jalan.
Sudah sampai masanya usaha yang lebih konkrit dilakukan oleh pihak berwajib agar segera dapat menghalang pembiakan virus yang merosakkan ini dari menular, Perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam sudah sampai ke tahap yang meruncing akibat perbezaan parti politik. Kini ditambah pula dengan puak serpihan yang menyeleweng dari akidah ASWJ yang sekian lama menjadi pegangan orang Melayu turun temurun.
Tuan Zamany menulis permasalahan ini di dalam blognya dan cuba menghurai punca fenomena ini terjadi. Semoga penerangan tersebut dapat memberi maklumat yang mencukupi untuk kita mengelak diri dari melakukan kesilapan yang akan kita kesali.
Saya siarkan semula artikel permulaan dari beberapa siri kisah AJARAN SESAT untuk tatapan pembaca semua.
Semoga ia memberi menfaat, teruskan membaca.
Sunday, March 21, 2010
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.
MUKADIMAH:
Bersyukur kita ke hadrat Allah swt, dengan berkat dan keizinanNya juga dapat kawan menyambung akan rencana di dalam blog ini di dalam satu lagi tajuk yang amat dirasakan perlu untuk didedahkan kepada umum terutama kepada semua pembaca blog ini dan seluruh umat Islam di Malaysia amnya berkenaan dengan AJARAN-AJARAN SESAT yang telah banyak membawa keruntuhan kepada keimanan, pegangan, akidah, amalan, akhlak dan hukum syarak yang menjadi pegangan umat Islam semua. Ia juga telah menjadi satu ancaman kepada jenarasi muda kita dikebanyakan tempat yang telah terpedaya dengan dakyah dan hasutan halus mereka yang menjadi penaja dan pengamal ajaran-ajaran tersebut. Maka adalah diharapkan agar dengan penulisan rencana ini akan dapat memberi panduan kepada anda semua supaya dapat membezakan dan menilai kedudukan sebenar ajaran-ajaran yang dibawa ketempat anda samaada ianya berlunaskan kebenaran atau pun kesesatan.
Sebagaimana yang telah umum ketahui bahawa di Malaysia, majoriti umat Islamnya menganut ajaran Islam yang mengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi pegangan Akidahnya dan Mazhab Imam Shafie dari segi pegangan Fikahnya. Ini adalah pakaian yang telah bertapak sekian lamanya dari zaman ke zaman sejak dahulu lagi disini dan menjadi gaya hidup kita semua di Malaysia ini. Sebarang usaha untuk mengubah atau merungkai akan pegangan ini akan tidak disenangi dan mendapat tentangan hebat dari semua kerana pegangan akidah dan fikah ini telah saheh dan terbukti kebenarnya. Sebagai manusia biasa adalah menjadi lumrah dan mudah untuk kita tidak berpaling kepada yang lainnya selain dari pegangan yang telah ada ini, tetapi ada juga segelintir umat Islam disini yang mempunyai fahaman mendalam tentang agama yang membolehkan ia merobah pendekatan mereka kepada jurusan Mazhab yang lain seperti Hambali, Maliki dan Hanafi, terutama mereka yang telah lama tinggal di Asia Tengah dan benua Afrika. Tetapi ini bukanlah diluar dari biasa kerana semua Mazhab yang 3 ini juga masih lagi sah didalam hukum Syarak dan dibolehkan kita berpegang dengannya di dalam keadaan tertentu.
Cuma ada yang terlebih pandai mengikut rakan-rakan mereka memasuki kumpulan-kumpulan serpihan yang berbaur politik contohnya Syiah, wahabi dan anti hadis yang telah cuba memasuki Negara ini sedikit masa lalu. Sekarang mereka memfokuskan pula siasatan mereka kepada ajaran Tabliq kerana memandangkan kejadian terbaru ajaran Sudin Ajaib ada kaitannya dengan ajaran Tabliq itu. Maka Malaysia kini bolehlah dianggap tidak sunyi dengan kemasukan ajaran-ajaran sesat dari luar dan juga yang mencipta sendiri ajaran-ajaran tarikat sesat mereka yang cuba disebarkan ke dalam masyarakat umum. Pihak JAKIM dilihat cuba bertindak menghapus kan kesemua ajaran sesat ini dengan bantuan orang ramai tetapi perlaksanaannya masih dilihat kurang berjaya kerana kelemahan dari sudut pemulihan akidah tidak dibuat. JAKIM hanya menangkap Imam atau ketua ajaran sesat dan didakwa dimakamah Syariah serta di jatuhkan hukuman, tetapi bagaimana dengan kesemua ahli-ahli dan pengikut ajaran sesat itu hendak di pulihkan fahaman dan pegangan akidah mereka? Mereka-mereka yang terlepas inilah pula yang kemudiannya akan membuka kelompok-kelompok ajaran sesat yang lain di merata tempat di Malaysia. Lihat saja ajaran al Arqam, bagaimana dengan anak buahnya yang terlepas dan telah cuba membangumkan pula ajaran sesat yang mirip al Arqam, malahan Imam atau ketua al Arqam sendiri walaupun telah dijatuhkan hukuman dan menjalani konseling pemulihan akidah sedikit masa dahulu, masih tetap berdegil ingin menghidupkan semula ajaran al Arqam. Jadi kita dapat melihat akan kelemahan JAKIM dalam melaksanakan tugas pembentrasaan ajaran sesat di Malaysia masih ditahap amat lemah. Hukuman yang dijatuhkan oleh pihak Makamah Syariah di semua Negeri-negeri di Malaysia ini juga masih kurang memberi bekas kepada mereka, itulah sebabnya mereka tidak “INSAF” dan masih berminat untuk menyebarkan ajaran mereka yang telah diwartakan sesat itu. Jadi sampai bila pekara ini akan berlanjutan ???
AKIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH.
Sebenarnya tiada dapat dipastikan bilakah Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) ini mula bertapak dan diwartakan di dalam dunia Islam. Begitu juga dengan tokoh yang mempelopori akan Mazhab ini. Tiada rekod di dalam dunia Islam yang mencatat akan pekara ini, hanya bolehlah disusuri akan kejadian selepas perpecahan umat Islam sesudah pemerintahan Sahabat- sahabat Rasullah saw iaitu dipanggil juga dengan nama zaman pemerintahan Khalifah al Rasyidin. Selepas Khalifah Osman al Khatab dibunuh dan kemudian tugas Khalifah diambil pula oleh Saidina Ali kaw, maka telah berlaku fitnah demi fitnah hingga memaksa berlakunya peperangan saudara dikenali dengan Perang Jamal diantara pengikut Saidina Ali kaw dan Saidatinah Aisyah ra di Madinah. Ini telah juga meragut nyawa ramai rakan-rakan seperjuangan Saidina Ali dan Rasullah saw sendiri. Lanjutan dari peperangan saudara ini telah membawa kepada umat Islam berpecah kepada 3 golongan yang besar hingga kehari ini iaitu Golongan Syiah, Golongan Khawarij dan Golongan Sunni.
Golongan Syiah yang bermotifkan politik mengambil pendekatan extrimis sebagai puak yang menyokong Saidina Ali dan menentang 3 lagi khilafah al Rasyidin termasuk Saidatinah Aisyah ra sendiri , malahan mereka menganggap hanya Saidina Ali saja yang layak mengantikan Rasullah saw. Sedangkan mereka mengeji, menghina, menyumpah-nyumpah akan 3 orang Khalifah al Rasyidin yg lain termasuk Saidatinah Aisyah ra sendiri hingga kehari ini.
Golongan Khawarij pula adalah mazhab yang mengambil keputusan berkecuali dari menyokong Saidina Ali atau pun Muawiyah anak kepada Abu Sufian. Mereka telah menghistiarkan keluar dari semua kemelut pertelagahan berkenaan dengan isu Khalifah ini dan telah mengasingkan diri mereka hingga kehari ini.
Manakala bagi pihak yang masih berpegang kuat akan kesemua ajaran al Quran dan Sunnah Rasullah saw serta mengikut dan menyokong kesemua Khalifah al Rasyidin dan Keluarga Rasuallah saw, inilah dia yang mendapat jolokan dengan nama Ahli Sunnah Wal Jamaah atau ahli Sunni, kerana mereka ini memegang teguh Sunnah dan ijmak semua jemaah para Ulama-ulama berkaitan dengan isu Khalifah dan semua hukum hakam yang ditetepkan oleh Rasuallah dan sahabat-sahabatnya yang masih utuh dipegang hingga kehari ini, malahan pengikut Mazhab ASWJ inilah yang paling teramai sekali di dunia sekarang ini. Mengikut kesepakatan seluruh para Ulama-ulama mentafsirkan bahawa ASWJ adalah mazhab yang dibawa oleh Rasullah saw dan juga para Sahabat-sahabat Baginda. Ia telah mengambil dari sumber yang asli iaitu Nabi Muhammad saw sendiri dan mengambil hujah-hujah dari para Sahabat-sahabat Baginda sebagai Hadis-hadis yang benar dari Baginda Rasullah saw. Jadi apa juga bab dalam isu agama ini telah diberi kata putus bahawa hanya ASWJ sajalah yang memegangnya dengan betul dan kuat. Di Malaysia pekara ini telah lazim malah telah juga menjadi pegangan gaya hidup umat Islam tempatan dari dahulu hingga ke hari ini. Jadi kita tidak perlulah risau dan ragu lagi akan kebenaran dan kesahehan pegangan akidah ASWJ yang kita anuti sekarang ini malahan seharusnya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dilahirkan di dalam mazhab ini.
Oleh kerana itu dapatlah kita fahami bahawa ASWJ merupakan keyakinan dan iltizam pegangan kepada al Quran dan Sunnah sebagai rujukan utama umat Islam golongan ini. Selain itu juga mereka memandang tinggi dan menghormati kepada seluruh jenarasi Sahabat, tabe’in dan semua tokoh-tokoh ulama hadis kerana daripada merekalah semua sumber-sumber agama dapat dipelajari dengan jelas dan diyakini. Semua ulama di seluruh dunia telah bersepakat bahawa golongan ASWJ lah satu-satunya golongan yang terselamat dari perpecahan dan kemasukan pendapat peribadi yang menurut Nafsu sendiri di dalam banyak bab dan hukum hakam ajaran Islam itu sendiri. Malahan Rasulullah saw pernah menggambarkan pekara ini di dalam sebuah hadis soheh Baginda yang telah diriwayatkan oleh Anas bin Malek ra, yang maksudnya:
“Bani Israel berpecah kepada 71 golongan, 70 golongan hancur binasa dan hanya satu golongan yang terselamat, kaum Nasrani pula berpecah kepada 72 golongan, 71 golongan hancur binasa dan hanya satu golongan saja terselamat, manakala umat ku akan berpecah kepada 73 golongan, 72 golongan hancur binasa dan yang tinggal hanya satu golongan yang terselamat.” Para Sahabat bertanya, “Siapakah golongan yang terselamat itu ya Rasullah ?” Baginda menjawab, ” Al Jamaah… Al Jamaah (Ahli Sunnah Wal Jamaah).”
Keterangan hadis : daripada hadis soheh ini maka jelaslah kepada kita bahawa Rasullah saw telah pun dapat melihat perpecahan kepada umat Islam diakhir zaman akan berlaku. Baginda sendiri telah menetapkan hanya golongan ASWJ sahaja yang akan terselamat dari semua fitnah perpecahan umat ini dan menyarankan untuk kita sentiasa duduk tetap di dalam Jamaah ini dan jangan berpecah belah. Terdapat 72 golongan serpihan umat yang telah memisahkan diri mereka dari kelompok unggul ASWJ ini, antaranya Syiah, Khawarij, Mutazillah, Najariyah, Jahmiyah, Wahabi, Kadariah, Rawafiq, Rafidah dan lain-lain lagi. Mereka inilah yang tergolong kepada kelompok 72 golongan yang disebut-sebut Rasullah saw sebagai mereka yang telah binasa akal, fikiran, akhlak dan akidah mereka dari jalan kebenaran. Manakala ASWJ akan mempertahankan kesucian agama Islam peninggalan Rasullah saw sehingga ketetapan Allah di hari kiamat nanti.
Allah telah berfirman didalam alQuran surah al Annam ayat 159 yang mafhumnya :
“Sesungguhnya orang-orang yang berpecah belah di dalam agamanya dan mereka bergolongan- golongan, bukanlah engkau dari golongan mereka sedikit jua pun. Sesungguhnya urusan mereka terserah kepada Allah, kemudian Allah mengkhabarkan kepada mereka tentang apa yang mereka perbuat”.
Keterangan ayat : Telah diberitahu kepada Nabi dan para Sahabat-sahabatnya bahawa perpecahan umat Islam selepas peninggalan Baginda dan para sahabat Baginda pasti akan berlaku. Tiada seorang pun dari mereka yang mampu menahannya kerana itu telah ditetapkan oleh Allah sebagai satu ujian kepada umah selepas Baginda dan para sahabat-sahabat baginda itu. Perpecahan yang mengikut perasaan marah dan hawa nafsu juga sifat perkauman berpuak- puak kaum Arab yang masih belum bertamadun menjadi punca yang jelas akan perpecahan ini merebak-rebak hingga mereka semua menjadi sesat semula.
Dari berpuak-puak itu mengikut ketua masing-masing dan mereka kemudiannya mencipta pekara-pekara bidaah yang semakin jauh menyimpang dari ajaran Nabi Muhammad saw dan para sahabat-sahabat Baginda. Maka Allah akan menjelaskan kepada mereka semua di akhirat kelak akan segala perbuatan melampau mereka itu semua adalah sesat lagi menyesatkan umat Islam dan akan membalas semuanya itu dengan api Neraka Jahanam kerana mereka sebenarnya telah mengikut hasutan Iblis dan Syaitan. Jadi penyesalan yang teramat sangatlah mereka akan perbuatan mereka itu tetapi semuanya telah terlambat dan semua penyesalan dikala itu tidak akan mengubah akan hukuman yang telah disediakan kepada mereka itu. Jadi janganlah kita cuba mengubah atau menokok tambah kepada apa yang telah Rasullah saw buat atas agama Allah ini. Ia akan kekal begitu sama ada anda suka atau pun tidak, bukanlah hak kita untuk mengubahnya mengikut selera kita. Ia akan menjadi pekara bidaah dan sesat jika kita ingkar.
IJMAK PARA ULAMA TENTANG AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.
Marilah kita lihat ijmak dan kesepakatan para Ulama-ulama tersohor akan penetapan dan kebenaran pegangan mazhab ASWJ dari semenjak dahulu lagi iaitu :
1) Dari Imam Ahmad bin Hambal ra (wafat th. 241 h) yang katanya berkenaan ahli Sunnah itu adalah ” Mereka ini berpengang dengan mazhab ahli Ilmu, azhab al Athar dan ahli Sunnah yang berpegang teguh Sunnah Rasullah saw. Mereka amat dikenali akan jejaknya dan menjadi ikutan semua umat dari semenjak zaman para Sahabat Nabi dahulu lagi hinggalah kehari ini”.
2) Dari Syeikh Abu Ubai al Qasim bin Salam (wafat th 224 h) katanya didalam mukadimah kitabnya bahawa ” Pegangan yang wajib diikuti dan ditaati didalam mempelajari secara mendalam akan Ilmu Akidah ialah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah “.
3) Dari Syeikh Ibnu Taymiyah (wafat th 728 h) katanya ” Mazhab ahli Sunni adalah mazhab yang telah sedia ada sebelum lahirnya Imam Abu Hanifah (Imam Mazhab Hanafi), Imam Malik (Imam Mazhab Maliki), Imam Ahmad Hambal (Imam Mazhab Hambali) dan Imam Syafie (Imam Mazhab Syafie). Ia juga merupakan mazhab para sahabat yang menerima dari sumbernya iaitu Rasullah sendiri. Mereka bersepakat menerima ijmak para sahabat adalah hujah yang benar manakala berselisih pendapat berkenaan dengan ijmak genarasi selepas sahabat”.
4) Dari Imam Bukhari (wafat th 256 h) berpendapat bahawa, “Al Jamaah itu merujuk kepada ahli-ahli Ilmu, ahli Fikah dan ahli Hadis dari kalangan Imam Mutjahiddin, kerana Allah swt menjadikan mereka sebagai hujah kepada manusia dan menjadi rujukan dalam urusan Agama”anda.
5) Dari Imam at Tarmizi (wafat th 279 h) beliau berpendapat bahawa ” ahli al Jamaah itu adalah para ilmuan tafsir, ahil Fikah dan ahli Hadis “.
6) Dari Syeikh Ibnu Hazam (wafat th 548 h) berpendapat bahawa ” Ahli Sunnah merupakan juga ahli Haq yang terdiri dari para sahabat dan semua orang yang mengikuti jalan mereka dan jalan para tabein, ahli hadis dan ilmuan Fikah dari satu genarasi hingga kesatu genarasi hingga kehari ini “.
7) Dari Imam al Jauzi (wafat th 597 h) mengtakrifkan Ahli Sunnah ialah ahli al Naq dan al Athar yang mengikut hadis-hadis Nabi dan athar para sahabat nabi kerana mereka semua itu berada diatas jalan yang benar dan tidak berlaku pekara-pekara baru (perubahan dari yang asli). Pekara bidaah hanya berlaku selepas zaman Rasullah dan sahabat-sahabatnya.
8) Dari Syeikh al Safariani (wafat th 1188 h) berpendapat bahawa ” ahli Sunni adalah al Islam dan ahli Tauhid yang berpegang kepada sunnah dengan kuat di dalam bidang akidah dan nihal. Ahli ibadah zahir dan batin dan tidak dicemari dengan bidaah ahli al Ahwak dan ahli al Kalam didalam bidang ilmu akidah”.
9) Kata Syeikh Ibnu Taimiyah lagi ” Ahli Sunnah ialah golongan yang berpegang kepada kitabullah dan sunnah Rasullah dan apa-apa juga yang telah disepakati oleh golongan terdahulu yang terdiri dari golongan Muhajirin dan al Ansar serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik”.
10) Syeikh al Safariani juga berpendapat bahawa ” Ahli Sunaah itu terbahagi kepada 3 golongan iaitu golongan Athariyah (salaf) yang dipimpin oleh Imam Ahmad bin Hambal, golongan al Asyariayah yang dipimpin oleh Imam Abu Hassan al Asyari dan golongan al Maturidiyah yang dipimpin oleh Imam Abu Mansur al Muturidi “.
11) Syeikh Abdullah bin Mas’ud berkata ” Al Jamaah ialah apa juga pekara yang menepati ketaatan kepada Allah walau pun kamu seorang diri”.
12) Dari Imam Mustafa al Syakinh menyatakan bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah pada asalnya ditujukan kepada golongan al Asyariayah pimpinan Imam Abu Hassan al Asyari dan mereka-mereka yang bersamanya. Kemudian ia meluas menjadi sebuah kumpulan yang semakin diterima umum dan seterusnya menyaksikan penyatuan Ulama-ulama besar Fikah termasuklah pengasas kepada 4 Mazhab unggul Islam iaitu Imam Makiki, Imam Shafie, Imam Ahmad bin Hambal dan Imam Abu Hanifah serta yang lainnya juga seperti Imam al Auzai.
Pada awal kurun ke 3 hijrah ahli-ahli perawi hadis telah mengalami satu revolusi dengan memertabatkan semua Ilmu Kalam dengan pengkajian yang mantap dan seterusnya menguasi seluruh Ilmu Hadis yang ditulis menjadi naskah-naskah kitab khusus tentang bab ini yang mewakili aliran mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dari sini mengujudkan satu kelompok aliran ahli-ahli hadis yang kemudiannya membesar menjadi golongan ASWJ yang bertentanggan dengan fahaman-fahaman baru seperti golongan Jahmiayah, golongan Muktazilah dan golongan al Khawarij yang menyimpang semakin jauh dibangunkan dengan Nafsu Amarah dan berbaur perkauman dan berpuak-puak. Hanya tinggal ASWJ saja yang mempertahankan pandangan asli dan mengambil langkah selamat dengan memberi penjelasan demi penjelasan dengan rangkuman Hadis dan al Quran sebagai sumber soheh mereka sehingga kehari ini. Oleh kerana itu bolehlah diberikan pengertian bahawa ASWJ itu adalah :
1) Satu golongan yang menjadi tumpuan semua umat Islam dan merupakan golongan yang paling ramai dan lebih diterima berbanding dengan golongan-golongan serpihan yang lain.
2) Golongan yang terselamat kerana mejoriti mereka yang terhimpun didalam golongan ASWJ ini adalah mereka yang mentaati perintah dan mempunyai jalan yang lurus dengan peganggan kepada Hadis dan al Quran sebagai panduannya juga gaya hidupnya.
3) Golongan ini juga adalah himpunan Ulama-ulama ahli Hadis, ahli Fikah, ahli Ilmu dan ahli Tauhid, menjadikan golongan yang menghimpunkan kesemua ilmuawan Mutjahidin yang menjadikan mereka sebagai hujah dan rujukan semua Umat Islam yang juga berfungsi sebagai pengajar dari urusan agama keseluruhannya.
4) Golongan yang dirangkumkan di dalamnya juga termasuk para Sahabat Rasullah saw sendiri yang tidak pernah terhimpun dengan mereka-mereka yang bidaah dan sesat akidah dan akhlak. Merekalah peneguh kepada semua sendi-sendi agama dan penutup kepada ruang kosong yang tidak boleh lagi diisi dengan pekara-pekara bidaah dan pemikiran sesat baik dari apa juga jurusan mahupun apa juga bab di dalam akidah, syarak, akhlak, pergorbanan diri dan pengorbanan harta.
5) Golongan yang menyanjung tinggi syarak dan pengikut perintah dengan taat yang menggunakan kesepakatan Ijmak para ulama bagi nenetapkan sesuatu hukum syarak dan juga menetapkan undang-undang Islam amnya.
6) Golongan yang melantik pemimpinnya dari kalangan mereka sendiri kemudian mereka semua taat akannya sebagai peneraju golongan ini. Selalunya mereka akan menetapkan ahli-ahli musyarah dari kalangan mereka juga bagi memperkuatkan pentadbiran itu. Pemimpin itu mestilah mempunyai sifat-sifat yang layak baginya untuk memimpin, berakhlak mulia dan sentiasa berpandukan Al Quran dan Hadis sesuai dengan amanah dari kehendak masyarakat yang dipimpinnya itu. Ia seperti mengangkat sumpah atau Baia’ah yang tidak boleh dilanggar atau dimungkiri kerana sebarang percubaan pelanggaran sumpah dan janji tadi akan mengakibatkan ia dengan sendirinya terkeluar dan dianggap sesat.
7) Golongan ahli Tauhid yang mendokong akan mazhab ini juga yang dijamin oleh Nabi dan Sahabat-sahabatnya sebagai golongan Ahlilah. Mereka menitik beratkan kesinambungan keilmuan yang diwarisi itu mestilah mempunyai wasilah daripada tangan Baginda Rasullah saw diturunkan kepada Sahabat-sahabatnya itu, kemudian disambung dari tangan ke tangan hinggalah menyampai kepadanya sendiri. Maka tiadalah terputus sanat ilmunya dari tangan Rasulullah saw. Mereka memegang atikad yang sahih mengenai sifat-sifat Allah, Afaal Allah dan Zat Allah dengan terang dan jelas.
8) Golongan yang memiliki kemahiran ilmu yang mendalam dalam bidang riwayat hadis nabi. Mengenal dan boleh menapis semua bentuk hadis daripada kepalsuan dan rekaan. Mereka juga mempunyai bidang ilmu tafsir dan takwil kan sesuatu pekara dan persoalan yang hadir. Selain itu juga mereka juga mendalami bidang ilmu nahu, sastera dan bahasa yang sangat mendalam.
9) Semua daripada ilmuan dari golongan ini tidak mencampur adukkan ilmu mereka dengan hawa nafsu yang akan mengakibatkan kesesatan kepada umah keseluruhannya. Mereka juga akan menghindarkan diri dari apa juga kaum atau golongan yang cuba memesongkan sebarang unsur-unsur agama dengan pemikiran mereka yang cetek dan sesat.
10) Golongan yang sentiasa bersedia untuk memerangi sebarang unsur kufur dan sesat yang mengancam nagaranya dan umatnya. Mereka akan snggup berjuang dengan darah dan harta benda mereka mempertahankan hak dan kebenaran walau dengan apa cara pun. Mereka sanggup memerangi orang-orang kafir dan musuh-musuh Islam dimana jua mereka berada dan melindungi keluarga dan tanahair mereka. Tidak berlaku zalim dengan kanak-kanak dan wanita.
11) Golongan ahli Tauhid, zuhud dan sufi dikalangan mereka mempunyai pandangan basirah yang sangat tajam lagi halus. Mereka sentiasa musahabah diri mereka, mendalami sifat diri mereka, mengenal diri mereka, menjejaki perjalanan, pengalaman dan kehalusan kerohanian mereka dengan teliti serta sentiasa redha dengan takdir Ilahi. Mereka menghurai ilmu-ilmu di dalam bab ini dengan hadis dan riwayat para Ahlillah dan sentiasa mengambil iktibar akannya supaya mereka juga akan seumpama dan sesempurna itu. Kebanyakan mereka-mereka yang telah melepasi batas kebiasaan umum menjadi pilihan Allah dan Rasullah adalah di dalam wilayah ini. Hanya dengan cara ini saja jalan yang diredhai dan menepati kehendak dan ajaran Rasullah saw dan Sahabat-sahabatnya yang mampu menyampai ke hadrat Allah swt. Selain dari ini, semuanya sesat mengikut Iblis dan syaitan.
Oleh itu dari semua hujah-hujah di atas ketahuilah kita bahawa ASWJ sajalah yang diiktiraf dan golongan terselamat seperti yang telah dinyatakan didalam ayat 159 surah al An’nam dan Hadis , kerana bersumbarkan kepada ajaran yang asli dari tangan Rasullah dan Sahabat-sahabatnya yang juga menurut sumber yang sama. Ia bebas dari unsur-unsur sesat didalam akidah, akhlak, syarak, pengorbanan diri dan pengorbanan harta. Garis panduannya yang amat jelas serta berunsurkan kebenaran juga, jadi umat Islam di Malaysia ini yang memangnya telah lama berhidup dengan ajaran mazhab ASWJ ini tidak perlu bimbang. Anda semua perlu tahu apa sebenarnya yang dikatakan ASWJ. Mungkin selama ini anda hanya beramal dengannya tetapi tidak mengatahui apa yang dikatakan dan dimaksudkan dengannya. Dengan pendedahan ini diharap segala kekusutan itu dapat terungkai. Ini adalah kerana tiada sesiapa yang mahu kehadapan untuk menerangkannya dengan jelas kepada khalayak.
TAFSIRAN AJARAN SESAT.
Dari segi istilah, ajaran bermaksud mengajar, memberi petunjuk, memberi nasihat, mendedahkan kelimuan kepada sebilangan orang awam atau kanak-kanak dan lain-lain lagi. Manakala sesat jika mengikut maksudnya dari segi bahasa ialah kehilangan punca, tidak jumpa jalan pulang, bersimpang jauh dari jalan asal, terpesong, terkeluar dan banyak lagi jika dilihat dalam kamus. Oleh itu ajaran sesat jika ditafsirkan ke dalam bahasa Melayu membawa maksud ilmu yang diajar kepada pengikut atau anak muridnya yang didapati terpesong dari kebenaran. Jika kita rujuk kepada JAKIM, ajaran sesat mereka tafsirkan sebagai ” sebarang bentuk ajaran dan amalan yang dibawa oleh penganut agama Islam atau pun bukan penganut agama Islam, yang mendakwa ajaran mereka itu berpunca dari ajaran Islam kemudiannya didapati pada hakikatnya ia terpesong dan bertentangan dengan akidah ajaran Islam, al Quran, Sunnah Nabi serta Mazhab Islam yang Muktabar iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah “. Maka mengikut takrif ini ajaran tersebut adalah Ajaran Sesat.
Masyarakat di Malaysia selalu tersalah anggap antara ajaran sesat dengan Tarikat atau Tasawuf. Mereka selalu ingat, apabila orang mengajar jalan hakikat songsang pun adalah orang Tarikat, hasilnya semua yang mereka nampak adalah sesat belaka jika disebut Tarikat. Mereka sebenarnya terkeliru dan tidak faham malahan jauh sangat terpesong dan tersalah anggapan meletakkan Ajaran Murni Tarikat (Tasawuf) bukan ditempat yang sebenar. Ini kerana fitnah yang dilakukan oleh pengamal-pengamal ajaran sesat yang telah tertangkap mengaku membawa tarikat tertentu, walhal tarikat yang mereka sebarkan itu adalah tarikat ciptaan mereka sendiri sedangkan mereka bukanlah arif dalam bidang Ilmu Falsafah Islam dan juga sangat cetek pengajian tentang Ilmu Tauhid. Jika anda tidak percaya, sila lihat sejarah penangkapan beberapa ajaran yang telah diwartakan sesat oleh pihak JAKIM.
Majoriti imam- imam nya tidak mempunyai pengajian khusus dari semua sudut Ilmu dan amal dalam bab Tauhid dan Tasawuf. Jadi bagaimana mereka boleh mengajar orang ramai dengan berbekalkan ilmu yang sedikit dan akhirnya mengeluarkan doktrin dan falsafah mengikut akal dan nafsu mereka sendiri ? Malahan ada sesetenggah dari mereka yang mendakwa mendapat ilmu dari mimpi atau “ilham Laduni” sedangkan mereka bukan duduk di dalam wilayah laduni pun. Mereka tidak faham dan cetek dalam banyak pekara dan jauh dari hidayah Allah. Mereka tersesat dek waham ciptaan Iblis dan duduk di dalam hayal selamanya. Yang menjadi mangsa ialah Tarikat, Tasawuf, Tauhid, Waliallah, Nabi Allah, Rasullah dan Agama Islam sendiri telah disalah tafsir oleh sebilangan manusia di Malaysia ini. Percaya tak anda jika mereka ini di upah oleh THH untuk meruntuhkan akidah Islam disini ? Mereka telah di “mind control” kan oleh golongan tertentu yang memusuhi Islam dan menyelusup masuk ke dalam masyarakat secara senyap menghancurkan akidah dan peganggan ASWJ yang telah bertapak begitu teguh selama ini disini. Lihatlah siapa disebalik Wahabi, Syiah, al Arqam dan lain-lain lagi itu ?.
Daripada tafsiran dan definasi yang telah diberikan di atas maka bolehlah kita fahami bahawa segala bentuk ajaran dari apa juga sudut akidah, syarak, akhlak, amalan, tasawuf, tauhid, tarikat, sufi, syariat dan membuat hadis-hadis palsu atau menolak seluruh hadis-hadis, menafsir ayat-ayat al Quran dengan tidak mempelajari ilmu tafsir dan nahu atau pun menghina, mencerca, menyumpah sahabat-sahabat Rasullah saw dan semua keluarga mereka juga isteri Rasullah sendiri juga turut disumpah seranah, mengaku menjadi “Rasul”, mengaku menjadi wakil Allah, mengaku bercakap dengan Rasullah, mengaku mendapat perintah dari Allah, mengaku menjadi pengganti Allah dan lain-lain lagi… inilah yang dikatakan AJARAN SESAT. Dan jika anda terserempak atau mengatahui adanya aktiviti seumpama ini di tempat anda sila hantarkan laporan anda ke alamat ; http//www.islam.gov.my (laman web rasmi JAKIM).
Sekian dahulu untuk kali ini, nantikan bab 2 rancana bertajuk ajaran sesat ini di episod yang akan datang , tidak lain dan tidak bukan hanyalah disini.
Wabillahitaufiqwalhidayah, wasallamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh …amin.
Sekian,
Zamany.
Filed under: ajaran sesat, ASWJ, hakikat, JAKIM, Tarikat, THH, Zamany
Mac 18, 2010 • 9:39 pm 0
Ulasan para pengujung blog (update 10/03/19)
siri 3
Filed under: Bunian, dajjal, iblis, Ilmu Hakikai, Jin, Saka, Silat, Syaitan, tabligh, Tarikat, Wali Songo, Zamany
Mac 11, 2010 • 11:00 am 0
IBLIS DAN ALAMNYA (Musuh Kamu Yang Paling Nyata).Bersyukur kita kehadrat Allah swt , selawat serta salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad saw, keluarganya dan seluruh sahabat-sahabatnya. Selawat serta salam juga kepada Sultan Wali Syaidi Syeikh Abdul Khadir Jailani keluarganya serta semua kerabatnya, kepada kesemua Kanjeng Sunan Wali Songo dan keluarganya. Juga terima kaseh tak terhingga kepada seluruh Guru-guru ku terutama Syeikh Ahmad Junaiddy Al Arifbillah yang telah membuka jalan penulisan rencana ini serta semua guru-guru yang berwasilah serta berabitah sehingga ketangan Rasullah saw… Al Fatihah.
Didalam kita membincangkan keruntuhan akidah dan akhlak masyarakat Islam dinegera kita dewasa ini, sebenarnya kita tidak akan dapat lari memikirkan sebab sebenarnya mengapa pekara sebegini boleh berlaku. Apa yang mendorong mereka sampai sanggup melakukan semua kerja-kerja maksiat, sesat, kurafat, kufur dan zalim kepada Allah swt seterusnya pada diri mereka sendiri. Jawapan nya tak lain dan tak bukan ialah kerana ganguan daripada “musuh kamu yang paling nyata” iaitu Syaitan dan Iblis.
Tampa ganguan mereka ini, semua pekara kejahatan serta keji pada pandangan Islam ini tidak akan berlaku. Mereka inilah punca segala perbuatan jahat manusia. Mereka menjadi dalang supaya manusia menjadi kufur pada Allah swt dan kemudiannya nanti berlepas diri dari semua kejahatan tersebut. Kebanyakan orang Islam sedar dan tahu akan pekara ini, tetapi mereka buat juga pekara-pekara maksiat itu serta merasa ‘BANGA’ berbuat dosa. Kononnya berjaya keluar dari cengkaman Hukum Syarak dan berani melangar undang-undang yang telah digariskan oleh Islam dianggap satu kejayaan yang bukan semua orang Islam berani buat.
Kemudian menjadikannya modal perbualan setiap hari diwarong-warong kopi, dikopitiam, dikenduri kendara, ditempat-tempat perjumpaan mereka seperti kelab-kelab, dipejabat-pejabat, malahan dikerja gotong royong disurau atau mesjid pun mereka sanggup membawa cerita-cerita sebegini untuk tatapan kawan-kawan nya. Ini belum lagi masuk bab-bab mengumpat, menghina, mengadu domba dll. Maka tak terkira kejahatan dan dosa umat Islam pada hari ini dimerata tempat dan masa yang tak tahu bila kesudahan nya. Adakah bila maut sampai baru anda mahu berubah ? atau mungkin kah anda menunggu hari kiamat saja kesudahan kepada segala cerita ini ?
Persoalan nya… kita sendiri harus menjaga diri kita dan keluar daripada masaalah seumpama ini supaya tidak menjadi seperti mereka-mereka yang telah sayasebutkan diatas. Sebenarnya jika anda benar-benar berani dan berjaya keluar dari semua jenis maksiat serta dosa-dosa besar dan kecil, dikala itulah baru anda di ‘iktiraf’ sebagai pemanang dan benar-benar hebat, bukan sahaja dihormati oleh kawan-kawan malahan seluruh masyarakat dan makhluk Allah swt dibumi dan dilangit serta mendapat darjat disisi Allah swt. Untuk kita menjaga diri kita serta keluar dari masaalah maksiat dan dosa ini seteruanya supaya tidak terjurumus didalam lembah kehinaan itu, maka kita disarankan untuk mengenal akan ‘musuh kamu yang paling nyata’ yang banyak disebut didalam Al Quran Ulkarim.
Sedangkan golongan Jin, Syaitan, Iblis ini lebih mengenal diri kamu dan semua kelemahan kamu dari semenjak kamu di “buat” lagi, di Alam Rahim Ibu dan Semasa lahir hinggalah sekarang. Bagai manakah kamu hendak melawan golongan ini sedangkan kamu sendiri tidak mempunyai pengatahuan tentang mereka ?
Sudahlah kamu tidak boleh melihat mereka ditambah pula tiada ilmu berkenaan mereka, tidak tahu kelemahan mereka malahan kamu tidak mengerti tipu helah mereka untuk menyesatkan kamu. Jadi usaha pertama ialah mengenal dahulu siapa sebenarnya yang dikatakan “musuh kamu yang paling nyata” ini. Dalil berkenaan dengan pekara ini adalah seperti berikut:
Allah swt berfirman didalam surah Al A’araf ayat 22 yang mafhumnya ;” Lalu ia (syaitan) menjatuhkan keduanya ( Adam as dan Hawa ) dengan segala tipu daya. Setelah keduanya merasai (buah) pohon itu, terbukalah bagi keduanya kemaluannya, sehingga keduanya menutupnya dengan daun pohon syurga. Kemudian Tuhan menyeru keduanya, Apa tidakkah Ku larang kamu menghampari pohon itu dan Ku katakan kepada mu bahawa syaitan itu musuh yang nyata bagi mu “
Dan firman Allah Lagi didalam surah Al An’am ayat 142 yang mafhumnya ; ” Diantara haiwan-haiwan ternak (yang dijadikanNya) pemikul beban dan untuk disembelih. Makanlah sebagai rezeki yang dianugrahkan Allah kepada mu dan janganlah kamu turut langkah-langkan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh mu yang nyata”
Sebenarnya banyak lagi dalil yang menyeru dan pemberi amaran agar kita sentiasa berwaspasa dengan golongan Jin, syaitan dan Iblis laknatuallah ini supaya tidak terjurumus kelembah kehinaan dan mengikuti mereka dicampak kedalam Neraka Jahanam. Maka kita mestilah mengenal betul-betul akan makhluk musuh kita ini dan seterusnya dapat melihat kerosakan dan kesesatan yang mereka hasutkan. Kita juga akan dapat mengatahui bentuk-bentuk tipu helah akan makhluk ini serta mencari kelemahan mereka pula. Barulah boleh kita hindari mereka ini serta mendapat kejayaan yang Allah swt telah janjikan kepada kita.
Maka saya ingin berkongsi akan penyelidikan yang telah saya jalankan secara bersendirian disegala ceruk rantau Nusantara ini di Indonesia, Borneo, Sulawisi, Thailand, Sumatera dan disini (Malaysia).
Di dalam mencari maklumat rupabentuk perguruan, ajaran, retual, penyembahan, persemadian serta yang digelar “bersatu” dengan Makhlik Halus atau golongan Jin, syetan dan Iblis ini. Tetapi pada kali pertama ini, saya muatkan dahulu pengenalan kepada Alam Iblis ini supaya anda tahu perbezaan diantara mereka serta tugas-tugas mereka bagi memudahkan anda memahaminya. Didalam mencari maklumat itu adakalanya terpaksa “terjun” ke dalam sesuatu perguruan kebatinan, barulah kita dapat mengatahui selok belok sesuatu jurusan malahan ada kalanya terpaksa bersama-sama dalam retual yang mereka jalankan itu.
Saya yang pada mulanya di arah untuk ujian rohani disuruh melakukan penjelajahan dari satu tempat kesatu tempat, dari satu Pensentren ke satu Pensentren, dari satu Guru ke satu Guru, dari satu Pondok kesatu Pondok, Dari satu Perguruan ke satu Perguruan, dari Desa, Pekan dan Bandar telah saya jejaki untuk mencari Alam Misteri Orang-orang Melayu yang benar atau pun yang salah dari segi akidah dan akhlak Agama Islam.
Tetapi sebelum itu saya telah dilengkapi dengan Ilmu dan pengatahuan didalam bab-bab Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat serta semua juzuk-juzuk akidah dan akhlak serta juga mengikuti pengajian Ilmu Haq Perimbun dari Perguruan Tarikat Nasabandiah; Kadiriah Banten Jawa Tengah, serta Perguruan Tarikat Ahmadiah di Banyu Mas Jawa Barat iaitu Pensentren peningalan Kanjeng Sunan Wali Songo dari keponakan keturunan Sunan Ampil, Sunan Bonang, Sunan Darajat dan Sunan Kalijaga yang kebetulan pula merupakan salasilah keturunan sebelah Ibu saya.
Penyelidikan ini seumpama membuat Thesis diperingkat PhD kalau di Universiri tetapi saya mengambil masa terlalu lama iaitu 7 tahun 9 bulan dan 11 hari sebelum diarah pulang semula ke Pensentren di Jawa Tengah tanpa mengabiskan penyelidikan itu yang tiada penghujungnya. Maka saya ingin kongsikan bersama anda buat pertama kalinya di maya ini “Iblis dan Alamnya (musuh kamu yang paling nyata)” semoga ia akan memberi manafaat kepada anda dalam menempuh dugaan perjalanan hidup yang sementara ini.
Alam Jin ini adalah berkedudukkan diantara Alam Malikat dan Alam Manusia. Mereka tidak dibenarkan melapasi sempadan alam Mithsal dimana jika mereka berdegil juga cuba menyeberangi sempadan itu, maka mereka akan ditembak dengan panahan petir dan halilintar, Berbeza dengan para Malaikat dan juga Manusia yang boleh memasuki ke alam-alam Jabarut, Lahut dan Malakut dan hanya sesetengah Manusia sahaja yang boleh melapasi kesemua alam-alam tersebut dengan izin Allah swt. Inilah keistimewaan yang dikhususkan oleh Allah swt kepada manusia-manusia yang telah menjadi kekasihNya berbanding dengan para Malaikat. Ingat peristiwa Nabi saw “Israk dan Mikraj” ke langit bertemu dengan Allah. Maka kita sebagai umat Muhammad saw yang setia, taat dan ikhlas harus juga begitu, dengan kebenaran Nabi saw dan Allah swt, segalanya pasti !
Jin tidak ujud (sebenar) seperti Manusia dan juga ghaib (sebenar) seperti Malaikat. Bererti mereka tidak murni dan tidak lattif iaitu hanya boleh menyerupai murni dan tidak lattif manakala tidak berjisim dan ber Roh sebenar. Mereka hanya boleh menyerupai manusia untuk tujuan penyamaran dan penipuan sahaja. Itupun bukannya semua Jin mampu berubah-ubah wajah, hanya golongan tertentu yang mempunyai darjat sahaja.
Maka golongan Jin ini dijadikan daripada Jisim Murni dari Api dan Angin yang sangat panas dan daripada Nurani iaitu Roh, Nafsu, Akal dan Hati yang tidak “Lattiful Rabaniah” seperti Manusia, bersesuaian dengan kejadian golongan Jin itu sendiri di atas kehendak Allah swt, Tuhan Maha Pencipa segala kejadian. Tetapi para Jin ini tidak diizinkan oleh Allah swt untuk menyerupai rupa paras Nabi Muhammad saw atau pun mengaku sebagai Nabi saw di semua tempat dan masa walau dengan apa cara sekali pun, baik didalam mimpi atau jaga.
Jika anda bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw, sila rujuk semula kepada Guru Rohani anda kerana ditakuti penyamaran para Jin peringkat tinggi ini boleh juga berlaku, mereka terpaksa menanggung resiko yang tinggi untuk ‘korban’ (mati dicabut nyawanya) manakala rakan yang lain akan menyambung tugas menipu manusia itu di dalam syak, zon dan waham yang paling sukar untuk melepaskan dirinya. Sebab itulah kita kena berhati-hati dan perlu diteliti dengan cermat akan masaalah ini. Ini penjelasan oleh beberapa orang Guru Rohani yang arif akan penafsiran mimpi dan dalam bab tipu muslihat Iblis.
ASAL KEJADIAN MAKHLUK JIN :
Seperti yang telah saya sebutkan sedikit diatas tadi, bahawa kejadian makhluk Jin ini adalah dari api dan angin yang sangat panas yang juga dipanggil Api Al Maarij dan Angin Samuun. Istilah akan Api Al Maarij adalah nyalaan api yang takat suhunya sangat panas iaitu percampuran diantara lidah api yang berwarna biru, hijau, kuning, merah dan hitam yang tidak berasap. Hanya Allah swt sahaja yang mengatahui akan takat suhu kepanasan api Al Maarij ini yang sama sekali tidak sama dengan takad suhu api yang ada di Dunia ini. Banyak dalil yang boleh dipetik dari ayat-ayat Al Qaran dan hadis-hadis Nabi saw berkenaan dengan kejadian makhluk Jin ini diantaranya ialah :
RUPABENTUK DAN JENIS-JENIS JIN.
Semamangnya Allah swt tidak mengambarkan akan rupabentuk dan paras wajah Jin, Syaitan dan Iblis dimana-mana ayat didalam Al Quran, tetapi Allah swt telah memberi izin kepada golongan Jin tertentu menzahirkan diri mereka menyerupai apa saja rupabentuk yang mereka sukai kecuali Nabi Muhammad saw.
Sesetengah Ulama menyatakan bahawa rupaparas makhluk Jan (datuk jin) selepas dijadikan Allah sememangnya menjadi rahsiaNya. Tetapi selepas mereka dicampakkan ke bumi maka sesetengah golongan Jin ini menjelma ke beberapa rupa iaitu Anjing, Ular, Manusia dan lain-lain. Mengikut Ulama itu lagi bahawa rupa, tingkahlaku, kelakuan para Jin adalah lebih kurang 80% menyerupai Manusia dan 20% menyerupai Malaikat. Rasullah saw di dalam beberapa hadis yang telah diriwayatkan menerangkan bahawa Jin tergolong kepada 3 kelompok besar iaitu :
Telah diriwayatkan oleh Al Baihaqi dari sanat soheh yang bermaksud;” Dari Jabir Nafir, dari Abi Sa’labah Al Kuntsa ra bahawa ia mendengar Rasulullahsaw bersabda; Jin terbahagi kepada tiga kelompok, pertama adalah Jin yang mempunyai sayap yang boleh terbang ke udara, kedua adalah Jin yang berupa Ular dan Anjing, sedangkan yang ketiga adalah yang boleh berubah-ubah bentuk diri-nya “.
Manakala yang diriwayatkan pula oleh Ibnu Abbas ra, beliau menyatakan bahawa; “Anjing itu termasuk kepada golongan Jin. Ia merupakan salinan (jelmaan) Jin. Kalau ia menhembus-hembuskan nafasnya dekat pada makanan mu, maka campakkan makanan itu kepadanya kerena ia mempunyai selera terhadapnya. Akan tetapi yang berwarna hitam gelap dengan dua titik putih diatas matanya adalah Jin yang sangat jahat. Kalau kamu melihat anjing seumpama ini, jangan dibiarkan. Bunuhlah ia “.
Imam an Nawawi Rahimakumuallah pernah memberitahu didalam syarahannya bahawa perkataan “al Bahim” (didalam hadis-hadis tersebut) merupakan anjing yang hitam pekat. Manakala dua titik putih diatas kedua matanya agak mudah dilihat (disebabkan perbezaan warna yang jelas antara hitam dan putih itu). Dari kitab al Musaqah.
Manakala dari Iman Al Buhari Muslim meriwayatkan dari Ibnu Umar ra, bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw berkhutbah di mimbar misjid dan bersabda yang maksudnya; ” Bunuhlah ular. Bunuhlah Dzu At Thafiyatan dan Al Abtar, kerana kedua-dua binatang itu menyembur mata dan mengugurkan kandungan “.
Setelah kita merenung hadis-hadis Rasullah saw berkenaan 3 kelompok Jin tadi, terdapat satu lagi golongan yang yang telah disebut didalam Al Quran iaitu :
Mengikut keterangan Ulama-ulama tafsir, ayat ini menerangkan perihal Mujizat Nabi Allah Sulaiman as yang boleh memerintah kerajaan Jin di mana semua Jin ini menjadi pekerja kepada baginda. Ada yang menyelam ke dasar laut untuk mencari mutiara dan ada pula yang berkerja membuat bangunan dan lain-lain. Oleh itu ada lagi satu golongan Jin yang berkebolehan menyelam ke dasar lautan, sungai atau tasik. Jika kita bertanya kepada orang asli laut (orang Seletar), mereka akan mengatakan “hantu laut”. Oleh itu boleh dirumuskan bahawa ada satu lagi golongan Jin yang mendiami Lautan, tasik atau sungai yang perlu diambil kira juga, maka kesemua kelompok Jin ini adalah 4 iaitu :
1) Kelompok bersayap yang boleh terbang.
2) Kelompok Anjing dan Ular.
3) Kelompok yang boleh berubah-ubah bentuk.
4) Kelompok yang boleh menyelam.
Jika mengikut keterangan daripada Guru-guru ahlillah yang pernah tinggal di Alam Jin ini untuk beberapa ketika, mereka memberitahu bahawa terdapat berjuta-juta bentuk dan rupaparas golongan Jin ini yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana tak dapat disamakan dengan apa juga bentuk di alam nyata ini dan tidak dapat diterima oleh logik otak manusia. Walau bagaimana sekali pun terdapat juga rupa bentuk yang bolehlah ditafsirkan seperti berikut :
1) Jika golongan Jin Islam yang beramal soleh serta alim, rupa parasnya cantik dan elok .
2) Manakala golongan Jin kafir atau Jin Islam yang fasiq serta munafiq, rupa parasnya hodoh, kotor dan mengerikan.
3) Ada golongan yang terlalu Gemok dan boleh membesarkan badannya sebesar gunong, manakala ada juga yang kurus dan boleh mengecilkan tubuhnya sehalus kuman yang boleh masuk keliang roma Manusia beramai-ramai.
4) Ada golongan yang sangat tinggi dan ada yang sangat rendah, ada yang leper dan yang bulat, lonjong, berpintal pintal berubah size dan bentuk juga.
5) Mereka juga berwarna warni mengikut golongan atau puak. Ada yang puak biru, puak merah, puak kuning, puak hitam, puak putih, puak hijau dan lain-lain (spt cerita Allahyarham P. Ramlee pulak)
6) Mereka boleh tinggal di kesemua bahagian dunia, di permukaan bumi, dalam bumi, di atas air, di dalam air, di atas awan, di udara, di dalam hutan, di atas pokok, di dalam rumah tinggal, surau tinggal, di sungai, di laut, di bukit bukau, di puncak gunong malahan di mana-mana saja.
7) Bilangannya teramat ramai, berbelion-belion kali ganda dari jumlah manusia. Boleh ditakrifkan bahawa “setiap ruang ada dia”. Jika Allah swt memberi manusia dapat melihat, susah manusia nak hidup. Sesak nafas, rimas dan tak boleh nak bergerak pun. Mereka boleh lihat apa saja perbuatan manusia. Itu sebab kita disuruh tutup aurat ketika mandi, ketika bersama Isteri, ketika keluar rumah dan ketika berseorangan. Mereka ada di sekeliling kita memerhati gerak geri kita.
8) Ungkapan “sebaik-baik Jin sejahat-jahat manusia” adalah benar. Jin Islam paling tinggi iman, warak, soleh, alim dan yang paling berilmu, masih lagi ada sifat Mazmumah di dlam diri mereka seperti riak, takabbur, ego, ujub dll yang mana boleh pada bila-bila masa berubah menjadi kufur, murtad, munafik, zalim sekelip mata saja. Terutama apabila manusia mengambil dirinya menjadi ”Khadam” atau “sahabat”. Disaat itu juga ia kufur pada Allah swt kerana ujub dan takabur pada Allah. Ia jadikan manusia itu hamba dia dalam semua bentuk beribadah sebagai syarat untuk berdamping. Manusia yang bodoh itu menurut kehendak Jin itu. Jadilah dia duduk di dalam sirik besar iaitu menduakan Allah swt tanpa sedar, kerana pergi minta pertolongan selain daripada Allah. Ia mengambil Jin sebagai wali (penjaga).
Jin di Alam Melayu
Menjurus kepada permasaalahan orang-orang Melayu yang berkait rapat dengan alam Mistik, dikawasan Nusantara inilah tertumpunya segala ajaran sesat, kepercayaan kebatinan, ajaran-ajaran Mistik Pagan Mesir Kuno, ajaran penyembahan Iblis, penyebaran fahaman-fahaman sesat serta banyak lagi fahaman songsang ditambah pula dengan campurtangan ajaran keagamaan seperti Majusi, sembah dewa, Budha, Hindu dan Kristian.
Ok kita kembali semula kepada tajuk… .IBLIS DAN ALAMNYA
KEPERCAYAAN ORANG MELAYU :
Orang-orang melayu tak kira apa keturunan pun pasti tidak lari daripada kepercayaan kurafat terutama yang sangat memegang Adat Resam sebagai gaya hidup. Mereka selalunya menganggap makhluk Jin ini dengan panggilan Hantu, Polong, Lembaga, Mambang, Puaka, Penunggu, Jembalang, Puteri, Dewa dll. Panggilan ini diberikan kerana kononnya atas alasan fungsi yang berbeza antara satu dengan yang lain, padahal mereka semua adalah dari satu jenis makhluk yang satu spesis iaitu Jin.
Maka perbuatan, perangai dan tujuan mereka adalah sama, iaitu membuat manusia sesat walau dengan apa cara sekali pun. Orang Melayu yang suka berperasangka, berhayal, dengki, hianat, bermusuhan, suka benda magic, mistik, suka nampak hebat pada masyarakat, suka kepada puji pujian maka memang tepat untuk mereka duduk ber “sahabat”, ber “Khadam”, ber “saka”, ber “Daulat” dengan kaum jenis ini. Kaum yang lain susah sikit sebab tak faham, diajar pun bebal. Orang Melayu tak payah ajar, dia tahu sendiri, kan senang. Betul tak ???
Oleh itu marilah kita kenal pasti makhluk yang dipanggil hantu, puaka, jembalang yang menjadi kebanggan dan kemegahan orang-orang Melayu dulu, kini dan selamanya !
A) Dari kelompok yang mempunyai sayap yang boleh terbang keudara iaitu;
1) Hantu Pontianak 2) Hantu Langsui 3) Hantu Penangal 4) Hantu Pokok Pulai 5) Hantu Pari-pari 6) Puteri Mayang Mengurai 7) Hantu Pokok Ara 8) Hantu Jurai 9) Hantu Tang Long 10) Hantu Angin Pasang 11) Hantu Kepala Angin 12) Hantu Pelesit 13) Puaka Burong Wak wak 14) Hantu Ampaian 15) Dewa Langit 16) Dewa Hujan 17) Hantu Terbang Helang Putih 18) Hantu Bangau Putih
B) Dari Kelompok yang melata dibumi dan berubah ubah wajah juga menghilang ;
1) Hantu Raya 2) Hantu Toyol 3) Hantu Kubur 4) Hantu Jerangkong 5) Hantu Jembalang 6) Hantu Punjut 7) Hantu Jepun 8) Jin Tanah 9) Mambang Tanah 10) Jembalang Tanah 11) Hantu Sundal Bolong 12) Hantu Bungkus 13) Hantu Pocong 14) Hantu Mati Dibunuh 15) Hantu Polong 16) Hantu Gua 17) Hantu Bukit Tunggal 18) Hantu Gunong 19) Hantu Kereta 20) Puaka Pulau 21)Lembaga Hitam 22) Hantu Lubuk Puaka 23) Hantu Kopek 24) Hantu Tangga 25) Hantu Sempang Tiga 26) Penunggu Taliair 27) Hantu Jeti 28) Hantu Mayat 29) Hantu Saka 30) Hantu Sampok 31) Hantu Pari2 Lembah 32) Hantu Kom Kom 33) Puaka Lubuk Hantu 34) Hantu Kolong 35) Hantu Bumbung 36) Hantu Cina 37) Hantu Jongos 38)Puaka Gua Hantu 39) Hanti Perigi Buta 40) Dewa Hutan 41) Dewa Gunong Merapi 42) Dewa Lembah Dingin 43) Bunian (Pari-pari Hutan) 44) Dewa Daulat 45) Hantu Gigi 46) Pantas di Awan 47) Hantu Galah 48) Hantu Tinggi 49) Hantu Lombong Tinggal 50) Panglima Hitam 51) Pamglima Harimau Berantai 52) Harimau Jadian 53) Puteri Mak Yong
C) Dari kelompok dalam air, tepi air, atas air yang boleh menyelam dan berenang ;
1) Hantu Air
2) Pari-pari Air
3) Hantu Laut
4) Hantu Perahu
5) Penunggu mata air
6) Penunggu Jeram
7) Hantu Buaya Tembaga
8) Hantu Sungai
9) Hantu Lubok Puaka
10) Hantu Tasek Biru
11) Puaka Laut Selatan
12) Penunggu Kunci Air
13) Hantu kepala air
14) Penunggu Pertemuan Dua Sungai
15) Puteri Pulau Tujuh 16) Dewa Sungai
17) Dewa Laut
D) Dari Kelompok yang menyarupai binatang ;
Selain dari 2 jenis binatang yang telah disebutkan didalam hadis-hadis Nabi saw, terdapat juga jenis-jenis lain yang menyerupai binatang juga dikira sejenis atau sebangsa dengannya iaitu :
1) Jenis Anjing Hitam pekat dengan dua titik putih (spt dlm hadis Nabi saw)
2) Jenis Ular tedong selar/senduk dengan garis putih dibelakang kepalanya (spt dlm Hadis Nabi saw)
3) Jenis Harimau Jadian penjaga kawasan dan Kampong.
4) Jenis Penjaga burong jenis jadian spt burong yang besar.
5) Jenis Puaka Laut yang berupa Ikan Pari besar.
6) Jenis Puaka Laut dalam berupa Sotong Kurita yang sangat besar.
7) Jenis Jelmaan Buaya Sungai yang besar.
8) Jenis Jelmaan Srigala atau Srigala Jadian
9) Jenis Jelmaan Harimau Putih atau Macan Putih
10) Jenis Jelmaan Babi Hutan yang besar penjaga puak org asli bukit.
11) Jenis Jelmaan Naga atau Ular Besar Penunggu Pulau, Tasek, Laut, Sungai, Gunong dll
Kurafat, Keji dan Kufur
Jika anda perhatikan ke semua jenis hantu, puaka, jelmaan dan lain-lainl diatas, tidakkah ia menepati ciri-ciri yang disebutkan di dalam hadis-hadis dan juga ayat al Quran ?. Memanglah semua nama itu tidak disebut satu persatu disana, tetapi ijtihad serta ijmak Ulamak harus tuan-tuan ambil kira dalam menetapkan sesuatu Hukum. Terutama kesepakatan Ulama-ulama bangsa Melayu sendiri telah menetapkan perbuatan ini adalah Kurafat, Keji, Kufur dan tidak boleh diterima langsung dalam Islam.
Sudah terang lagi kan bersuluh, keterangan ayat sebegini jelas pun masih hendak dipertikaikannya lagi. Inilah Tabiat orang-orang Melayu yang dah kemaruk Iblis, otak dan hatinya telah dikencingkan Syitan dan Iblis, di mind control, telah disihir oleh puak Iblis sesat. Mereka memutar belitkan kata-kata untuk membenarkan dan untuk meyakinkan masyarakat bahawa apa yang diamalkan, disimpan, dibela dan diyakini itu tidak bertentangan dengan Syarak atau hukum agama Islam.
Terutama yang berkaitan dengan adat resam datok nenek moyang mereka. Mereka mempertahankan dengan apa juga cara. Pada hal mereka telah menyimpang jauh dari syariat Islam, dari perintah Rasullah saw dari perintah Allah swt, supaya menjauhkan diri dari puak-puak syitan dan Iblis ini, baik dalam apa juga alasan kamu. Begitulah jauhnya dan dalamnya pengaruh kesesetan yang telah tertaman jauh dilubuk hati, minda, jiwa dan raga orang-orang Melayu yang kemudiannya mereka ditunggangi oleh golongan Jin, Syaitan dan Iblis ini untuk menjadi jelmaan mereka iaitu “Manusia Iblis”.
Inilah dia masaalah kronik orang-orang Melayu di dunia sebelah Nusantara ini. Di tempat yang Melayu-Melayu ini banggakan seperti ungkapan “The Promised Land”, “Tempat Kebangkitan Dari Timur”, “Kebangkitan Imam Mahadi dari Timur”, “Kebangkitan Panji2 Hitam Dari Timur”, “The Land of the God”, “The Armageddon from East” dll… sedangkan isinya, masyaallah…
MASYAALLAH !!!! MACAM MANA NAK PERGI PERANG BERSAMA ORANG-ORANG ARIFIN, MUTTAKIN, HAQQIKIN TU,
kalau dalam dada bersarang Iblis ??? silap2 kamu dahulu yang kena.
Mengikut penyelidikan kawan sendiri, diantara semua hantu, jembalang, polong dll yang kawan sebutkan diatas tadi. Antara yang sangat popular dijadikan “sahabat”, “Khadam” dan yang seumpama dengannya kemudiannya menjadi SAKA keturunannya antaranya ialah :
1) Dewa Daulat – Raja-raja melayu, orang Istana, Pawang diraja, Orang bergelar, ketua adat dan segala adat istiadatnya, peniup Nafiri dan keseluruhan keturunan mereka terlibat dgn SAKA DAULAT.
2) Pontianak – pengamal perbidanan, urut dan andaman pengantin
3) Toyol – untuk mengumpul kekayaan, wang ringgit.
4) Bunian (pari-pari hutan) – Pengamal perbomohan dan perubatan tradisional
5) Jembalang Tanah – orang asli jakun dan semai dlm perdukunan
6) Hantu Langsui – perbomohan dan pengamal santau dan tuju-tuju.
7) Puteri Mayang Mengurai – perbomohan dan perubatan
8) Puteri Pulau Tujuh – perbomohan dan perubatan
9) Dewa Laut – pengamalan orang sakai laut utk perlindungan ribut dan nelayan.
10) Dewa Sungai – org asli dayak sungai utk perlindungan kaumnya dan perubatan
12) Hantu Raya – jaga harta benda, anak cucu, rumah, kebun dan jadi kaya
13) Hantu Pokok Kayu Ara – pengalamal Kuda Kepang dan barongan
14) Pantas di Awan – utk jaga diri, keluarga, tanaman, perubatan, hebat dan gagah
15) Hantu Bukit – org asli senoi dan jakun. utk jaga kawasan
16) Hantu Perahu – org asli kuala, utk jaga perahu dan arah cari ikan
17) Puteri Mak Yong – pengamal tarian makyong tujuan diminati org ramai.
18) Hantu Air – org asli Dayak Laut dan seletar tujuan cari ikan banyak.
19) Jembalang Pulau – pengamal wayang kulit,dikir barat, rebat, selampit
20) Panglima Hitam – Popular pd pengamal persilatan dan pertahanan diri, boleh dikatakan hampir kesemua persilatan melayu menyeru
namanya dan dgn sendirinya ia didampingi – silat Seru dll.
21) Dewa Sungai – perguruan silat sending
22) Penunggu Pulau – perguruan silat Lincah
23) Hantu Bangau Putih – persilatan Bangau Putih
24) Puaka Terbang putih – persilatan Helang Putih
25) Jembalang Tanah – persilatan Budi Suci, wali suci, Roh suci dan silat Cimandi.
26) Dewa Kura-kura – Persilatan Kura-kura, labi-labi atau lelabi.
27) Harimau Jadian – Persilatan Gayong Harimau, Silat Harimau, Persilatan Macan Putih
28) Jembalang Harimau Berantai – Silat Harimau Berantai
29) Dewa Saka – Persilatan dan perbomohan Buang Saka.
30) Dewa Angin – Perbomohan raja santau dan tuju
31) Hantu Tulang – Pengamal urut patah
32) Puaka Pulau Pemanggil – Pandai bersyarah, ahli politik, tok ketua, ustaz, lembut lidah, memukau orang, bersuara kuat dll
33) Puaka Harimau Kerinci – sahabat utk menjaga kampong, rumah, keluarga, kebun, tanaman, ternakan dan boleh bawa tuannya pergi kemana2 dengan cepat.
Sekian dahulu untuk kali ini……. bersambung
Filed under: Bunian, Hantu, iblis, Ilmu Hakikai, Saka, Silat, Syaitan, Tarikat, Zamany
Mac 11, 2010 • 10:54 am 0
Adalah dinasihatkan supaya anda membaca siri1 sebelum membaca siri2 ini dan siri-siri berikutnya bagi mengelak kekeliruan
MASALAH MELAYU BER JIN :
Setelah kita telah didedahkan dengan sebahagian daripada masaalah orang-orang Melayu yang membela Sahabat, Khadam, Saka Daulat, Saka Keturunan dan lain-lain nama yang searti dengannya di mukasurat 1, mari kita lihat masaalah sebenar kenapa orang-orang Melayu suka sangat membela Jin atau berJin, jika menurut perkataan yang sebenar bahasa digelar berhantu.
Anggapan bahawa hantu tidak sama dengan Jin menyebabkan mereka menerima kehadiran Jin dengan baik seolah-olah kaum Jin itu lebih tinggi darjatnya dari hantu dan berbeza antara mereka. Pada hal mereka itu didalam kelompok yang sama, sehati sejiwa dan mengidamkan manusia-manusia untuk dijadikan hambanya seperti binatang ternakkan.
Penyabab utama yang dapat dikenal pasti adalah mereka merasakan suatu kuasa ghaib perlu membantu mereka untuk menjaga keluarga, anak bini, ruman, kebun, harta, kampong, kawasan, dearah dan negeri. Juga adalah kerana asalusul nenek moyang yang tidak terdedah dengan soal kebenaran dan kesalahan atau keburukan dan kebaikkan atas semua kepercayaan yang telah mereka anuti, pegang dan yakini. Mereka telah terbiar tidak beragama sekian lama berabat-abat sebelum kedatangan Islam ke Nusantara. Diwaktu itulah kepercayaan kepada Dewa, Syaitan dan Iblis atau Kepercayaan Kebatinan bermahrajalela tersebar begitu luas oleh puak-puak yang datang terdahulu sebelum Islam seperti kepercayaan sesat Pagan Majusi Mesir Kuno Sembah Dewa, Majusi Mesir Sembah Api, Hindu sembah Dewa, ditambah dengan puak-puak Melayu itu sendiri mempunyai Tok Batin, Tok Dukun dan Tok Pawang yang sangat kreatif mencipta sendiri “Tuhan” mereka dengan segala bentuk penyembahaan, adat istiadat, pemujaan, persemadian, retual, jampi serapah, persembahan tanda taat setia yang akhirnya berkembang biak menjadi pegangan hidup orang-orang Melayu dikebanyakan negeri, daerah dan perkempongan mereka. Kemudian mereka menopoli pihak-pihak Ketua Puak-puak Melayu, Raja-raja Melayu, Pemimpin Masyarakat Melayu setempat mempamirkan Ilmu Sihir, Ilmu-ilmu Sakti, Megik, Silap Mata (semua ketogari sesat belaka). Kemudian menyatakan semua itu hasil taat kepada ‘Tuhan Dewata’ (Iblis la tu) mereka itu yang kemudiannya telah membuat semua pemimpin Melayu itu kehairanan, Pelik dan Taksub lalu mengambil Tok- tok Dukun atau pun Pawang tadi menjadi Penasihat Raja.
Maka senanglah Dukun atau Pawang tadi menetapkan halatuju pemerantahan Raja itu kerana diberi pangkat dan diberi tugas didalam hal ehwal Adat Istiadat Istana. Kemudian semakin jauh ia akan menguasi Raja apabila ia menjadi tempat rujuk Raja, apa juga masalah pentibiran akan dirujuk dahulu kepada Penasihat Negara, Pawang Negara dan Ahli Nujum Negara, maka dikala inilah ia dapat menukarkan ‘ agama Istana’ kedalam agama yang dia anuti atau kepercayan baru ciptaannya. Raja yang telah terpengaruh itu dengan mudah mengikut sahaja sebab telah di mind control (pukau). Jika Raja telah menganuti dan memegang kepercayaan, Umpamanya Majusi Sembah Dewa, maka semua rakyatnya akan mengikut pula, Jadi tidak susah lagi kerja Tok dukun, tok Pawang tadi untuk menyebarkan ajaran sesat mereka diseluruh negara. Pawang dan Dukun ini pula mengada-adakan adat istiadat dan upucara yang bukan-bukan sebagai contoh Upucara Sembah Beradap, Upucara Pertabalan, Upucara Berarak Junjung Duli Tuanku, Upucara Sembah, Upucara Bersemayam, Upucara Mandi, Upucara Gendang Nafiri dll untuk golongan Raja. Kemudian menyusun kata-kata seperti seolah-olah Raja tu dah jadi dewa atau tuhan. Sebagai contohnya beta, patek, memjunjung duli, mencemar duli, daulat Tuanku. Dalam kajian yag dibuat, perkatan- perkataan ini ada dua maksud. Maksud diluar seperti biasa saja, seolah-olah rakyat semua menhormati raja yang telah biasa di amalkan oleh orang-orang melayu pada waktu itu. Tetapi jika diselak disebalek kata-kata itu penuh dengan sanjungan melampau seolah-olah dewa atau sama taraf denganTuhan. Perkataan Tuanku adalah berasal dari kata Tuhan-ku. Patek bermaksud Anjing (jadi rakyat ni semua sanggup sampai mengelar diri mereka itu anjing), Duli bererti gusti (bahasa jawa) ertinya dewa tuhan, Sembah ertinya sujud kepada dewa (dari perkataan Sembah yang – sembah dewa yang) , Daulat sejenis Raja Iblis keturunan Ifrait, bersemayam ertinya naik atau duduk ditempat tertinggi seperti Tuhan, Permainan Nafiri itu alat-alat puja dewa kuno orang-orang asli dan berbagai lagi ciptaan Dukun dan Pawang yang mesti diikut, jika tidak Duli Daulat akan marah dan mengamuk. Adat istiadat inilah yang tidak pernah dibuang walaupun mereka kemudiannya memeluk agama Islam. Hanya Nama saja berubah, tetapi amal perbuatan penyembahan kepada dewa ini sampai sekarang diamalkan.
Kepada orang awam, Batin, Pawang dan Bomoh pula mesti berbuat sesuatu yang tidak nampak sesat, alasannya ialah “untuk tujuan perubatan”, “Tak apa, sikit je”, “Nak baik, dibolehkan…(membuat sesuatu bertentangan Syarak) membuang ancak, membuang sial, mandi bunga, mandi minyak dan semah darah ayam, kambing, kerbau dll. Membakar kemenyan, stanggi, colok dan lilin dimestikan. Sebenarnya semua jenis pekara yang disebuatkan ini adalah merupakan “ISYARAT” memanggil, penyatuan dan masuk dalam badan. Jin akan menerima isyarat ini dan memulakan kerja jahatnya pada manusia. Adalah diingatkan, sebarang bentuk isyarat pada jin sangat penting pada mereka. Tampa isyarat yang kita buat, dia tidak boleh berbuat apa-apa, kecuali jin yang sedia ada dalam badan pesakit tadi. Begitulah serba sedikit contoh pujaan, anutan dan kepercayaan kuno masarakat Melayu yang masih lagi berlaku sampai sekarang.
Adakah fakta ini benar ??? Sila tanyakan persoalan ini kepada Dato Dr. Hj Harun Din, kerana beliau pernah menulis fakta yang sama didalam sebuah Akhbar Utama negara ini pada suatu ketika dahulu.
Anda tak puas hati lagi ??? Baik, bukankah anda semua golongan terpelajar ? Sekarang sudah masuk zaman Moden, zaman Milinium bukan lagi zaman Kuno. Fikir pakai Logik akal….saya nak tanya anda, dari mana datangnya “daulat Raja” (berlaku pekara mencarek adat) itu ??? Ya, dari mana ??? sila jawab…. ??? tolong bagi hujah anda ???
Saya pasti tuan-tuan semua akan mengaru kepala… atau melopong sahaja… atau terdiam… nak cuba lagi…????????
Nak saya tolong anda semua jawab ????
Adakah pekara mencarik adat itu merupakan “MAU’NAH” atau “KAROMAH” (pertolongan dari Allah swt) kepada Raja itu tadi ????
ooooopppps sorry, itu pertanyaan bukan jawapan!
Susah sangat ke nak menjawabnya ??? atau anda dah dapat teka, tapi tak boleh nak cakap????
Takut kena marah dengan Raja ????
OK….. Bagi nak menentukan samada ia datang dari Allah atau tidak, kenalah dipastikan dulu beberapa pekara, iaitu :
1) Bagaimana raja itu beribadat ???
2) Darimana ia belajar semua bab dan juzuk-juzuk pengajian Islam itu ???
3) Siapa Guru yang mentarbiah dan mengajar beliau ???
4) Darimana kah asas pengajian Syariat, Tauhid, Usuluddin dan Tasaauf yang beliau dapat ???
5) Adakah beliau pernah ‘Mubaiaah’ dengan mana-mana Ulama-ulama yang Muktabar , atau paling kurang pun guru-guru yang mengambil ilmunya dari Ulama Muktabar itu ???
6) Adakah Gurunya itu mempunyai Sanat Keilmuannya menyampai kepada Rasullah saw ???
7) Adakah Wasilah dan Rabitahnya juga menyampai ketangan Nabi saw ???
8) Adakah telah “bulat penyerahan dirinya kepeda Allah” atau pun menyampai Makrifah nya kehadrat Allah swt ???
Jika kesemua 8 soalan diatas ini mempunyai jawapan yang betul, ya dan benar, maka memang benarlah ia mendapat perlindungan dari sumber sebenarnya iaitu Allah swt. yang dinamakan ‘Mau’nah’ atau juga dipanggil ‘Makwanah’ atau pun “Karamah” (pertolongan Allah swt).
Tetapi jika sebaliknya tiada jawapan yang boleh diterima sebagai benar, maka perlindungan atau pekara mencarik adat itu datangnya dari sumber yang dimurkai Allah swt…………. iaitu semestinya dari IBLIS LAKNATULLAH !!! (dinamakan ‘Istidrajh’, atau ‘Syakwazah’).
Jika masih tidak berpuas hati lagi….. cari mana-mana Ustaz yang fasih akan bab ini dan tanya. Atau anda boleh bertanya di TV 9 di dalam program “Tanyalah Ustaz”, kot Ustaz boleh tolong berikan jawapan yang anda muskilkan.
Bukan nya apa tuan- tuan dan puan- puan seklian, bukan saya nak buka aib sesiapa, atau merendahkan keturunan sesiapa atau pun bukan juga saya nak mencabar sesiapa. Ini adalah tanggungjawab kita sesama Islam untuk menegur jika berlaku sesuatu Kekufuran dalam Masyarakat. ” Amal Makruf, Nahi Mungkar “. Kewajipan, Fardu Kifayah didalam Syarak ini akan ditanya dihadapan Allah Rabuljalil diakhirat kelak, Bagi setiap jiwa rakyat yang bernaung dibawah Kerajaan Malaysia yang indah ini. Kita wajib menegur kepincangan ini samada dengan mulut, angota dan hati. Dari dekat atau dari jauh. Jika kita tidak berbuat demikian, kita juga turut menerima padahnya kerana membiarkan dan membenarkan terus pekara seumpama itu berterusan. Maka berlepas dirilah anda semua dari masaalah fitnah Iblis yang sangat kronik dan besar ini kepada orang-orang Melayu Islam ini khasnya. Adakah akan hilang kuasa kalau Raja-raja Melayu tidak ber “Daulat” ? Sebenarnya mereka akan lebih baik lagi kedudukan mereka didunia dan akhirat. Percayalah, semua orang-orang Melayu sentiasa menyokong Rajanya walau apa pun terjadi, ia adalah jati diri Melayu. Tetapi Tuanku janganlah mengambil yang lain selain Allah swt sebagai tempat berlindung kerana bukan Tuanku seorang saja yang akan menanggung akibatnya malahan semua rakyat Tuanku juga akan terpalit sama. Maka jalan terakhir bagi kami rakyat Tuanku ialah melepaskan diri kami daripada fitnah ini.
Ikrar dan doa melepaskan diri dari fitnah Iblis dalam bab ini;
Bismillahirahmanirahim,
” Saya dan semua peringkat perguruan yang bersama-sama saya, Guru-guru, dan semua rakan-rakan, sahabat-sahabat yang sealiran dengan saya dan sesiapa juga yang beragama Islam yang membaca rencana ini, hari ini dengan rasminya bahawa kami semua melepaskan diri kami dari fitnah ini dan tiada lagi kaitan dengan kami akan ke semua permasalahan ini iaitu dari mereka-mereka yang ber Sakakan Jin atau bersahabatkan Jin di dunia dan akhirat. Semoga Allah menerima pelepasan diri kami ini dengan berkat Nabi kami Muhammad saw di semua arah, bab dan juzuk-juzuknya. Bahawa ikrar ini menjadi saksi, anda semua dan kami juga turut menjadi saksi di akhirat kelak bahawa kami telah membuat teguran di dalam rencana ini. Jika mereka tidak mahu berubah atau tidak mahu mendengar akan teguran ini, maka di kala itu putuslah tanggung jawab Syarak di atas kami semua ke atas mereka dan janganlah kami ditanyakan lagi akan permasalahan ini di akhirat kelak “…. amin ya rabbal alamin.
( Kepada anda pembaca rencana ini, sila “Qhosad” dalam hati akan ikrar melepaskan diri ini supaya do’man kita semua melepaskan diri bersama-sama).
Teguran saya ini bukan untuk golongan Raja-raja Kerajaan Melayu Islam saja, malahan kesemua orang-orang Islam Melayu yang masih mempertahankan perbuatan mereka membela, menyimpan dan menyangai akan semua jenis “sahabat” atau ‘Khadam” dari puak Jin itu, samada mereka sedar atau pun tidak, suka atau pun tidak, dengar atau pun tidak. INGAT… kami semua telah berlepaskan diri kami semua dari perbuatan anda, tinggalah anda bersendirian dengan masaalah anda sampai bila-bila, kekal ia selamanya. Nasihat kami kepada anda yang berkenaan…. Buanglah semua ‘sahabat’, ‘khadam’ atau ‘jin saka’ yang bersama dengan anda sebelum mata anda tertutup. Amat besar seksaan yang sedang menenti anda yang telah disediakan Allah swt diakhirat kelak iaitu Neraka Jahanam kepada mereka-mereka yang menyagutukanNya dalam semua ibadah atau pun kerja buat mereka disemua tempat dan masa, sama ada sedar atau tidak, sama ada anda tahu atau pun tidak, sama ada anda suka atau pun tidak. Percayalah, seksaan bagi golongan yang kufur dan syirik itu amat pedih yang tak terhingga dan ia kekal selama-lamanya didalan Neraka Jahanam bersama-sama dengan “Sahabat” dan “Khadam” kesayangan anda itu.
Allah berfirman didalam surah Al Araaf ayat 179 yang mafhumnya ;” Sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam kebanyakan diantara Jin dan Manusia, bagi mereka ada jantung (Kalbi) hati, tiada mengerti dengan hatinya dan bagi mereka ada mata, tiada melihat dengan matanya dan bagi mereka ada telinga, tiada mendengar dengan telinganya. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang leka”.
Keterangan ayat : Allah telah mencitptakan Neraka Jahanam tempat kembali kepada mereka yang bersekutu dengan Jin. Malah kedua-duanya sekali akan dicampakkan kedalamnya. Mereka telah diberi segala keterangan terdahulu tetapi tidak mahu melihat dengan mata mereka, mereka juga tidak mahu mendengar nasihat dan amaran yang telah diberi didalam Al Quran dengan telinga-telinga mereka malahan mereka tidak mahu membuka hati mereka untuk bertaubat. Mereka seperti binatang ternakan yang ditarik hidungnya oleh Iblis dan Syaitan. Malahan menjadi lebih sesat dengan kebodohan mereka itu. Hati mereka keras, otak mereka tertutup, semua pancaindera mereka telah diikat sebab itu mereka tidak lagi dapat melepaskan diri dari perangkap Iblis dan Syaitan. Jangan terjadi seperti ini.
Firman Allah didalam surah Jin ayat 6 yang mafhumnya; ” Dan sesungguhnya seorang lelaki diantara Manusia minta berlindung kepada beberapa lelaki diantara Jin, lalu mereka (manusia) menjadikan jin-jin bertambah sombong “.
Keterangan ayat: Begitu telah Allah gambarkan bahawa jika manusia meminta pertolongan dari pihak Jin dengan Ber “sahabat ” dengan mereka, bukannya akan membetulkan keadaan, malahan menyebabkan kaum Jin itu bertambah-tambah sombong dan bongkak terhadap Allah swt. Maka apabila manusia berkawan dengan musuh-musuh Allah itu dengan sendirinyalah mereka itu sama seperti sahabat-sahabat mereka itu juga.
Firman Allah lagi didalam surah An Nisak ayat 38 yang mafhumnya ; ”Barang siapa yang mengambil Syaitan menjadi temannya, maka Syaitan itu adalah seburuk-buruk teman”.
Keterangan ayat : Janganlah kita mengambil Jin sebagai sahabat, kerana Jin, Syaitan dan Iblis itu sebenarnya Sahabat yang membawa kamu sesat dari jalan Allah swt untuk selama-lamanya. Mereka hanya akan membawa keburukan kepada kamu dan tiada kebaikan langsung.
Dan firman Allah didalam surah Al Mumtahinah ayat 1 yang mafhumnya ; “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh Ku dan musuh mu menjadi wali (penolong atau penjaga), kamu hubungkan kepada mereka kaseh sayang pada hal mereka itu kafir (Iblis yang kufur) kebenaran yang datang kepada mu. Mereka mengusir rasul dan kamu (Nabi Adam as dan keturunannya), kerana kamu beriman kepada Allah Tuhan mu, Jika kamu keluar berjuang pada jalan Ku dan menuntut kereadhaan Ku, kamu rahsiakan kepada mereka kaseh sayang Pada hal Aku mengatahui apa-apa yang kamu sembunyikan dan apa-apa yang kamu lahirkan. Barang siapa berbuat demikian diantara kamu, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus “.
Keterangan ayat: Sesetengah Ulama tafsir menggunakan juga ayat ini sebagai bentuk larangan bersahanat dengan golongan Jin kerena bentuk ayat ini juga boleh dikaitkan dengan hubungan yang manusia buat dengan golongan Jin secara rahsia, padahal Allah mengatahui akan semua pekara. Inilah kebodohan manusia yang menganggap mereka cerdek padahal mereka menipu diri mereka sendiri. Mereka yang mengikut Iblis dan mengikut tunjuk ajarnya adalah sesat dari jalan Allah selama-lamanya dan pastinya akan dihukum dengan setimpal.
Syekh Mahyuddin Al Arabi memberitahu ” Adalah orang yang bersedudukan (bersahabat) dengan makhluk Jin tidak akan beroleh Rahmat dan Ilmu dari Allah, kerana mereka itu sangat jahil akan Allah dan sifat-sifat Nya”.
Maka dari semua keterangan ini, amat jelas sekali bersahabat atau berkhadamkan makhluk Jin dari apa juga bangsanya adalah ditegah dan dilarang sama sekali kerana mereka hanya mempersendakan dan memperbodohkan kamu semua. Sedangkan yang tak berkadam pun amat sukar lepsa dari gangguan nya inikan lagi bersekududukan dengan mereka. Sudahlah telah ditetapkan setiap individu manusia memiliki Qarin yang sentiasa mengikuti mereka ditambah dengan jin-jin yang lain nak diberi lagi ruang. Manusia tidak akan dapat mengimbangkan dirinya walau apa pun yang mereka dakwa. Berbeza dengan Rasullah saw, beliau sentiasa dijaga bahkan Qarinnya juga diislamkannya kemudian mengikut kata-katanya dan suruhannya. Beliau maksum dari perbuatan keji dan dosa. Jin melihat nur yang ada padanya pun boleh hancur lebur inikan pula hendak berhadapan dengan nya. Kita hanya manusia biasa yang sangat jauh dari perlindungan seumpama itu. Jadi jagalah diri kamu sebaik-baiknya supaya tidak terjerumus dengan hasutan Syaitan dan Iblis itu. Buang segala Saka Maka yang ada dengan kamu, bersehkan diri kamu dari semua itu, semoga Tuhan berserta kamu dijalan yang benar.
LATARBELAKANG DAN CIRI-CIRI MAKHLUK JIN :
Adapun latarbelakang dan ciri-ciri golongan Jin ini adalah sambungan dari mukasurat 1 rencana ini. Ia dikutip dari beberapa pendapat Ulama-ulama tafsir dan Guru-guru yang arif didalam bab ini kemudiannya di cantumkan didalam rencana ini supaya dapat memberi maklumat tambahan serta kefahaman tentang apa juga pekara yang bersangkutan dengan mereka. Sama ada pekara itu besar atau kecil didalam memandang masaalah permusuhan , kebencian dan halangan yang sangat jelas dan nyata yang mereka cipta supaya kita juga jauh dari Rahmat Tuhan. Saya paparkan semuanya dan terpulanglah kepada tuan-tuan semua menilai sendiri akan maklumat yang telah dikumpulkan ini yang telah dianilisa dan dibuat rujukan demi rujukan. Sama ada ia boleh diterima atau pun tidak kerana sesetengahnya tiada sokongan dari hadis dan dalil dari ayat Quran bagi menguatkan hujah-hujah mereka itu. Kebanyakannya adalah cerita dari satu genarasi kesatu genarasi Guru-guru atau Ulama -ulama yang ditulis sebagai naskah peribadi atau pun catatan anak-anak murid mereka yang masih ada.
Didalam Alam Iblis sebenarnya terdapat berjuta-juta kerajaan kecil dan besar yang setiap satu bersambung-sambung dengan yang lain. Manakala setiap kerajaan itu pula mempunyai sistem berajanya tersendiri. Kepala setiap kerajaan ini adalah berajakan Iblis, samaada Iblis tu besar atau kecil. Syaitan pula adalah rakyatnya yang paling kuat berkerja siang dan malam mengikut giliran kerana mereka juga ada masa untuk tidur macam kita. Mereka sangat tekun dan berdisplin kerana takutkan askar-askar Iblis yang sangat garang dan ganas (lebih ganas dari kominis, zionis atau askar jepun zaman dulu). Mereka akan dibunuh saja jika malas kerana berjuta ada lagi yang boleh diharap dari yang malas itu. Pendek kata mereka ini tidak mahu meninggalkan perhatian mereka walau sesaat jua pun, sileh berganti antara mereka dikala tidur atau jaga sentiasa disisi manusia itu sehingga manusia itu rebah ditangan mereka. Hanya yang betul-betul bertakwa sahaja yang lepas. Yang lain semuanya terjatuh dan tersungkur melutut dikaki Iblis Laknatuallah.
Begitulah perasaan cumburu, irihati, kebencian dan api permusuhan yang sangat dalam sekali dihati Iblis kepada seluruh Manusia keturunan Adam as. Ini hanya merujuk kepada komplok Jin-jin kafir dan Jin-jin Islam yang fasiq dan munafiq. Ia tidak termasuk pada komplok Jin Islam yang Abadi, solihin, Arifin, Mutaqin dan mendapat darjat Waliallah golongan Jin yang mengambil Rasullah saw sebagai penjaga mereka. Komplok ini tidak menganggu umat Manusia, mereka hanya sebok dengan urusan mereka sendiri dan tidak turut campur akan permusuhan Iblis dan Manusia itu. Mereka ini lah yang tergolong daripada Umat Muhammad yang masuk Syurga yang ada juga disebut didalam Al Quran. Mereka juga tidak terlibat menjadi Khadam atau Sahabat atau berkahwin dengan Manusia atas sebab malas beribadah. Mereka sangat Taat akan perintah Rasul dan perintah Allah tetapi jumlahnya hanya sedikit . Jika hendak dibuat perbandingan, mungkin dalam sejuta ekor hanya seekor dari komplok ini. Seperti juga Manusia, yang dipilih menjadi kekaseh Allah swt hanyalah sedikit sahaja.
Mereka mampu bergerak melebihi kelajuan Cahaya. Sangat jauh dari kemampuan Mnausia kecuali manusia yang Allah swt beri kelebihan. Umur mereka sangat panjang ada yang mencecah ratusan ribu tahun, puluhan ribu tahun.Manakala kelompok raja-raja Iblis pula tidak pernah mati dari dahulu hingga sekarang yang telah diberi izin Allah pada mereka atas permohonan mereka dulu. Firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 36-38 yang mafhumnya ;
“Iblis berkata, ya Tuhan ku ! berilah aku tempoh, sampai hari dibangkitkan. Allah berfirman, sesungguhnya engkau diberi tempoh. Sampai waktu yang ditentukan ” .
kalau nak dihitung akan jumlah makhluk Jin ini memang tak terhitung. Jumlahnya tersangatlah banyak, bagaimana nak dihitung jika ; seluruh jumlah manusia dari Nabi Adam as hingga hari kiamat didarab dengan semua jumlah seluruh binatang didarab semua jumlah tumbuh-tumbuhan didarab dengan semua jumlah batu batuan didarab dengan seluruh jumlah pasir yang ada dimuka bumi ini, itu pun dikatakan hanya 1 nisbah 10 dari jumlah golongan Jin ini. Manakala jumlah Jin itu pula hanya 1 nisbah 10 jumlah para Malaikat. Jumlah Malaikat hanya Allah swt dan Rasulnya saja yang yang tahu.
Mereka mendiami hampir keseluruhan muka bumi ini, lautan, udara, awan dan di Alam Mithsal. Didalam sesetengah rumah manusia juga turut mereka diami bersama-sama dengan manusia. Dengan jumlah mereka yang begitu sekali ramainya, maka bolehlah kita anggapkan hampir keseluruhan muka bumi ini telah mereka penuhi. Dari setiap inci dari muka bumi ini mereka diami, mengikut ahli tafsir ini lagi dengan perbandingan yang mereka selalu katakan iaitu ;
“jika sebatang jarum jatuh kelantai, jarum itu akan jatuh dahulu kebahu-bahu makhluk Jin ini sebelum berada betul-betul dilantai tersebut”. Jadi tuan-tuan bayangkanlah betapa ramainya mereka bersesak-sesak tinggal dengan Manusia. Maka itulah kebaikkan yang Allah swt ciptakan mereka tidak kelihatan oleh Manusia. Jika sekiranya manusia dapat melihat mereka, bolehkah kita hidup dengan keadaan seperti itu ? Rasanya manusia tidak dapat hidup dalam keadaan sesak dan berhempit-hempit seumpama itu. Manusia merasa rimas, serba serbi tak kena malah tidak boleh bekerja dan begerak pun. Contohnya jika kita menaiki bas yang sesak dengan penumpang sehingga nak bernafas pun tercungap-cungap seperti ikan, bagaimanakah yang dapat anda semua gambarkan ? Tentu sekali manusia tidak mampu tinggal dalam keadaan begitu. Maha Kaya Tuhan yang menciptakan semua Makhluk dimuka bumi ini, telah Dia ketahui segala setiap sesuatu dengan IlmuNya yang sangat lusa. Allah berfirman didalam surah Al A’raf ayat 27 yang mafhumnya ;
” Sesungguhnya Staitan dan kaumnya melihat kamu dalam keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka”
Telah dikatakan bahawa glongan Jin tidur waktu matahari naik dan bangun waktu matahari turun. Mereka tidur didalam cahaya terang Matahari, sebaleknya mula keluar pada waktu senja menjelma ( angaran sesudah Asar) untuk mencari rezeki. Semua peringkat umur akan merayau -rayau daripada tua sampai ke muda hingga keanak-anak mereka juga berkeliaran. itulah sebabnya orang tua-tau (manusia) selalu melarang anak-anak mereka bermain selepas waktu asar kerana ditakuti akan melanggar atau terpijak anak-anak Jin itu yang akan mengakibatkan kaum Jin akan menuntut bela kepada manusia itu. Jika anaknya mati akan dibalas mati, jika cedera maka cedera juga mereka tuntut kepada anak manusia yang membuat angkara. Begitulah keadaahnya golongan Jin ini. Sebuah hadis Nabi ada menjelaskan pekara ini iaitu ;
Diriwayatkan dari Imam Bukhari Muslim, dari sanat yang soheh dinyatakan Nabi pernah bersabda yang maksudnya ;
“Apabila kamu menghadapi waktu malam atau pun kamu telah berada dari sebahagian malam, maka tahanlah anak-anak kamu kerana Syaitan ada berkeliaran di waktu itu dan apabila telah berlalu satu ketika malam maka tahanlah mereka (dari keluar rumah), tutup semua pintu-pintu rumah mu sebutlah nama Allah, padamkan dian (lampu) serta sebut nama Allah, tutuplah makanan mu serta sebut nama Allah dan ikatlah minuman mu serta sebut nama Allah (ketika menutup)”.
Sebenarnya separuh daripada penyakit-penyakit yang kena pada manusia adalah datangnya dari gangguan kaum Jin, Syaitan, Iblis dan Ifrait ini. Mereka menjadi punca sebenar atas penyakit-penyakit yang amat sukar untuk dibuktikan dengan semua peralatan canggeh Hospital. Tetapi sesetengah Doktor mempercayai akan alasan seumpama ini memang ujud. Memang terdapat penyakit yang Doktor sendiri merasa hairan, kerana tak pernah mereka belajar atau tiada didalam keilmuan mereka akan ujudnya pekara seumpama ini. Nampak macam penyakit biasa contohnya Busong – perut pesakit membesar dan terus membesar, tetapi tiada punca sinstifik dapat dikesan. Atau pun Santau – pesakit terus batuk dan muntah darah tak henti-henti, juga tidak boleh di Xray. Doktor akan menyatakan pesakit ini normal, tetapi sebaleknya pesakit bertambah teruk dan akhirnya mereka mati. Jadi sebenarnya memang sejak dari zaman Nabi Allah Sulaiman lagi penyakit gangguan Jin ini telah berlaku . Penggunaan Jin, syaitan dan Iblis dalam ilmu sihir memang telah diakui malahan Ilmu inilah yang diajarkan oleh mereka kepada Manusia. Mereka memang cukup licik dalam soal sihir ini.
Lihatlah bagaimana mereka menyusun stratigi. Mereka ajarkan satu bentuk retual kepada manusia A untuk pengambilan “sahabat”. kemudian Syaitan akan masuk mengacau manusia B. Manusia C pula akan menjadi pendorong kepada manusia B untuk berubat kepada manusia A. Apabila berubat, manusia A hanya dengan mudah mengusir syaitan yang menganggu kerana manusia ber”sahabat” dengan Iblis iaitu raja syaitan itu. Kemudian manusia B pulih, dan dia pula akan menjadi ejen menjaja seperti saleman akan kemampuan manusia A boleh mengubat. Semuanya ini adalah bentuk sihir oleh Iblis tadi baik manusia A, B dan C. Semua terkena sihir Iblis tampa disedari, kalau pun yang tahu ialah manusia A tetapi dia akan hanya mendiamkan diri atau berpura-pura seperti ‘zuhud’ dan ‘waraq’. Penampilan manusia A harus nampak meyakinkan masyarakat setempat, jika tidak ia akan ditangkap polis kerana menipu. Oleh itu beliau akan mengguna nama seperti Ustaz, Imam, Tuan Guru dan sebagainya. Begitu juga pengunaan jampi mentera harus tersembunyi. Mula-mula dia membaca ayat-ayat suci al Quran, tang jampi mentera tu tak bunyi kuat, perlahan je. Begitulah berulang-ulang proses ilmu sihir , berpusing-pusing sedangkan pencaturnya hanya dari seekor Raja Iblis atau Raja Syaitan dan balatenteranya. Dari seorang manusia kepada seorang manusia mengalami berbagai jenis penyakit yang akan darang merujuk semula kepadanya untuk berubat. Mereka mencari upah yang sedikit.
Lain kesahnya dengan manusia yang terang-terang puja Iblis, puja dewa ni. Tak kira dari Sami Siam ke, Pawang Sihir ke, Tok Batin ke atau Raja Santet (santau). Mereka mengenakan upah yang tinggi untuk “membunuh” atau “Mengenakan” musuh pelanggannya. Pernah saya tinggal bersama-sama dengan “Raja Santau” di Jokja Jawa Tengah. Saya lihat apa yang dia buat, bagaimana dia buat, guna apa dia buat santau. Kemudian mentera pujanya, persamadiannya (proses bersatu dengan Iblis) semua dalam bahasa Jawa halus dan sebagainya. Dia bukan beragama Islam, ia beragama Hindu. Beliau pernah keluar dalam TV3 dalam program ‘Misteri Nusantara’ sedikit masa dahulu. Tujuan saya hanya hendak membuat penyelidikan, bukan berguru. Tapi yang hairannya memang menjadi sungguh Ilmunya itu. Santau ini ada “pemulih” nya juga. Jadi anda lihat bagaimana modus opertandi nya, berpusing-pusing balek semula kepada dia. Semua orang kenal dia, sampai orang di Malaysia pun ramai yang datang ke sana minta “dibuatkan” orang tertentu bagi mati . Astfiruallahalazim. Sungguh kejam manusia ni.
Atas sifat manusia dan kelemahannya yang mempunyai sifat mazmumah seperti iri hati, jahat sangka, pendendam, busuk hati inilah diapi-apikan oleh pihak Jin supaya mengambill pendekatan seumpama ini untuk selesai masaalah. Contohnya di dalam perebutan kuasa, mengajar pangkat, kontrek kerja, perniagaan, harta pusaka, tanah dll. Pasti akan anda dengar cerita seumpama ini berlaku di merata tempat. Semua ini angkara dorongan puak Jin yang jahat. Permainannya sangat halus hingga tidak dapat dikesan dengan mata, akal dan pancaindera manusia yang lain. Manusia akan ambil jalan mudah dan tidak dapat dikesan sebagai perbuatan jenayah oleh pihak berkuasa.
Jika mengikut penyelidikan yang dibuat, diantara penyakit-penyakit yang boleh diketogarikan didalam bentuk gangguan Puak Jin, Syaitan, Ifrait dan Iblis ini ialah
Al Iamam – gila, sawan. dalam hadis Nabi saw
Al Takabut – tercekek, meraung sakit. dalam surah al Bakharah ayat 275
Al Nusbin – letih , lesu dan lelah. dalam surah Sad ayat 41
Al Nazqhu – sakit spt dipukul, menikam, membunuh. dalam suran al Araaf ayat 200
Al Nasb – penat, hilang tenaga, sakit kudis, sopak dalam surah ayat 41
Al Istakwaza – hilang akal, lupa, pangsan, lemah semangat dalam surah al Mujahadah ayat 19.
Al Maas – sihir dalam surah al Baqarah ayat 102.
Didalam Al Quran dan hadis ada diterangkan beberapa jenis penyakit yang dialami manusia-manusia dizaman Nabi dahulu iaitu ;
1) Allah berfirman didalam surah Baqarah ayat 275 yang mafhumnya ; “Orang-orang yang memakan (harta) riba itu tidak dapat berdiri dengan betul (bangkit dari kubur) melainkan seperti dirasuk Syaitan kerana sakit gila ….”
Keterangan ayat: al Takhadbut didalam ayat ini juga bermaksud tercekik, meraung kesakitan.
2) Allah berfirman didalam surah Sad ayat 41 yang mafhumnya ; ” Ingatlah (peristiwa) hamba Kami Ayub, ketika ia merayu (kepada) Tuhannya ; sesungguhnya aku disentuh Syaitan dengan kesusahan dan siksaan (penyakit yang dibawa oleh Syaitan iaitu hamba-hamba penyakit) “.
Keterangan ayat : Di ceritakan bahawa Nabi Allah Ayub as, telah menderita penyakit kudis yang ganjil diseluruh badannya. Dikatakan penyakit kudis (tokak) yang mengeluarkan nanah dan darah serta berulat serta bau yang sangat busuk. Semua orang meninggalkannya kecuali Isterinya yang sangat taat. Sekian lama (sesetengah riwayat mengatakan 70 tahun, setengahnya pula hanya 7 tahun) ia menderita penyakit itu lalu dia berdoa kehadrat Allah supaya dia diberi perlindungan. Maka Allah perintahkan ia memukul tanah tempat dia berdiri, terkeluarlah pancutan air (sejenis air yang ada belerang gunung berapi – sulfer) dan dengan air itu ia mandi dan minum setiap hari sehinggalah sembuh. Begitu juga ceritanya penyakit kudis yang dialami oleh Syekh Muhammad Yusuf Kenali (Tok Kenali) yang juga berulat, setiap kali ia mandi akan diasingkan ulat tadi dan sesudah mandi akan ia masukkan semula ulat tadi ditempat kudisnya (tokak) itu, begitulah cerita Ahlillah yang sangat sabar dengan dugaan Allah swt keatas diri mereka.
3) Firman Allah didalam surah al Baqarah ayat 102 yang mafhumnya ; ” Mereka mengikuti apa yang dibacakan syaitan (ketua tukang sihir) pada masa kerajaan Sulaiman, dan Sulaiman itu bukan orang kafir, tetapi syaitanlah yang kafir. Mereka ajarkan ilmu sihir kepada manusia dan apa-apa yang diturunkan kepada kedua malaikat Harut dan Marut dinegeri Babil (Babilon). Keduanya tidak mengajar sihir kepada sesorang melainkan terlebih dahulu berkata, kami ini hanya mendatangkan cobaan sebab itu janganlah engkau kafir. Lalu mereka mempelajari dari keduanya apa-apa yang akan menceraikan antara suami dengan isterinya.Mereka itu tiada memberi melarat kepada seorang jua pun kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajai apa-apa yang melarat kepada mereka dan tiada bermanafaat bagi mereka. Sesungguhnya mereka telah tahu siapa yang membeli sihir (mengerjakannya) tiadalah untuknya bahagian diakhirat. Sesungguhnya amat jahat orang-orang yang menjual dirinya dengan sihir, jika mereka mengatahui “.
Keterangan ayat : Dalil menunjukkan amalan sihir telah belaku seawal zaman Nabi Allah Sulaiman lagi. Iblis telah mengajarkan ilmu sihir kepada manusia, silap mata dan untuk menceraiberaikan suami isteri dan meruntuhkan rumahtangga manusia. Kemudian mengajar ilmu pukau dengan kata-kata manis dan perkataan menarek hati yang memukau. Didalam ayat ini juga menerangkan hukuman bagi orang yang membuat sihir dan mengupah orang membuat sihir iaitu Neraka Jahanam dan kekal didalamnya.
4) Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 100 yang mafhumnya ; ” Kemudian Yusuf mendudukan ibubapanya diatas singgahsananya, lalu mereka sujud kepada Yusuf (hormat pd raja). Berkata Yusuf, Ya ayahdaku, inilah takwil (maksud) mimpi ku dahulu. Sesungguhnya Tuhan ku telah menjadikan dia dengan sebenar-benarnya. Sungguh Allah telah membuat baik kepada ku, ketika Dia mengeluarkan daku dari penjara, serta mendatangkan kamu dari dusun sesudah syaitan menghasut antara aku dan antara saudara-saudara ku. Sesungguhnya Tuhan ku Maha halus (urusan Nya) tentang apa yang dikehandakiNya. Sungguh Dia Mahamengatahui lagi Mahabijaksana “.
Keterangan ayat : Allah telah menyelamatkan Nabi Allah Yusuf as dari fitnah dan hasad dengki yang dihasut oleh syaitan kepada musuh-musuhnya sehingga ia terpenjara. sebelum itu syaitan telah menghasut abang-abang Nabi Yusuf as untuk membunuhnya dan menyinkirkannya dari ayahnya (Nabi Allah Yakub as) Allah swt juga penyalamat bagi dirinya dikala itu. Begitu jahatnya syaitan-syaitan itu dengan semua perancangannya telah digagalkan oleh Allah swt dan Dialah saja penyalamat bagi orang-orang yang teranyaia.
5) Allah berfirman didalam surah al Araaf ayat 116 – 122 yang mafhumnya ; ” Jawab Musa, limparkan olehmu dahulu. Setelah dilimparkan, disihirkan mata orang ramai dan ditakutinya mereka itu, hingga mereka memperlihatkan sihir yang besar ( tongkat mereka menjadi ular besar, sihir dan silap mata). Kami wahyukan kepada Musa supaya ia melimparkan tongkatnya, tiba-tiba tongkat itu (yang bertukar menjadi ular yg lebih besar) menelan apa yang mereka palsukan. Maka nyatalah kebenaran dan batallah apa-apa yang mereka buat. Maka dikalahkan mereka itu disana dan kembali menjadi orang-orang hina. Lalu tukang-tukang sihir itu tersungkur sujud. Mereka berkata, Kami telah beriman kepada Tuhan semesta Alam. Tuhan Musa dan Harun “.
Keterangan ayat : Di zaman Nabi Allah Musa as lah terjadinya dengan terang-terangan amalan sihir dimerata tempat disebabkan raja mereka Firaun juga menganut dan mengalakkan amalan sihir bersama-sama penasihatnya Haman. Mereka hendak menghapuskan Nabi Musa dan Nabi Harun dengan pertandingan sihir. Allah jualah penyalamat bagi Nabi Musa dan Nabi Harun, dengan tongkat sebagai Mukjizat Nabi Musa, segala sihir tertewas. Maka berimanlah sebahagian besar tukang-tukang sihir dengan Tuhan, Nabi Musa dan Nabi Harun.
Nabi Muhammad saw juga pernah di sihir oleh orang Yahudi . Didalam sahih Muslim, telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, yang telah diriwayatkan daripada Aisyah ra, telah bersabda Nabi saw yang maksudnya ;
“Daripada Aisyah ra beliau berkata : Seorang lelaki telah melakukan sihir kepada Rasuallah saw daripada Bani Zuriq, dikatakan bahawa lelaki itu ialah Labid bin al Asaam al Yahudi sehingga Rasullah saw berasa engak karuan (tak tentu arah) atas pekara yang dilakukan, Baginda merasa ragu (resah gelisah) sama ada telah ia lakukan atau pun tidak. Pada suatu malam ketika Rasullah saw bersama-sama ku, baginda berdoa dan berdoa kemudian bertanya kepada ku, ‘Wahai Aisyah, apakah kamu tahu bahawa Allah telah melakukan sesuatu keatas diriku’ ?. Nabi menyambung, ‘Ada dua orang lelaki (malaikat) telah datang kepada ku ketika aku sedang tidur, seorang berada disisi ku dan seorang lagi disisi kakiku, maka seorang bertanya kepada kawannya, apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad saw ini’ ? Jawab temannya ‘ Dia telah disihir orang’ ditanya lagi ‘Siapakah yang telah menyihirnya’ ?, Dijawab lagi ‘Dia telah disihir oleh Labid bin al Asaam’. Ditanya lagi ‘Dengan apakah dilakukan sihir itu’?, Dijawabnya ‘ Dengan menggunakan sisir (sikat) rambutnya dan dengan cara lain (sihir) Ditanya lagi ‘Dimana kah diletakkan barang-barang tersebut’?, Jawabnya ‘Ditanam disebuah perigi namanya Dharwan’. Maka Rasullah saw menghantar beberapa orang sahabat, pergi keperigi tersebut sebelum baginda sendiri pergi, kemudian pulang lalu baginda bersabda, ‘Wahai Aisyah, air perigi itu berwarna merah seperti perahan inai dan batang pohon kurmanya (diukir) berupa seperti kepala syaitan’. Aku bertanya,’Wahai Rasullah, adakah engkau mengeluarkannya’?, Nabi saw menjawab ‘ Allah swt telah menyembukkan ku maka aku bimbang (jika mengeluarkannya) ia akan mendatangkan keburukan pula kepada manusia dan aku suruh agar perigi itu ditimbus “.
Keterangan hadis : Lihatlah permusuhan golongan Yahudi terhadap Nabi saw, pernah menyihir baginda tetapi Allah swt sebagai pelindung telah menghantar malaikat untuk memberitahu Nabi atas perbuatan buruk mereka itu. Para sahabat Nabi telah masuk kedalam perigi itu dan mencari sikat Nabi, setelah bertemu maka Rasullah pun sembuh. Mereka kira Nabi boleh ditewaskan dengan cara halus begitu. Sebenarnya Allah Mengatahui atas segala setiap sesuatu sama ada tersembunyi atau yang nyata.
Jadi daripada semua keterangan diatas maka pihak Jin ini telah begitu lama menjalankan kerja sihir kepada manusia dengan mengajar manusia yang dipihak dia melakukan kerja-kerja terkutuk ini. Semenjak dari zaman Nabi Adam as lagi hingga di zaman Nabi Muhammad saw dan sehingga kini penyakit ini masih segar dikalangan Masyarakat terutamanya Melayu. Manusia penyembah Iblis inilah yang paling lama sekali menjadi duri dalam daging bagi masyarakat Melayu keseluruhannya yang menjadi keruntuhan akidah yang paling utama sekali dewasa ini. Pengamal-pengamalnya juga sileh berganti setiap zaman kerana disebabkan SAKA keturunan inilah yang bertali arus dari satu genarasi ke satu genarasi sejak dahulu lagi. Mereka Islam hanya dibibir sahaja disebaliknya pengamal tegar dan menganut pahaman Kebatinan Pagan Kuno Sembah Dewa Iblis Majusi yang tersebar dimerata-rata tempat dibumi Indonesia (secara terang-terangan) dan di Malaysia (secara rahsia kerana Undang-undang anti Ilmu Sesat disini sangat keras). Kami amat memuji atas sikap Kerajaan Malaysia yang punya usaha berterusan untuk menangani ajaran-ajaran sesat yang tumbuh bagai cendawan disini. Satu persatu akan ditahan dalam sedikit masa lagi, Insyaallah…
Selanjutnya setelah membicarakan akan kesan penyakit-penyakit yang boleh dihadirkan oleh kaum Jin dan kuncu-kuncunya, mari kita lihat apakah lagi ciri-ciri kaum ini lagi. Golongan Jin ini mempunyai berbagai agama juga selain Islam yang telah disyariatkan Allah pada mereka sejak dahulu lagi seperti juga Adam as dan kaum manusia. Hanya sedikit sekali yang mengikut Nabi Muhammad saw menganut Islam dibawah tangan Nabi sendiri hinggalah kehari ini. Boleh juga dikatakan mejoriti golongan Jin-jin kafir ini menganut agama Yahudi, Kristian dan Kominis atau atis, manakala hanya sedikit yang beragama Budha, Hindu dan Majusi. Jin kafir dan yang beragama Islam yang Munafiq, sangat cepat mendatangi manusia yang meminta pertolongan mereka. Pertolongan itu biasanya bersyarat yang akan pula merosakkan manusia itu sendiri. Sebenarnya mereka yang jahat ini melihat manusia seperti seekor binatang. Telah diberitahu bahawa manusia biasa tidak dapat melihat kaum Jin semasa didunia kecuali manusia yang diberi kelebihan sahaja. Tetapi diakhirat, semua tabir penglihatan itu akan dibuka. Maka manusia semua boleh melihat Jin di Syurga. Tetapi dikala itu rupaparas Jin ini tidak lagi penting, kerana manusia lebih rindu melihat “Wajah Allah swt” sahaja, selain itu wajah Nabi Muhammad saw, sahabat-sahabatnya, Wali-wali, Guru-guru dan ibubapa mereka yang sangat mereka rindui.
Adapun jumlah mereka yang terlalu ramai mungkin juga disebabkan terlampau mudah mereka berkembang biak tidak seperti manusia yang mempunyai proses dari semenjak dikahwini sehingga mendapat zuriat yang agak lama. Golongan Jin, syaitan, ifrait dan Iblis ini membiak tidak seperti manusia. Mereka bertelur bukan mengandung. Apabila mereka menyentuh peha kiri dan peha kanan pasangannya, maka akan terbit 33 biji telur, setiap biji telur pula mengandungi 33 pasang anak. Dalam masa sekitar 33 hari saja ia akan menetas jadi jika dihitung akan kelahiran keturunannya dalam satu-satu masa iaitu sejumlah 1089 pasang anak semuanya. Yang membesar juga amat pantas (tidak diberitahu masanya). Mereka juga menyusu dibelakang badan ibunya terdapat terlampau banyak puting susu (tetapi tiada buah), itu sebabnya orang Melayu memanggilnya dengan nama Hantu Kopek, ia ganjil dan bukan seperti kopek wanita manusia. Dari pada anak-anak Jin yang berpasang-pasang itu juga jika mereka (jin jantan) menyentuh peha kanan dan peha kiri pasangannya iaitu jin betina maka berlakulah lagi proses kelahiran yang sama seperti diatas. Jadi dapat kah anda bayangkan betapa cepatnya mereka membiak ?.
Kemudian golongan Jin sama ada jantan atau betina jika berkahwin dengan manusia juga sama ada lelaki atau perampuan, tidak perlu melakukan persetubuhan seperti pasangan manusia. mereka hanya perlu menyentuh kemaluan pasangan masing-masing maka yang betina atau wanita akan mengandung saat itu juga dan terus mukallaf. Proses mengandung dayi dalam kandungan serta keliharannya itu sama seperti manusia biasa. Hanya satu orang bayi saja yang akan lahir apabila cukup masanya iaitu 9 bulan 10 hari. Anak yang lahir itulah yang dipanggil oleh masyarakat Melayu dengan istilah Bunian atau Orang Halus atau Orang Ghaib. Begitulah proses-proses persenyawaan dan kelahiran diantara orang bunian seterusnya hingga kiamat.
NAMPAKNYA SAMPAI DISINI DULU YANG DAPAT SAYA MUATKAN DIDALAM MUKASURAT 2 INI DISEBABKAN RUANGAN YANG TELAH BESAR SEDANGKAN BANYAK LAGI MAKLUMAT YANG BELUM DAPAT DITULIS DIDALAM RUANG INI. NANTIKAN SETERUSNYA PENGAMBARAAN KITA KE ALAM IBLIS (Musuh Kamu Yang Paling Nyata) DI EPISOD YANG AKAN DATANG DI MUKASURAT 3 ANTARANYA :
1) Jin yang boleh menyerupai manusia.
2) Bangsa-bangsa Jin.
3) Perbezaan Pelbagai Istilah
4) Tempat kemasukan Jin
5) Cara kemasukan Jin
6) Kejahatan Jin pada Manusia
7) Kelemahan Jin
Dan banyak lagi……………..
Filed under: Bunian, Hantu, iblis, Ilmu Hakikai, Saka, Tarikat, Zamany
Mac 11, 2010 • 10:50 am 0

CIRI-CIRI ISTIMEWA SESAT GOLONGAN JIN :
Didalam ms2, telah dinyatakan latarbelakang dan ciri-ciri makhluk Jin ini. Maka dimukasurat ini akan dilanjutkan maklumat didalam tajuk yang sama ini. Diantara ciri-ciri yang teristimewa yang ada pada makhluk Jin ialah mempunyai satu jenis kuasa magik atau sakti atau luarbiasa yang mereka miliki sama seperti Koramah yang dikurniakan kepada Waliallah atau Mawanah yang di kurniakan kepada para-para Ambia, Solihin, Arifin dan Mutaqin orang Islam Umat Muhammad saw. Inilah ciri-ciri yang teristimewa yang telah dikurniakan Allah swt kepada golongan Jin yang juga telah banyak menyesatkan golongan Manusia kerananya. Manusia menjadi taksub kerananya, tak tahu membezakan mana yang benar dan mana yang salah tetapi Manusia ingin benar memiliki Ilmu Sakti ini hingga sanggup datang beribu-ribu batu dari semua pelusuk benua dan negeri untuk menuntut Ilmu ini. Mereka terang-terang mahu sesat dan rela dipelakukan apa saja, asalkan niat mereka tercapai. Begitulah taksubnya umat manusia akan Ilmu Sakti ini yang hanya terdapat di Nusantara ini saja. Tidak terdapat dimana-mana lagi, disinilah yang terhebat kata mereka. Memang telah diperakui oleh semua sami-sami, tok tok pawang dan semua ketua-ketua Biara dan kuil diserata dunia akan keampuhan Ilmu Sakti Nusantara ini.
Bukan semua makhluk Jin ini mampu menguasi sakti itu, hanya yang berpangkat Raja saja yang mampu. Samalah juga dengan manusia. Kuasa sakti ini mereka gunakan untuk berbagai tujuan. Pertama untuk mengelirukan manusia Islam supaya meyakini bahawa mereka telah dianugrah Koramah. Pada manusia yang cetek pengatahuannya tetapi berpihak kepada mereka, maka akan mereka pamirkan kuasa itu, seolah-olah manusia itu telah memiliki darjat disisi Allah swt. Ini biasanya zahir kepada orang beragama contohnya Imam, Ustaz, khadi atau tok Guru yang boleh menzahirkan emas, duit, batu-batu permata, senjata, keris atau pun boleh mengubat penyakit yang kronik seperti barah buah dada, barah usus, barah darah atau ‘kena buatan orang’ dan lain-lain lagi. Biasanya Jin-jin Islam yang terlibat dengan kerja seumpama ini mahukan pahla ibadah manusia warak itu juga dapat pada mereka diakhirat nanti.
Kepada Mahaguru Persilatan, boleh memperturunkan Ilmu Kebal, Ilmu Terbang, Apungan diri diudara, Jalan Atas Air, Boleh Hilang-hilang, Boleh berada ditempat yang jauh dengan sekelip mata saja, Ilmu Tempur Senjata, jika ditanam tak akan mati, di tengelamkan dalam air tak lemas, meniti atas daun dll. Ini melibatkan Jin-jin kafir biasanya kerana tipu muslihat ini untuk manusia bertambah sombong, megah diri, bongkak, ego dan seterusnya sesat mengikut mereka. Kesaktian ini terbahagi kepada 3 ketogeri, iaitu Guru tahap rendah, Mahaguru tahap pertengahan dan Mahaguru tahap tinggi. Jika tahap rendah hanya mampu berbuat pekara yang juga tahap rendah saktinya contohnya seperti memiliki Ilmu kebal dan Ilmu tempur sahaja. Untuk peringkat pertengahan kesaktiannya selain memiliki Ilmu Kebal dan Ilmu Tempur, juga boleh Hilang, Ilmu Apongkan Diri. Manakala Mahaguru peringkat tertinggi biasanya tiada limit. Kesemua yang disebutkan diatas dapat mereka kuasi setelah pertapaan demi pertapaan berserta upucara persemadian , persembahan dan semahan darah dibuat. Berbagai lagi peralatan dan upucara yang pelek mereka lakukan semata-mata untuk menjadikan mereka manusia sakti diberbagai lapangan dari satu tahap kesatu tahap hingga mereka juga bersatu dengan Iblis sepenuhnya. Anak-anak muridnya cukup banga dan megah dapat belajar dengan Mahaguru Persilatan yang mempunyai pelbagai kesaktian dan biasanya menjadi Idola mereka untuk menjadi sepertinya.
Ia juga akan hadir kepada Sami-sami dan Tok Cha atau Imam atau ketua kepercayaan Kebatinan, Hindu, Buddha, Majusi, Ajaran-ajaran Sesat Sembah Iblis dll sehingga mereka juga sampai ketahap Wali Iblis atau Manusia Iblis tak mati hingga hari kiamat. Begitu saktinya mereka ini kerana mereka “bersatu” dengan Iblis. Selain itu mereka juga dapat menguasi kesaktian yang dimiliki didalam Ilmu Persilatan seperti diatas. Ini juga mempunyai 3 tahap kesaktian. Dari apa yang diteliti dari penyelidikan ini, didapati tahap-tahap itu ialah peringkat kesaktian rendah yang duduk pada pengamal kepercayaan orang-orang Majusi, Buddha dan Hindu. Manakala diperingkat kesaktian pertengahan duduk pada pengamal Ajaran Sesat Sembah Iblis. Diperingkat tertinggi sekali kesaktian sehingga digelar Manusia Iblis dan Wali Iblis ialah kepada pengamal Kepercayaan Kebatinan yang mana mereka mewarisi peninggalan Keilmuan dari pencipta agama ini dari Tok-tok Dukun dan Pawang Kuno Bangsa Melayu dahulu kala. Mereka inilah yang menyampai tahap tertinggi kebatinan dan bersatu dengan Iblis dan menjadi Manusia Iblis yang jitu. Kesaktiannya sama taraf dengan Koramah Waliallah dan tidak mati sehingga hari kiamat. Bercita-cita untuk bersatu dengan Dajjal dan Izazil didalam perang akhir zaman untuk menghapuskan Islam. Mereka ini adalah pemuja dan kesayangan Dajjal dan Izazil. Mereka yang duduk ditahap ini hanya seorang saja dan diperkuat dengan pembantunya serta pemerintah kerajaan dan balatenteranya yang sungguh ramai.
Kepada penyembah Iblis Pagan Kuno Yahudi, Kristian, Lucifer, Illimunity, Secret Societies, Gog Magog, Anti Chris, Zionis, The Hidden Hand (THH), Mession, The Wise Man, The All Seeing Eye, Hiszul, Freemasons, Jesuit, Val Valerian, Rothschaid, Rockerfeller, Lucis Trust, Rosicrucians, Occultist, Gnosticsm, Kundallinions, Theosopist, The Elite, Caucasians dan apa juga nama yang berpihak kepada Izazil atau Azazel, semua mereka ini hanya duduk dibawah sebagai balaci kepada tentera -tentera Manusia Iblis tadi. Yang paling tertinggi dikalangan mereka ini hanya sebagai Pengurus Logistik bala tentera Manusia Iblis keturunan Melayu itu saja. Sedangkan yang lainnya hanya sebagai pencacai, kuli dan tak menyampai kepada apa-apa yang disebut diatas tadi, walaupun kelihatan sungguh berpengaruh, hebat, pandai, handal, berkuasa, digeruni, memerintah semasa tinggal didunia, tetapi disebabkan Izazil dan Dajjal telah memilih orang-orang hebatnya dikalangan Orang Melayu juga. Jadi betapa pun mereka mencuba “please” kan kepada Izazil, mereka tidak mampu mencapai ketingian kerohanian Manusia Iblis Melayu itu, makanya mereka akan duduk dibawah sebagai Pengurus Logistik, pengangkat air minuman dan makanan juga sebagai pengilat kasut tentera-tentera Manusia Iblis Melayu itu saja dipeperangan akhir zaman nanti.
Sebabnya mereka itu tidak memiliki rohani dan kesaktian yang menyampai kehendak Izazil Laknatuallah seperti yang dimiliki oleh seorang berbangsa Melayu itu, Tidak cukup dengan jumlah manusia yang mereka bunuh, mereka korbankan sebagai upucara penyembahan saban tahun dan penciptaan bahan peledak Nuclear serta serangan ekonomi , serangan keganasan, serangan harga minyak, serangan kejatuhan mata wang, serangan tentera pencerobohan Iraq dan Afganistan, Serangan WCT New York, serangan pemgeboman demi pengeboman kepada manusia dimuka bumi ini termasuk segala konsperasi konsperasi ganas mereka, Tak cukup….Tak cukup…Tak cukup ????.Siapakah Melayu yang telah dapat menandingi segala itu dimata Dajjal dan Izazil tersangat istemewa baginya dibanding semua keganasan-keganasan yang disebutkan tadi ??? Akan kawan ceritakan siapakah Melayu-melayu yang dimaksudkan itu nanti. Mereka yang telah ditabal sebagai Manusia Agong Raja Iblis sebelah timur ini setaraf Dajjal disebelah Barat itu. Kamu hanya nampak Kuman nun jauh di Barat itu, Gajah didepan hidung kamu sendiri tidak kamu nampak ??? Malahan beliau ini lebih licik , jahat dan zalim dibandingkan dengan Dajjal itu. Mereka ini sepasang yang lengkap – lelaki dan perampuan………. Siapa kah nama-nama Melayu itu…..tungguuuuu ??? apa patut kawan ceritakan sekarang, atau ikut cara MF, Srikandi dan MO….. tarek masa lama-lama sikit……. lama sikit…. sikit lagi…… apa pendapat tuan-tuan dan puan-puan seklian ???. Atau kita buka ini sebagai soalan kuiz kepada pembaca seklian…. ???? Tolong bagi jawapan anda di dlm komen dibawah dan post kepada atok zamany ok, kita tengok siapa yang pandai ???
Untuk memudahkan pembaca meneka siapa kah gerangan empunya nama itu, kawan sertakan sedikit petunjuknya seperti dibawah ini :
Melayu Jawa, tahun 1478 utk lelaki nya, 1483 utk wanitanya, semasa kerajaan Majapahit utk lelakinya, semasa Perang Belanda utk wanitanya…. ini sejarah lama, cari dlm buku lama atau kedai vcd cerita Indonesia lama. kawan dah cerita sikit dlm komen di blog MF dulu, kalau anda masih ingat….cari pelan-pelan mesti jumpa punya ???
Kita lupakan sejenak soal kuiz tu, kita sambung semula ya.
JIN YANG MENYERUPAI MANUSIA :
Jin ini boleh juga menyerupai Manusia, tetapi tidak berjisim, berkulit, daging dan tulang. Ia boleh ujud menyerupai sesorang yang kita kenal seperti Ibu kita, Bapa kita, Atok nenek kita, Guru kita atau sesiapa saja yang dikenali bagi tujuan penipuan saja. Ia tidak boleh kekal begitu selamanya. Sebagai contoh didalam masyarakat Melayu yang bersahabat dengan Hantu Raya, Jembalang , Pontianak, Penangal, Polong dan semua jenis ini boleh menyerupai tuannya pada bila-bila masa diwaktu siang atau malam. Jika tuannya keluar rumah, maka dia akan duduk ditempat duduk kegemaran tuannya ( spt ditangga, viranda dll) sama seiras. Jika kita tegur dia, dia tak menjawab dan memalingkan mukanya kearah lain. Jika tuannya pergi agak lama seperti keluar negeri berniaga. Ia akan memggangu isteri tuannya dan tidur bersama seperti apa yang tuannya buat. Inilah yang selalu mendatangkan masaalah kepada isteri tuannya itu kerana sebagai isteri, dia akan tahu juga akhirnya perbezaan antara suaminya dan makhluk belaan suaminya. Bagaimana jika isterinya itu mengandung ??? kan timbul masaalah besar. Tapi selalunya anak hasil hubungan dengan sahabat suaminya itu tidak akan lahir (hilang dalam kandungan) atau mati tak cukup bulan. Tak pernah pula kita dengar anak sebegini yang hidup kerana ia akan dibunuh oleh Jin itu juga.
Begitu pun masaalah yang keji ini telah diketahui umum namun perbuatan membela, bersahabat ini tetap juga berlaku hingga kehari ini. Ya… dizaman Malinium ini pun masih ada orang Melayu yang tetap dengan perangai kuno sebegini hanya semata-mata mengejar kekayaan. Mereka tudak peduli akan kehidupan akhirat, kesusahan anak isterinya dirumah, rumahtangganya dan tomahan jiran tetangga serta masyarakat sekeliling, asalkan kaya raya. Malah pernah kawan bertemu dengan isterinya dan anak-anak mendengar sendiri rintihan mereka. Selain dari suka memakan bangkai ayam yang dibeli dipasar (ayam akan dibiarkan di atas petiais beberapa hari hingga berbau bangkai). Anak gadisnya berumur 14 tahun yang sulung juga pernah diperkosa oleh makhluk itu beberapa kali, Isterinya pun sama tetapi bila mengadu dengan suaminya. Dia buat tak tahu saja seperti tiada apa yang berlaku. Bila didesak oleh Isterinya, sisuami mula marah dan memukul semua yang ada dirumah itu. Tetapi bila kawan sendiri yang menegur dia, seperti kebiasaannya ia mula mengamuk, memaki hamun kerasukan jin dengan tiba-tiba. Kami terpaksalah pula menangkapnya dan diserah kebalai polis untuk tindakan seterusnya. Pekara ini nampak seperti tak logik, tapi ia tetap juga berlaku. Inilah dunia akhir zaman. Asfiruallahalazim.
Penjelmaan Jin menjadi manusia ini bukanlah pekara baru, ia telah ujud semasa zaman Rasuallah saw lagi. Menurut ahli-ahli tafsir yang telah memberi contoh ayat al Quran yang menjelaskan akan pekara ini, Firman Allah swt didalam surah al Anfal ayat 48 yang mafhumnya ;
” Dan ingatlah ketika syaitan memperhiaskan usah mereka (menghasut rancangan jahat supaya dipandang elok dan diteruska) lalu katanya : kamu tidak akan kalah oleh orang-orang (kaum muslimin) pada hari ini, sesungguhnya aku akan menolong kamu. Tetapi tatkala petempuran (kedua-dua pihak muslim dan kafir hadap berhadapan) kedua golongan itu, syaitan itu mundur kebelakang lalu berkata : Aku keluar dari golonganmu kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat lihat, sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat keras siksaannya “.
Keterangan ayat ; diriwayatkan peristiwa ini berlaku ketika Peperangan Badar ketika datang beberapa Syaitan kepada orang-orang kafir Musyirikin yang menyerupai Suraqah bin Malek dari suku Bani Bakr yang memang terkenal kerana permusuhan dengan Bani Quraisy dengan menyatakan taat setia untuk berperang bersama-sama mereka. Kaum Musyirikin yang pada mulanya merasa takut sekarang menjadi berani kerana penyertaan Bani Bakr didalam balatentera mereka. Setelah persetujuan itu dibuat, maka pada hari berlakunya peperangan sebenar diwaktu mereka telah nampak akan tentera kaum Musimin berserta bala tentera Allah dari langit. Secara tiba-tiba Suraqah bin Malek dan tenteranya (syaitan-syaitan) itu merasa gerun lantas mengundurkan diri kerana ketakutan dan meninggalkan pauk kaum kafir-kafir Musyirikin dimedan pertempuran.
Dari peristiwa ini dapat dikupas tabiaat syaitan yang berpaling tadah, semasa mengangkat sumpah mereka cukup berani dengan kata-kata membangkitkan semangat kaum kafir. Tetapi bila dilihatnya tentera Islam yang begitu ramai, mereka berpaling dan lari. Didalam peristiwa inilah syaitan telah menjelma menjadi manusia diantara puak orang kafir sebagai membangkit semangat sahaja. Tetapi telah menipu golongan kafirun itu diakhirnya, tinggallah mereka berhadapan dengan tentera musimin dengan Allah swt telah gandakan balatentera Nabi dengan kekuatan dilangit, hitam langit bumi semasa mereka turun. Sebenarnya kaum kafir itu telah dikepong dari depan dan belakang, kiri dan kanan mereka hingga mereka tidak mampu bergerak untuk melarikan diri lagi. Maka mereka menjadi habuan dihancur musnah oleh tentera kaum Muslimin keatas musuh Nabi saw. dan musuh Allah swt itu.
Satu lagi riwayat yang telah dicatitkan didalam al Quran juga didalam surah al Anfal ayat 30, Allah swt telah berfirman yang mafhumnya ;
” Dan ingatlah (wahai Muhammad) Ketika orang-orang kafir (Musyirikin Mekah menjalankan rancangan muslihat) memperdaya engkau, supaya mereka memenjara engkau, membunuh engkau atau menghalau engkau. Mereka itu memperdayakan (menjalankan perancangan jahat), dan Allah memperdaya mereka pula (mengagalkan perancangan mereka) kerana Allah sebaik-baik memperdayakan (pengagal segala rancangan jahat mereka) “.
Keterangan ayat : Menerangkan satu peristiwa perancangan jahat kaum Musyirikin Mekah di sebuah tempat bernama Dar Nadwah perihal untuk menghapuskan Nabi Muhammad saw. Ketika Bani Quraisy sedang berkumpul untuk bermusyuarat tiba-tiba datang seorang bernama Syeikh an Najdi dari Bani Najdi (penyamaran jelmaan Iblis) ingin menyertai musyuarat tersebut dan secara khusus memberi pendapat supaya Nabi Muhammad saw dibunuh saja. Setelah usul itu diperbahaskan dengan terperinci maka mereka semua bersetuju dengan usul utama Syeikh an Najdi tadi untuk membunuh Nabi. Allah telah memberitahu Nabi untuk keluar bersama sahabatnya Abu Bakar ra untuk keluar dari Mekah dan bersembunyi . Akhirnya Nabi Muhammad saw telah terselamat dari cubaan bunuh itu.
Begitulah jelmaan Iblis yang menyerupai manusia bernama Syeikh an Najdi untuk memberi pendapat disaat musyuarat penting kaum Bani Quraisy dengan idea yang paling jahat telah diberi dikala itu. Begitu buruk perancangan Iblis keatas Nabi Muhammad saw, tetapi Allah swt lah pelindung kepada Nabi dan menyelamatkan Nabi kita.
Golongan ini memang telah diakui boleh menyerupai Manusia, bagaimana dengan menyerupai Nabi Muhammad saw ? Telah dinayatakan didalam beberapa dalil didalam al Quran dan Hadis-hadis dimukasurat 2 bahawa Allah tidak mengizinkan mereka menyeruapi Nadi Muhammad saw . Didalam Hadis Nabi juga telah diakui bahawa golongan Jin, Syaitan dan Iblis tidak boleh menyerupai Nabi Muhammad saw. Ia muktamad !
Tetapi tidak kepada golongan jahat ini, mereka akan cuba tipu helah yang lain pula kepada manusia supaya manusia menjadi sesat akidah dan syarak. Sebagai contoh, hayati cerita ini ;
Pada satu ketika datanglah seorang sahabat ketempat kawan untuk menceritakan satu peristiwa pelek yang baru saja berlaku keatas dirinya. Beliau telah bermimpi bertemu dengan Nabi, katanya dengan serius. Beliau sebelum itu telah bermunajat dengan mengerjakan puasa sunat beberapa hari dan solat sunat hajat 12 rekaat setiap malamnya. Memang dia berhajat untuk dipertemukan dengan Nabi Muhammad saw. Beliau yang memang kawan kenal merupakan seorang yang sangat wara’ dan alim tetapi tidak pernah belajar dimana-mana pengajian Syariat dan Fiqah. Maka pada satu malam dari itu beliau pun bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw. Beliau pada mulanya sangat pasti itulah Nabi saw lama kelamaan ingin juga kepastian dari orang lain., jadi orang pertama yang dia ingat ialah Kawan. Jadi kawan tanyakan keadaan mimpi beliau itu, gambaran yang jelas supaya boleh ditentukan akan masaalah ini.
Digambarkan didalam mimpi beliau, pada waktu magrib dia hendak ke Kolam belakang rumannya untuk mandi. Sesampai saja kekolam tersebut, kelihatan seorang tua telah selesai mengambil uduk dan naik dari tangga kolam itu. Dia tidak berkata apa-apa dan juga tidak memandang kepadanya. Tiba-tiba terdetik didalam hatinya bahawa orang dihadapannya itulah Nabi Muhammad saw. Wajah nya tidak dapat dilihat dengan jelas, lalu beliau pun melutut sambil memegang tangan baginda dan menciumnya. Itu saja yang berlaku dan dia pun tersedar dari mimpinya. Jadi dia mahukan pendapat kawan. Kawan kata kan pada dia yang dia jumpa itu Iblis. Punyalah teperanjatnya dia hingga hampir pingsan dia mendengar keputusan itu. Lembik sekujur tubuhnya, mengelatar seluruh tubuhnya, peluh bercucuran diseluruh mukanya, tergamam dan memendang tepat kemata kawan dengan pandangan yang kosong. Kawan tenangkan dia lebih dari dua jam. Setelah semangatnya kembali pulih dia minta penjelasan selanjutnya dari kawan. Kenapa kawan katakan itu adalah Iblis ???
Begini… jika benar itu Rasuallah saw. Kenapa dia diam ? kenapa dia palingkan muka ? kenapa dia tak pandang mata awak? kenapa tidak berpakaian dan hanya pakai tuala ? Siapa yang berkata-kata dalam mimpi itu ? kenapa ditepi kolam belakang rumah ? Bagaimana rupanya ?
Jawapan dan gambaran seperti diatas itu langsungn tidak menampakkan bahawa kamu betul-betul bertemu dengan Nabi didalam mimpi kamu itu. Sepetutnya beliau akam memberi salam seperti lazim yang beliau buat bila bertemu dengan tetamu. Dia tidak akan memalingkan mukanya kepada umat kesayangannya. Pandangannya rebup dan sahdu tepat kemata kamu dengan senyum yang sukar kamu nak lupakan manisnya. Beliau akan berpakaian kemas dan memakai haruman dari wangian firdaus yang kamu tidak akan lupa harumnya sampai bila-bila. Tempat kamu bertemu dia selalunya di Mesjid Nabawi di Madinah. Beliaulah yang akan memperkenalkan dirinya dengan sebutan yang jelas namanya dengan penuh dan lengkap. Wajahnya akan dapat kamu tatap sepuas hati tampa rasa jemu dan tak dapat kamu gambarkan indahnya hingga keakhir hayat kamu. Begitulah lebih kurang gambaran yang sepatutnya kamu dapat bukannya seperti yang kamu ceritakan mula-mula tadi. Lama kelamaan dengan hujah dan penjelasan yang diberi, ia pun akur akan kelemahan dirinya kerana bukan semudah itu untuk dapat bermimpi bertemu dengan Baginda.
Daripada cerita diatas, dapat tak anda fahami apakah penipuan yang telah Iblis lakukan ? Yang paling utama ialah Iblis tidak mengaku dia tu Rasullah. Bukan dia yang mengatakan, tetapi anda sendiri yang menyangka doa anda dah jadi nyata kerana anda beramal. Iblis tidak bersalah, tetapi andalah yang bersalah kerana menyamakan Nabi dengan yang lain sedangkan anda sendiri tidak pernah melihat Nabi. Lagi pun sifat Nabi mestilah sempurna, bukan jumpa belakang rumah, pakai tuala mandi, rupa parasnya tidak kelihatan, tidak berkata-kata, tidak memberi salam, jumpa depan tandas, jumpa ditengah padang, jumpa tepi sungai, jumpa bawah pokok nampak hanya belakang Nabi dan banyak lagi ciri-ciri yang menampakkan kelemahan Nabi. Memang benar juga atas kehendak Allah segalannya mungkin dan kamu boleh jumpa Nabi dimana-mana saja. Tetapi didalam soal mimpi yang soheh dan benar ia tidak begitu. Ia mestilah tiada keraguan sifatnya dan sentiasa akan menampakkan kesempurnaan sifat Nabi yang Allah swt tetapkan ke atas dirinya semasa zahir (hidupnya dahulu) atau batinnya (kehidupan beliau sesudah wafat) tanpa keraguan pada diri umatnya yang sangat Nabi sayangi ini. Jangan mudah terperangkap dengan dakwaan sesat seperti dakwaan sesetengah orang yang cuba memutar belitkan Fakta. Seperti dakwaan Rasul Kahar, dakwaan Ayah Pin, dakwaan Asyaari Arqam, dakwaan Ahmad Laksamana, dakwaan Katijah Ali, dakwaan Aurad Ismailiah dan ratusan malah ribuan dakwaan bertemu Nabi , mendapat mandat dari Nabi, diarah mengantikan Nabi dan berbagai lagi dakwaan yang merapu, tak tentu arah dan memutar belit faktar sebenar yang boleh menyesatkan akidah kita. Jangan mudah tertipu dengan mereka yang mengaku bermimpi atau bertemu Nabi begitu saja. Kaji dulu akan kelebihan dan kekurangan diri mereka itu dulu. Bagaimana nak bertemu Nabi jika syariat Nabi, akhlak Nabi, Ibadah seumpama Nabi tidak kamu buat dengan tekun dan tidak duduk didalam wilayah itu. Manakala keilmuan yang kamu ada tidak menjurus dan berwasilah menyampai kepada Baginda ? Jadi bagaimana dapat kamu jelaskan bahawa yang kamu jumpa itu sebenarnya Nabi, sedangka kamu sendiri merasa ragu akan pekara itu ?
Lihat disebuah kisah lain, Ia mendakwa bahawa apabila hendak mati akan datang (nampak) sesorang menjemput kita, setengah mengatakan ibu kita, setengah mengatakan bapa kita, setengah mengatakan guru kita dan banyak lagi dakwaan. Pekara ini memang benar, iaitu jemputan untuk pulang itu bukan hanya dihadiri oleh Malikat Maut sahaja, malahan ada orang yang paling kamu percaya akan hadir bersama-sama untuk menjemput anda. Tetapi kamu juga harus hati-hati untuk menentukan siapa yang layak untuk kamu ikut, bukan Ibu kamu, bukan kawan kamu, bukan tok lebai kampung kamu, bukan Bapa kamu, bukan Atok kamu yang warak itu, semuanya bukan ! Kalau semuanya bukan siapa dia itu ? Untuk menentukan pekara ini kamu mestilah diwaktu hidup mu belajar berkenannya. Bukan main dengar cakap orang saja. Belajar dengan guru yang juga menyampai keilmuannya pada tangan Rasuallah saw yang dipanggil Wasilah (pewaris ilmu Nabi) dan pula mempunyai Rabitah (tambatan hati) kepada Rasulullah juga. Pekara ini “wajib” didalam pembelajaran Rohani. Bukan main serkap jarang atau tangkap muat saja. Bukannya belajar dengan guru-guruan ditepi jalan atau diwarong-warong kopi saja. Ia mestilah bertempat dengan tempatnya yang sempurna juga. Jadi hati-hati ya !
Carilah Jalan Menuju Mati untuk mendapat ” Hismulhatimah” (kesudahan yang sempurna) dalam menhadapi “Sharakatulmaut”, iaitu mati yang baik keatas penghidupan kita ini. Anda diingatkan selalu berdoa khusus untuk pekara ini. Ilmu Jalan Menuju Mati, bukan untuk orang-orang pencen saja atau orang yang telah berumur yang dah nak mati saja. Tetapi juga untuk semua peringkat umur sebab maut itu datang tidak mengira umur atau usia. Bila-bila masa sahaja boleh hadir, dimana-mana juga. Kita seharusnya sentiasa berwaspada selalu.
Jangan sampai kamu nanti. …Mati Katak…..Mati Konyol….Jadi Hantu…..Jadi Toyol…????
TEMPAT KEMASUKAN JIN :
Seperti yang telah diperbincangkan dengan panjang lebar akan perbuatan jahat golongan Jin, Syaitan, Ifrait dan Iblis yang sangat suka menganggu, mengacau, membisik, menyesatkan, menipu dan semua jenis perbuatan jahatnya kepada Umat Manusia. Adalah sangat perlu kita mengatahui kita mengatahui dimanakah tempat yang mereka boleh masuk ditubuh kita ini. Ruang atau lubang manakah pada tubuh kita yang menjadi laluan masuknya setiap hari dan masa tampa kita sedari. Melalui tempat ini mereka akan masuk dan terus membuat sarangnya didalam tubuh kita. Dari situ pula mereka melancarkan kegiatan jahat mereka merosakkan semua sistem tubuh manusia untuk melupakan perintah Allah swt. Supaya sesat bersamanya untuk masuk kedalam Neraka Jahanam yang telah tersedia untuk mereka. Kepada manusia yang sedar dan dapat berpatah semula, anda terselamat. Tetapi yang terus terjun dengan keindahan dunia dan leka dibuai oleh alunan nyanyian Iblis, maka akan pula menerima azab yang pedih bersama- sama Iblis tadi. Sesungguhnya mereka itu tidak akan terlepas.
Ada 14 laluan kemasukan atau lubang tempat mereka masuk kedalam tubuh Manusia. Laluan-laluan itu adalah seperti berikut :
1) Diuluhati, paru-paru, hati dan jantung Manusia.
2) Tulang siku dan cantuman pelipat siku tangan kanan.
3) Tulang siku dan cantuman pelipat siku tangan kiri
4) Pelipat dan tulang kepala lutut kaki kanan
5) Pelipat dan tulang kepala lutut kaki kiri
6) Lubang tengkuk
7) Dua urat pada tengkuk
8) Tulang Solbi dipunggung
9) Lubang hidung dan mata sebelah kanan
10) Lubang Hidung dan mata sebelah kiri.
11) Lubang dan cuping telinga sebelah kanan
12) Lubang dan cuping telinga sebelah kiri
13) Lubang dan semua rongga mulut.
14) Lubang pusat. ari-ari dan kemaluan manusia.
Melalui 14 ronga inilah didalam tubuh manusia golongan Jin akan masuk seterusnya akan memasuki pembuluh darah dan terus kejantung dan ketempat-tempat kegemaran mereka yang lain. Kesemua 14 tempat kemasukan Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis ini haruslah sentiasa ditutup dengan keadah tertentu supaya laluan ini tidak boleh lagi mereka gunakan. Keadah-keadah ini hanya dapat dipelajari jika anda berguru. Tampa guru, ia tidak boleh diajarkan kerana pekara ini memerlukan ijazah darinya. Tempat-tempat kegemaran mereka ada 7 tempat di dalam tubuh manusia iaitu :
1) Tempat pertama sekali yang mereka akan tuju ialah Jantung dan rongga lain didada manusia seperti hati, paru-paru, limpa, perut, huluhati, pangkrias dan semua saluran penafasan manusia. Disinilah sarang paling besar syaitan dan iblis seolah-olah seperti sebuah istana. Dari Jantung yang mereka kerumuni beramai-ramai, Iblis akan mentadbir semua balatenteranya terdiri dari syaitan dan ifrit untuk mendiami pula tempat seperti. Seperti yang kita tahu dijantung kitalah terletaknya Kalbi (kalbu) iaitu pandangan rohani yang juga dikenali dengan nama mata hati. Inilah sebabnya maka Iblis menguasi tempat ini dan menjadikan kawasan itu sebagai Istana pentadbirannya untuk menutup pandangan mata hati manusia kepada Allah swt. Jika ia terbuka maka cahaya yang keluar dari kalbu itu akan pula menghancurkan mereka. Jadi mereka berkurumun seramai mungkin dikawasan itu. Disini juga ada pandangan yang lebih utama iaitu dipanggil “Sir” terletak didalam kalbi itu yang lebih halus sifatnya. Apabila manusia telah berjaya mengeluarkan kedua-dua cantuman cahaya itu, tiada apa lagi yang mampu mereka buat, terpaksalah mereka lari meninggalkan tubuh itu, sebelum mereka hangus menjadi debu.
2) Mata dan rongganya dikedua-dua belah kanan dan kiri. Orang yang telah dikuasi oleh Jin ini matanya akan berkilauan seperti mata kucing bila disuluh lampu. Mereka juga amat takut bertentangan mata dengan manusia. Selalunya apabila bomoh menurun, perhatikan kelakuan dan gerak gerinya, ada yang menyelubungkan kepalanya dengan kain supaya penyamarannya tidak kelihatan oleh manusia.
3) Duduk dirongga mulut dan kawasan itu seperti lidah, kerongkong, gigi, gusi, lelangit, tekak dll. Mereka menguasi mulut manusia dan manusia yang telah dikuasi akan suka sekali mengumpat, mengeji, mengadu domba, mencarut, memaki hamun, berbual kosong, suka minuman keras, mabuk, meracau, bercakap seorang, meletah dengan perkataan lucah, suka makanan haram, menghisap rokok dan benda-benda yang menghayalkan seperti ganja, dadah yang dimakan dan semua perbuatan dosa yang disebabkan oleh mulutnya.
4) Duduk di telinga manusia dikiri dan kanan, samaada dicupingnya atau pun dilubangnya. Manusia yang telah dikuasi telinganya oleh golongan Jin ini amat benci dengan ceramah agama, laungan azan, bacaan ayat al Quran, nasihat, teguran disebaliknya pula amat suka dengan mendengar Musik, mendengar perbualan orang, mendengar umpatan orang, mendengar gosip artis atau pemimpin, suka dikawasan yang bising seperti di disco, pup, kelab malam dll.
5) Duduk dihidung atau ronga hidung dikedua-duanya. Manusia yang telah dikuasi hidungnya amat suka haruman dari alkohol, menghidu gam, menghidu kokin dan bau-bauan yang merosakkan otak dan tubuh badannya. Melalui penghiduan juga semua jin mudah masuk melalui udara yang dihidu masuk keparu-paru dan ronga-ronga lain didada. Salah satu gejala yang paling teruk apabila manusia itu mengelami resdong, selsema, hidung berair busuk dll.
6) Duduk dipusat dan ari-ari manusia. Ini termasulah rongga yang lain seperti buah pinggang, dan usus manusia. Apabila mereka telah menguasi kawasan ini, maka manusia itu akan selalu sakit perut, angin berpusing-pusing, sengugut, sakit dalam perut, sakit buah pinggang, pundi-pundi kencing, ulsa (barah usus), apendik, gestrik dll.
7) Duduk dikemaluan dan semua sistem peranakan bagi kaum wanita dan juga sistem pengeluaran benih bagi kaum lelaki. Manusia yang telah dikuasi kemaluannya tidak kira wanita atau lelaki amat suka bersetubuh, berzina, meliwat, beronani, sex bebas, sex beramai-ramai, merogol, sumbang mahram, homosexsual, lesbian, suka berhayal akan sex, pelacuran, menjual tubuhnya dan sebagainya. Kejahatan dan dosa bahagian kemaluan inilah yang paling ramai dewasa ini dilakukan dimerata tempat hingga sanggup membunuh untuk menutup malu.
Sebab itulah kita sentiasa disarankan mengambil wuduk atau sentiasa berada didalam wuduk kerana dengan berwuduk bermakna kita telah membersehkan 4 tempat pergantungan golongan Jin ini. Kemudian 2 lagi tempat dibersehkan dikala kita mandi setiap hari. Ingatlah setelah kita cucu tempat-tempat itu kita sebutlah nama Allah padanya. Berserahlah kepada Allah untuk memelahara anggota-anggota tubuh kita itu dari didiami golongan Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis. Hanya tinggal 1 lagi iaitu anggota yang duduk didalam iaitu Jantung yang didalamnya terletak Kalbu, pandangan Basrah dan “SIR” yang harus dibersehkan dengan wirid, uslah, puasa, zikir tafakur dan membaca al Quran selalu. Terbaik jika diberikan “Ijazah” oleh guru bertauliah akan semua senjata-senjata itu untuk kita amalkan bagi kita memberus kotoran yang terlekat oleh mereka yang jahat itu.
Jika semuanya telah berseh, maka keluarkan pula saka maka yang bersangkutan dengan kita supaya kita benar-benar berseh mutlak untuk mengadap Allah setiap hari. Dtambah pula dengan keadah menutup 14 tempat laluan mereka yang telah dipelajari dari guru kita. Barulah amalan dan semua kerja buat kita diterima Allah swt sebagai amalan disetiap masa dan tempat.
CARA-CARA KEMASUKAN JIN :
Diatas telah dinayatakan akan tempat-tempat kemasukan dan juga tempat bersarangnya golongan Jin ini didalam tubuh manusia. Sekarang mari kita lihat bagaimanakah caranya mereka menyelusup masuk kedalam tubuh manusia. Cara-cara kemasukan golongan Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis kedalam tubuh manusia terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :
1) Melalui pengambilan “Sahabat” dan “Khadam” dimana manusia itu sendiri menjemput golongan Jin ini mendiami tubuh badannya sebagai sarang. Melalui pertolongan sahabatnya itu Manusia itu akan merasa selesa kerana tugasnya telah diambil alih oleh sahabatnya itu.
2) Dengan melakukan Sihir dari satu manusia ke satu manusia yang didendaminya. Dengan cara ini juga tidak diketahui siapa perilakunya yang sebenar. Jika berlaku kematian dia akan terselamat dari hukuman dunia.
3) Menerima Jin Saka keturunan semasa ibu atau ayahnya mahu meninggal dunia. Selagi tiada salah satu anaknya mahu menerima saka Ibu atau Ayahnya itu, selagi itulah nyawa tidak akan terlepas dari jasad, maka terseksalah ibu atau ayahnya menghadapi Sharakatulmaut diseksa dengan seksaan yang amat pedih sekali. Atau pun orang tuanya yang tidak sempat membuang saka itu telah meninggal dunia dan jin saka itu sendiri yang memilih untuk tinggal dengan sesiapa juga ahli keluarga tuannya itu pula. Suka atau pun tidak, jin saka ini akan duduk juga ditubuh anda tampa menghiraukan perasaan anda. Jika anda berdegil juga, bermacam penyakit yang akan datang kepada anda termasuklah menjadi gila.
4) Manusia dalam keadaan sengaja ataupun tidak sengaja telah membunuh keluarga salah seekor dari golongan Jin. Jin Islam yang menjelma menjadi ular umpamanya telah memasuki rumah anda dan tampa berlengah lagi anda telah membunuh ular tersebut. Kaum keluarga Jin Islam itu akan pula menuntut bela atas kematian keluarganya ditangan anda. Jika mengikut Hukum Qisas didalam hukum syarak, maka mereka berhak juga membunuh anda. Jikalau pekara seumpama itu berlaku kepada Jin yang anda bunuh itu merupakan Jin kafir, maka jam itu juga anda akan mati ditanggan mereka tampa dakwaan lagi. Kalau umpamanya anda telah memijak atau tertendang atau menghempap mereka dengan benda berat yang menyebabkan mereka sakit. Maka mereka juga akan membuat anda sakit seperti ahli keluarga mereka itu. Pekara ini amat rumit untuk manusia itu dilepaskan selagi ahli keluarganya tidak sembuh dari sakit akibat perbuatan anda.
5) Manusia yang mengambil mana-mana zikir, sepotong ayat Quran, mentera jampian atau belajar dari guru-guru yang tidak mampunyai pertalian pelajaran dan keilmuan yang menyampai ditangan Baginda Rasuallah saw atau dari orang-orang yang tidak diketahui asalusul pengajiannya atau diambil dari dalam mimpinya dengan tiada usul telah mengamalkan pula zikir, ayat, jampi tersebut secara berseorangan tiba-tiba menjadi gila. Ini orang jawa panggil Gila Isim. Atau telah berlaku kemasukan jin didalam badannya (Tanasalul Arwah) atau boleh saja beliau pandai berubat, berpidato bab agama, memberi hujah dan pendapat tentang hal-hal masyarakat, nikah cerai, bab munakahad, bab muaamalat, Fikah, Syarak,akhlak, tauhid, tasauf, tarikat, hakikat seolah-olah Guru agung atau Mufti atau Khodi lagaknya tampa ia belajar dari mana-mana perguruan pondok atau pesentern. Kemudian menjadi guru atau ustaz yang pula mengajar agama disemua bab, pada mulanya memang tidak nampak. Tetapi lama kelamaan pekara ini akan terbongkar juga kepada masyarakat sekeliling akan ajaran sesatnya itu.
6)Kepada manusia khasnya kaum wanita yang suka bersolek semasa keluar dari rumah. Memperagakan rambutnya, kecantikan wajahnya, kecantikan tubuhnya yang mendedahkan auratnya dikhalayak ramai dan apabila ada dikalangan kaum Jin yang telah jatuh cinta terpandangkan wanita itu maka akan berlakulah kesusahan kepada wanita itu kerana disihir oleh Jin tadi ada yang sampai gila angau, gila meroyan, sasau berjalan dalam tidur mencari Jin itu dan berbagai lagi masaalah yang timbul dek sebab pekara yang tidak disengajakan oleh wanita itu. Bukanlah niat wanita manusia itu untuk memikat Jin itu, tetapi kesalahan wanita itu ialah tidak menutup auratnya dan suka bersolek semasa keluar ruman. Itulah sebabnya Islam melarang pekara ini.
7)Manusia yang tidak mahu beribadah dan lalai akan perantah Allah swt malah suka melakukan semua pekara yang ditegah dalam syarak. Mereka dengan sengaja menjauhkan diri mereka dari Allah swt dan dengan sendirinya pula mendekatkan dirinya bersama-sama Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis. Mereka akan terus hanyut dan hayal bersama-sama keseronokan dunia dibuai oleh Syaitan dan Iblis sehingga mereka tidak dapat keluar lagi dari cengkaman mereka-mereka itu. Mereka akan terus sesat dan akam mati didalam keadaan menzalimi diri mereka sendiri. Setelah sahehmati barulah mereka kesal akan semua tindak tanduknya semasa didunia, sudah terlambat saudara saudari seklian. Tidak ada lagi jalan untuk anda patah balek semula kedunia, tiada apa yang dapat dibuat lagi, terpaksalah anda menghadapi seksaan yang telah disediakan untuk kaliian. Hanya Rahmat Allah dan Sfaat Rasullah saw saja yang mampu menolong anda dikala itu.
Pergerakan utama Jin didalam tubuh manusia adalah mengikut aliran darah melalui semua urat saraf, pembuluh darah yang sambung menyambung diantara satu dengan yang lain. Apabila mereka dapat masuk ketubuh manusia, pekara pertama sekali yang mereka lakukan ialah dengan mencari pembuluh darah dan urat-urat nadi manusia kerana disitu mereka akan mudah bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Rasuallah saw pernah bersabda didalam sebuah hadis sahih yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Sayidah Syafiyah binti Huya bahawa beliau pernah mendengar Rasuallah saw bersabda yang maksudnya ;
” Sesungguhnya Jin (syaitan) itu berjalan didalam tubuh anak Adam (manusia) sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya “.
Maka seharusnya kita sentiasa menjaga akan permakanan kita, carilah makanan yang halal supaya menjadi darah yang halal pula. Dengan itu kita akan menyempitkan jalan tempat duduk mereka itu disitu atau mereka tidak duduk didalam darah yang halal dan berseh yang sentiasa menyebut nama Allah berserta doa ketika makan yang kita amalkan.
JENIS PERMUSUHAN JIN KEPADA MANUSIA :
Allah swt telah menjelaskan didalam al Quran terdapat 3 jenis permusuhan kaum Jin kepada Umat Manusia dari dahulu hinggalah sekarang. Ia adalah seperti berikut ;
1) Mengujudkan kejahatan yang dinamakan As Suu iaitu kejahatan menghasut manusia berbuat dosa-dosa dengan membuat maksiat didalam hati dan juga anggota badan mereka. Manusia yang memang cenderung untuk melakukan kejahatan dan maksiat akan mudah termasuk kedalam perangkap Iblis dan kuncu-kuncu itu. Tapi setelah kamu sedar dari lamunan mimpi kamu merasakan tidak akan diapa-apakan oleh mereka pada masa itu. Ternyata anggapan begitu akan melemahkan lagi Iman Manusia yang sebenarnya tertipu dengan segala muslihat permainan puak Jin, maka anggapan itu sebenarnya satu kenyataan yang manusia itu telah berada dipihak yang salah dan terpaksa menghadapi hukuman yang berat dari Allah swt.
2) Mengujudkan kekejian yang dinamakan Al Fahsyah iaitu menghasut manusia melakukan kejahatan yang lebih jauh lagi yang amat keji disisi Tuhan iaitu derhaka akan semua perintahNya dan membuat semua yang dilarangNya. Apa saja yang dilarang seperti berjudi, minum arak, berzina, mencuri, berbuat zalim, mengadu domba, memfitnah, mengumpat, mengeji, membunuh, merogol, memukul, menyihir, menipu, memakan riba, memakan harta anak yatim, dan bermacam-macam lagi perbuatan mungkar akan dilakukannya dengan tiada rasa bersalah dan takut akan seksaan yang menantinya diakhirat kelak. Mereka ini bertambah jauh dari rahmat Allah dan mempunyai hati yang telah hitam sepenuhnya yang tiada rasa insaf akan semua perbuatan keji terhadap Allah swt.
3) Berbohong terhadap Allah swt sedangkan mereka telah pun berjanji taat setia semasa kejadiannya dahulu. Tahu kah kamu apa perjanjian yang telah kamu lafaskan dihadapan Allah Rabuljalil dahulu semasa kamu di Alam Roh, maka dengan perjanjian itulah kamu dilepaskan untuk hidup di dunia ini ? Kamu tidak ingat akan perjanjian dan sumpah yang telah kamu akad dahulau ? Baiklah, akan kawan peringatkan sekali lagi apakah sumpah dan janji itu, disini pada saat ini untuk kamu kenangkan semula dan berjanji pada diri sendiri untuk berpatah semula kepangkal jalan jika kamu telah tersesat jauh atau dekat, Janji dan sumpah taat setia ini telah Allah rangkumlan didalam al Quran, maka Allah swt telah berfirman didalam surah al Akraf ayat 172 yang mafhumnya ;
” Ketika Tuhanmu menjadikan keturunan anak Adam daripada tulang punggung mereka (tulang solbi), Dia mempersaksikan dengan diri mereka sendiri, Allah berfirman : Bukan Aku Tuhan kamu ? sahut mereka : Ya, kami menjadi saksi, supaya kamu juga mengatakan pada hari kiamat : Sesungguhnya kami lengah (lalai) terhadap perihal ini “.
Keterangan ayat : Inilah rangkuman sumpah dan janji yang telah kamu, kita dan semua manusia ucapkan dinadapan Allah dahulu semasa kamu di Alam Roh. Telah kamu lafaskan dengan lidah dan mulut kamu, kemudiannya telah pula mentasdihkannya didalam tiap-tiap hati diantara kamu dan dengan sekujur tubuh badan kamu akan taat setia akan perjanjian itu dihadapan Allah Rabuljalil sendiri. Maka dengan sumpah taat setia inilah kamu dilepaskan untuk hidup dimuka bumi sekarang ini. Bagaimana kah kamu ingin menafikannya lagi, setiap jiwa akan menjadi saksi pula keatas jiwa-jiwa yang lain secara hadap hadapan esok dihari perhitungan itu . Kata sesetengah ahli tafsir, bahawa Allah telah memangil Adam dan disapu akan punggung Adam, maka keluarlah seluruh keturunan darinya lalu diminta menjadi saksi akan keEsaan Allah. Maka semunya telah menjadi saksi dan bersumpah taat setia terhadap Allah swt. Maka dengan sumpah taat setia itulah Allah swt melepaskan seluruh jiwa itu untuk hidup dimuka bumi sekarang ini, termasuk kamu, kami, kita, engkau, aku dan semua manusia yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Kepada mereka yang telah melupakan janji dan sumpah ini, maka mereka telah diletakkan didalam ungkapan berbohong terhadap Allah. Kenapkah kamu semua terpaksa menjadi saksi sebelum kamu hidup dahulu ? Supaya kamu tidak boleh berdolak dalek memberi hujah menyalahkan ibubapa, datuk nenek keturunan kamu yang telah sesat, jadi kamu minta dilepaskan seksaan itu disebabkan perbuatan mereka itu sedangkan kamu akan dipertanggung jawabkan atas semua perbuatan kamu sendiri. Bukankah kamu telah diberi akal fikiran ???
Awasi akan 3 jenis permusuhan serta tipuhelah golongan Jin dan kuncu-kuncunya ini dengan ceramat setiap hari dan masa kerana mereka tidak akan berhenti dari menganggu kamu sehingga akhir hayat kamu kecuali mereka-mereka yang telah diberi keselamatan dari gangguannya ini. Mereka-mereka yang telah melepasi wilayah dan sentiasa duduk didalam Tauhid Allah bersama-sama kekaseh Allah dan berserta Allah dimana jua dia berada pada setiap masa dan waktu selama-lamanya hingga hari kiamat.
kembali semula kepada soalan kuiz diatas, bagaimana, boleh beri jawapannya, cuba teka ???
Siapakah nama-nama Manusia Iblis yang kawan maksudkan itu, seorang lelaki yang bergelar Maharaja Agung Manusia Iblis dan yang wanitanya bergelar Maharani Agung Manusia Iblis disebelah Timur ini, raja segala sihir, raja segala sakti dan menjadi musuh dalam lipatan kepada bangsa Melayu dan seluruh keturunannya terutama di kawasan benua Nusantara ini.
Sila hantarkan pendapat dan jawapan kepada kuiz yang telah diberi diatas. Kawan terpaksa tarek lagi rencana ini kesatu lagi mukasurat dikeluaran akan datang supaya dapat memberi laluan kepada pembaca semua memberi jawapan kuiz ini.
Harap Maaf, kesulitan amat tidak disengajakan……..
Kepada mereka-mereka yang menunggu akan tajuk-tajuk Bunian, Dewa, Dajjal, Izazil, Daulat dan lain-lain lagi pastikan anda tidak terlepas episot akhir dalam mukasurat 4 rencana ini iaitu “IBLIS DAN ALAMNYA (Musuh Kamu Yang Paling Nyata)”
Sekian dulu untuk kali ini,
Zamany
Filed under: Ilmu Hakikai, Saka, Silat, Syaitan, Tarikat, Zamany
Mac 10, 2010 • 9:03 am 0
TERIMA KASEH SEBAB SABAR MENUNGGU, INILAH YANG ANDA TUNGGU-TUNGGU. KAWAN HADIAHKAN KEPADA ANDA SEMUA…..
.Setelah kita didedahkan dengan tempat-tempat kemasukan golongan Jin kedalam tubuh manusia dan berbagai permusuhan golongan jin ini kepada umat Manusia, maka marilah kita mengatahui pula akan bangsa-bangsa Jin ini. Maklumat didalam bab ini juga adalah penyelidikan sendiri dan juga penjelasan beberapa orang Guru yang arif dalam bab makhluk Jin ini.
BANGSA-BANGSA JIN.
Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki berbagai bangsa, puak dan keturunan juga. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran seperti manusia. Setiap puak itu memiliki ketuanya atau Rajanya juga. Dari sini terbentuk pula Daerah pentadbiran seterusnya Negeri-negeri dan terakhir menjadi Negara-negara. Gabungan negara-negara itu pula membentuk Kerajaan Besar antarabangsa mereka ( seperti PBB bagi pentadbiran negara-negara oleh manusia) yg juga ditakbir pula oleh golongan Maharaja mereka. Disini mereka juga memiliki seekor Maharaja Agung mereka, pentadbira tertinggi mereka. Mereka memilih pentadbiran beraja, bukan pentadbiran demokrasi berpalimen. Kerajaan Unilatral beraja, yang hanya mendengar perentah dari satu Maharaja tertinggi mereka dan raja-raja mereka. Oleh itu golongan Jin ini bolehlah dibangsakan kepada 3 puak yang besar iaitu :-
Satu bangsa Jin yang digambarkan sangat jahat penipuannya kepada manusia. Ifrait mempunyai kerajaan yang luas yang ditadbir oleh anak-anak Rajanya yang sangat jahat. Bala tenteranya adalah terdiri dari kaum kerabatnya yang ramai, Suka menjadikan diri mereka Sahabat atau Khadam manusia supaya mudah menipu manusia. Terlampau licik dan cekap menipu mamusia dari semua arah terutama didalam bab akidah. Manusia yang tipis pengatahuannya akan mudah diperkotak katik kan mereka ini. Hasutan dan tipu musilahat nya yg halus tidak dapat dikesan oleh manusia. Sekali terjebak, amat sukar untuk keluar dari masaalah itu. Salah satu contoh yang boleh dibagi ialah menyimpan sahabat, dengan perantaraan pawang, dukun dan bomoh manusia yang semamangnya bersatu dengan golongan Ifrait itu akan dengan mudah mendapatkan sahabat hantu raya yg dari keluarga Ifrait juga kepada manusia yg didalam kesusahan hidup yg miskin. Maka dengan adanya sahabat hantu raya itu, manusia yg miskin tadi akan cepat menjadi kaya raya. Manusia itu akan dikenakan beberapa syarat (diindonesia dipanggil Pensyaratan)yang sudah tentu melangar hukum syarak contohnya menghidangkan makanan kepala kambing hitam, darahnya dan semua isi perutnya setahun sekali dibuat seperti persembahan di Kaki bukit tertentu atau ditebing sungai tertentu.
Manusia yg dungu tadi beranggapan bahawa syarat itu agak mudah, lagi pun apabila sudah kaya bukan setakat kambing malahan lembu pun boleh dipersembahkannya. Ia pun bersetuju dengan syarat kecil itu. Maka upucara mengambilan sahabat dilakukan oleh pawang tadi dikaki sebuah bukit. Dari saat itulah kehidupan manusia itu telah pun berubah secara pelahan-lahan, terutama dalam soal agama. Dah mula tinggal solat, puasa dan semua amalan agamanya. Kemudian berjinak-jinak dengan maksiat, bertukar menjadi peminum arak, berjudi dipadang-padang golf, berzina dikelab-kelab karoke, berfoya-foya dan mengamalkan sex bebas. Hidupnya mewah dengan segala kesenangan dunia. Apa saja yang disentuh menjadi duit. Dia sangat bahagia dengan kehidupan barunya itu kerena itulah yang dicarinya selama ini. Anakbini dirumah menjadi tidak karuan, mereka merasakan kepanasannya. Mereka juga telah mengatahui perubahan yang sangat jauh kepada ayah mereka ini. Ayah mereka sedang “bertukar kulit” menjadi jin Ifrait iaitu hantu raya. Jin itu pula sudah mula ingin menzahirkan dirinya dengan menggunakan jasad sahabat manusianya itu. Jin itu mahu bersatu dengan tuannya akibat kesetiaan tuannya akan suruhannya saban tahun. Ia sudah mula terbalek, jin akan menjadi tuan, manusia akan menjadi hamba pula. Manusia tuannya itu tidak mengatahui akan perubahan itu, ia masih ingat biasa saja. lama kelamaan Jin itu menguasi sepenuhnya jasad manusia itu dengan menzahirlan wataknya sebenar. Watak penipu licik dalam bidang kewangan kolar putih.
Akhirnya ia ditahan polis dan didakwa dengan berbagai jenayah iaitu menipu mengambil wang deposit bagi pelaburan untung tinggi atau ‘roll program’ dan forex. Disamping didakwa pecah amanah melibatkan jutaan ringgit ia juga telah bergaduh dihalayak ramai dan cuba membunuh. Turut didakwa dibawah seksen jenayah keluarga kerana merogol anak sendiri, liwat anak sendiri dan memukul Isterinya. Untuk kesemua jenayah itu beliau dipenjara seumur hidup dan sebatan 32 kali. Jadi lihatlah kebodohan manusia ini, ditipu bulat-bulat oleh Jin Ifrait itu, bertimpa-timpa masaalah dan kemudiannya membawa kepada hukuman yang telah beliau terima di atas dunia ini dan ia juga tidak terlepas akan hukuman diakhirat kelak. Ambillah ektibar dari cerita ini.
Bangsa dan puak inilah yang paling ramai sekali. Bangsa Syaitan ini yang banyak diperkatakan didalam al Quran. Puak Jin Syaitan ini mempunyai kerajaan dan Raja-raja mereka sendiri. Pentadbirannya juga serupa dengan kerajaan yg telah disebutkan terdahulu. Mereka inilah yang merupakan gerak jentera kerja Iblis dan Izazil untuk menghasut manusia supaya melalaikan Ibadah, melambat-lambatkan solat, perasan malas, membisik didalam hati manusia akan keseronokan dunia. Manusia akan rasa perbuatan haram itu lebih nikmatnya dari perbuatan yang halal dimana ia sebenarnya adalah duduk didalam waham semata-mata. Mengadu domba atau bercerita dan menyampai-yampai cerita peribadi orang sehingga menimbulkan fitnah yang besar dan pergaduhan hingga masuk kedalam makamah, saman menyaman yang disensasikan didalam TV dan didada akhbar-akhbar. Membuat manusia suka berhayal memasang angan-angan dan seterusnya pengambilan dadah untuk duduk terus didalam hayal yang jauh bagi melupakan masaalah pejabat, tekanan kerja, stress, masaalah rumahtangga, masaalah kewangan yang meruncing, beban hutang syarikat, beban hutang Bank dll. Menjadi peminum arak dan seterusnya terjebak didalam ketigehan arak dan dadah yang kronik. Maka hancur musnahlah kehidupan manusia itu akibat hasutan syaitan tadi.
Menimbulkan perasaan cemburu yang melampau-lampau yang asalnya hanya kecil dihati merebak menjadi besar kerana melayan perasaan ini. Memang manusia ada sedikit perasaan cemburu, tetapi ia harus dididik kearah kebaikan, bukan mengikut arah syaitan yang sentiasa menunggu peluang dan ruang yang anda buka untuknya. Cemburu dalam semua pekara, cemburu melihat kejayaan orang lain. Cemburu melihat kekayaan orang lain, Cemburu melihat kecantikan orang lain dan merebak menjadi segala-gala yg dilihatnya akan mendatangkan cemburu, iri hati hingga digelar busuk hati. Ia inginkan kesemua yang dimiliki oleh orang lain itu menjadi miliknya. Atau cuba mengatasi jiran tetangganya dalam segala hal. Ia sentiasa mahu nampak lebih dari rakan-rakan, jiran tetangga malahan lebih lagi dari semua penduduk bumi yang ada. Inilah sifat cemburu yang melampau dihasut oleh Syaitan.
Biasanya manusia yang terjebak dengan hasutan Syaitan ini hanya bermula dari masaalah yang kecil sahaja dan akan berlarutan menjadi besar hingga membinasakan diri manusia itu sendiri. Didalam contoh yang lain sesorang yang selalu bercakap besar, akan terus menerus berbohong sehinggakan menyampai kepada masaalah yang lebih besar pun terpaksalah dia berbohong juga. Dari bercakap besar kepada berbohong dan kepada menipu pula. Hingga ia tertangkap kerana menipu rakan niaganya. Oleh kerana hendak menyedarkan nya, tindakan undang-undang diambil keatasnya supaya ia sedar akan perbuatan hinanya itu. Satu lagi hasutan syaitan ialah dari perasaan iri hati diatas kejayaan rakan nya dan kemunduran perniagaan nya maka timbul pula perasaan berperasangka buruk kepada rakannya itu. Ia menyangka perniagaan nya itu akibat perbuatan rakanmya yang telah berjaya itu. Perasaan Syak ini amat merbahaya yang akan pula merebak kepada penggunaan ilmu sihir, santau, tuju-tuju, penginyaan kepada rakannya itu. Jadi meranalah rakannya kerana sihir yang dibuatnya melalui seorang bomoh. Dia gembira melihat hajatnya tercapai dan asyik tersenyum diwajahnya saban hari. Hatinya puas kerana berjaya menjatuhkan rakannya sendiri. Walhal semua itu adalah perbuatan Syaitan yang membisek-bisek dihatinya. Rakannya itu langsung tidak berbuat apa-apa kepadanya. Kerana syaitan mendatangkan perasaan syak yang tinggi maka pekara ini berlaku. Ingatlah tuan-tuan akan bisikan Syaitan tidak pernah berhenti selagi kita hidup.
3)Puak Iblis.
Satu bangsa Jin yang sangat alim, warak, ahli abadi, menjadi ketua kepada Malikat dan Jin kerana kuat ibadahnya juga keistimewaan (kesaktian) yang telah Allah kurniakan kepadanya. Pernah mengetuai balatentera perang bersama-sama malaikat untuk menghapuskan satu golongan Jin yang membuat kerosakan dialam Syurga dahulu dengan perintah Allah swt. Selepas itulah timbul perasaan ego dihatinya kerana telah mengatahui tiada satu makhluk Allah yang boleh mengalahkannya. Peristiwa ini berlaku sebelum Adam diciptakan. Selepas peristiwa inilah Allah yang Mahamengatahui telah menciptakan Manusia. Pertama sekali untuk menguji Iblis atas keimanannya terhadap Allah swt. Apabila Allah memerintah semua makhluk ciptaannya untuk sujud kepada Adam as kerana Adam dan semua keturunannya telah dilantik menjadi Khalifat (ketua seluruh makhluk) oleh Allah swt. Maka semua makhluk ciptaan Allah swt sujud patuh atas perintah itu kecuali Iblis. Ini adalah kerana ia merasa seharusnya dialah yang mendapat darjat Khalifah itu oleh kerana amal ibadahnya yang tiada tandingannya serta satu jenis kuasa istimewa (Sakti) yang hanya diberi kepadanya. Inilah kesilapan Iblis yang besar dan dianggap derhaka kepada perintah Allah swt. Malah Allah juga mampu pula menciptakan kuasa yang sama bentuknya kepada manusia keturunan Adam as yang abadi dengan kuasa yang melebihi kuasa sakti Iblis itu (Mukjizat untuk golongan Nabi dan koramah untuk golongan manusia biasa yang abadi). Kuasa Mukjizat dan Koramah ini pula boleh menbunuhnya. Ini juga telah membuat Iblis menjadi lebih cemburu kepada manusia dan memasang dendam kepada Adam as dan seluruh keturunannya sampai hari kiamat. Ia kemudiannya telah mejadi ketua puak jahat dikalangan semua golongan Jin (bangsa Jin) yang memerintah seluruh kerajaan Jin didunia Ini. Ia pula meletakkan semua keturunannya disemua bahagian pemerintahan dinegara-negara jin yang digelar Maharaja dan Raja-raja disamping raja bagi puak Jin yang tersangat ramai itu. Nanti akan kawan ceritakan salah satu contoh Koramah yang menendingi sakti puak Jin itu dibawah tajuk perbezaan Istilah puak Jin ini.
Begitulah tiga bangsa golongan Jin iaitu kelompok paling besar didalam bangsa-bangsa keselurauhan puak mereka ini. Ia diambil dari al Quran, Hadis Nabi dan tafsir dari berbagai Ulama. Sebenarnya dibawah satu bangsa itu terdapat beribu-ribu pecahan puak yang tidak diceritakan kepada kita secara khusus. Maka tidaklah perlu kita mengkaji nya lagi kerana ia hanya membuang masa kerana tidak akan menyampai kepada apa-apa tujuan. Lagi pun garis panduan yang perlu kita tahu hanyalah 3 puak ini saja yang harus kita ketahui. Selainnya biarlah ia menjadi rahsia ilmu Allah swt dan RasulNya saja.
PERBEZAAN PELBAGAI ISTILAH :
Mari kita menyemak semula akan semua istilah yang banyak digunakan didalam menceritakan akan Alam Iblis ini. Atau pun istilah yang kita dengar dari mulut-mulut tok-tok Guru, Imam-imam, Ustaz-ustaz, orang tua-tua dan seluruh masyarakat. Apakah terdapat perbezaan atau persamaan akan istilah-istilah tersebut yang saban kali kita dengar tetapi tidak terfikir akannya. Istilah-istilah itu adalah :-
1) JAN
Merupakan datuk segala jin. Ia adalah makhluk pertama yang dijadikan Allah swt dari api yang sangat panas dan angin samuun juga yang sangat panas.
Kemudian darinyalah keluar seluruh keturunannya yang islam dan yang kafir. Mereka pula berbangsa-bangsa dan beketurunan pula hinggalah kehari ini. Oleh kerana mereka boleh membiak samaada berpasangan antara jantan dan betina atau pun tidak, dengan anak-anak yang ramai pula, maka cepatlah mereka memenuhi permukaan bumi, didalam laut dan diudara dunia yang luas ini.
2) JIN
Merupakan anak keturunan sesudah Jan. Semua keturunan dan bangsa darinya dinamakan Jin. Jika kita mengatakan bekenaan Jin, bererti kita bercakap berkenaan keseluruhan bangsa dan puak jin.
Ia adalan istilah umum bagi golongan ini. Jin bukanlah satu bangsa seperti fahaman sesetengah orang. Ia adalah nama yang diberi oleh Allah swt keatas golongan makhluk ini keseluruhannya. Nama secara Umum sahaja. Manakala bangsa -bangsa jin ini adalah yang telah diceritakan diatas dan akan diulang lagi dibawah ini.
3) IBLIS
Salah satu bangsa atau puak Jin yang pada mulanya sangat abadi berabadah kehadrat Allah swt. Dipetik perumpamaan Ulama tafsir iaitu ” Tiada permukaan walau satu inci pun dibumi dan disyurga (dahulunya) yang tidak menyentuh dahi Iblis kerana banyak sujudnya kepada Allah swt”. Jadi bayangkanlah betapa abadinya Iblis ini.
Tetapi rupa-rupanya terselit perasaan megah dan riak dihatinya akan banyaknya ibadah ini. Allah swt mengatahui apa yang telah ia sembunyikan dihatinya itu. Ia kemudian diuji oleh Allah swt akan imannya itu. Maka terbukti yang Iblis tidak pernah ikhlas dalam berabadah. Itulah sebabnya dia dimurkai dan dianggap darhaka akan perantah Allah dan dihukum murtad dan kafir oleh Allah swt akan tabiatnya itu. Ia pula memohon untuk dipanjangkan umurnya untuk menyesatkan seluruh musuh utamanya iaitu Manusia anakcucu Adam as. Ia telah mendapat perkenan Allah swt dengan diberi panjang umur. Maka apa yang kita lihat, dengar, baca dan faham pada hari ini adalah sumpah dan janjinya yang mahu menyesatkan semua manusia dihadapan Allah swt. Sumpah dan janji itu akan terus dilaksanakan sehingga hari kiamat.
4) SYAITAN
Ia merupakan salah satu bangsa Jin lagi. Ia selalu digambarkan sangat sombong, keji bongkak, derhaka, fasiq dan pengacau manusia. Ia sangat taat akan perintah Iblis dan menjadi tenaga kerja Iblis yang sangat rajin, Siang dan malam ia menganggu manusia silih berganti (seperti shift kerja kilang) tidak pernah berhenti 24 jam.
Dia ini juga musuh utama manusia kerana kerajinannya menghasut manusia. Ia juga yang suka memasuki tubuh manusia disemua tempat bagi memudahkan kerjanya. Sangat takutkan Iblis kerana ia boleh dibunuh oleh Iblis. Kepada sesiapa juga dari kaum jin ini yang menolong manusia, mereka akan dibunuh oleh tentera-tentera Iblis disaat itu juga. Sebaliknya mereka digalakkan berpura-pura “menolong” manusia tetapi secara halusnya akan pula menyesatkan manusia itu. Itulah yang manusia tak faham, tak tahu, tak reti sehingga mereka ditambat hidung mereka seperti lembu atau kuda. Merekalah yang dijadikan tonggangan Syaitan, yang disebut didalam al Quran dalam beberapa ayat.
5) IFRAIT
Seperti yang telah diketahui, ini juga merupakan salah satu lagi Bangsa Jin yang selalunya disebut “Jin Ifrit”. Seperti yang telah diceritakan tadi dan sebelum ini ia sangat sombong.
Semasa zaman Nabi Allah Sulaiman, ada diantara raja-raja Ifrait ini yang berhidmat dengan Nabi Sulaiman as. Dan didalam sirah Nabi Sulaiman as dan Ratu Balqis yang juga telah dikupas didalam ayat-ayat Quran ada diceritakan prihal mereka ini. Peristiwa itu bermula apabila seekor Burung Hud-hud telah menghantar laporan kepada Nabi akan terdapatnya sebuah kerajaan yang kufur menyembah matahari. Iaitu Kerajaan Sa’ba dan Maharaninya bernama Ratu Balqis. Ratu Balqis berketurunan manusia dan jin. Ayahnya seorang Raja bernama Shurahil dan Ibunya bernama Rayhanah As Sakn daripada satu bangsa Jin. Maka lahirlah Balqamah, nama asal Ratu Balqis yang telah diberi oleh Ibunya. Kepercayaan asal Raja dan rakyat Kerajaan Sa’ba ini ialah percaya kepada Allah, tetapi telah dipisongkan oleh Syaitan (yang zahir menyerupai orang alim) mengajar mereka menyembah matahari dan beragama Majusi.
Kerajaan Sa’ba ini terkenal kerana kesuburan tanahnya dan istina kerajaan ini diperbuat dari emas bertaktakan belian dan semua batu-batu permata yang sangat mahal dengan kesenian buatannya yang tiada taranya. Maka Nabi Sulaiman pun mengutus surat kepada Ratu negara itu untuk beriman kepada Allah dan tunduk dibawah kerajaannya. Telah dikatakan juga apabila raja iaitu ayah kepada Balqamah meninggal dunia, mereka melantik Balqamah menjadi Ratu. Jadi Ratu itu pun membuat helah dengan menghantar hadiah sebagai jawapan kepada perintah Nabi Sulaiman. Atas nasihat para menterinya yang mengatahui akan kekuatan bala tentera kerajaan Nabi Sulaiman as itu. Ratu itu berharap agar hadiahnya akan dapat menenangkan Nabi. Tetapi muslihat itu telah diketahui oleh Nabi. Maka hadiah itu dipulangkan semula dengan amaran untuk memerangi kerajaan Sa’ba itu. Maka Ratu dan semua menteri akan hadir mengadap Nabi Sulaiman untuk mengatahui akan agama yang dimaksudkan itu. Sebelum berangkat, ratu telah memerintahkan agar istananya ditutup rapat dan semua harta didalam istina itu disimpan dalam peti besi supaya tidak dicuri oleh sesiapa. Mereka pun berangkat ke Kerajaan Nabi Sulaiman yang terletak di Syam.
Mendengar perkabaran itu, maka Nabi Sulaiman pun mengeluarkan perintah untuk memindahkan saja Istina Kerajaan Sa’ba kenagaranya. Maka Ifrait yang pada masa itu menjadi salah seorang menteri dikerajaan Nabi Sulaiman pun sanggup membawakan Istana itu sebelum rombongan Ratu itu sampai dengan Kesaktian yang ada padanya. Mendengar kata-kata Ifrait itu maka bangun pula seorang menteri manusia bernama Asif bin Burkhya (seorang abadi dan soleh) yang pula sanggup mendatanglan Istana Ratu Sa’ba itu sebelum Mata Nabi sempat berkelip pun dengan koramah kurnian Allah (disinilah disebutkan dalil bahawa Koramah waliallah boleh mengatasi Sakti milik Jin). Ada beberapa vesi akan cerita ini, ada yang mengatakan orang soleh itu adalah Nabi Allah Khaidir as dan ada juga yang mengatakan munggkin juga Nabi Sulaiman as sendiri. Maka Istana Kerajaan Sa’ba pun dipindahkan bersebelahan Istana Nabi Sulaiman. Kemudiannya ia telah dicantikkan lagi oleh semua balatentera Nabi.
Apabila Ratu Sa’ba itu sampai disana, Nabi telah mengajaknya Ratu dan rambongannya memasuki Istana “Barunya” itu. Semua telah berubah sehinggakan Ratu Sa’ba sendiri tidak mengenali lagi akan Istananya itu. Terpinga-pinga ia dan semua menterinya itu melihat suasana rekabentuk dalaman Istana itu. Tetapi alangkah terperanjatnya apabila ia melihat singgahsananya ada disitu. Maka Nabi Allah Sulaiman pun menceritakan perihal Istana Ratu Sa’ba itu dipindahkan atas sebab supaya mereka tahu akan Kekuatan Kerajaan Nabi Sulaiman dan semua balatenteranya serta kebesaran Allah swt. Tuhan yang sepetutnya mereka sembah, bukannya matahari. Akhirnya Nabi Sulaiman pun mengahawini Ratui Sa’ba yang telah memeluk agama Nabi Sulaiman itu dan diberi nama Ratu Balqis.
Oleh itu Jin Ifrait yang dikatakan sangat bijak dan sakti itu boleh juga dikalahkan dengan Koramah anugrah Allah swt kepada orang-orang soleh yang menjadi kekeaseNya. Tidaklah boleh Iblis dan semua kuncu-kuncu berlaku sombong lagi atas dalil ini. Dan kepada manusia semua janganlah beranggapan sakti yang dimiliki oleh golongan Jin itu melebihi kehebatan koramah waliallah dan kekuasaan Allah swt. Selamanya golongan Jin ini akan kalah dan mereka sentiasa akan duduk dipihak yang rugi, keji, fasiq dan durhaka bersama-sama manusia yang berpihak dengan mereka didunia dan akhirat…. dulu, kini dan selama-lamanya.
6) IZAZIL atau AZAZIL.
Ia bukanlah bapa kepada golongan Jin atau bangsa-bangas Jin itu, tetapi merupakan nama seekor Iblis yang telah diangkat oleh semua golongan Jin itu menjadi Ketua. Oleh sebab sangat bijaksana, pandai mengatur strategi, bijak mentadbir, tahu semua kelemahan Manusia, memiliki sakti yang tinggi, pandai mencipta magik dan silapmata, banyak idea menipu dan dihormati juga menjadi pujaan golongan Jin kafir keselutuhannya dari semua bangsa dan golongan.
Izazil berserta Dajjal dan Manusia Iblis juga balatenteranyalah yang akan bertarong dengan Nabi Isa, Iman Mahadi berserta 70422 Aulia Makdudin juga bibantu oleh balatentera langit seluruhnya. Dikala itu tiada yang akan tinggal walau seekor pun dipihaknya dan manusia yang berpihak dengannya. Kesemuanya akan dihancurbinasakan oleh tentera akhir zaman Islam. Tiada seekor dan seorang jiwa kafir yang akan hidup. Kesemuanya mati dalam keadaan hina dan keji. Itulah sebabnya mereka mengumpul seberapa ramai ahli puak mereka untuk menghadapi perang itu dikalangan manusia. Kerana manusia telah sedia ada didunia ini, manakala yang mati roh-roh mereka disimpan didalam “penjara alam Ibis” sementara menunggu perang itu. Mereka masih memegang angapan yang pihak merekalah yang akan menang sedangkan Izazil dan beberapa ekor Iblis mengatahui akan kekalahan dipihaknya sejak dulu lagi. Mereka semua akan tertipu, tinggal didalam kesalan yang teramat dan kekal selama-lamanya begitu.
7) DAJJAL.
Inilah “Manusia Iblis” pertama ciptaan Izazil laknatullah. Dajjal adalah manusia yang berhati Iblis. Bapanya dan ibunya adalah berketurunan Turki dan Mesir.
Setelah beberapa ketika tinggal didalam rumah tumpangan milik seorang peladang, maka teringinlah mereka untuk mendapatkan anak. Setelah berusaha sedaya upaya isterinya itu tidak juga mengandung maka Isterinya telah bermunajat memohon supaya diberi petunjuk. Maka satu ketika bermimpilah sang isteri akan bertemu dengan seorang abadi kaum mereka (Izazil telah menyerupai dan menjelma sebagai orang abadi itu). Ia disuruh memohon pertolongan disebuah kuil jauh dihujung kampung itu. Sang Isteri telah menceritakan akan mimpinya itu dan keesokannya juga mereka berdua mencari akan kuil itu. Akhirnya mereka telah bertemu dengan kuil tinggal yang kecil dihujung kanpung itu sama seperti mimpi isterinya yang didalamnya terdapat sebuag patong anak lembu. Mereka berdua pun membersehkan kuil itu dan memulakan upucara memuja dan memohon pertolongan dewa patong anak lembu itu. Setelah beberapa kali memohon tetapi tetap begitu juga. Maka mereka pun berhenti dari memohon. Tidak berapa lama isterinya bermimpi lagi supaya melakukan persetubuhan sewaktu dia datang bulah (didalam haid) didalam kuil dan dihadapan patong anak lembu itu.
Maka ia pun menceritakan pekara mimpinya itu kepada suaminya dan apabila sampai waktunya mereka pun melakukan seperti ydng disuruh didalam mimpi isterinya itu (Izazil yang perintah). Tidak berapa lama maka mengandunglah siisteri, tetapi kandungannya itu sangat besar dan lama iaitu 13 bulan. Semasa isterinya sarat mengandung bapanya meninggal dunia. Tinggallah sang isteri seorang diri. Dalam masa yang sama berita akan mereka ini sampai pula ketelinga tuan punya ladang itu. Ia terpaksa menghalau keluar ibu yang sarat mengandung itu kerana takutkan oeang kampung yang sedang mencari mereka. Mereka dicari untuk dibunuh kerana mengikut kata sami puak mereka yang keluarga ini akan mendatangkan musibah besar didunia ini. Itulah sebabnya orang-orang kampung sentiasa mencari keluarga ini. Ibunya pun pergi kekuil kecil untuk melahirlan anaknya disitu. Setelah melahirkan anaknya ia pun meninggal dunia dengan keadaan tumpah darah yang banyak dan kandungannya yang sangat besar pula, itulah sebabnya wanita itu meninggal dunia sejurus melahirkan. Bayi ini sangat pelik, ia cacat sebahagian angotanya, bersisek kulitnya seperti ular, berkepala besar, matanya kena jangkitan dan buta sebelah kiri. Ia hanya tidur sahaja selama 55 tahun dan dimasa itu ia telah dipelihara oleh Malikat Jibril dengan diberi susu lembu sahaja atas perintah Allah swt. Sewaktu dialam tidurnya, Malikat Jibril as telah pula mengajarkan ilmu-ilmu hikmah kepadanya tampa mengatahui bahawa budak itu dipelihara oleh Izazil. Ini adalah permintaan Izazil kehadrat Allah yang juga dimakbulkanNya.
Setelah seberapa tahun maka tempat persembunyaian Dajjal telah diketahui oleh orang kampung. Mereka berpakat untuk membakar saja kuil itu. Dajjal telah diselamatkan oleh Malikat Jibril as dan diletakkan dibenua Antartik didalam sebuah gua dan ditambat dengan rantai kaki dan tangannya kerana takut ia melarikan diri pula jika sedar dari tidurnya. Dikala ini Izazil pula telah menjelma menjadi ular besar dan memberinya makanan dan air minuman yang dimasukkan terus kedalam mulutnya. Apabila umurnya telah sampai 55 tahun dia pun sedar seperti manusia biasa. Pekara ini telah diceritakan oleh Jibril as kepada Nabi Musa as. Nabi Musa as telah menerimanya bekerja menjaga kuda dan membersehkan kandang kuda Nabi. Tetapi Dajjal bukan bekerja sahaja, dia selalu mengintip perbualan Nabi Musa dengan Nabi harun juga perbualan Nabi bersama Jibril as. Ia selalu mengikut dari belakang akan Kuda Nabi dan apabila disatu ketika Jibril as mendatangkan nabi Musa sedang berkuda, kesempatan itulah yang diambilnya untuk mengutip pasir tempat tijak kaki kuda Malikat Jibril as dan disimpannya. Ia juga selalu memerhatikan tingkah laku pengikut-pengikut dan bantahan-bantahan yang mereka limparkan kepada Nabi Musa as.
Apabila Nabi Musa as pergi bermunajat selama 40 hari dibukit Tursinar, peluang ini diambil oleh Dajjal as Samiri menunjukkan belangnya. Dia telah berucap dihalayak kaum nabi Musa as iaitu bani Israil supaya mengumpulkan semua emas yang mereka ada untuk menunjukkan kepada “Tuhan” Nabi Musa as. Setelah mereka kumpulkan emas itu maka diberikan kepada Dajjal. Emas itu telah ditempa menjadi patung anak lembu yang dimasukkan pasir bekas tempat tijak kaki kuda Jibril as yang disimpannya dulu. Patong itu diletakkan dihadapan puak dan kemudian dengan mentera yang diajar oleh Izazil. Tiba-tiba patung anak lembu itu berkata-kata mengaku dialah “tuhan” nabi Musa as. Kaum bani Israil yang selama itu mencari-cari tuhan Nabi Musa telah berpaling dan menyembah patong anak lembu emas itu. Sekembalinya Nabi Musa dari Munajatnya, beliau dikatakan sungguh marah akan perbuatan as Samiri, beliau juga memarahi Nabi Harun yang tidak dapat mengawal keadaan itu. Maka Nabi Musa as memohon berkata-kata dengan Allah. Diadukan semua peristiwa itu kepada Allah swt. Perbuatan Nabi Musa meninggalkan kaumnya kepada jagaan Nabi harun telah ditemplak. Seharusnya Nabi Musa meninggalkan kaumnya dibawah jagaan Allah swt kerana Dia adalah tempat sebaik-baik yang Memelihara dan Menjaga. Kenapa Nabi Musa beri kuasa penjagaan itu ditangan manusia yang lemah yang tidak berdaya menjaganya ?
Nabi Musa as telah memohon ampun kehadrat Allah swt serta memohon agar Dajjal as Samiri ini dipisahkan dari kaumnya dan seluruh manusia selama-lamanya hingga hari kiamat. Kemudian permintaan Nabi Musa as telah diperkenankan oleh Allah swt. Maka Nabi Musa as dan Malikat Jibrai as telah menangkap Dajjal as Simiri dan di sumbat didalam penjara Nabi Musa as iaitu di Lautan Qauzum bersama-sama Hamman dan Firaun. Sesetengah riwayat ahli tafsir menyatakan bahawa lautan Qauzum itu terletak ditengah-tengah laut Merah di Mesir iaitu dibahagian yang paling dalam. Tetapi ia dirasakan kurang tepat. Riwayat yang lain pula mengatakan ia terletak di Lautan Atlantik. Rasanya ini lebih tepat kerana disitu juga telah Izazil ciptakan sebuah pintu Alam Jin seperti di Bermuda Traingel yang boleh menyedut apa saja yang lalu dan cuba untuk melintas dipermukaannya. Pintu Alam Jin ini merupakan sebuah Kerajaan Jin tempat untuk memenjara roh-roh manusia yang berjaya mereka tanggkap dan mereka-mereka yang kafir, sesat dan Islam yang mengikut telunjuk mereka sewaktu hidupnya serta yang menjadi sahabat dan khadam mereka. Manusia-manusia ini apabila mereka mati semua roh-roh mereka akan disumbat disini dan tidak boleh keluar, menjadi hamba abdi mereka membuat senjata-senjata canggeh untuk perang akhir zaman nanti. Telah juga diriwayatkan bahawa Allah swt telah memberi pelepasan kepada Dajjal sehari dalam setahun kepermukaan bumi. Maka peluang itu dimanafaatkan secukupnya dengan membuat huruhara kerosakan besar dimuka bumi seperti berlakunya gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami, ribut taufan, ribut salji, puting beliong hingga menyebabkan kematian manusia beratus ribu, berpuluh ribu jiwa yang melayang dan ditanggkap oleh balatenteranya, diheret dan disumbatkan didalam penjara mereka itu. Kerosakan yang berlaku dikepulauan Hyaiti beberapa bulan lalu adalah salah satu dari tindakan Dajjal untuk mengambil roh-roh kafir untuk menjadi hambanya di penjara alam Jin itu.
Dajjal as Samiri telah juga diriwayatkan pernah hadir dihadapan Nabi Isa as sewaktu zaman Nabi Isa as masih hidup didunia dahulu. Ia hadir untuk membuat pertarungan dengan Nabi Isa as tetapi telah ditolak dan disuruh bersabar menunggu masa dan ketika yang telah ditetapkan Allah swt kelak. Begitu juga semasa zaman Nabi Muhammad saw. Diriwayatkan pada satu ketika semasa Nabi bersama-sama sahabatnya sedang duduk berbincang, tiba-tiba dia muncul dan memperkenalkan dirinya dan mengajak Rasullah saw untuk bertarung. Syadina Omar yang merupakan seorang Sahabat yang sangat garang telah menghunuskan pedangnya dan lantas hendak dipancung kepala Dajjal disitu juga. Beliau telah ditahan oleh Nabi sendiri dan menerangkan hanya Nabi Isa as saja yang boleh membunuh Dajjal, Dajjal tudak akan mati ditangan sesiapa kecuali Nabi Isa sahaja. Nabi saw telah menyuruhnya bersabar menunggu masa yang telah dijanjikan Allah swt untuk mereka bertarung kelak, maka berundurlah Dajjal. Jika pun Syadina Omar berjaya membunuhnya disitu, Nabi bersabda, hukuman qisas akan dikenakan kepada Sahabatnya itu kerana membunuh tampa sebab yang membolehkan ia dibunuh mengikut Hukum Syarak. Jadi tiada gunanya untuk dia dibunuh dikala itu.
8) QARIN
Merupakan kelompok yang berketurunan dari bangsa Syaitan. Ia juga selalu diceritakan akan lahir bersama-sama setiap kelahiran manusia didunia ini. Ia telah berada disetiap sistem peranakan wanita (rahim ibu) seluruhnya.
Apabila jatuh saja benih dari kaum manusia lelaki ke dalam rahim wanita itu, maka bermulalah tugasnya. Ia akan berpindah masuk kedalam sistem otak manusia, ini menunjukkan ia boleh menguasi akal fikiran manusia. Dari sini Qarin akan mendapat maklumat pertama dari jasad manusia itu sendiri apa-apa juga pekerjaan yang ingin manusia itu lakukan. Ia pula akan memberi tahu maklumat itu kepada tuannya iaitu Syaitan untuk membuat halangan akan kerja yang akan dilakukan oleh manusia itu.
Semua bentuk kerja samaada bersifat keduniaan atau pun berbentuk keakhiratan, Syaitan akan bersedia dengan halangannya disitu. Sebagai contoh, jika manusia berhajat untuk melakukan puasa sunat esok hari. Maka maklumat itu akan dihantar kepada Syaitan dimana ia akan membuat manusia itu tidak dengar locing jamnya untuk bangun syahur. Apabila sedar, telah masuk waktu subuh maka manusia itu pun membatalkan niatnya untuk berpuasa sunat itu. Jadi begitulah kerjasama mereka menghalang manusia.
Tugas utama Qarin ialah mengujudkan halangan “lupa” difikiran manusia maka timbul lah perasaan was-was sama ada dia telah solat ke belum. Telah berwuduk ke belum, Sah ke wuduknya, betul ke tidak cara ia berwuduk, betul ke cara ia mandi hadas dan semua bentuk pekara yang mengakibatkan lupa dan was-was seumpama itu difikiran manusia Islam. Itulah sebabnya dapat dilihat semasa mengangkat Takbir ratulihram, sesorang itu terpaksa membuatnya berulang-ulang kali kerana was-was.
Begitu juga semasa mengambil wuduk, teringat kawan seorang sahabat sewaktu belajar di pensentren dulu, yang sangat susah untuk berwuduk, berulang-ulang sampai orang dah masuk rekaat kedua baru ia selesai berwuduk. Satu waktu, Pak Kiayai menyuruh dia menangkat wuduk dihadapannya. Lagilah kelang kabut dibuatnya, terlampau susahnya dia berwuduk lalu Kiayai suruh dia terjun saja kedalam kolam itu. Itulah peristiwa yang kawan tak dapat lupakan hingga kehari ini.
Telah juga diriwayatkan bahawa Rasullah saw juga mempunyai Qarin seperti kita, tetapi Allah swt telah memeliharanya dari gangguan Qarin itu. Dari sebuah Hadis Ibnu Mas’aud ra telah diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Rasullah saw telah bersabda yang maksudnya :
“Setiap daripada kamu ada bersama dengannya Qarin daripada golongan Jin, Sahabat bertanya, adakah kamu juga wahai Rasullah ? Jawab Baginda, Ya…aku pun ada Qarin, cuma Allah swt membantu ku dapat mempengaruhi Qarin itu untuk memeluk Islam dan sentiasa mendampingi ku dan tidak pula mendorong ku membuat sesuatu melainkan dari kebaikkan saja “.
Keterangan Hadis : dari hadis Rasullah ini menunjukkan dalail bahawa setiap manusia tidak akan terlepas dari mempunyai Qarin. Hanya tugas Qarin ini saja yang ditafsirkan berbeza-beza dari satu Ulama ke satu Ulama. Ada yang mentafsirkan kerjanya menghasut untuk keburukan, ada yang kata menipu dan berbagai visi lain. Tetapi kawan mengambil akan tafsir yang lebil logik iaitu ia mendiami akal fikiran manusia seperti yang telah disebutkan tadi.
Qarin tidak mati apabila manusia tumpangannya itu meninggal dunia. Ia sebaliknya akan duduk semula kedalam sistem peranakan wanita lain yang hendak berumahtangga. Begitulah rutin hidupnya sampai hari kiamat. Ia adalah tugas yang telah ditetepkan kepada nya atas permintaan Izazil kehadrat Allah swt.
Adalah diingatkan supaya pembaca semua jangan beranggapan bahawa Allah swt telah menjalankan konspirasi dengan Izazil dan Iblis laknatullah kerana semua permintaannya dikabulkanNya. Maha suci Allah swt dari sifat rendah begitu. Sebaliknya Allah swt Mahaadil kepada makhluknya, ia diberi kemudahan untuk menyesatkan seberapa ramai manusia yang dia mampu. Sebaliknya manusia harus peka akan pekara penyesatan dan dakyah Iblis ini dan memelahara dirinya dan keluarganya dari ganggun mereka. Inilah dugaan dan fitnah yang paling besar keatas manusia semua.
9)BUNIAN
Seperti yang anda senua tahu Bunian atau orang halus ini adalah kacukan diantara Manusia dan Jin.
Memang tidak mustahil pekara ini boleh berlaku. Sejak dahulu lagi, sejak zaman Nabi Allah Sulaiman as lagi cerita ini telah didengar iaitu Isterinya yang bernama Ratu Balqis adalah merupakan kacukan antara bapanya manusia dan Ibunya adalah golongan Jin. Kemudian banyak tempat pula di seluruh Malaysia ini ada saja perkampungan Bunian dari cerita-cerita rakyat, malahan dibelakang rumah kawan dikampung dahulu ada perkampungan Bunian.
Kawan semasa kecil selalu bermain-main diperkampungan mereka dan sampai sekarang kawan masih ingat nama-nama rakan-rakan sepermaainan kawan itu. Malah kawan juga sentiasa diikuti oleh 3 orang Puteri Bunian kemana saja kawan pergi dulu. Mereka nak kawin dengan kawan tapi atok kawan larang sebab katanya mereka itu menyusahkan hidup manusia saja. Atok kawan cakap mereka itu umurnya dah berpuluh ribu tahun, dah tersangat tua tapi yang hairannya mereka nampak sebaya je dengan kawan. Kawan tak ada apa-apa niat pun pada mereka. Malah kawan tak tahu apa itu kawin, jadi kawan buat tak tahu saja lah. Tapi bila kawan merantau, mereka pun hilang entah kemana. Tak dapat dikesan sampai sekarang. Sebenarnya orang kampung selalu minta kawan tolong dapatkan barang-barang dialam Bunian itu. Tapi kawan buat tak reti je, malas nak layan orang tua-tua tu sebab minta barang yang bukan-bukan.
Kawan pun tak faham kenapa mereka beria-ia benar untuk mendapatkan barang-barang dialam Bunian itu. Ketua Kerajaannya adalah seorang Ratu, seorang perampuan. Anak-anak dialah yang suka ikut kawan. Ratu ini juga baik dengan ibu kawan. Mereka selalu berbual-bual tak tahu apa yang dibualkan. Mereka ini pun selalu juga bertandang kerumah kawan. Terutama bila Hari Raya Puasa, sungguh meriah didalam perkampungan mereka. Tapi kami saja yang nampak, kawan-kawan manusia yang mengaji Quran dengan kawan nak sangat tengok tapi mereka tak nampak. Bila mereka ajok kawan, mereka kena ketok dengan kayu oleh budak-budak Bunian tu. Itu sebab mereka tak berani main-main dengan kawan.
Menurut Abang Hassan yang tinggal diUlu Langat Selangor, Mereka ni pun barpuak-puak juga. Mereka mempunyai bahasa mereka dan kerajaan mereka tersendiri. Sewaktu kawan mengunjungi rumahnya terdapat satu rumah kosong dibelakang rumahnya. Apabila kawan kata kawan nampak rumah tu dia terus menganjak kawan memasuki rumah itu.
Rupa-rupa nya dia telah berkahwin dengan seorang Puteri Bunian berketurunan Sabt, beliau faseh berbahasa Sabt dan mempunyai 6 orang anak. Keturunan ini semuanya beragama Islam, Dia kata tiada seorang pun yang tahu dia ada isteri Bunian. Didalam rumah itu terdapat sebuah singgahsana yang diperbuat dari tembaga kuning semuanya siap dengan kelengkapan bantal-bantal dari baldu emas serta meriam naganya sekali, semua kelengkapan Istana, Tombak-tombak, Panji-panji dan semua kain nya dari kain cendai buatan tangan. Bau didalam ruang rumah itu sangat harum, semua pengasuhnya dan hulubalangnya terdiri dari Bunian yang jumlahnya agak ramai juga. Rupa-rupanya dibelakang rumah usang itu ada rahsia besar kawasan Kerajaan Bunian kaum Sabt yang tidak diketahui umum. Yang menjadi hairan, kenapa mereka boleh menerima dan melayan kawan dengan istiadat istemewa mereka ?
Rupa-rupa ia ada kaitan dengan kisah silam kawan semasa dikampung. Mereka kenal akan rakan-rakan Bunian kawan dan orang yang pernah tinggal berjiran dengan kaum seperti mereka dari kaum Thyu. Ia sepeti telah ada tanda pada kita yang mereka kenal. Barulah hari itu kawan tahu bahawa Bunian yang tinggal dibelakang rumah kawan dahulu semasa dikampung ialah dari kaum Thyu. Kaum Bunian Sabt dan Thyu adalah bersaudara dan mereka semuanya Islam.
Oleh itu kemana pun kawan pergi mereka akan kenal dari tanda yang mereka bagi pada kawan, walaupun dari puak-puak lain kaum Bunian ini. Abang Hassan pun menyatakan hasrat Ratu mereka supaya kawan juga dapat menerima adek iparnya sebagai isteri kawan, tetapi kawan tolak kerana masih ingat pesan atok kawan supaya tidak berkahwin dengan mereka kerena ia akan menyusahkan kawan. Keputusan itu mereka terima dengan agak suram tetapi terpaksa menerimanya juga kerana ketegasan kawan sendiri. Begitulah cerita Aband Hassan.
Dilain ketika, kawan telah membuat expidisi sendiri ke Gunong Ledang untuk menyusuri kebenaran akan cerita lagenda Melayu Lama berkenaan Puteri Gunong Ledang disitu. Sayang sekali Netional Geografi tidak dapat mengikuti kawan, kalau tak tentu dapat tangkap gambar dan boleh buat program TV…(gurau saja). Setelah beberapa hari disana maka nampaklah pintu untuk masuk kealam Bunian itu, kawan pun masuk dan didapati sebuah Kerajaan Bunian yang sangat besar dan luas disitu.
Dari atas puncak Gunung itu dapat dilihat bak kata melayu lama, “sayup… saujana mata memandang” akan luasnya kerajaan Bunian itu. Ia sangat cantik dan tersusun, pemandangannya juga turut memukau mata. Rumah-rumah mereka dibina tersusun dilereng-lereng gunung seperti verinda-verinda diperbuat daripada kayu bulat dan dilengkapi dengan atap dari jerami halus di ikat rapi. Ia langsung jauh berbeza dari metos cerita Melayu Lama didalam filem atau pun yang diceritakan buku-buku hikayat lama.
Ia jauh lebih indah daripada itu. Kemudian Nenek Kebayan keluar dari lubang gua yang bercahaya dengan wajah yang sangat tua terbongkok-bongkok bertongkatkan kayu cemeti berbuku-buku dan bingkang bingkok. Dia bertanya akan hajat hamba, hamba katakan hendak bertemu dengan Puteri Gunung Ledang. Dengan tak semena-mena dia bertukar menjadi seperti seorang puteri yang sangat jelita. Hamba terus bertanya adakah dia itu Puteri Gunong Ledang, Ya.. jawabnya pendek. Jadi tuan Puterilah yang dipinang oleh Sultan Melaka untuk dijadikan Pemaisurinya ? Ya.. sambungnya lagi. Kenapa Tuanku menolak akan pinangan itu ? Tanya hamba lagi. Dia tidak layak… katanya.
Siapa yang tuan Puteri kata tidak layak, tuan Puteri kah atau Sultan kah ? tanya hamba. Dia hanya tersemyum dan ketawa kecil dan melangkah masuk…kemudian menoleh semula kepada hamba seraya berkata, diluar sana ada sebuah kenderaan. Jika tuan hamba hendak pulang gunakan kenderaan itu, disitu juga ada hadiah untuk tuan hamba…katanya sambil menunjuk pintu keluar istananya. Terima kaseh tuan Puteri, tetapi sebelum hamba melangkah pergi, bolehkah hamba melihat-lihat kawasan Kerajaan Tuanku ini. Hamba memohon. Dia hanya mengangok-angokkan kepalanya dan berlalu pergi.
Kawan pun keluar dari ruangan itu menuju ke verindanya, dari situ dapat ditinjau seluruh kerajaan itu dari kiri kekanan, dari atas hingga kebawahnya dengan penuh menakjubkan sekali. Tidak pernah terbayang dan terfikir adanya kerajaan seumpama itu dimaya pada ini. Setelah melihat-lihat seluruh kawasan itu, kawan pun melangkah kepintu keluarnya yang terdapat sebuah pedati kuno, ( seperti didalam cerita orang Rom ) dihadapan pedati itu terletak 2 buah tempayan tembaga kuning bertutup rapat. Alangkah terperanjatnya kawan bila saja meletakkan kaki diatas pedati itu, dengan tiba-tiba ia ditarek terbang oleh seekor burung purba zaman Jurasik, melayang keudara mengelilingi Kerajaan Bunian dan melihat mereka melambai-lambaikan tangan dari setiap Veranda-verinda rumah mereka dikiri dan kanan lereng gunung itu. Kawan diterbangkan ke Johor Bahru tepat kehalaman rumah kawan.
Macam mana burung ni tahu rumah kawan ? bisik hati. Kawan turun dan menarik tempayan-tempayan tembaga itu turun. Serta bingkas burung itu juga terbang semula keudara dan hilang dari pandangan. Kawan bawa tempayan itu masuk kedalam rumah, kemudian membersehkan badan untuk solat subuh. Selepas berehat kawan pun teringatkan tempayan-tempayan itu. Bila dibuka saja penutupnya, kelihatan terdapat ketulan-ketulan emas didalam satu tempayan dan batu-batu permata didalam tempayan yang satu lagi. Kemudian kawan tutup semula dan pergi membuat kerja kawan. Selang seminggu kawan buka sekali lagi tempayan itu dan mendapati kedua-dua isi tempayan itu telah bertukar menjadi batu-batu hitam yang tidak berharga. lantas kawan katakan “Kalau dah Jin tu, Jin jugalah namanya”…. telah kawan jangka pekara ini akan berlaku.
Daripada cerita-cerita kawan tadi, apa yang kita dapat faham bahawa kaum Bunian itu juga berbangsa-bangsa dan berpuak-puak dengan nama yang berbeza-beza. Kerajaan- kerajaan mereka adalah mengikut nama kaum mereka itu pula. Kemudian mereka paling mudah untuk mengajak manusia kawin, sedangkan kita pula harus berhati-hati dan jangan taksub akan ajakan mereka.
Manusia sebenarnya tidak mampu mengawal makhluk Jin ini, mereka akan control kamu sepenuhnya dan akan mengongkong kamu. Mereka juga ada memiliki sifat cemburu yang sangat tinggi atas apa juga pekara yang kamu buat didunia luar yang sukar kamu bendong disamping sifat degil mereka terhadap nasihat yang kamu beri. Mereka mempunyai hati yang keras dan sukar dididik supaya taat selain mereka sebenarnya telah terlampau tua dibandingkan dengan kamu. Inilah pesan atok kawan yang kawan sentiasa ingat hingga kehari ini. Jika dialamnya nampak emas, sedang kan itu hanya ilusi saja. Jangan mudah terperdaya dengan permainan mereka yang mahir dalam ilmu sihir.
10) DEWA
Merupakan sebutan perkataan yang diambil dalam bahasa sanskrit yang bermaksud ‘tuhan’, yang kemudiannya diambil dan digunapakai oleh sami-sami Hindu dan Buddha dalam mentafsir satu kuasa ghaib yang menolong mereka dalam apa juga kerja buat mereka setiap hari.
Mereka tidak tahu dari mana datangnya pertolongan itu dan mengelar akan kuasa yang datang itu adalah dari para dewa-dewa mereka itu. Mereka telah ditipu oleh para-para Jin yang berselindung disebalik nama-nama dewa mereka tadi. Jadi bolehlah kita menetapkan bahawa perkataan dewa itu adalah merujuk kepada golongan Jin, tak kiralah kecil atau besar, kuat atau tidak. Seharusnya orang-orang Islam menjauhi akan penggunaan nama dewa ini dalam apa juga bentuk tujuan kerana ia membawa kita kepada syirik akbar (sesat besar) terhadap Allah swt.
11) SAKA
Telah banyak diceritakan didalam rencana ini berkenaan dengan saka keturunan. Ia adalah Jin yang diambil sebagai sahabat atau khadam oleh seseorang yang sengaja dibiarkan atau tidak sempat dibuang sebelum mereka mati. Jin saka ini akan mula mengacau semua keturunan tuannya itu hingga hari kiamat.
Tiada seorang pun yang akan terlepas dari pandangannya. Semuanya termasuk yang baru lahir sekali pun akan diikutinya. Pengambilan Jin sebagai sahabat atau khadam ini adalah perbuatan syirik, yang didalam syarak juga dihukumkan sebagai haram dan najis. Tetapi didalam masyarakat melayu sekarang, mungkin mereka tidak mengambilnya tetapi mewarisinya pula dari nenek moyangnya yang tidak memahami hukum agama dengan betul atau mungkin juga mereka tidak beragama Islam semasa mereka mengambil Jin-jin itu sebagai sahabat atau khadam. Justru itu mereka telah terjebak oleh Jin-jin saka ini secara “tidak rela” akan kehadirannya, tetapi jin saka ini tidak peduli sama ada anda suka atau tidak, anda tetap dibawah kawalannya. Jadi barang diingatkan supaya ia dipisahkan dan dibuang sebelum anda pulang kerahmatuallah.
Teringat kawan akan satu cerita semasa kawan menyusuri Sungai Jelai menuju ke Gunung Tahan dalam expedisi menjejaki Hang Tuah yang dikatakan tinggal dikaki Gunong Tahan pada akhir tahun 80an dulu. Dengan menaiki bot panjang kawan mudik kehulu hingga kekampung Bantal Kuala Tahan, Hulu Tembeling. Sampai disana mengupah asli Semai untuk menjadi juru panduarah hingga kekaki Gunung Tahan. Dia membawa kawan hingga bertemu seorang tua yang memang tinggal disebuag gua disitu, tetapi beliau bukanlah Hang Tuah yang banyak diperkatakan orang. Beliau merupakan asli senoi yang terpisah dari kelompoknya dan tinggal disitu kerana telah uzur. Jadi kawan pun berangkat pulang semula kekampung Bantal dan tinggal beberapa hari disitu. Dalam pada berbual-bual dengan seorang Batin disitu, beliau menyuruh kawan mencari Pak Long Kasim di tebing Sungai Jelai Kuala Lipis. Jadi keesokan harinya kawan mudik kehilir pula menuju keSungai Jelai Kuala Lipis untuk mencari Long Kasim disana. Sampai dipekan Lipis kawan bertanya beberapa orang lama dan tentunya mereka semua mengenali Long Kasim kerana beliau terkenal akan ramah dan sifat suka membantu orang ramai disitu. Dipagi itu kawan dibawa bertemu dengan Long Kasim untuk melerai masaalah Hang Tuah ini, jadi dia pun mengajak kawan kerumahnya ditebing Sungai Jelai tidak jauh dari Pekan itu.
Pak Long Kasim ini merupakan bekas Kominis dan juga merupakan cucu kepada Mat Kilau. Beliau juga mengeluarkan hazanah peninggalan Mat Kilau serta gambar-gambar lama dia bersama Mat Kilau suatu masa dahulu untuk ditunjukkan kepada kawan. Tetapi untuk mencari Hang Tuah beliau minta tangguh sehari untuk mencarinya. Kawan dipelawa untuk tinggal dirumahnya itu. Keesokan harinya beliau memanggil kawan dan menerangkan prihal Hang Tuah. Dalam pencariannya, beliau menggunakan “sahabat” Jin nyn yang bernama “Pantas diawan” untuk mencari keseluruh pelusuk bumi Malaysia ini, namun ‘ beliau mengatakan tidak dapat berjumpa walau dimana juga. Jadi kata muktamad bagi pencarian itu ialah dianggap beliau sudah tiada dan tidak diketahui dimana kuburannya berada. Selepas itu kawan sudah tidak punya apa-apa tujuan dan ingin pulang saja ke Johor tetapi Long Kasim telah mempelawa mengikutnya dalam satu lagi kerja besar katanya, jadi kawan tunggu saja disitu beberapa hari lagi. Kerja besar yang dimaksudkan ialah untuk mengangkat keluar 3 buah lori balak yang jatuh kedalam gaung diBukit Sembilan Jalan Merapoh ke Gua Musang. Maka beliau telah menggumpulkan rakan karibnya iaitu Cikgu Wahab cucu tok Bahaman dan Abang Malek cucu tok Gajah menyertainya dalam operasi itu. Kawan telah diperkenalkan kepada semua rakan-rakan karibnya itu sebagai adek angkat Long Kasim, jadi mereka tidak berkata apa-apa dan tidak membantah jika kawan turut serta. Apabila hari telah malam kami pun berangkat ketempat itu. Mereka telah membuat satu upucara ditempat kejadian itu dengan semua peralatan dan juga seekor kambing hitam telah dikorbankan disitu. Kawan hanya memerhati apa yang mereka buat. Setelah selesai, kami pun pulang kerumah. Keesokan pagi kami pergi lagi ketempat itu lebih kurang jam 10 pagi bersama-sama taukey kilang balak dari Raub, tuan punya lori dan kayu-kayu balak itu. Taukey itu sungguh terperanjat bila mendapati kesemua lorinya telah berada diatas jalan semula dengan semua kayu-kayunya terikat elok diatas lori. Hanya 1 dari 3 keadaan lorinya yang agak rosak dan tidak boleh bergerak, itu tidak menjadi masaalah kerana maseh boleh dibaiki. Yang merungsingkan Taukey itu ialah kayu-kayu dan pemandu lorinya saja. Pemandu dan pembantunya berjaya terjun sebelum lori itu jatuh kedalam gaung dan kesemuanya terselamat. Sekarang bagaimana boleh lori yang telah terhumban itu boleh naik keatas jalan hanya dalam satu malam tampa menggunakan krin ? Inilah tanda tanya yang bermain dikepala. Taukey itu memberi upah kepada Cikgu Wahab dan mengucapkan terima kasih kemudian dia beredar untuk menguruskan lori dan kayu-kayunya itu. Kami semua kembali semula kepekan Kuala Lipis untuk melihat wang dibayar untuk kerja-kerja itu. Taukey itu membayar 30 ribu untuk kerja yang mereka buat, jadi dibahagi tiga dapatlah seorang 10 ribu ringgit. Sungguh lumayan pendapatan mereka dengan usha yang sedikit, semuanya dengan pertolongan sahabat long Kasim “Pantas Diawan”. Tuan-tuan tahu apa dia Pantas diawan itu ? Ia merupakan seekor Jin dari keluarga Ifrait yang juga dipanggil dengan nama Hantu Galah, Hantu Tinggi dan Raksaksa panggilan mengikut daerah. Ia akan membesarkan dirinya hingga sampai keawan apabila kita melihatnya selain mempunyai mata tiga dan tanduk tiga juga. Hantu Ini cukup bencikan kawan sebab kawan selalu mengnyendirnya dengan bahasa yang sangat pedih, dan dia selalu kawan minta hadir dihadapan kawan tetapi dia sentiasa mengelak. Sebenarnya Long Kasim mempunyai muslihat supaya kawan mengambil sahabatnya itu sesudah dia tiada esok. Tetapi kawan sendiri mempunyai banyak alasan dan sentiasa menolak pemberiannya itu sebab ia bukan menyenangkan, sebaleknya menyusahkan. Disinilah Long Kasim tidak dapat berbuat apa-apa walaupun cuba menunjuk kebolehan Jin itu dihadapan kawan. Kawan sendiri lebih faham bahasa Jinnya itu dari Long Kasim sendiri. Ia sangat licik dan pandai menipu.
Begitulah cerita Long Kasim dengan Sahabatnya yang menyusahkan Long Kasim untuk mencari pewaris kepada sahabatnya itu apabila ia mahu meninggal esok kerana dia sendiri tidak mempunyai anak dari darah dagingnya sendiri. Inilah salah satu masaalah jika bersahabat dengan Jin yang memuntut diwariskan kepada ahli keluarganya. Inila yang dinamakan Saka.
12) MANUSIA IBLIS.
Manusia Iblis adalah asalnya merupakan seorang manusia biasa yang suka menuntut ilmu kebatinan, peringkat demi peringkat sehingga ia akhirnya bersatu dengan Iblis dan menyerupai Iblis 100%.
Asal mulanya amat berminat memiliki ilmu sakti dan samggup melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya asalkan matlamat memiliki ilmu itu tercapai. Ia juga dididik oleh Bentara Guru Perguruan Kebatinan yang banyak tumbuh di merata tempat di Indonesia. Malahan dia sanggup membunuh guru-gurunya untuk menjadi yang terakhir memiliki ilmu-ilmu tersebut. Dari satu Bentara Guru kepada Bentara Guru yang lain sehingga tiada lagi Guru yang mahu menerimanya menjadi akan murid. Siapa yang mahu untuk menjadi gurunya kerana semua bekas gurunya akan dibunuh setelah ia tamat berguru. Begitulah arahan yang diterimanya daripada Iblis jika ia mahu menjadi yang terunggul diantara semuanya. Apabila ia telah sanggup berbuat semua pekara yang disuruh oleh Iblis akhirnya dia hanya berguru dengan Iblis itu sendiri sahaja, Orang yang kawan maksudkan ini adalah ;
SABDO PALON
Ia adalah merupakan manusia sakti yang menjadi penasihat diraja dan juga merupakan Pornakawan kepada semua Raja Majapahit dari yang pertama hinggalah yang terakhir.
Raja Majapahit yang terakhir adalah Prabu Brawijaya yang ditabal dan naik memerintah sekitar tahun 1470 selepas Ayahdanya Mangkat. Apabila agama Islam berkembang yang dibawa masuk sekitar tahun 1472 oleh Walisongo, maka ia dianggap satu ancaman kepada kerajaan Majapahit. Tetapi Prabu itu tidak pula mengarahkan supaya ia dibentras dari awalnya kerana mengatahui akan kelemahan balantentera semakin nyata. Maka Walisongo telah mengaturkan stratigi untuk memasuki Istana bagi berdakwah kepada Prabu sendiri agar menerima Islam sebagai agamanya. Prabu sendiri ingin mengatahui kenapa rakyatnya berbondon-bondon memasuki agama ini, maka itulah sebabnya ia membenarkan Walisongo mengadap dan memberi penerangan kepadanya. Prabu sebenarnya telah tidak menghiraukan akan nasihat Sabdo Palon supaya tidak menerima mereka mengadap. Inilah salah satu sebab kenapa Sabdo Palon menyimpan dendam terhadap Prabu itu sendiri. Maka pada sekitar tahun 1478 apabila Sabdo Palon sebagai Pornakawan, Penasihat, Pemelihara, Penjaga, pelindung dan sebagai Pelayan Raja yang seperti abdi yang setia diminta oleh Prabu Brawijaya untuk memelok dan menerima Islam, maka Sabdo Palon sungguh marah dan menolak permintaan Prabu dengan amaran yang amat keras. Selain akan keluar dari Istana dan mengumpul semua balatentera yang setia kepadanya kemudian akan menyerang balas Istana Prabu bersama Walisongo sekali, beliau juga telah melontarkan sumpahannya yang antara lainnya disebutkan begini ;
” Sabdo Palon matur sungal, yen kawula maboten arsi angrakus agama Islam, wit kulo puniki yeti, rantuning dan yang Jawi, gomong marang anak putu, sagunging priprayangan, kang dumunung tanah Jawi, wus pinesti sayeki pisahan… Kawalan paduka Nata, wangsul maring kajiman mami, mung kulo matu pitungkas, mabenjing ing sapungkur mani, yan mus prapta kang waci, jangkap gangsal arus tahun, awit dinten punika, kulo gentos ing agami, agami budi kulo sebar nan tanah Jawi… Sintan tan puron ngang giyo, yakti kulo risak sami, sunayakan bala kulo, bekasakan ropi ropi, dereng lega kang ati, yen dereng lebo tempor, kulo damel petanda, pratane tembayan mami, hardi Merapi wes ajebiub mili lahar… Ngibol ngilen purugira, nganda banger iekang warih, ingeh punika wekdal kulo, wiwit ngebar agama budi luhor, netapi janji mami, angree kodrat satuhu krasaning Djwata, sedaya gilir gumati, maboten kenjing alamu hingga wahana.”
Terjemahan :
” Sabdo Palon membantah keras, Hamba tidak akan masuk agama Islam, Sebab hamba ini sebenarnya adalah Raja dari Diyang (dewa penunggu) tanah Jawa, yang ditugaskan dan di pertanggung jawabkan mengajar anak cucu dan segala Jin priprayangan yang berada ditanah Jawa, sudah ditakdirkan hamba akan berpisah… dengan Paduka Raja, kembali ke Kerajaan Hamba, apabila sudah tiba masa genap 500 tahun, sejak dari saat ini agama Islam akan hamba ganti dengan agama Kebatinan yang akan tersebar diseluruh tanah Jawa, barang siapa yang tidak mahu menerima agama Kebatinan akan ku hancurkan, aku perintahkan pengikut dan balatentera ku dari segenap lapisan masyarakat, aku belum merasa puas hati kalau belum hancurlebur, aku beri petanda apabila gunung berapi telah meletup dan memuntahkan lahar ke Barat Daya mengalirnya, yang berbau hanyir airnya itulah saatnya, aku penyebar agama Kebatinan akan menetapkan janjiku sesuai dengan kehendak Dewata, segalanya bergerak selih berganti, oleh itu jangan diam lengah sebelum tercapai tujuan “.
Maka dia pun keluar dari Istana dan mengumpulkan balatenteranya dan menyerang Prabu dan Walisongo. Berlakulah peperangan Majapahit yang terakhir. Prabu yang lari dari Istana telah berjaya mereka bunuh. Maka mereka menyerang pula tentera Walisongo yang ternyata sangat kuat, akhirnya mereka semua kalah. Yang tinggal hanyalah Sabdo Palon (SP) seorang menghadapi Walisongo 9 orang. Setelah beberapa lama mereka bertarung ditanah, diatas laut, diatas pokok, diudara, diatas awan, walisongo semamangnya telah mengatahui SP yang sangat sakti tidak akan mati dengan apa juga senjata. Walisongo hanya ingin menangkap dan memenjaranya saja, tetapi tidak berjaya. SP akhirnya berundur dengan berjalan diatas air laut Selatan dan menghilang. Disitulah Kerajaan yang dimaksudkannya. Disini SP telah mengumpulkan balatenteranya dengan mengambil roh-roh manusia yang setia dengannya, Penganut Ilmu Kebatinan dan orang-orang yang mengambil Jin untuk menjadi sahabat mereka dialam sebelah Timur ini. Sehingga sekarang ini masih ada pesentren Perguruan Sabdo Palon yang telah diambil dan dijaga pula oleh anak-anak buahnya hingga kehari ini. Manakala pada tahun 1479 berdirilah kerajaan Islam Pertama di Pulau Jawa iaitu Kerajaan Demak yang diketuai oleh sahabat dan juga anak angkat kepada Sunan Ampil iaitu Raden Patah dengan gelaran Syeikh Maulana al Fatah yang berketurunan Raja Majapahit juga.
Sabdo Palon (SP) ini merupakan anak didik Izazil (Iblis agung), buktinya ialah dengan kesaktian yang dimilikinya mirip yang dikurniakan Allah swt kepada waliallah (sama taranya) Yang mustahil manusia biasa boleh menyampai. Keduanya dia telah menyampai kepada taraf sama dengan Iblis Izazil yang tidak akan mati sehingga hari kiamat dan dia telah diberi sebuah Kerajaan disebelah Timur ini oleh Izazil untuk ditadbirnya. Keempat ia penyebar dakyah agama ciptaannya sendiri iaitu Kebatinan yang boleh diubah suai mengikut kehendak penganutnya. Ia adalah agama ciptaan manusia yang benar-benar mirip pula dengan agama Islam ciptaan Allah swt. Begitu tinggi fitnah yang diciptanya sama tarafnya dengan Dajjal yang memfitnah agama Nabi Musa as dahulu. Menjadikan dia ialah Manusia Iblis kedua selepas Dajjal. Jika Dajjal diletak disebelah barat maka SP di sebelah Timur. SP juga telah mendidik seorang anak perampuannya untuk menjadi sepertinya. Setelah anaknya itu benar-benar menyampai ketaraf yang diharapkan olehnya maka kerajaannya di Lautan Selatan ini diserahkan kepada anak perampuannya itu, dia telah diberi pula sebuah kerajaan didaratan iaitu dipuncak paling tinggi didunia iaitu Gunung Everest. Dikedudukan itu SP berada ditengah-tengah diantara dua lagi agama ciptaan Izazil iaitu Hindu diIndia dan Buddha diTibet. Disini dia telah diangkat menjadi Maharaja Salju dan berkedudukan tertinggi sekali diantara manusia paling jahat didunia. Jadi SP juga dikenali dengan banyak gelaran antaranya ialah Sunan Polon, Dewa Agung Kebatinan, Maharaja Manusia Iblis, Maharaja Salju, Dewa Tertinggi Manusia Iblis, Dewa Penjaga 3 agama dll. Semua agama-agama sesat disebelah timur ini adalah berasal darinya. Anak perampuannya itu ialah Nyayi Lorogidul yang banyak meninggalkan kesan membawa ilmu Kebatinan di Pulau Jawa. Ia juga telah berjaya menyesatkan jutaan manusia mengikutinya kerana tertipu akan dakyahnya.
NYAIYI LOROGIDUL
Merupakan anak tunggal perampuan kepada Sabdo Palon. Ia dipelihara sendiri oleh SP dan Ibunya telah dibunuh untuk persembahan SP semasa menuntut dahulu.
Lorogidul sendiri telah menyerahkan dirinya kepada Bapanya sebagai “Bersatu”, yang dengan sendirinya menjadi “Isteri” kepada Bapa Iblis itu. Itulah sebabnya Lorogidul tidak pernah kawin dengan sesiapa selepas itu. Perbuatan “Sumbang Muhram” ini kemudian diajar pula kepada manusia lain yang ingin menyampai sesuatu darjat Kebatinan. Jika kaum wanita dengan Lebiannya maka kaum lelaki pula dengan Liwatnya. Inilah sebabnya pekara ini telah tersebar luas di Jawa. Tampa segan silu lagi, acara ini dijadikan pesta kaum Kebatinan sekarang ini. Inilah wadah dakyah terbaru puak Kebatinan bagi menarik minat golongan muda mudi memasuki agama Kebatinan dengan sajian sex bebas pula.
Setelah bapanya meninggalkan Pulau Jawa dan memasuki alam ghaib diKerajaannya di Laut Selatan. Maka tempat SP diganti oleh Lorogidul pula sekitar tahun 1480. Semasa itu dia telah pun menyampai tahap tertinggi Ilmu Kebatinan. Jadi apabila agama Kebatinan itu kalah dalam perang dengan Kerajaan Demak pimpinan Walisongo. Maka agama Kebatinan telah diajar secara senyap-senyap dikampung-kampung pendalaman. Mereka lari dari wilayah Majapahit keceruk negeri untuk mengumpul semula orang-orangnya dan mengambil penuntut baru. Nyayi Lorogidul menjadi popular pula apabila dipenghujung pemerintahan Kerajaan Demak yang semakin lemah dan ditambah pula akan kemasukan Belanda di Pulau Jawa. Jadi pada waktu itulah kebangkitan semula Ilmu Kebatinan semakin dekat dihati masyarakat Jawa kerana ingin mempertahankan negara dari kemasukan Belanda yang kejam. Mereka mencari perlindungan dari penuntut-penuntut sakti yang diajar oleh Nyayi Lorogidul yang disuruh untuk kesegenap penjuru Wilayah dan Negeri bagi mengambil penuntut baru dan tawarkan keselamatan oleh mereka.
Itulah sebabnya Pesentren Perguruan mereka kebanyakannya diceruk-ceruk kampung hingga kehari ini, tetapi sekarang dibuka dibandar-bandar kerana keterbukaan masyarakat Jawa dalam menerima apa saja agama mengikut Hukum Pancasilanya selepas Merdeka dari tangan penjajah. Malahan agama Kebatinan telah mendapat waktu siarannya sendiri dikaca TV bagi menyebar dakyah nya dihalayak ramai yang juga dikenali dengan nama Kepercayaan Kebatinan atau Aliran Kebatinan.
Kalau di Malaysia, salah seorang penuntut Aliran Kebatinan yang paling popular ialah Mona Efandy yang dihukum gantung kerana membunuh seorang wakil Rakyat yang bergelar Dato dari Pahang. Anda ingat lagi akan peristiwa itu ? Nah… disinilah beliau belajar, diPesenteren Perguruan Kepercayaan Kebatinan Laut Selatan di Jokja. Ia anak murid kepada Lorogidul atau nama-nama lainnya ialah Mak Lemper, atau Ratu Laut Selatan, Maharani Dewa Manusia Iblis, Puteri Laut Selatan dan banyak lagi nama yang diberi oleh anak muridnya. Kesaktiannya setara gurunya juga iaitu Sabdo Palon yang juga bapanya. Maka tidak hairanlah beliau juga telah dihalau keluar oleh keponakan Walisongo juga setelah kalah dalam pertandingan Ilmu Batin, atau Ilmu Dalam apa bila markasnya diserang oleh penuntut perguruan Walisongo kerana mereka telah bertambah mengancam kedudukan Umat Islam sekitar Kacamatan wilayah-wilayah Jawa Tengah pada sekirtar tahun 1520. Ratu Manusia Iblis ini juga tidak boleh dibunuh dan tidak akan mati sehingga hari kiamat. Yang boleh dibuat ialah menghalaunya kembali ke Kerajaannya di Laut Selatan, iaitu lautan mengadap ke Australi. Begitulah ceritanya Manusia Wanita Iblis yang telah bersatu 100% dan menjadi Iblis seperti juga ayahnya Sabdo Palon.
SEIKH SITI JENAR
Seorang lagi pengikut Sabdo Palon secara senyap. Ajarannya telah menyusup masuk kedalam Masyarakat semasa keberlangsungan ajaran Walisongo telah begitu hebat dipelajari oleh masyarakat di Selurh Kepulauan Jawa.
Agama Islam yang diajar oleh Walisongo berkembang begitu pesat dan dikala itulah Seikh Situ Jenar membuka juga pondok Pesentrennya yang mengajar “Tarikat” sesatnya. Sebenarnya ia hanya mirip kepada ilmu Tarikat disebaliknya ia mengajar agama kebatinan jika kita teliti akan ajarannya dan kitab-kitabnya. Beliau telah memfitnah ajaran Walisongo, Tarikat Al Hallaj, Semua bentuk ajaran benar Tarikat dan Flasafah Wahdatul Ujud sebenar dan memfitnah Rasullah saw sendiri. Atas sebab hendak menyampai secara jalan singkat, maka ia memuntut dengan Sabdo Palon sendiri secara senyap supaya masyarakat tidak perasan akan kecacatan didalam ajarannya. Beliau juga sakti yang menyerupai koramah Walisongo. Maka masyarakat telah menjadi keliru dan terperangkap dengan dakyah songsangnya.
Sebenarnya beliau bukanlah anak jati Jawa, beliau berasal dari Iran dan nama sebenarnya ialah Abdil Jalil. Setelah sekian lama tinggal diJawa maka ia amat faseh berbahasa jawa malah telah juga berkahwin dengan wanita Jawa. Antara ajarannya yang sungguh mengelirukan penuntut Tarikat ialah :
1) Berpegang dengan falasafah sesat menyerupai “Wahdahtul Wujud” yang beranggapan iaitu “Menunggaling Kawlo Gusti, Yo Allah yo insun, yo insun yo Allah” . Bahawa hamba itu tuhan, tuhan itu hamba. Maknanya manusia bila telah menyampai makrifah itu bersatu dengan tuhan terus yang amat jauh dari tafsiran sebenar Makrifatullah. Inilah yang dipegang oleh Ahmad Laksamana, Ayah Pin, Rasul Kahar, Baginda Mokthar dll.
2) Jika telah menyampai makrifat, maka syariat sudah tidak perlu lagi dibuat. Orang yang melakukan syariat ialah orang awam dan orang bodoh. Ia telah terlepas dari hukum Syarak dari melakukan semua tuntutan syarak kepada dirinya. Maka kesannya, banyaklah orang-orang yang tidak mahu atau malas berabadah menjadi pengikutnya. Malah mereka bebas minum arak tetapi mengaku Islam. Ia mengisi ruang kosong yang ditunggu-tunggu oleh orang yang tidak mahu solat, puasa, zakat dan naik haji yang terang-terang sesat dari akidah islam sebenar.
3) Hidup dan mati adalah sama saja, mati tu hidup, hidup tu mati. Jadi ia boleh membawa kepada manusia menjadi hampa dan tidak percaya lagi khada dan kadar Allah swt. Manusia tidak mahu lagi berusaha untuk menjalani hidup, malas dan tidak berkeyakinan lagi mahu berkerja kuat. Sedangkan ia adalah dituntut dalam Islam, berkerja untuk menyara hidup diri dan keluarga. Maka mereka akan menjadi pengemis saja kononnya “zuhud” yang membuang hidup didunia. Padahal jika mereka mati didalam keadaan ini, matinya dikira didalam kesesatan yang nyata.
4) Syurga dan Neraka telah ada didalam diri anda sendiri, jadi anda tidak perlu menunggu hidup selepas mati kerana ia sama saja. Fahaman seumpama ini akan membawa kepada manusia hilang maruah dirinya dan akan sesat yang jauh. Mereka boleh ikut suka hati mereka saja untuk berbuat samaada disukai orang atau tidak, hak orang menjadi hak dirinya, Isteri orang juga isterinya, harta benda orang juga menjadi hartanya. Ia bebas berbuat apa saja kerana tiada lagi dosa dan pahala. Perbuatan jahat sama saja dengan perbuatan baik. Dialah penentu syurga dan neraka itu. Perbuatan yang sedap, lazat, senang, kaya dan gembira itu surga dan perbuatan yang susah, payah, di benci, miskin dan yang buruk-buruk itu semua neraka. Jadi ambil surga saja, atau semuanya surga saja jika ia menyenangkan hati. Tak ada duit rompak, samun. Tak ada bini, rogol anak orang, bini orang. Ambil hak orang sesuka hati. Pergi ke kedai ambil saja barang tak payah bayar. Ada duit berjudi dan main nombor ekor, ia surga kerana kegemarannya dan hobinya. Perbuatan itu mamalukan diri sendiri kerana tidak bertamadun, seperti orang zaman jahiliah yang tidak mengenal hukum jenayah negara dn hukum Islam.
5)Allah dan Muhammad adalah dua dalam satu tak boleh dipisahkan, hambanya yang lain yang menyampai makrifah pun begitu. Muhammad adalah nur atau nur muhammad, sedangkan nur itu pula adalah cahaya, oleh itu hidup dan cahaya adalah satu. Bermakna Nur muhammad itu ada dalam diri kamu, jadi kamu juga rasullah. Ini benar-benar memfitnah Nabi Muhammad saw daripada menyamakannya dengan Allah swt, hingga kamu juga sama macam Nabi. Naauzubilahiminzalik… Mahasuci Allah swt yang hendak disamakan dengan mana-mana makhluk dan mahasuci Rasullah saw nak disamakan dengan manusia biasa yang banyak dosa ini. Fikirlah kesannya. Kalau dah manusia itu tuhan, semuanya halal baginya, tak ada dosa dan pahla, kawin ikut suka guna “Nikah Batin” saja, dan sebagainya lagi. Tidak ke manusia itu sudah menjadi Iblis. Inilah ajaran agama kebatinan Sabdo Palon yang diadaptasi oleh Seikh Siti Jenar dalam pembelajaran di pondoknya. Bahkan telah diikuti oleh ramai tok-tok guru palsu di Malaysia yang diceritakan dengan megah dikedai-kedai kopi seluruh negara oleh anak-anak muridnya pula.
6) Solat tak perlu wuduk, rukuk, sujud dan semua gerakkerjanya, hanya perlu daim atau diam sahaja iaitu mendam dalam rasa saja atau semadi juga dipanggil “sembah Roso”. Inilah yang paling disukai oleh mereka yang malas solat. Pakai diam saja, dah kata solat. Dalam tandas pun boleh solat malah dimana saja boleh solat. Bersetubuh dengan isteri pun dikata solat, lepas tu tak payah mandi junub hanya basuh saja. Betul-betul macam orang kafir. Dalam islam tidak pernah diajar pekara begini. Malahan pengikutnya jika lalu di Madrasah atau Mesjid hendak saja mereka bakar Mesjid dan Madrasah itu. Mereka akan terpekek-pekek menyendir perbuatan Azan itu sambil menyumpah-nyumpah mereka yang pergi solat berjemaah. Pernah disatu kejadian mereka melimpar bom api diMesjid, menghalang orang Islam masuk kedalam Mesjid untuk solat Jumaat hingga polis campur tangan dan banyak lagi pekara yang sesat dan salah telah menular didalam Masyarakat diseberang hingga kehari ini.
Begitulah sebahagian contoh-contoh ajaran Seikh Siti Jenar (SSJ) yang segar hingga kehari ini walaupun dia telah tiada hampir 600 tahun. Jika kita buka buku sejarah Walisongo, SSJ telah dihukum bunuh tatapi mayat dan kuburannya telah dirahsiakan. Tetapi mengikut guru-guru pengajian mereka bahawa SSJ tidak mati, malah ghaib seperti SP dan Nyanyi Lorogidul juga. Dikatakan bahawa SSJ sekarang tinggal di dalam sebuah kerajaan yang menempatkan semua ahli dan anak muridnya seperti sebuah syurga. Jadi inilah yang menguatkan lagi cerita bahawa SSJ adalah anak murid SP dan kini mendiami salah satu Kerajaan ciptaan Izazil Iblis. Selayaknya ia juga tergolong sebagai salah seorang dari Manusia Iblis juga.
Sesiapa yang telah tersasar dan telah mempelajari Kepercayaan Kebatinan atau “Tarikat sesat” atau Aliran Kebatinan yang mirip ketiga-tiga mereka diatas ini dinasihatkan agar segera kembali kepangkal jalan. Ditakuti anda mati didalam keadaan yang berkedudukan kesesatan yang jauh ini. Malah anda akan menjadi hamba abdi mereka sampai kiamat dan dihumban kedalam Neraka Jahanam seperti yang telah dijanjikan untuk selama-lamanya. Berhati-hatilah dengan dakyah mereka.
RAJA-RAJA JIN DIALAM ATAS YANG BERAGAMA ISLAM :
Terdapat 7 kerajaan alam atas yang diperintah setiap satunya dengan seorang Raja. Raja-raja tersebut adalah seperti berikut :
1) Jibriyaail
2) Mikiyaail
3) Samsamaail
4) Ruqiyaail
5) Kasfiyail
6) Sarfiyaail
7) Ainyaail
RAJA-RAJA JIN DIALAM BAWAH YANG KAFIR :
Terdapat juga 7 kerajaan alam bawah yang diperintah setiap satunya dengan seorang Raja. Raja-raja tersebut adalah seperti berikut :
1) Akhmar
2) Burkhan
3) Syamhurisah
4) Mazhab
5) Marrah
6) Maimon
7) Zubaiah
RAJA-RAJA KERAJAAN JIN IFRAIT :
Terdapat 4 kerjaan yang besar golongan Jin Ifrait diseluruh alam ini. Mereka-mereka ini pernah berkerja dibawah pemerintahan Nabi Allah Sulaiman as sebagai Menteri dalam kerajaan itu. Mereka ini adalah Jin Ifrait yang paling jahat sekali diantara semua Jin dari bangsa Ifrait. Mereka itu ialah :
1) Munaliq
2) Hadlabaajan
3) Shughal
4) Thamrit
RAJA-RAJA DARI ANAK-ANAK IBLIS :
Terdapat 5 buah kerajaan besar yang di perintah oleh anak-anak Iblis berserta dengan tugas-tugas mereka dalam kerajaan itu. Mereka ialah :
1) Dassim – Tugasnya ialah untuk merasuk manusia supaya bercerai-berai antara suami isteri, adek beradik, sahabat handai, jiran tetangga. Memutuskan siratulrahim, kekeluargaan, jemaah dan seumpama dengannya.
2) Mabsuut – Tugasnya ialah untuk merasuk dan mengasut manusia supaya memfitnah, mengadu domba, dengki khianat, berlaku summah dan seumpama dengannya.
3) Thubar – Tugasnya ialah untuk merasuk manusia yang ditimpa masaalah, musibah dan bala bincana supaya berputus asa akan rahmat Allah swt. Mereka menyumpah-yumpah dan memaki hamun marah kepada Allah swt kerana ditimpakan musibah itu.
4) Zalanbur – Tugasnya ialah untuk merasuk dan mengasut manusia supaya bergaduh, bertengkar, bermusuhan, bertumbuk dan membunuh. Orang yang dirasuk ini selalu mendapat gelaran atau nama panggilan kerana terkenal akan sifat panas barannya contohnya Man Rimau, Dol minyak, Mat Kepala Angin dll.
5) Al- Anwar – Ditugaskan untuk merasuk dan menghasut manusia supaya berbuat perbuatan keji yang akan meruntuhkan nama baiknya sendiri seperti berjudi, nombor ekor, gejala sosial, minum arak, sumbang mahram, onani, berzina, lebsian, sex bebas, Homosexsual, Liwat. Mereka pada mulanya hanya mencuba dan berjinak-jinak akan pekara-pekara diatas, tetapi mereka tidak tahu sekali saja mencuba ia akan membawa kepada ketagihan yang kemudiannya menjadi hobi, seterusnya menjadi kegemaran dan akhirnya ketagihan yang tidak dapat lagi keluar akan masaalah itu. Contoh yang paling keji sekali ialah Homosexsual dan Liwat, mereka yang telah mencuba sekali akan terus kekal sampai mati, amat sukar sekali ingin membuang tabiat itu walau dicuba beberapa kali, ia tetap sama. Terus dengan kerja keji dan maksiat besar ini dan mendapat kutukan Allah swt seperti kaum Nabi Luth.
KETUA DAN RAJA AGUNG SELURUH KERAJAAN IBLIS DAN JIN IALAH : IZAZIL LAKNATUALLAH
MAHARAJA TERTINGGI KESEMUA KERAJAAN-KERAJAAN JIN IALAH: THOTHAMGHIYAM YAAL
MALAIKAT YANG MENJAGA DAN MEMANTAU AKAN KESEMUA KERAJAAN DAN SELURUH GOLONGAN JIN DARI YANG KECIL SAMPAI SEBESAR-BESARNYA IALAH : MALAIKAT MAITHOTORUN atau KUTUBUL JALALAH
Dengan ini maka lengkaplah keseluruhan Kerajaan Jin atau disebut juga dengan nama yang paling popular dipanggil Alam Iblis. Telah diceritakan dari mula sampai akhir yang dirasakan tiada satu pun yang tertinggal lagi. Sekarang anda semua telah mengatahui dengan lengkap akan Alam Iblis yang menjadi musuh kamu yang paling nyata walaupun telah dijadikan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita. Tetapi ketajaman naluri dan pandangan basrah mampu melihat segala kegiatan jahat mereka yang sentiasa mahu menghancurkan setiap jiwa daripada umat Islam. Maka carilah jalan keluar dan jangan lagi seronok bersama mereka itu walaupun apa alasan yang diberi, mereka ini akan tetap memusuhi kamu luar dan dalam. Berpegang teguh dengan Iman yang telah dilengkapi oleh Allah swt pada setiap individu, tiada alasan yang kamu boleh beri esok hari dihisab seluruh jenis amalan kamu semasa didunia, dihadapan Allah Rabuljalil di Yaumil Mahsyar. Tiada siapa lagi yang akan dapat menolong kamu disitu. Ingatlah janji ini benar.
CARA-CARA MENHINDARI DAN KELEMAHAN JIN.
Daripada keseluruhan cerita yang telah dipaparkan dari mukasurat 1 hinggalah mukasurat 4 ini maka bolehlah dibuat satu rumusan bagaimanakah kita hendak menghindarkan gangguan Jin dn kuncu-kuncunya itu. Inilah yang paling penting dalam semua ilmu terawal yang perlu ada kepada semua “Murid” yang inginkan menempuh perjalanan menuju kepada Allah dalam apa juga jalan atau Tariqat yang benar bukan yang palsu.
Apabila kamu telah sampai kepada Hakikat di dalam Hakikat, mohon dengan izin Allah agar kamu diperlihatkan alam yang kawan katakan ini. Disitu kamu akan nampak sendiri akan semua dari apa yang telah kawan paparkan ini adalah benar belaka.
Kelemahan utama golongan Jin ini ialah apabila kamu melakukan ibadah tak kira wajib atau pun sunat kamu masuk didalam wilayah Ikhlas dan Redha.
Didalam wilayah ini kamu tidak dapat lagi diganggu oleh mereka dari apa juga golongan termasuk Qarin anda sendiri. Baharulah kamu akan merasa selesa, tenang, khusuk dan rela didalam ibadah itu terutama solat.
Masaalahnya bagaimana kamu hendak masuk kedalam wilayah itu? Ia adalah dengan latihan yang beterusan. Tampa latihan kamu tidak mampu untuk masuk. Masaalah selepas latihan ialah gangguan Saka, jadi saka hendaklah dibuang.
Jika tidak memang payah untuk masuk didalam Wilayah Ikhlas dan Redha itu dengan adanya saka yang bergayut ditubuh anda. Itulah sebabnya kena ada Guru, Guru yang ada jalan, jalan yang namanya Tariqat, Tariqat yang berwisilah dan beribtah menyampai kepada Rasiallah saw. Rasullah saw adalah penjamin seluruh umat Islam. Tampa Nabi tiadalah alam ini.
Dengan berdamping dengan guru kamu sentiasa akan dijaga rohani dan jasmani. Sentiasa dikawal pergerakan anda walau dimana kamu berada. Jika kita tidak kuat, ikut lah orang yang lebih kuat. Maka kamu juga tidak akan diganggu oleh puak-puak jahat itu. Kerana mereka kalah dengan orang kuat didepan kita itu. Maka terselamatlah anda. Jika kamu berjalan juga seorang diri pastinya kamu akan diganggu, maka cara yang paling mudah ialah duduk dengan mereka yang kuat-kuat itu.
Ini adalah gambaran yang paling mudah untuk kawan gambarkan akan setiap perjalanan menuju Allah. Jalan yang lain amat tidak selamat, sebab mereka itu pakar serangan hendap dan pakar menculik hingga kamu tidak sedar kamu telah diculik.
Diharap anda semua faham kenapa perlunya anda ada guru yang berwisilah dan beribitah.
PENUTUP :
Maka dengan ini kawan akhiri rencana Iblis dan Alamnya – musuk kamu yang paling nyata ini. Rasanya telah tertunai semua janji yang telah kawan buat bagi menjelaskan kesemua bentuk makhluk halus ini. Diharap tuan-tuan dan puan-puan semua berpuashati dengannya dan dengan ilmu yang sedikit ini mudah-mudahan kamu akan berjaya menempuh perjalan kamu yang maseh jauh dan dapat mengenal serba sedikit akan musuh kamu yang paling nyata ini. Segala kesilapan dan tuturkata yang tidak disenangi haraplah dimaafkan kerana kawan hanya manusia biasa yang tidak berilmu.
Sebagai penutup : Bersyukur kita kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya dapat disudahkan rancana yang kecil ini. Selawat dan salam kepada Junjungan besar kita Nabi Muhammad saw, keluarganya serta sahabat-sahabatnya, serta salam kepada Sultan Wali Syaidi Syekh Muhiddin Abdul Khadir Jailani, keluarganya dan kerabat waliallah yang bersamanya, juga kepada Kanjeng Sunan Walisongo dan keluarga, kepada guru ku Syekh Ahmad Junaiddy al Arifbillah serta seluruh guru-guru ku yang berwasilah dan berabitah hingga ketangan Rasullah saw….. al Fatihah.
Waalahuaa’alam…
sekian, Zamany
KEPADA PEMBACA BUDIMAN, JIKA ADA PERTANYAAN ATAU KEMUSYKILAN SILA TERUS KE LAMAN SAHABAT SAYA INI. http://kubranewszamany.blogspot.com/
sila baca komen para pengunjung dan soal jawab siri 3 dan 4
Filed under: dajjal, Hantu, iblis, Saka, Syaitan, Yahudi, Zamany
Februari 24, 2010 • 9:22 am 0
Tahniah kepada BEBERAPA SITE (yang saya fikir) amat membantu para pelayar internet yang dahagakan ilmu. Blog dan site ini telah memaparkan INFO HEBAT (berlainan dari biasa) MAMPU MEMPERTINGKATKAN KEUPAYAAN BERFIKIR para pembaca, sayangnya 2 daripadanya telah disabotaj oleh tangan-tangan gelap, iaitu BLOG hollywar efairy dan Blog Conspiracy Theory. Blog mereka telah DIMUSNAHKAN oleh sesaorang atau sekumpulan orang yang saya percaya dari kumpulan konspirasi THE HIDDEN HAND (THH). Kebanyakan isi kandungan Blog mereka adalah paparan yang berkait dengan kegiatan Konspirasi Zionis terutama Illuminati, Freemason dan Jesuits.
Demi agama tercinta dan bangsa yang telah teraniaya, perjuangan tidak wajar terhenti begitu saja gara-gara pengkhianatan “hantu” maya ini. Kita masih bernasib baik kerana mereka dan rakan seperjuangan mereka telah berjaya menyelamatkan beberapa post (ada yang di “save”kan oleh pembaca dan kru mereka) selamat dikeluarkan semula oleh kru dan beberapa rakan2 blog.
Alhamdulillah, Blog MistisFiles Organization masih lagi dapat bertahan walaupun banyak juga siri pembongkaran rahsia illuminati seperti itu telah disiarkan. Mungkin juga hala cara penulisan MO agak berbeza dan sedikit lunak (sederhana), tidak begitu menonjolkan perancangan jahat THH sebagaimana efairy dan teori konspirasi (lebih berani menyiarkan isu-isu terkini). Namun begitu, tidak mustahil blog MO juga akan mendapat nasib yang serupa jika THH tergugat dengan pendedahan rahsia-rahsia mereka.
MO lebih menumpukan kepada siri kesedaran dan kebangkitan jati diri bangsa Jawi (Melayu Islam) berbanding membuka rahsia usaha jahat THH tersebut. Begitu juga dengan Blog SANGTAWANG SAKRANTA, mampu menghidangkan banyak kajian sejarah bangsa dan juga kefahaman falsafah Islam. Sangtawang adalah bloger persaorangan yang gigih memperjuangkan kebenaran dan menampilkan pandangan peribadi yang boleh dikongsi bersama.
Blog MO dianggap satu blog yang paling popular setakat ini jika dilihat kepada bilangan komen setiap rencana yang diterbitkan. Mungkin ada yang tidak percaya jika dikatakan rencana sebelum ini Alter Terahsia Bangsa Melayu XII amat panas dan telah menjadi dewan bahasan yang riuh rendah para pengunjung. Sejak diwartakan pada 17 februari lalu (7hari?) sebanyak 305 komen direkodkan . Satu angka yang cukup menakjubkan. Memandangkan terdapat juga segelintir pengulas yang celupar dan tidak harmoni, keadaan perbincangan menjadi kurang ilmiah. Mungkin pentadbiran blog terpaksa “moderate”kan komen selepas ini sehinggalah para pengulas menjadi lebih cerdik dan beretika.
Sebenarnya saya terlupa dan terlepas pandang terhadap site IBNU YAAKOB, Laman ini merupakan salah satu site yang membongkar rahsia “pendustaan” dan “kegiatan” THH. Boleh kita anggap sebagai The Godfather of Malaysian Conspiracy Theorist.
Saya seringkali melawat “blog baru” yang dibuka oleh “orang lama” iaituKUBRA@NEWS oleh saudara Zamany yang sebelum ini sering memberi komen yang bernas dan membina di dalam blog Mistisfiles, saya cukup tertarik dengan cara penghujahannya yang penuh ilmu itu. Walaupun baru sahaja dibuka, telah ramai pelawat terpikat dengannya dan tanpa segan mengemukan pelbagai soalan yang tentunya berkaitan agama terutama jalan sufi. Keramahan tuan blog melayani tetamunya amatlah disanjung, apatah lagi dengan penjelasan yang memuaskan terhadap setiap pertanyaan yang diutarakan itu. Blog sebegini jarang ditemui jika ada pun sedikit sangat yang berterusan memberi khidmat melayani pertanyaan dan komen para pelawat.
Biar saya komen lebih sikit mengenai blog ini memandangkan ia masih baru. Pengunjung amat selesa menceritakan permasalahan masing masing terutama anak-anak muda (membahasakan diri sebagai “cucu” dan memanggil tuan blog sebagai “datok zamany”) dan melalui perbincangan ilmiah dengan tuan blog. Pada hemat saya sdr Zamany ini adalah seorang yang agak berumur, mempunyai pengetahuan mendalam serta berpengalaman luas dalam bidang tasauf islam. Banyak juga dipaparkan pengalaman dan pahit maung beliau dalan usaha mencari ilmu. Tidak mustahil blog ini akan menjadi medan perbincangan khusus dalam bidang pengajian agama terutama persoalan mendalam mengenai tasauf dalam hidup moden. Ramai juga yang bertanya dan ingin dapatkan kepastian mengenai perkara-perkara ghaib dan luar biasa. Kebanyakannya akan berpuashati dengan jawapan yang diberikan. Alhamdulillah.
Apa pun saya gembira kerana semakin hari semakin ramai bloger yang ikhlas dan bersedia menyampaikan maklumat yang berguna dengan percuma. Diharap kita sama-sama dapat mengambil menfaat dari penulisan mereka.
Masih banyak lagi site, laman atau blog yang baik dan memberi input berfaedah di luar sana yang saya tidak berkesempatan membuat tinjauan. Apa yang saya bentangkan ini hanya segelintir sahaja yang saya fikir akan membantu para pelayar mengambil peluang menambah pengetahuan untuk hadapi hidup sementara di dunia ini disamping memperbaiki diri menghadapi hari “esok” yang lebih panjang. . Insyaallah jika saya berkesempatan, saya akan membuat pantauan ke laman-laman dan blog alam maya ini. .
RAKAN SEANGKATAN EFAIRY AKAN MENERUSKAN USAHA YANG TERHENTI DAN MENYIARKAN KEMBALI ARTIKEL-ARTIKEL YANG HILANG ITU. Beberapa post yang telah dapat disiarkan semula di halaman blog:
Jika anda berminat dengan cerita santai bersadurkan pengetahuan, boleh berkunjung ke HTTP://BAHTERAWAWASAN.BLOGSPOT.COM/
Blog ini juga menyajikan sesuatu kelainan yang memberansangkan.
Selamat merantau sambil menimba ILMU.
Filed under: ILLUMINATI, Konspirasi, site kegemaran, Zamany