BIDUANDA

Icon

satu dunia satu agama satu tuhan

Kagumi Ciptaan – Maha Suci Allah

Memori 2: Kagumi Ciptaan Ilahi

Lata Bukit Hijau kini menjadi tumpuan pengunjung yang meminati perkelahan di kawasan air terjun pinggir rimba raya. Semakin hari semakin maju dan telah sediakan pelbagai kemudahan termasuk chalet dan restoran.  Persekitarannya telah banyak berubah berbanding masa kali pertama aku sampai ke situ. Keasliannya sudah tiada lagi. Namun aku masih mahu ke sana setiap kali pulang ke desa asalku sambil mengimbau memori lama.
Lata Bukit Hijau berada dipinggir hutan tebal Banjara Gunung Inas yang disebelah utaranya memasuki kawasan Thai sementara diselatan bersambungan dengan Banjaran Titiwangsa. Sebelah timurnya menjangkaui pekan Baling hingga ke Grik (Perak). Lata ini terletak di sebelah baratnya.
Banjaran Gunung Inas amat menarik dan memukau.  Banjaran ini menjadi kawasan “hitam” satu masa dahulu semasa pengganas komunis berkeliaran dan muncul di sana sini.  Lata Bukit Hijau juga telah ditutup seketika semasa gawat untuk memudahkan operasi tentera. Dari kampungku terpampang jelas banjaran ini dan pernah melihat kapal terbang dan helikopter TUDM terbang rendah meninjau keadaan dan sesekali mengebom sasarannya. Jelas kelihatan dari jauh asap bekepul ke udara dari pengeboman tersebut.
Operasi tentera besar-besaran telah menghalau saki baki komunis dari situ dan memaksa mereka meninggalkan kem mereka dipinggiran kampung dan melarikan diri jauh kedalam hutan. Di kampungku banyak lori dan kenderan tentera keluar masuk menuju ke kawasan pinggir hutan rimba tersebut. Puaslah kami merasakan resen sadin dan kari ayam dalam tin, diberi percuma oleh askar (mereka kata telah jemu makan makanan dalam tin). Punyalah seronok orang kampung.
Dipesisir kampung biasanya berdekatan anak sungai dijadikan perkhemahan tentera dan polis hutan. Mereka meronda siang dan malam beserta senapang M16, kami merasa aman dengan kehadiran mereka. 
Orang kampung begitu mesra dengan kumpulan tentera yang berpakaian segak dan kemas itu. Kanak-kanak terjengah-jengah (lebih kurang tercangak-cangak – macam tak pernah jumpa).  Ada anak dara yang jadi bini no. dua kerana terpesona dengan kesegakan tentera dan polis hutan ini. Aku pun macam budak-budak lain juga, tercangak-cangak melihat tentera dan polis hutan berbaris menuju kawasan rimba. Berangan-angan pula, bila besar nanti nak jadi askar.
Rata-rata kanak-kanak di kampungku tidak pernah ke bandar atau pekan, ada yang belum pernah rasa naik kereta (dipanggil motokar). Jahil umpama jakun. Terpegun memasang telinga mendengar orang-orang luar ini berbual dan masing-masing kehairanan. Semua topik bualan tersebut tidak ada dalam minda mereka. Terlalu jauh perbezaan gaya hidup kami di kampung pendalaman itu berbanding para askar dan polis hutan yang berkem di situ. Pada masa itulah kami mula-mula mendengar orang bercakap cara “pekan” (dailek orang selatan) macam dalam radio. Jakun sungguh. Banyak juga yang kami tak faham (tapi buat-buat faham saja).
Sebelum kampungku dibanjiri askar dan polis hutan, kami hanya mendengar kisah komunis menjelma di sana sini. Kerap kali para penoreh getah balik balik semula ke rumah, tak jadi menoreh (motong) kerana telah tersempak dengan gerombolan komunis di ladangnya. Walaupun mereka (komunis) sering berlegar di pinggir hutan dan ladang getah milik orang kampung, mereka tidak pernah mengganggu para penduduk. Mengingati kejadian keganasan komunis era perang Jepun dulu, penduduk kampung amat takut dan cemas bila mengetahui komunis berkeliaran.
Pada ketika itu ada seorang tua yang agak berlainan pembawaannya (sering kelihatan menggalas senapang patah) telah bertindak menemui ketua komunis yang bekhemah berdekatan dan memberi tahu mereka supaya tidak mengganggu penduduk. Menghairankan juga dia pergi seorang diri.  Pernah diceritakan dialah yang paling berani di kampungku. Serius tetapi tidak pernah marah. Juga tidak pernah ketawa kecuali senyum sumbing. Kini dia masih lagi hidup sihat walaupun umurnya lebih tua dari ayahku. Bagiku, lelaki tua ini amat misteri. Tidak pernah aku dengar dia jatuh sakit. Sentiasa cergas dan mampu berkebun walau berusia 80an. Pendengaran masih jelas, tidak pernah memakai cermin mata.
Bagiku Pak Aman (bukan nama sebenar) amat baik dengan semua orang, tiada musuh. Sering mambantu apabila diminta termasuk “air tawar” jika ada yang sakit pening. Kebolehannya mengubat orang (dukun kecil) amat disanjung oleh orang kampung terutama bagi kes “masuk hantu” iaitu dirasuk jin/syaitan. Tidak diketahui dimana dia belajar mengubat orang, mungkin diturunkan dari warisan. Tidak pula aku dengar dia mengajar orang lain hal-hal yang menjadi kelebihannya itu. 
Tubuhnya tinggi lansing, tidak pernah gemuk. Begitulah keadaannya sejak dari dulu. Berwajah tenang dan mesra. Tidak pernah berbual kosong dan bercerita yang bukan-bukan. Dia tidak pula tergolong di kalangan orang “alim” di kampungku. Sayang sekali aku kini berada jauh diperantauan untuk mencungkil rahsianya. Terus ia menjadi misteri bagiku apabila aku ketahui hanya orang istimewa sahaja yang mempunyai pembawaan seperti dia.
Aku masih ingat ketika aku darjah 3 dan abangku darjah 5. Kami merayau didalam kampung sambil membawa lastik (kami panggil “terbil”) untuk melastik burung kononnya. Seekor pun tak pernah dapat. Kami lima orang melalui kawasan kebun getah milik ayahku. Kelihatan 2 guni yang penuh dengan botol disusun kemas dan guninya diikat rapi. Disandarkan pada banir pohon getah kira-kira 25 kaki jarak dari laluan kami.
Tiba-tiba abangku menghalakan lastiknya kearah guni tersebut dan…. prangggg… beberapa kali tembakan … pecah botol-botol tersebut. Aku tidak terasa hendak lakukan perbuatan abangku itu. Bila diingatkan kembali, aku juga menjadi hairan kenapa aku tidak ikut serta. Kebiasaannya apa sahaja yang abangku lakukan aku akan ikut.
Agaknya jika aku ikut serta, tentulah berlaku mala petaka….. 
Selang tak berapa minit, aku terasa cemas dan takut secara tiba-tiba. Begitu juga kawan-kawanku kecuali abangku.  Aku dan kawan-kawanku berundur untuk pulang ke rumah atas rasa cemas yang datang secara mendadak itu. Abangku masih sempat melepaskan beberapa “das” tembakan lastiknya ke arah guni yang berisi botol itu. Kemudian dia juga ikut serta bersama kami balik ke rumah tetapi terasa sangat berlainan pada wajah abangku. 
Setelah tiba di rumah abangku mendiamkan diri. Tidak bercakap dan menyendiri. Memang agak luar biasa bagiku.  Aku turun ke halaman seorang diri bila abangku tidak melayani sapaan dan pertanyaanku. Aku terdengar sesuatu yang ganjil dari atas rumah. Bunyinya seperti orang “meratib” tetapi bukan sepertimana yang aku pernah dengar sebelum ini.
Apabila aku amati betul-betul, aku pasti suara itu adalah suara abangku. Dia mengomel dalam bahasa “Tamil” tanpa henti. aku bergegas naik keatas rumah. Hanya ibuku sahaja ada dirumah ketika itu. Ibuku kelihatan amat panik dan meluru berlari ke rumah pak cu (adik ayahku) mengkhabarkan keadaan abangku yang pelik itu dan meminta pertolongan. Abangku seolah-olah telah gila dan hanya tahu bercakap tamil. Aku tidak berani menghampirinya hanya melihat dari jauh.  Abangku terus mengomel dalam bahasa yang tidak pernah dia ketahui sebelum itu. Kami panggil “cakap hindu”.
Setelah satu jam berlalu, keadaan seperti itu masih berterusan, abangku berbicara tamil sambil sesekali menggeleng-gelengkan kepala seumpama gaya orang India bercakap. Ketika itu waktu asar telah berlalu.  Tiba-tiba ayahku bersama Pak Aman dan Pak Cu sampai dan terus meluru kepada abangku. Aku hanya memerhati sahaja, tidak berani mendekati. Anehnya abangku tidak memperdulikan kehadiran ayahku, Pak Aman dan Pak Cu. Dia masih asyik dengan ngomelannya. 
Apabila ditanya, dia hanya menjawab dalam bahasa tamil, seolah sudah tidak pandai bercakap Melayu. Pak Aman menyuruh aku mendapatkan daun sirih dan minta air sejuk (air perigi).  Aku segera mengambil beberapa helai daun sirih yang baik di kebun belakang dapur rumah dan menyerahkannya kepada Pak Aman. Ibuku membawa segelas air. Pak Aman membaca sesuatu dan kemudiannya mengunyah sirih perlahan-lahan sambil matanya tidak pernah lepas dari memandang abangku. Kelihatan wajah ayahku yang sedikit cemas. Takut juga, mana tahu tak menjadi pula jampi Pak Aman, ini kes pertama yang berlaku di kampungku.  Bimbang anak sulungnya akan terus jadi orang “hindu”.
Hening seketika, tiba-tiba Pak Aman menghirup air dan menghembuskannya bersama-sama kunyahan sirih ke arah wajah abangku.  Mata abangku yang tadinya agak terbeliak, telah tertutup dan dan rebah (sebelum itu kelihatan gah gaya duduknya seumpama gaya duduk seorang sami. Badannya terkulai lemah. Pak Aman mengambil air dan menjampinya menyerah kepada ayahku untuk menyapu wajah dan ubun-ubun abang. Abangku perlahan-lahan membuka mata dan duduk mengadap ayah dengan penuh kehairanan.
Abangku memberitahu ayah bahawa dia tidak ingat apa-apa dan terus berdiam diri selepas itu seperti orang dungu.  Pak Aman memberitahu kepada ayahku bahawa abangku ada melakukan sesuatu kepada barang kepunyaan orang hindu (India). Ayahku menoleh kepadaku meminta penjelasan. Aku terpaksa mengkhianati abangku dengan memberitahu kepada ayah segala yang berlaku. Ayah hanya menggelengkan kepala, tetapi kelihatan pada wajahnya satu kelegaan. Ibuku juga amat bersyukur abang telah kembali normal.  Sejak itu aku tidak lagi melakukan kerja sia-sia “melastik burung” setelah di “syarah” panjang lebar oleh ayahku.
Begitulah satu kisah yang berlaku pada keluargaku dan sumbangan jasa orang tua misteri itu masih aku kenang. Kini aku faham mengapa aku tidak berminat mengikut perbuatan abangku itu. Kalau ianya berlaku, kami berdua akan bercakap “hindu” dan tiada siapa yang akan dapat menerangkan apa yang berlaku…  Maha Suci Allah mengatur setiap suatu walaupun sekecil ini.  Pengajaran yang cukup berguna, jangan berlaku zalim walaupun kepada kaum kafir. Doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah.
Banyak kelebihan Pak Aman jika hendak ku tulis. Selain pemburu harimau, beruang dan gajah, Pak aman juga sering membantu membunuh ular sawa, ular tedung besar termasuk yang amat garang (sedang melingkari telur) dan berbagai gangguan binatang merbahawa.  Kelihatan tiada rasa gentar atau takut pada wajah Pak Aman.
Nanti akan ku ceritakan beberapa peristiwa anih yang dialami oleh Pal Aman sendiri dan kawan-kawannya.
Berbalik kepada Lata Bukit Hijau yang juga penuh cerita yang tersembunyi. Pernah sekumpulan gajah mengganas dan merosakkan sebahagian dari gerai yang dibina di situ lantaran hanya cakap sombong seorang penguasaha gerai yang mengata-ngata tentang kejahatan gajah. Katanya apa nak ditakutkan, gajah tak pernah sampai ke situ.  Walaupun dinasihatkan oleh rakan-rakan beliau tak mengindahkannya.  Pada malamnya berlakulah peristiwa yang menakutkan itu, nasib baik tiada siapa yang tercedera.
Bagaimana gajah boleh tahu ada orang menghinanya ?????
Memang anih ciptaan Tuhan… Janganlah kita menyombong diri di atas muka bumi Allah ini…

petikan dari http://tunkuaisha.blogspot.com/2007/05/cuti-cuti-malaysia_28.html

Cuti-Cuti Malaysia

BUKIT HIJAU,KEDAH
Located about 112km south-east of Alor Setar, deep in the forest of Gunung Inas in the Baling district is Peranginan Bukit Hijau, a great retreat for the locals. Also known as Lata Bukit Hijau Recreational Forest, it is famed for its amazing seven-level cascading waterfalls that create seven pools of cool, crystal clear water.
Although picnickers come here during weekends and public holidays, its large camping ground with basic toilet facilities along the Sungai Mempelam (Mempelam River) is more than adequate for all. Activities available there include nature walks along the bridle path that leads to the forest reserve where one can see nature at its best.

Getting There
From KL, take the North South Expressway heading to Kulim. Located 42km from Kulim, you can drive to Bukit Hijau Park using the link road, looking out for signs directing you towards Taman Rekreasi Bukit Hijau. Optionally you can also take a taxi from Kuala Ketil town.

Filed under: ciptaan, Kuasa Allah, misteri

TRAJIS ibu sarat mengandung

TRAJIS
Tiada siapa tahu apa yang terjadi pada pemandu kereta WIRA ini apabila melihat keadaannya.  Kereta ini terperosok dibawah lori kren yang mengheretnya ke tepi parit setelah merempuh sederetan kenderaan di satu persimpangan lampu isyarat.

Kejadian berlaku ketika sederetan kereta berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, sebuak lori kren turun dari sebuah bukit bersebelahan dengan laju, dikatakan menghadapi masalah brek.  Meluru turun merempuh dan menyeret beberapa buah kereta yang sedang beratur itu.

Amat malang bagi kereta jenis Proton Wira yang dipandu oleh seorang ibu yang sarat mengandung. 50% bahagian keretanya remuk terpenyek dibawah kren tersebut.
Suami wanita berkenaan tiba sejurus kemudian, segera menghampiri kereta itu dan memanggil-manggil nama isterinya tersayang.  Apa perasaan anda jika anda berada di posisi si suami tersebut apabila melihat keadaan kereta isteri hampir lumat itu?

dan…  AJAIB  bayi dalam kandungan dan ibunya.telah ditakdirkan selamat  Keajaiban itu milik Allah Subhana Wa Taala.  Subhanallah.
cerita selanjutnya di   ABATASA II

kredit untuk amrazd90.blogspot.com

Filed under: kemalangan, Kuasa Allah, Trajis

>Kuasa Allah Menentukan Setiap Suatu… keajaiban!

>

TRAJIS
Tiada siapa tahu apa yang terjadi pada pemandu kereta WIRA ini apabila melihat keadaannya.  Kereta ini terperosok dibawah lori kren yang mengheretnya ke tepi parit setelah merempuh sederetan kenderaan di satu persimpangan lampu isyarat.

Kejadian berlaku ketika sederetan kereta berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, sebuak lori kren turun dari sebuah bukit bersebelahan dengan laju, dikatakan menghadapi masalah brek.  Meluru turun merempuh dan menyeret beberapa buah kereta yang sedang beratur itu.

Amat malang bagi kereta jenis Proton Wira yang dipandu oleh seorang ibu yang sarat mengandung. 50% bahagian keretanya remuk terpenyek dibawah kren tersebut.

Suami wanita berkenaan tiba sejurus kemudian, segera menghampiri kereta itu dan memanggil-manggil nama isterinya tersayang.  Apa perasaan anda jika anda berada di posisi si suami tersebut apabila melihat keadaan kereta isteri hampir lumat itu?

dan…  satu KEAJAIBAN  bayi dalam kandungan dan ibunya.telah ditakdirkan selamat  Keajaiban itu milik Allah Subhana Wa Taala.  Subhanallah.

Bermulalah kisah……

Hanya kematian yang dapat dibayangkan oleh semua pengguna jalan raya bila menyaksikan kejadian ini….

Bila mendapat Maklumat ada kemalangan ngeri yang melibatkan 5 buah kereta dan sebuah kren yang telah terbabas lalu merempuh kenderaan yang sedang melalui jalan ini dan kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat…


Akhirnya dapat dilihat kerakusan kren menerjah kesemua kereta yang melalui jalan ini.

Kia spectra yang di pandu oleh seorang ibu dengan anaknya…
Gen2 di pandu oleh seorang ibu yang baru balik kerja…

Akhirnya apa yang dikatakan kemalangan maut terjawap……Sebuah kereta wira terperosok dibawah kren…


Lihat lah kerakusan Kren yang menerkam kereta yang di pandu oleh seorang Ibu yang sarat mengandung dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anak….. Apakah nasib ibu mengandung tersebut?

Cuba anda bayangkan kedudukan dan situasi ibu ini ketika itu….. MAUT mungkin sedang memanggil……YA ALLAH…


Suami yang mengetahui kemalangan yang melibatkan isteri tercinta hanya mampu berserah dan memanggil nama isteri tercinta……dan bertawakal…serta berserah pada ALLAH yang MAHA KUASA….

Akhirnya dengan KUASA ALLAH satu keajaiban terjadi.…..  Si Ibu yang terperangkap dibawah Kren meminta TOLONG!!!!!!!..…..


Usaha Terus Ditinggkatkan bagi dapat mengeluarkan Si Ibu dengan segera……. Pihak bomba cuba sedaya upaya dan dengan segala kelengkapan yang ada cuba mengeluarkan mangsa dengan segala kemahiran yang ada…

Mereka terus berusaha menyelamatkan mangsa dengan penuh hati-hati agar tidak menyakiti mangsa..

Setinggi perhargaan dan pujian wajar diberi kepada pasukan Bomba-Penyalamat Malaysia yang mempunyai kepakaran tinggi dalam tugas-tugas menyelamat.


Setelah bertungkus lumus, akhirnya wajah Si isteri dapat dilihat…….







Tuhan saja yang tahu bagaimana sedihnya Hati Si Suami melihat keadaan Si Isteri….yang tersepit dibawah Kren…..YA ALLAH…



Semua merasa terharu melihat keajaiban ini. Ibu terselamat dari maut walaupun kemalangan ini mengerikan. Kata-kata semangat dan ayat suci Al-Quran yang mampu Si Suami bagi pada Si Isteri agar ia terus bertahan dan sabar……Insyallah dia akan selamat. Pertolongan dari Allah jua yang dapat membantu.

Pihak Bomba terus meningkatkan Usaha!!!!



Akhirnya Bumbung kereta berjaya dipisahkan dari kereta….



… ” YA ALLAH……”


Bantuan Sebuah Kren diperlukan bagi mengangkat kren yang menghempap kereta Si Ibu ini……dan mengeluarkan kereta ini dari bawah kren tersebut…

Ketenangan Si Ibu tersebut menghadapi musibat sangat mengharukan penyelamat dan pemerhati.


Akhirnya wajah tenang Si Ibu dapat dilihat apabila kren yang menghempapnya di angkat dan kereta mangsa di tarik keluar oleh orang ramai…


Dengan berhati-hati pihak Bomba mengeluarkan “Ibu Yang Sarat Mengandung”



ALHAMDULILLAH… Menangis kesyukuran…. selamat lalui ujian getir.



Bantuan kecemasan segera dihulur Pihak Pramedik memberi bantuan pada Si Ibu agar Si Ibu dan Bayi dalam kandungan Si Ibu selamat


Jika dilihat dari keadaan kereta ini mungkin kematian yang kita akan jangkakan….Tapi ” Ini yang disebaliknya….Dengan Kuasa ALLAH”…..Subhanallah…


Keadaan kereta Proton Wira ini musnah sepenuhnya, amat mustahil untuk mangsa selamat dari maut… tetapi tidak mustahil bila Allah menghendaki.

Bertawakkallah kamu kepada Allah yang Maha Besar.. Hanya Dia tempat berlindung. Allahu Akbar.

keredit untuk  amrazd90.blogspot.com






SINAR HARIAN


Wanita mengandung nyaris maut dirempuh kren

I-TECH, Kulim – Seorang wanita yang sarat mengandung, berusia lingkungan 30an, cedera apabila kereta Proton Wira yang dipandunya dirempuh oleh sebuah kren yang datang dari arah bertentangan.

Menurut mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu berkata, sebelum kejadian berlaku, beberapa kenderaan sedang berhenti di lampu isyarat berhampiran Balai Bomba Kulim.

Dia ternampak sebuah kren turun dari arah bukit dalam keadaan laju lalu merempuh lima kereta yang ada di lampu isyarat itu dan menyeret sebuah kereta Proton Wira ke dalam parit.
“Kejadian berlaku terlalu pantas. Saya nampak, sebuah kren turun dari arah bukit dengan laju dan menghasilkan bunyi yang kuat seperti mengalami kerosakan brek. Kren itu kemudiannya hilang kawalan dan terus merempuh lima buah kereta berkenaan.
“Saya nampak kren itu merempuh dan mengheret sebuah kereta Proton Wira ke dalam Parit. Pemandu kren yang cemas dengan kejadian itu melarikan diri,” katanya.
Mangsa yang tersepit di bawah kren cuba dikeluarkan oleh anggota bomba tetapi gagal.
Bomba terpaksa menggunakan sebuah kren lain untuk mengangkat kren yang terlibat dalam kemalangan itu untuk membolehkan orang ramai menarik keluar kereta mangsa yang terperosok di bawah perut kren terbabit.
Hampir satu jam usaha mengeluarkan mangsa tersepit dijalankan dan akhirnya mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaannya. Mangsa dibawa ke hospital Kulim untuk rawatan.
Satu jentera bomba dari Balai Bomba Kulim Hi-Tech dan dua ambulans dari hospital Kulim terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa itu.  Sinar Harian wilayah Utara


ALLAH  HU AKHBAR !!!!!



—– Forwarde d by Zaharain Mohamed Saibu/JPend/USM on 15/03/2010 10:57 —–

Filed under: ibu, kemalangan, Kuasa Allah, taqdir

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other followers

TODAY

Ogos 2014
I S R K J S A
« Jun    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Laman

Arkib

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.